RSS

Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


“Saya Tidak Akan Hantar Rombongan Merisik” – Sharnaaz Ahmad Patah Hati

Posted: 06 Feb 2013 08:36 PM PST

Shila-Dan-Sharnaaz

"Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini."

Itulah kata-kata yang keluar dari mulut Sharnaaz sendiri. Menerusi laporan Sinar Harian hari ini, Sharnaaz memberitahu bahawa dia sudah tidak mahu ambil tahu apa-apa lagi isu yang terjadi.

"Saya tak nak ambil tahu kerana kesudahannya, saya juga akan dipersalahkan. Lebih baik saya mengambil keputusan berdiam diri dan fokus dalam kerjaya."

Pelakon filem Juvana ini juga meluahkan perasaan kecewanya terhadap perkara yang berlaku dan mengambil keputusan untuk berhenti bercakap mengenai Shila Amzah.

"Seperti yang saya katakan, saya dah malas nak layan semua ni lagi. Saya tak nak bercakap tentang dia (Shila) lagi."

Jadi, apakah kesudahan kisah cinta Shila & Sharnaaz selepas ini? Setelah pelbagai kontroversi dilalui, adakah mereka berdua akan berhenti di tengah jalan? Atau mungkin Shila akan memilih untuk bersama Sharnaaz?

Walau apa pun, jika ada pengarah yang mahu memfilemkan kisah cinta realiti kedua selebriti ini, OHBULAN! pasti ramai yang akan menunggu untuk menontonnya. Setuju tak?

Anda boleh baca artikel berkaitan disini.

  1. Tak Telus & Macam Budak-Budak – Sharnaaz Ahmad Respon Kenyataan Shila Amzah
  2. Sharnaaz Ahmad Cabar ND Lala Jadi Lelaki
  3. ND Lala Anggap Sharnaaz Biadap
  4. Shila Amzah Tak Sanggup Lukakan Hati Ibu Bapa
  5. Shila Amzah, Kembali Lah Ke Pangkuan Keluarga…

Tags:

Thursday Trailer : “Die Hard 5″ Gabungkan Bapa & Anak Lelaki

Posted: 06 Feb 2013 08:16 PM PST

Screen Shot 2013-02-07 at 12.19.12 PM

"Semakin tua, semakin susah mati."

Mungkin inilah perumpamaan yang paling sesuai untuk watak John McClane dalam filem bersiri "Die Hard" yang mula ditayangkan pada tahun 1988.

Jika filem "Die Hard 4″ sebelum ini kita saksikan konflik John McClane (Bruce Willis) terhadap ancaman-ancaman pengganas dan juga untuk menyelamatkan anak perempuannya, kini, 'A Good Day To Die Hard" (Die Hard 5) pula menyaksikan McClane bergabung bersama anak lelakinya lakonan Jai Courtney untuk menyelamatkan dunia.

Screen Shot 2013-02-07 at 12.12.22 PM

Diterbangkan ke Russia untuk membantu anak lelakinya, disana John menyedari bahawa anak lelakinya adalah salah seorang agen CIA yang sedang menghalang ancaman senjata nukleur pengganas. Menurut Screenrant, watak anak lelaki McClane sebenarnya adalah menantunya dan pernah membantu menyelamatkan anak perempuan John iaitu Mary Elizabeth Winstead dalam "Die Hard 4″.

Apa yang pasti, gandingan mantap anak dan ayah memberikan satu lagi keunikan dalam filem Die Hard. Kedua mereka mempunyai skil dan mempamerkan aksi yang mantap. Berbeza dari filem-filem Die Hard sebelum ini, kemungkinan besar, jika adanya filem "Die Hard 6″, legasi John McClane akan diteruskan oleh anak lelakinya. Siapa tahu kan?

Apa pun, filem "A Good Day To Die Hard" akan ditayangkan secara rasmi diseluruh pawagam di Malaysia bermula hari ini. Cepat beli tiket anda sekarang. Filem ini turut dibarisi pelakon seperti Jai Courtney dan Amaury Nolasco.

Trailer selepas ini!

Tags: , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan