RSS

Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


(Tahniah!) Faezah Elai Selamat Lahirkan Bayi Pertama

Posted: 06 Feb 2013 10:29 PM PST

GAMBAR ANAK PERTAMA FAEZAH ELAI

Tahniah Zon Artis ucapkan kepada Faezah Elai dan suami, Heykal Hanifah yang telah selamat menerima kehadiran cahaya mata sulung semalam (Rabu – 6 Februari 2013).

Seperti diberitahu oleh Heykal melalui Twitter, Faezah selamat melahirkan bayi pertama mereka tepat pada pukul 7.03 malam di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

GAMBAR ANAK PERTAMA FAEZAH ELAI

Buat masa ini, belum ada maklumat lanjut yang dikongsikan oleh Faezah dan Heykal mengenai bayi pertama mereka itu. Apa-apa pun, tahniah sekali lagi buat mereka.

Related Posts with Thumbnails

“Saya Tidak Akan Hantar Rombongan Merisik” – Sharnaaz

Posted: 06 Feb 2013 09:54 PM PST

SHILA AMZAH DAN SHARNAAZ AHMAD PUTUS CINTA

"Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini. Saya tak pasti dan hanya berserah,"

Itulah kata-kata yang keluar dari mulut Sharnaaz Ahmad selepas apa yang berlaku dalam beberapa minggu ini. Menerusi laporan Sinar Harian hari ini, Sharnaaz memberitahu bahawa dia sudah tidak mahu ambil tahu apa-apa lagi isu yang terjadi.

"Saya tak nak ambil tahu kerana kesudahannya, saya juga akan dipersalahkan. Lebih baik saya mengambil keputusan berdiam diri dan fokus dalam kerjaya.

"Buat masa ini, saya hanya fikir kerja saja. Yang lain, saya malas nak fikir. Terpulanglah pada dia (Shila) nak buat apa sekalipun. Saya tak nak ambil tahu lagi,"

Dengan kenyataan yang dibuat oleh Sharnaaz ini, seakan memberi gambaran kepada kita semua yang hubungannya dengan Shila Amzah seperti sedang retak menanti belah. Apa-apa pun, kita nantikan saja apa kesudahannya. Dah macam drama bersiri pula.

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan