OHBULAN! |
| Artis Youtube Nyanyi Semula “Don’t You Worry Child” – Swedish House Mafia Posted: 03 Feb 2013 10:57 PM PST
18 Januari lepas menyaksikan kumpulan Swedish House Mafia mengadakan konsert "One Last Tour" di Sunway Lagoon Surf Beach. Dihadiri hampir 30 ribu orang peminat, kumpulan yang dianggotai oleh 3 orang dj ini telah membuat persembahan yang sangat menyeronokkan. Namun, disebalik persembahan mereka, 4 orang artis sensasi Youtube telah bergabung dan menghasilkan sebuah 'cover' lagu "Don't You Worry Child". Gabungan Andrew Garcia, Alex G, Chester See, dan Andy Lange telah memberikan satu kelainan dan pelbagai reaksi positif dari peminat.
Mari tonton video cover "Don't You Worry Child" selepas ini. |
| He’s Too Cute – Ahmad Dhani Tawan Hati Nora Danish Posted: 03 Feb 2013 09:43 PM PST
Baru-baru ini Nora Danish telah terbang ke Indonesia bagi menjalani penggambaran untuk sebuah program tayangan Astro Ria yang berjudul 'Republik Cinta Ahmad Dhani.' Sepanjang sesi penggambaran program tersebut, terdapat juga beberapa gambar yang menunjukkan Nora Danish menjeling manja kearah Ahmad Dhani dan mereka kelihatan sungguh serasi apabila digandingkan bersama. Mesti ramai peminat Nora di luar sana jeles melihat kemesraan mereka berdua kan?
Bukan itu sahaja, malah pelakon jelita ini turut memuji Ahmad Dhani dengan caption berbunyi, "He's too cute" di laman Instagramnya. Wah, terer sungguh Ahmad Dhani tackle hati Nora Danish ya! Menurut Nora, program 'Republik Cinta Ahmad Dhani' ini adalah khusus untuk tontonan peminat-peminat Ahmad Dhani sendiri, di mana ia bakal menceritakan segala isu-isu yang berkaitan dengan muzik ciptaan penyanyi ini dan bakal ditayangkan di saluran Astro Ria. Jom layan foto-foto Nora Danish bersama Ahmad Dhani selepas ini : Sumber : Instagram Nora Danish |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










0 ulasan:
Catat Ulasan