Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Fara Fauzana Sambut Hari Jadi Yang Ke-33 Tahun Hari Ini Posted: 06 Feb 2013 06:08 PM PST Terlebih dahulu, Budiey nak mengucapkan selamat hari jadi buat penyampai radio paling popular ABPBH, Fara Fauzana yang telah pun mencecah usia ke angka 33 tahun. Tahniah dan selamat hari jadi buat Fafau. Semoga Fara Fauzana terus maju jaya dan dimurahkan rezeki. Amin. Semalam, Budiey sempat bertemu dengan Fara Fauzana tiga jam sebelum beliau melangkah ke usia 33 tahun. Hanya sekadar angka, namun pastinya soalan yang klise tentang bila nak kawin pastinya akan ditempuhi oleh penyampai radio ini. Untuk anda yang mahu menonton temubual Budiey bersama Fara Fauzana bolehlah klik di video kat bawah ini ya:
Menurut Fara Fauzana, kalau diizinkan Tuhan, beliau mahu terus maju dalam dunia penyiaran radio dan mahu mencapat cita-cita sebagai seorang bos di Hot FM. Dari sudut karier dan juga kehidupan, beliau mahu terus positif dan mahu memberikan yang terbaik kepada semua peminatnya yang menyokong kariernya selama ini. Selama 7 tahun bekerja di radio Hot FM, Fafau sudah kalis untuk bangun awal pagi walaupun tak cukup tidur, beliau dah biasa dengan rutin hariannya. Fara juga turut bercerita tentang pengalaman pahit manis dan ada kejadian paranormal semasa di konti Hot FM. Korang boleh klik sendiri video kat atas ni ya. Dalam video kat atas, Fara Fauzana ada kasi hint untuk anda yang berfikir apa hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada beliau. Hehe Selamat maju jaya, Fafau. Komen via Facebook |
| Penyampai Hot FM Suraya Bakal Bernikah Dengan Jurutera Posted: 06 Feb 2013 05:50 PM PST Penyampai Radio Hot FM Suraya Bakal Bernikah Dengan Jurutera Semalam, Budiey sempat singgah seketika untuk meraikan kegembiraan bersama radio di bawah Media Prima, Radio Hot FM yang kini sudah berusia 7 Tahun. Dikesempatan ini, Budiey ucapkan tahniah kepada semua yang menjayakan radio Hot FM yang sehingga kini masih bertahan sebagai radio utama didengari oleh pendengar di Malaysia. Selama 7 tahun sudah bersiaran, boleh digambarkan kalau anak-anak dah masuk 7 tahun ni, dah pun melangkah ke darjah satu la kan? Kalau Budiey.com dah berusia 6 tahun kini, bermakna Budiey.com adik lebih muda setahun je dengan Hot FM. Selamat menyambut ulangtahun ke – 7 tahun Hot FM. Semoga terus sukses dan memberikan yang terbaik buat hidangan para pendengar setia. Di majlis kenduri kesyukuran yang diadakan secara ringkas di Restoran Puteri, Sungai Penchala semalam, Budiey sempat menemubual penyampai yang taklah baru sebenarnya, dia dah bermula di Hot FM sebagai pelatih (intern) dan diserap masuk ke konti Hot FM, beliau yang Budiey maksudkan ialah Suraya yang kini menjadi pengacara Hot Scoop yang disiarkan di TV9. Program Hot Scoop ini memaparkan berita e-news ringkas dan padat tentang dunia selebriti, hiburan dan gosip panas. Menurut Suraya, beliau akan melangsungkan majlis pernikahan bersama tunangnya yang merupakan seorang jurutera pada bulan April ini. Jelas terpancar di raut wajahnya, kegembiraan dan excited untuk menantikan detik disatukan secara sah bersama tunangnya. Budiey ucapkan semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Pastinya, Suraya akan menjemput Budiey ke majlis akad nikah dan resepsi yang dijadualkan akan berlangsung di Dewan Perdana Felda. Insyaallah. Untuk mendengar sendiri apa kata Suraya berhubung dengan majlis nikah dan juga tentang bakal suaminya, apa kata anda tonton video yang Budiey rakamkan semalam bersama Suraya ini. Sila klik: Penyampai Radio Hot FM Suraya Bakal Bernikah Dengan Jurutera Suraya bertunang pada bulan November 2012 dan beliau juga mengenali tunang yang begitu bertanggungjawab ini pada tahun lepas juga. Antara sikap yang membuatkan Suraya jatuh hati pada tunangnya ialah selain dia selalu positif, dia juga ada hubungan yang baik dengan famili. Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan