RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Sekitar Majlis Resepsi Nikah Liyana Jasmay

Posted: 03 Feb 2013 05:24 PM PST

Majlis perkahwinan pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay telah pun melabuhkan tabirnya. Namun, ramai pembaca yang mahu melihat gambar-gambar sekitar majlis akad nikah dan resepsi Liyana Jasmay.

Pada sebelah malam 2 Februari lalu, majlis resepsi berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Rona hitam putih sebagai tema. Berkonsepkan 'Old Hollywood Glam', majlis ringkas, elegen dan penuh dengan kasih sayang ini cukup meriah dihadiri seramai 1000 terdiri daripada selebriti tempatan selain sanak-saudara dan rakan-taulan.

Antara selebriti yang hadir ialah, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, Farid Kamil, Nur Fazura & Lisa Surihani bersama Yusri antara selebriti yang hadir di majlis resepsi LJ & Fathuddin.

Para tetamu mula hadir sejak jam 8 malam. Antara selebriti yang kelihatan, Awal Ashaari dan isteri Scha Al-Yahya, Chelsia Ng, Fazura, Umie Aida & suami, Eja, Marsha, Lisa Surihani dan Yusri, Norman (KRU) dan isteri, Tam Suhaimi, Zain Raffedge & Isteri, Farid Kamil, Dira Abu Zahar, Erul (AF), Ana Dahlia, Farish, Sofea Jane, Eirma Fatima, Fizo Omar, Hanez Suraya, Paan (Bunkface) dan ramai lagi.

Menurut perunding majlis perkahwinan Liyana, Faiz Sabari dari Reka Teemor Sdn. Bhd. konsep 'Old Hollywood Glam', menampilkan elemen klasik Hollywood yang diberi nafas baru atau moden. Idea dan konsep majlis ini 100 peratus daripada Liyana sendiri.

Kira-kira jam 9 malam, pasangan mempelai masuk ke dalam dewan diiukti bacaan selawat. Liyana anggun mengenakan gaun labuh berona putih sementara suaminya Fatuddin segak bersut tuxedo hitam. Gaun Liyana merupakan ilham pereka terkenal, Jovian Mandagie.

Farish Aziz, selaku pengacara berkata Liyana tidak suka mendengarnya berpantun, tapi Farish tetap berpantun ketika memulakan kata-kata aluan dan ucap selamat datang kepada para tetamu yang hadir.

Majlis diteruskan dengan sesi menepung tawar, dimulakan dengan kerabat Negeri Sembilan, Tengku Jawahir, Datuk Dr. Abdul Latif Mohamad dan isteri, Tan Sri Yusof Nor, Tuan Hj. Zakaria dan isteri, serta ayahanda daan bonda pengantin lelaki, Hj. Mazlan Zakaria dan Hjh. Jamilah Rahman juga ayahanda dan bonda penganti perempuan Datuk Jasmay Shah dan Datin Habsah Sipun.

Sewaktu majlis santapan, pasangan pengantin dan para tetamu diperdengarkan lagu persembahan band AG & Co. (kawan-kawan baik Liyana sendiri). Antara lagu-lagu yang didendangkan ialah Selalu Denganmu, L.O.V.E, Buktikan, Hadirmu dan Linger. Lagu-lagu tersebu adalah pilihan Liyana yang ditujukan khas untuk suami tercinta.

Selain itu tetamu juga dipertontonkan dengan video eksklusif menceritakan detik-detik perkenalan daan bibit-bibit cinta mempelai dua sejoli ini.

Kemuncak majlis diteruskan dengan acara memotong kek. Liyana anggun dengan persalinan gaun putih-merah jambu rekaan Rizman Ruzaini sementara Fathuddin segak berkot hitam.

Majlis resepsi berakhir kira-kira jam 11 malam. Sebelum tetamu pulang, Liyana dan Fathuddin bersalaman dengan semua yang hadir.

Komen via Facebook

Komen

Farish Aziz Bakal Jalani Pembedahan Gara-Gara Ligamen Putus

Posted: 03 Feb 2013 04:46 PM PST

Semasa Majlis Akad Nikah Liyana Jasmay hari Sabtu lalu, Budiey terkejut jugak bila tengok engacara dan pelakon, Farish Aziz datang dengan bertongkat. Apa dah jadi? Farish kata, nasibnya sebijik dengan apa yang dialami oleh Johan Raja Lawak. Sebab itu, dia terpaksa memperlahankan aktiviti seninya buat masa ini akibat kecederaan pada ligamen kakinya yang terputus sewaktu dia sedang bermain bola sepak pada hari Khamis lalu.

"Saya datang ke Kuala Lumpur untuk majlis perkahwinan Liyana. Tapi kaki ni gatal, saya pergi main bola. Entah macam mana, ligamen saya terpusing dan putus. Tapi saya masih boleh berjalan dan doktor nasihatkan saya supaya pakai tongkat. Doktor juga nasihatkan agar menjalani pembedahan. InsyaAllah saya akan buat pemeriksaan selanjutnya dan mungkin akan jalani pembedahan dalam masa terdekat ini."

Tambahnya lagi, kalau keadaan memaksa dia akur untuk menangguhkan beberapa projek untuk tiga, empat bulan yang mendatang.

"Nampak gaya kalau dah jadi macam ni, lepas pembedahan nanti saya terpaksa tangguhkan beberapa projek yang telah dirancang dalam masa tiga, empat bulan ini. Tapi saya akan gigihkan juga selagi boleh buat. Kalau job yang setakat berdiri tu saya boleh. Cuma yang lasak dan memerlukan saya berlari, tu tak boleh buat masa ini. Saya difahamkan jangkaan untuk sembuh minimun dalam masa tiga bulan. Bergantung juga pada fisioterapi, sekerap dan serajin mana yang kita buat dan berapa cepat badan kita menerima rawatan yang diberikan."

Dalam perkembangan lain, Farish memaklumkan dia kini tidak lagi bertugas sebagai deejay di radio Suria FM di Sabah. Kini kerjaya seninya kembali bertumpu di Kuala Lumpur.

"Saya dah balik KL, walaupun famili isteri semua masih di sana. Sekarang ni saya sedang sibuk dengan promosi Fear Factor Selebriti Malaysia dan terlibat untuk beberapa program terbitan Astro."

Sementara itu, tatkala diminta mengulas mengenai teman baiknya Liyana Jasmay yang akhirnya mendirikan rumah tangga, Farish yang turut diberi kepercayaan oleh Liyana sebagai pengacara pada malam itu berkata,

"Melihat Liyana Jasmay di atas pelamin, sesuatu yang macam tak percaya. Sebab nana (panggilan manja Liyana) ni dia jenis macam budak-budak sikit tapi di dalam dirinya tu dewasa. Dan saya yakin Din (panggilan untuk Fathuddin) boleh menjaga nana dengan baik. Nana ni dia jenis loud, Din pula rileks, sesuailah kombinasi mereka berdua. Saya doakan mereka berdua bahagia dan berkekalan jodoh hingga akhir hayat."

Video Ucapan Farish Aziz Untuk Liyana Jasmay & Suami

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan