Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Orang Kedah Pilihan Cinta Fizo Omar
- Neelofa tak layan gosip murahan!
- Bas sekolah hangus di R&R Temerloh
- Salwa Razak Enggan Layan Gosip Murahan
- Aaron Aziz Tidak Kecil Hati Dikritik Kerana 'Fear Factor'
- Shah Rezza Mahu Aktif Semula Pada Usia 52 Tahun
- Sekuel KL Gangster Ditayang Selepas Aidilfitri - Yusof Haslam
- Rita Ora Mahu Bercinta Dengan Robert Pattinson
- ATM Perkenal Dua Syarat Baru Dalam Pengambilan Pegawai, Anggota
- Kontroversi tidak gugat kebahagiaan
- Pekin bebas berlakon
- Clarkson gemuruh mahu kahwin
- Penjual ayam ugut ibu didenda RM5,000
- Serpihan tulang dalam kereta terbakar cetus misteri
- Mumia berusia 4,000 tahun diimbas
- Air tasik bertukar menjadi hijau
- Kraf tangan kulit telur dari Vietnam
- Tanah di Liberia semakin kurang
- Ritma hidup bergelar bapa
- Jubah kontemporari buat jejaka
- 11 keajaiban tomato
- Syiling Yasin boleh tarik duit, jumpa bidadari
- Memey Yakin Kelebihan Norman Hakim Mendidik Anak
- Kontroversi Tidak Jejaskan Perkahwinan Liyana Jasmay
- Industri Filem Malaysia Semakin Pesat - Finas
| Orang Kedah Pilihan Cinta Fizo Omar Posted: 03 Feb 2013 08:02 PM PST Fizo dan Haas sebelum ini telah berkenalan selama beberapa tahun sebagai teman biasa.Fizo, 28, berkata, mereka telah berkenalan selama beberapa tahun sebagai rakan biasa dan baru sahaja menjalinkan hubungan istimewa sejak tiga bulan lalu. "Saya kalau boleh tidak mahu terlalu mendedahkan hubungan cinta ini tetapi saya mengaku memang sekarang saya sedang bercinta dengan Haas. "Bagaimanapun hubungan ini masih lagi diperingkat awal dan kami sedang mengenali hati budi masing-masing," jelasnya ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke 52 Datuk Shah Rezza di sini pada Ahad. Fizo hadir ke majlis berkenaan bersama kekasihnya itu dan tampil mengenakan pakaian dari warna sedondon iaitu putih. Dalam pada itu, Fizo berkata, sikap memahami wanita berasal dari Kedah itu telah memikat hatinya selain mempunyai pelbagai persamaan membuatkan mereka serasi. "Buat masa ini terlalu awal untuk bercakap soal kahwin tetapi saya selesa dengan Haas yang cukup sekepala dengan saya. Soal jodoh saya letakkan kepada takdir," jelasnya. Fizo mengakui sikap memahami Haas telah menambat hati lelakinya. "Fizo sangat mementingkan hubungan kekeluargaan dan sikap tanggungjawabnya telah menambat hati saya malah dia sangat memahami dan ringkas dalam pelbagai perkara," jelasnya yang masih menuntut di Universiti Lim Kok Wing dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan. Tambah Haas, dia tidak gentar dengan kemungkinan hubungan mereka akan menjadi perhatian dunia hiburan kerana meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Fizo. "Sebelum ini apabila timbul apa-apa perkara mellibatkannya, dia akan terangkan kepada saya situasi sebenar dan saya pula jenis yang tidak kisah dan faham kerjayanya sebagai pelakon," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Fizo memberitahu perniagaan Hot Burger yang diusahakan sejak beberapa bulan lalu berjaya mengembangkan cawangan sehingga 30 buah gerai dan akan terus memperluaskannya pada tahun ini. "Alhamdulillah sambutan cukup memberangsangkan dan semakin ramai belia yang menunjukkan minat untuk berniaga Hot Burger di kawasan mereka. "Cuma timbul sedikit salah faham apabila ramai yang menyangka saya duta kepada jenama itu sebaliknya saya adalah pemiliknya," jelasnya. Masih aktif berlakon, Fizo berkata, dia bakal muncul dengan sebuah filem bertajuk Isyarat Cinta selain baru selesai menjalani penggambaran drama Surat Dari Langit Biru dan telefilem Nur Sarah. | |||
| Neelofa tak layan gosip murahan! Posted: 03 Feb 2013 08:01 PM PST Neelofa Mengakui sentiasa dihimpit pelbagai persoalan, tohmahan dan kontroversi, juara Dewi Remaja 2010/2011 ini akur kerana perjalanan kariernya tidak seindah diharapkan. Namun, 2013 diharap dapat memberi wajah baru kepadanya. Bagi Noor Neelofa Mohd Noor atau nama pentasnya, Neelofa, biarlah tahun ini menjadi saksi kepada perkembangan karier berbanding kisah peribadinya. Berbicara mengenai kerjayanya sebagai pelakon, ada desas-desus mengatakan gadis berusia 23 tahun ini tidaklah sehebat mana dalam bidang lakonan, sebaliknya hanya berbekal kepada paras rupa sahaja. Menjawab mengenai perkara ini, bintang filem Azura ini memberitahu, dia tidak pernah kisah dengan tanggapan atau pandangan orang selama ini. "Sudah menjadi lumrah dalam dunia seni, apa sahaja yang dilakukan seseorang itu akan menjadi tumpuan sama ada perkara baik atau tidak yang dilakukan kita, ada sahaja yang akan dikatakan. "Begitu juga dengan saya, dari awal pembabitan dalam bidang ini, pelbagai khabar angin dan cakap orang mengenai saya, saya dengari, apa pun, saya perlu positif dan menjadikan semua ini sebagai motivasi," katanya segala kritikan yang diterima menguatkan lagi dirinya untuk terus pergi jauh dalam bidang ini. Katanya yang lebih mesra disapa Lofa, apa yang berlaku sepanjang tahun lalu juga dijadikan pengalaman dan bekalan masa akan datang. "Saya tidak pernah kesal atas apa yang berlaku, semua perkara ini tidak akan saya lakukan lagi. "Biarlah ia menjadi sejarah dalam lipatan hidup saya, sebagai manusia saya juga tidak terlepas dari melakukan silap. "Alhamdulillah, nampaknya kini saya semakin bersih dari semua kontroversi dan saya perlu mengekalkan semua itu," kata gadis berdarah campuran Melayu, Pakistan dan Arab ini. Hilang arah? Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malah empunya diri juga tidak sangka diberi kepercayaan untuk melebarkan sayapnya dalam bidang ini sehingga dilamar menjadi pengacara. Bermula dengan rancangan Nona bergandingan bersama pengacara popular, Fara Fauzana dan kini MeleTOP, bersama pelawak terkenal Nabil Ahmad, anak ketiga daripada sembilan beradik ini mengakui dia lebih selesa bergelar pengacara. Pun begitu, apa yang menjadi persoalan, di manakah fokus pelakon Kau Yang Terindah ini? Belum pun sempat menunjukkan kemampuan menjadi pelakon, dia kini sudah beralih kepada mengacara pula. Ditanya mengenai perkara ini, akui Lofa, tidak timbul soal hilang arah apabila dia memilih untuk menjadi pengacara di samping seorang pelakon. Jelasnya, cabang seni yang luas dan subjektif memberi ruang kepadanya untuk mencuba pelbagai aspek sebagai anak seni. "Dari kecil saya sudah bercita-cita bergelar pengacara, ketika menyertai Dewi Remaja, itulah matlamat utama saya, bagaimana pun, tawaran berlakon datang dahulu. "Jadi, saya membuat keputusan untuk menerimanya, lagi pun untuk apa saya menolak rezeki yang datang," bicaranya yang pernah membintangi drama Tahajud Cinta, Kasih Najihah dan Kitab Cinta ini. Ditanya, apakah dia sudah cukup berpuas hati kerana impiannya menjadi pengacara tercapai, kata Lofa, kepuasan bukan menjadi ukuran jika melakukan sesuatu itu. "Apa yang penting ia beroleh kejayaan, jika saya bergelar pengacara sekali pun, namun kerja saya tidak bagus, untuk apa. Saya lebih senang jika semua tugasan yang diberikan berjalan dengan lancar dan disukai penonton," katanya penuh yakin. Rebut peluang Dalam pada itu, melihat kepada perkembangannya sebagai pendatang baru dalam bidang lakonan, Lofa juga bukanlah calang-calang kerana dia sering menjadi pilihan pengarah untuk dijadikan heroin dalam filem mereka selain menjadi teraju utama bagi segelintir drama popular tempatan. Berkongsi mengenai perkara ini, kata Lofa, dia sebenarnya tidak pernah memilih sama ada membintangi filem atau pun drama. "Saya masih baru dan pengalaman saya sangat sedikit sebagai pelakon, ruang yang ada saya gunakan sebaiknya untuk belajar dari satu episod ke episod yang lebih baik. "Walau pun watak yang diberikan adakala sebagai pembantu sahaja, namun bagi saya ia penting kerana mampu mengasah keupayaan saya dalam bidang ini. "Cuma, jika skrip yang diberikan tidak sesuai dengan saya, barulah saya tolak," ujar Lofa, dia perlu membahagikan masa dengan baik sebagai pelakon dan pengacara. Bercerita perihal itu, katanya, dia bukanlah seorang yang akan mengaut semua tawaran yang diterimanya. "Saya hanya melakukan apa yang termampu sahaja. Jika saya sudah mempunyai komitmen untuk drama atau filem lain, saya tidak akan sesekali menyusahkan diri saya terkejar ke sana dan ke mari. "Lagi pun pada hujung minggu saya akan fokus Nona dan MeleTOP. Pada masa sama, saya juga perlu berikan perhatian kepada pelajaran, keluarga dan perniagaan yang diusahakan, jadi adalah lebih baik saya tidak tamak," katanya perniagaan produk kecantikan, Bella Vista miliknya dan keluarga semakin berkembang. Cinta anak jutawan? Sering dihimpit pelbagai persoalan mengenai kisah peribadinya, Lofa bagaimana pun mengakui, dia lebih selesa berdiam diri apabila diajukan tentang perkara itu. Baginya, baik hubungannya bersama pengarah terkenal, Hans Isaac dan lelaki lain yang di gembar - gemburkan, tidak memberi sebarang kesan terhadap kariernya. "Ketika ini tidak perlulah saya membuka cerita mengenai hubungan saya dengan mana-mana lelaki, lagi pun, bila orang tahu atau nampak saya dengan sesiapa, mereka akan bercakap juga. "Jadi, sama ada mereka percaya atau tidak apa yang saya katakan, itu sudah tidak penting lagi," jelas pelakon Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko ini. Diusik mengenai kisah terbarunya bersama seorang anak jutawan, Lofa hanya ketawa. Katanya, dia tidak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul. "Saya tidak ada hubungan dengannya dan semua ini mengarut," ujar Lofa yang bagaikan sudah lali dengan cerita-cerita sebegini. Dalam pada itu, apabila ditanya adakah gosip yang melanda menjejaskan kerjayanya, akui Lofa, dia masih menerima pelbagai tawaran lakonan dan menjadi pengacara sehingga ke hari ini. "Rasanya, semua itu tidak menjadikan kerjaya saya ketinggalan di belakang, pun begitu saya gembira dan bersyukur sangat kerana tahun ini lebih banyak kerja yang saya terima," katanya bakal memulakan penggambaran filem terbarunya bermula Mac nanti. | |||
| Bas sekolah hangus di R&R Temerloh Posted: 03 Feb 2013 07:59 PM PST Bas sekolah ini hangus seratus peratus ketika pemandunya berhenti di R&R Temerloh untuk berehat, pagi semalam. Ketua Balai Bomba Temerloh, Hashnuddin Hussein berkata, tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian di Kilometer 131.9 itu kerana bas tersebut tidak membawa penumpang. Katanya, pemandu bas terbabit memberhentikan kenderaannya untuk berehat di R&R Temerloh. Menurutnya, bomba menerima panggilan pada jam 11.23 pagi daripada pemanggil Mohd Termizi Abdul Aziz yang melihat kebakaran tersebut. "Anggota bomba dan penyelamat yang terdiri daripada enam orang dan sebuah jentera kemudiannya bergegas ke tempat kejadian dan tiba di lokasi pada jam 11.41 pagi. "Bagaimanapun sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, bas tersebut didapati telah musnah tetapi tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan," katanya. | |||
| Salwa Razak Enggan Layan Gosip Murahan Posted: 03 Feb 2013 07:57 PM PST Salwa mahu menumpukan kepada kerjaya seninya.Salwa atau nama sebenarnya, Salwa Md Razak, 28, berkata, dia mahu melupakan semua kisah hitam yang pernah tercatat dalam hidupnya sepanjang bergelar artis dan memulakan hidup baru. "Sebelum ini saya memang tertekan apabila pelbagai gosip yang melanda diri saya dan tidak tahu bagaimana ingin mempertahankan diri namun saya kini sedar ia telah membantu menjadikan saya seorang yang lebih matang. "Semua kisah yang pernah berlaku saya tidak mahu ingat lagi kerana tahun ini tumpuan saya hanya kepada kerjaya seni," jelasnya kepada mStar Online. Salwa yang sebelum ini dikenali dengan nama Arrora Salwa popular menerusi lagu Ahmad mengambil keputusan menukar namanya sebagai salah satu langkah untuk memperkenalkan kembali namanya dalam bidang seni. Selain tuduhan bersekedudukan Salwa juga hangat apabila krisis hubungan dengan keluarga teman lelakinya iaitu bekas anggota kumpulan Max:247, Mohd Fairuz Shaari (Alloi) hebat diperkatakan. Dalam pada itu, Salwa yang bakal muncul dalam filem pertamanya, Kerat 14 berkata, dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan dunia nyanyian sebaliknya kedua-dua cabang seni itu akan berjalan seiring. Salwa berkata, selain nyanyian dan lakonan dia juga mahu mencuba bidang lain seperti pengacaraan jika diberi peluang. "Tahun 2013 adalah untuk saya menerokai pelbagai perkara yang mungkin saya sendiri tidak sedar boleh lakukannya namun bidang nyanyian tetap menjadi keutamaan saya selain berlakon," jelasnya. Sementara itu, Salwa berkata, dia berdebar menanti reaksi penonton terhadap lakonannya dalam filem Kerat 14 dan berharap ia akan diterima ramai. Jelas Salwa, dia berharap kemunculan dalam filem arahan Arjin Uppal itu akan membuka lebih banyak ruang kepadanya dalam bidang lakonan. Salwa turut memberitahu dia juga bakal muncul dengan single terbarunya berjudul Hidup Baru pada Mac depan selain sedang sibuk dibeberapa lokasi penggambaran drama untuk siaran RTM. | |||
| Aaron Aziz Tidak Kecil Hati Dikritik Kerana 'Fear Factor' Posted: 03 Feb 2013 07:56 PM PST Aaron tidak berkecil hati apabila ada pihak yang mengatakan persembahannya sebagai pengacara program Fear Factor Selebriti Malaysia hambar. Aaron berkata, beliau terbuka menerima pandangan daripada peminat yang disifatkan mengambil berat terhadap dirinya dan akan memperbaiki kekurangan itu pada masa hadapan. "Fear Factor adalah program yang paling besar pernah saya terlibat sebagai pengacara dan pastinya ia memberikan sedikit tekanan sehingga kekurangan dapat dilihat dengan jelas. "Bagaimanapun saya tidak berkecil hati dengan komen-komen peminat kerana ia sebagai peringatan untuk buat lebih baik selepas ini," jelasnya kepada mStar Online. Aaron ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Kerat 14 yang menggandingkannya dengan pelakon Siti Saleha. Ia bakal ditayangkan pada 14 Februari ini. Dalam pada itu, Aaron berkata, pengacaraannya kelihatan hambar mungkin turut disebabkan kesihatannya yang terjejas sehingga dimasukkan ke sebuah hospital di Cape Town, Afrika Selatan ketika penggambaran. Kata Aaron, walaupun belum pulih sepenuhnya dia terpaksa mengagahkan diri untuk menyambung penggambaran bagi mengelakkan jadual yang telah diatur pihak produksi tidak tergendala. "Hampir lima hari saya dimasukkan ke hospital kerana mengidap pneumonia tahap awal dan jika melenggahkan penggambaran ia akan memberi kesan kepada semua pihak dan saya perlu mengagahkan diri. "Alhamdulillah sokongan semua kawan-kawan dan krew telah melancarkan proses penggambaran," jelasnya. Bagaimanapun kata Aaron, pihak produksi tidak memberi sebarang ulasan buruk terhadap cara pengacaraannya sebaliknya berpuas hati dengan persembahannya. Sementara itu, bercakap mengenai karektornya dalam Kerat 14, Aaron memberitahu dia menerima tawaran itu kerana watak tersebut berbeza dengan apa yang pernah diterimanya sebelum ini. Selain Kerat 14, Aaron juga bakal muncul dengan beberapa lagi filem pada tahun ini seperti Lari, KL Gangster 2 dan Dampak. | |||
| Shah Rezza Mahu Aktif Semula Pada Usia 52 Tahun Posted: 03 Feb 2013 07:54 PM PST Shah Rezza mahu kembali dalam dunia hiburan tempatan sebagai penerbit. Shah Rezza, 52, yang juga Pengerusi Festival Fesyen Islam (IFF) berkata, pembabitan semula itu dibuat kerana rindukan dunia seni yang telah memperkenalkannya sebagai seorang pelakon, penyanyi dan model selain mahu menyumbang kepada pembangunan industri kreatif negara. "Apa juga yang saya lakukan, perasaan rindu terhadap dunia lakonan itu masih menebal dan tahun 2013 adalah paling sesuai untuk kembali aktif. "Pembabitan ini juga adalah sebagai satu tanda sokongan saya untuk melihat industri ini bertambah maju dengan pelbagai produk yang berkualiti untuk disajikan kepada penonton," jelasnya. Beliau ditemui pada majlis sambutan ulang tahunnya yang ke 52 di Penang Village di Great Eastern Mall di sini pada Ahad. Hampir 300 orang tetamu termasuklah rakan seangkatan dengannya hadir memeriahkan majlis seperti Ahmad Fauzee, Mustapha Kamal, Ebby Saiful, Nooren Noor, Salwa Abdul Rahman, Liza Abdullah, Fizo Omar, Norman Hakim, Catriana Ross, Azza (Elite), Linda Rafar, Elaine Daly dan Zul Ariffin. Shah Rezza berkata beliau menyasarkan 10 buah projek dapat dilaksanakan pada tahun ini dan memberitahu tiga buah tajuk drama sedang dalam peringkat akhir penyusunan sebelum memasuki proses penggambaran. Antara rakan artis yang hadir memeriahkan majlis sambutan ulang tahun Shah Rezza ke 52 yang diadakan di Little Penang, Great Eastern Mall pada Ahad. Dalam pada itu, Shah Rezza berkata, beliau juga akan membuat kemunculan sebagai pelakon dalam salah sebuah drama yang akan diterbitkan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Menurutnya beliau sudah lama berhasrat untuk berlakon dalam sebuah produksi berkenaanbdan impian itu akhirnya dapat dilaksanakan. "Memang sejak dari dulu lagi impian saya ingin berlakon dalam sebuah drama atau filem berbahasa Inggeris dan hasrat itu nampaknya hampir tercapai. "Bagaimanapun tumpuan akan lebih diberikan kepada tugas saya sebagai penerbit dan lakonan hanya untuk melepaskan rindu dan mengisi masa lapang," ujarnya. Tambah beliau lagi, pihaknya turut akan menerbitkan dua buah album yang berkonsepkan wayang kulit selain sebuah album ketuhanan dengan menampilkan artis-artis 80-an seperti Ahmad Fauzee dan Nassier Wahab. Sementara itu, berkongsi harapannya bersempena hari kelahirannya yang ke 52 pada 26 Januari lalu, Shah Rezza berkata, beliau mahu mencapai semua cita-citanya yang belum terlunas sebelum menjengah usia 56 tahun. "Saya masih ada empat tahun lagi untuk memperkukuhkan perniagaan yang dimiliki kini termasuk aspek lain dalam kehidupan," jelasnya. Shah Rezza sebelum ini terkenal dengan wataknya menerusi filem seperti Balik Kampung (1986), Ali Setan (1986), Marah-Marah Sayang (1987) dan Hati Bukan Kristal (1990). | |||
| Sekuel KL Gangster Ditayang Selepas Aidilfitri - Yusof Haslam Posted: 03 Feb 2013 07:53 PM PST Yusof berkata KL Gangster 2 kini dalam proses akhir pembikinan dan menunggu hak wajib tayang. Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam berkata KL Gangster 2 kini dalam proses akhir pembikinan dan menunggu hak wajib tayang. "Komitmen kepada KL Gangster 2 menyebabkan anak saya yang juga pengarah filem berkenaan, Syamsul tidak dapat menyertai sesi perbincangan Bicara Filem anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sempena anugerah Seri Temasek di sini semalam," katanya. Yusof menambah berbanding KL Gangster yang melibatkan kos RM2.5 juta dan 38 hari penggambaran, kos penerbitan KL Gangster 2 mencecah RM4 juta dengan lebih 68 hari penggambaran. Syamsul bertindak sebagai pengarah filem berkenaan.Seorang peminat filem Singapura yang mengikuti program perbincangan Bicara Filem berkenaan yang hanya memperkenalkan diri sebagai Sofia mengucapkan tahniah kepada delegasi Malaysia di atas kehebatan filem tersebut. "Filem KL Gangster mempunyai perspektif berbeza dari filem Melayu sebelum ini di mana jalan ceritanya boleh diagak dan membosankan penonton," katanya. | |||
| Rita Ora Mahu Bercinta Dengan Robert Pattinson Posted: 03 Feb 2013 07:52 PM PST Rita Ora mengakui jatuh hati dengan Robert Pattinson. Rita membuat pengakuan itu ketika ditemu bual oleh stesen radio 2day FM selain mencerca bekas kekasihnya, Rob Kardashian iaitu adik kepada Kim Kardashian. "Robert adalah sangat kacak dan mahu bercinta dengannya. Tentu sahaja saya akan menembak Rob," katanya. Kebencian Rita kepada Rob bermula apabila lelaki itu menuduhnya curang dengan 20 lelaki lain semasa mereka bercinta dan gara-gara kenyataan itu hubungan mereka menjadi panas. Rita memberitahu hubungan mereka tidak berhasil kerana kesibukan dirinya yang sedang mencipta nama sebagai penyanyi. | |||
| ATM Perkenal Dua Syarat Baru Dalam Pengambilan Pegawai, Anggota Posted: 03 Feb 2013 07:51 PM PST KUALA LUMPUR: Mulai tahun ini Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan syarat baru dalam mengambil serta melatih pegawai dan anggota sejajar dengan hasrat negara menjadikan pegawai dan anggota tentera bertaraf dunia. Panglimanya Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata syarat baru yang diperkenalkan ATM itu merangkumi dua perubahan dalam pengambilan pegawai dan anggota yang akan dinilai melalui kelulusan akademik. "Syarat baharu ini kami mula laksanakan awal tahun ini iaitu jika seseorang individu memohon menjadi pegawai muda, kelayakan akademik dinilai adalah dengan memiliki ijazah kelas pertama dengan kepujian dalam mana-mana bidang. "Berbeza dengan syarat sebelumnya yang hanya dinilai dengan memiliki ijazah, tanpa mengira kelas pertama atau kedua, dan diploma dalam apa-apa bidang," katanya ketika ditemubual Bernama, di pejabatnya baru-baru ini. Zulkifeli berkata syarat baharu kedua ialah individu yang memohon untuk pengambilan anggota lain-lain pangkat hendaklah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau berkata sebelum ini permohonan untuk jawatan anggota lain-lain pangkat sekadar memerlukan kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR). "Ini selaras dengan hasrat ATM khususnya dan negara amnya dalam menjadikan pegawai dan anggota ATM bukan sahaja mempunyai kelebihan fizikal dan mental malah mempunyai kelebihan dari segi akademik yang mampu mengangkat nama ATM," katanya. | |||
| Kontroversi tidak gugat kebahagiaan Posted: 03 Feb 2013 07:46 PM PST
LAKSANA sebuah istana kayangan yang dilakar indah untuk menyambut seisi alam bertandang, begitulah gilang-gemilangnya majlis pernikahan dan persandingan pasangan Liyana Jasmay dan Fathudin Mazlan yang berlangsung pada hari Sabtu lalu. Hotel Seri Pacific dan Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur menjadi saksi terpatri cinta dua jiwa antara pelakon dan penyanyi lincah Liyana, 25, bersama ahli perniagaan, Fathudin, 29. Majlis akad nikah berlangsung seawal pukul 9 pagi di dewan utama Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur bersaksikan 200 orang tetamu undangan terdiri daripada keluarga, teman rapat dan media. Sebanyak dua kali lafaz, pada tepat pukul 10.27 pagi Fathudin selamat dinikahkan oleh bapa Liyana sendiri, Datuk Jasmay Md. Shah dengan mas kahwin berupa seutas gelang tangan emas bernilai RM5,500. Setinggi-tinggi ucapan syukur dipanjatkan oleh kedua-dua mempelai yang turut melangsungkan persandingan pada sebelah malamnya di Dewan Merdeka, PWTC. "Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan dipermudahkan segala hal. Rasa seperti bermimpi pun ada dan saya bersyukur semuanya selamat dilangsungkan. "Saya bukan seorang yang terperinci tapi asalkan semua tetamu yang hadir gembira dan biar majlis ini menjadi sebuah majlis yang diingati selamanya," kata Liyana usai majlis pernikahan awal pagi Sabtu lalu. Menyarung sepasang busana rona putih rekaan pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie, Liyana disolek penuh seri oleh jurusolek kegemarannya, Tiar Zainal. Liyana menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa tepak sirih, seutas rantai emas, sebuah tas tangan, wang hantaran bernilai RM28,388, dan set barang kemas (seutas rantai, sebentuk cincin dan sepasang anting-anting). Sementara pihak Fathudin pula dibalas dengan tujuh dulang hantaran iaitu kek, semangkuk buah anggur, dompet jenama Louis Vuitton, sepasang kasut kulit Prada, seutas jam tangan Tag Heuer, sebentuk cincin Bvlgari dan sirih junjung. Hi jiran! Perkenalan yang bermula dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Fathudin kepada Liyana yang berbunyi "Hi jiran!" akhirnya berakhir di jenjang pelamin pada tarikh keramat 2 Februari 2013. ![]() MAJLIS resepsi Liyana berlangsung dalam suasana ala kayangan. Kata Liyana, sepanjang melayari alam perkenalan mereka hanya bertemu sebanyak lima kali sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga bersama. "Susah nak dijelaskan sebab saya suka dia (Fathudin) kerana itu terlalu peribadi, tapi apa yang boleh saya katakan dia seorang yang sangat memahami dan kami mudah serasi. Pertama kali berjumpa seperti sudah 10 tahun kenal! "Dia sangat tenang dan penyabar, mungkin itu daya penarik dia. Walaupun kami berjiran, tidak pernah pula bertegur sapa selama ini," ungkap Liyana mengenai detik awal pertemuan mereka. Janji Liyana dia bagaimanapun akan cuba menjaga hubungan rumah tangganya bersama Fathudin namun dalam masa yang sama tetap meneruskan kariernya sebagai pelakon, penyanyi dan bakal pengarah. "Sepanjang kita membesar, personaliti dan kematangan juga berubah. Saya akan cuba untuk melakukan yang terbaik untuk menjaga dia. "Dari segi lakonan pula saya akan memilih watak yang bersesuaian dengan imej saya sebagai seorang isteri orang, bagaimanapun saya tidak meletakkan syarat. Berlakon adalah kerjaya dan jiwa saya, cuma mungkin tidak sekerap seperti sebelum ini," jelas anak bongsu daripada tiga beradik itu. Layar seninya bakal dicorakkan dengan warna yang berbeza apabila syarikat produksinya, Mermaid Studio bakal ligat beroperasi. Kontroversi Ketika majlis pertunangan pasangan itu pada 29 Mac tahun lalu, Liyana membuat pengumuman mengenai tarikh pernikahan mereka yang sepatutnya dilangsungkan pada 24 Januari lalu. Atas alasan tertentu yang tidak dapat dielakkan, majlis itu terpaksa ditunda ke tarikh 2 Februari. Selain itu, seminggu sebelum majlis pernikahan pasangan itu turut terpalit dengan kontroversi gambar praperkahwinan yang telah mengundang banyak komen negatif selain percakaran dengan jurufoto profesional, Saiful Nang. Menjawab akan kisah kontroversi yang melingkari perjalanan bahagia Liyana dan Fathudin, kata mereka isu itu tidak menjejaskan kedua-dua majlis pernikahan mahupun persandingan mereka.
"Saya tidak marah langsung. Kenapa perlu tertekan dengan perkara sebegini. Kami nak berkahwin dan majlis ini perlu diraikan dengan kegembiraan. "Kalau boleh saya tidak mahu bercakap mengenai kontroversi itu kerana saya sudah lali dengan dunia seni. "Perkara biasa jika ada orang bercakap mengenai kita dan sampai satu ketika orang akan melupakannya apabila timbul isu lain. Perkara ini langsung tidak menjejaskan kami," kata Liyana. Sementara itu, Fathudin yang enggan meletakkan dirinya seiring dengan populariti Liyana menjelaskan dia tidak mengambil kisah akan perkara buruk yang terjadi sebelum majlis perkahwinannya. "Isu itu merepek dan saya tidak mahu ambil tahu langsung. Fokus saya ketika itu adalah persiapan perkahwinan dan mahukan satu majlis yang indah untuk kami berdua," katanya. | |||
| Posted: 03 Feb 2013 07:45 PM PST ![]() DAVID TEO (dua dari kanan) bersama barisan karyawan filem Paku Pontianak. FILEM terbitan Metrowealth Pictures yang ke-85 yang berjudul Paku Pontianak mempertaruhkan bakat Pekin sebagai teraju utamanya di samping pelakon baharu, Uqasha Senrose. Paku Pontianak merupakan filem ketiga Pekin bersama Metrowealth yang mana sebelum ini Pekin telah berlakon dalam filem Cerita Kita dan Legenda Budak Hostel. Katanya yang ditemui pada majlis doa selamat pelancaran filem itu di pejabat Metrowealth di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, walaupun mengikat kontrak sebanyak lima buah filem bersama Metrowealth, dia masih bebas berlakon dengan mana-mana produksi lain. "Ya, memang saya bersama Metrowealth untuk lima buah filem dan kontrak itu akan diperbaharui mengikut tahun. Pihak mereka juga menguruskan jadual saya jika berkaitan dengan filem-filem terbitan Metrowealth. "Selebihnya saya uruskan sendiri. Jika ada tawaran daripada produksi lain, saya masih bebas untuk menerima tawaran itu seperti biasa," ujarnya. Tahun ini, filem lakonannya yang bakal ditayangkan termasuklah Tokan, Rock Oo - Rimba Bara Kembali, Apokalips X dan Rentaz. "Sebenarnya pihak Metrowealth yang menghubungi saya terlebih dahulu dan tawaran mereka ditolak beberapa kali. Selepas saya berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan apa salahnya mencuba sesuatu yang baharu. "Alhamdulillah, sekarang ini saya bukan sahaja berhak memilih filem apa yang sesuai untuk diri saya tetapi juga pihak pengurusan mengatur jadual kerja saya dengan cukup teratur. "Sebelum ini, semua benda saya lakukan sendiri. Agak berserabut kepala saya, sekarang ini biarlah ada pihak lain yang uruskan tetapi kerja di luar Metrowealth masih lagi tanggungjawab saya sepenuhnya," balasnya yang turut diberi kepercayaan oleh Metrowealth yang diterajui David Teo itu untuk mengarah filem tidak lama lagi. Bercerita mengenai watak Adam yang dilakonkan Pekin dalam filem Paku Pontianak, ujarnya, tiada sesuatu yang istimewa pada karakter tersebut. Bagaimanapun, latar belakang Adam cukup menarik. "Adam itu wataknya biasa-biasa sahaja tetapi latar belakangnya yang merupakan keturunan pawang adalah sesuatu yang menarik. "Saya masih membaca skrip dan masih terfikir-fikir cara untuk watak Adam bagi memberi impak kepada penonton sebab filem berkaitan puntianak dari zaman hitam putih lagi sudah wujud. "Apa yang hebat sangat puntianak, sedangkan ia hanya hantu tetapi seluruh dunia mempunyai cerita yang tersendiri mengenainya termasuk Malaysia. "Sekarang ini terpulang kepada pengarah bagaimana ingin mengolah filem Paku Pontianak supaya berbeza dengan filem seram tentang puntianak yang sedia ada dalam pasaran tempatan. Saya akan memberi input yang terbaik untuk filem ini," ujarnya yang turut membikin lagu runut bunyi untuk filem Paku Pontianak. Sementara itu, Paku Pontianak turut menampilkan pelakon baharu, Hidayah Samsudin. Hidayah, 24, sebelum ini diserap ke dalam agensi pelakon di bawah Metrowealth iaitu MIG Talent ekoran kemenangannya dalam program SimplySiti Star Search. "Sebelum ini saya memang minat sangat berlakon dan menyanyi tetapi tidak pernah berpeluang. Jadi, filem Paku Pontianak merupakan pentas pertama saya mempamerkan bakat lakonan. "Walaupun saya masih baharu dan tidak mempunyai sebarang asas dalam bidang lakonan tetapi saya yakin mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan pihak Metrowealth," katanya yang memegang watak antagonis sebagai Seri. Paku Pontianak yang mula menjalani penggambaran pada 3 Februari lalu, diarahkan oleh Ismail Bob Hashim. Selain Pekin, Uqasha dan Hidayah pelakon lain yang turut terlibat dalam filem ini ialah Adibah Yunus, Along Eyzendy, Ruminah Sidek dan Sidek Hussin. | |||
| Posted: 03 Feb 2013 07:44 PM PST
KELLY CLARKSON mengakui dirinya agak gemuruh memikirkan tentang perancangan perkahwinan dengan tunangnya, Brandon Blackstock yang dijadualkan berlangsung pada musim luruh iaitu sekitar bulan September tahun ini. Pelantun hit, Stronger itu berusia 30 tahun yang mengikat tali pertunangan dengan Blackstock, 36, pada Disember tahun lepas ketika di temu bual stesen radio K-Frog berkata: "Saya dan Brandon sangat teruja dengan perancangan perkahwinan kami yang akan bermula pada bulan ini (Februari). "Kami rancang untuk berkahwin pada musim luruh ini dan cuba untuk mengadakan majlis perkahwinan secara kecil-kecilan sahaja, tetapi ia merumitkan. "Saya mengakui timbul perasaan gemuruh dan panik dua minggu lalu ketika membincangkan tentang senarai tetamu yang bakal hadir ke majlis perkahwinan kami itu." | |||
| Penjual ayam ugut ibu didenda RM5,000 Posted: 03 Feb 2013 07:43 PM PST ![]() IKHWAN HAKIMI ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam. KOTA BHARU - Hanya kerana tidak dibenarkan meminjam motosikal untuk keluar membeli rokok, seorang penjual ayam tergamak memecahkan cermin tingkap dan menghempas gelas ke lantai sebelum mengugut ibunya untuk membakar rumah pada minggu lalu. Gara-gara sikap buruknya itu, Ikhwan Hakimi Hamid, 24, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam dijatuhi hukuman denda RM5,000 selepas dia mengaku salah atas tuduhan melakukan ugutan jenayah. Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor memerintahkan jika Ikhwan Hakimi gagal membayar denda tersebut dia akan dipenjarakan selama enam bulan. Ikhwan Hakimi didakwa melakukan ugutan jenayah itu bagi menakutkan ibunya, Norliza Abdul Rahman, 55, dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Wakaf Mek Zainab di sini pada pukul 7.30 malam, 30 Januari lalu. | |||
| Serpihan tulang dalam kereta terbakar cetus misteri Posted: 03 Feb 2013 07:38 PM PST ![]() ANGGOTA polis dan ahli keluarga seorang lelaki yang dilaporkan hilang melihat kereta yang terbakar di tepi ladang kelapa sawit berdekatan Alam Impian, Seksyen 25, Shah Alam kelmarin. SHAH ALAM – Sebuah kereta Proton Waja yang hangus terbakar mencetuskan misteri apabila polis menemui beberapa serpihan tulang di dalam kenderaan itu di tepi ladang kelapa sawit berdekatan Alam Impian, Seksyen 25 di sini kelmarin. Laporan mengenai penemuan kereta yang terbakar itu diterima daripada orang awam pada pukul 2 pagi. Bagaimanapun, sehingga petang semalam, polis belum mengetahui sama ada tulang yang dijumpai di dalam kenderaan itu merupakan milik manusia atau tulang haiwan. Difahamkan, polis sedang menyiasat kaitan penemuan kereta tersebut dengan kes kehilangan seorang juruteknik berusia 36 tahun dari Bandar Putra Klang dekat sini pada Khamis lalu. Dalam laporan tersebut, lelaki terbabit dikatakan memandu kereta Proton Waja milik ahli keluarganya sebelum dia dilaporkan hilang. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pemeriksaan polis ke atas kenderaan tersebut mendapati kereta itu dipercayai sudah beberapa hari terbakar sebelum polis menerima aduan mengenai kejadian itu. | |||
| Mumia berusia 4,000 tahun diimbas Posted: 03 Feb 2013 07:34 PM PST ![]() MUMIA lelaki berusia 4,000 tahun dialihkan dekat mesin imbasan tomografi berkomputer di Pusat Pengimejan HCA Virginia, Richmond pada Jumaat lalu. RICHMOND, Virginia - Para kakitangan Muzium Seni Halus Virginia di sini menganalisis mumia lelaki yang berusia 4,000 tahun pada Jumaat lalu. Pihak muzium itu bekerjasama dengan sebuah pusat perubatan untuk membuat analisis itu dengan menggunakan mesin imbasan tomografi berkomputer. Imbasan itu dibuat di Pusat Pengimejan HCA Virginia di sini. Penggunaan mesin berkenaan akan membolehkan imej tiga dimensi mumia tersebut diperoleh dan membentuk semula wajah lelaki itu. Pakar-pakar berharap mereka akan dapat mengetahui umur mumia yang bernama Tjeby dengan tepat, diet dan punca kematiannya menerusi data-data pengimejan mesin itu. Mereka juga mahu mengetahui bahan yang digunakan untuk mengawet mayat lelaki tersebut dan organ-organ badan yang telah dikeluarkan. Mumia itu ditemui di sebuah kawasan kubur di Sheikh Farag, Mesir dan digali pada tahun 1923. Penyelidikan yang dilakukan sebelum ini mendapati si mati mungkin berusia antara 23 hingga 40 tahun. | |||
| Air tasik bertukar menjadi hijau Posted: 03 Feb 2013 07:33 PM PST ![]() SEORANG penduduk mendayung perahu di Tasik Ypacarai yang berwarna hijau dekat Aregua, Paraguay kelmarin. AREGUA, Paraguay - Sejumlah ikan mati apabila air Tasik Ypacarai dekat sini bertukar menjadi hijau kelmarin. Penduduk yang tinggal berdekatan tasik itu terpaksa berdepan bau busuk bangkai ikan tersebut. Air itu bertukar menjadi hijau adalah kerana kewujudan tumbuhan alga biru hijau yang turut dikenali sebagai cyanobacteria di dalam tasik berkenaan. | |||
| Kraf tangan kulit telur dari Vietnam Posted: 03 Feb 2013 07:31 PM PST
SEKALI pandang, bingkai yang memaparkan gambar beberapa pekerja sawah tekun menanam padi kelihatan seperti sebuah lukisan menggunakan medium cat air. Terdapat lapan pekerja kesemuanya yang lengkap bertopi coklat. Empat daripadanya memakai baju rona merah dan selebihnya baju hitam. Ia dilengkapi dengan latar belakang rona kelabu, hitam dan putih. Walaupun kelihatan ringkas tanpa sebarang pemandangan serta pilihan warna yang pelbagai, ia tetap menarik perhatian mata yang memandang. Malah, karya tersebut mampu membuatkan kita terfikir sejenak bahawa mereka yang memakai baju merah berkemungkinan pekerja wanita dan individu yang memakai baju hitam pula adalah pekerja lelaki. Selain itu, efek kocakan air yang dibuat ketika mereka menanam padi juga kelihatan asli. Namun, apabila dilihat dengan teliti, karya itu bukan menggunakan bahan cat air seperti yang disangka. Sebaliknya, ia dihasilkan melalui kulit telur yang telah dipecah-pecahkan dengan halus dan dilekatkan di atas lakaran lukisan tersebut. Jika boleh dihitung, jumlah kepingan telur yang digunakan dalam pembuatan karya itu mencecah ratusan biji. Justeru, sukar untuk dibayangkan bagaimana tingginya kesabaran pekerja dalam menyiapkan lukisan berkenaan. Ironinya, semua pekerja di pusat kraf tangan tersebut bukan individu normal, sebaliknya terdiri daripada individu yang mewarisi kecacatan genetik akibat simptom agen oren. Agen oren merupakan senjata kimia yang digunakan pihak tentera Amerika Syarikat (AS) ketika berlaku Perang Vietnam 1975. Ia menyebabkan masalah kesihatan dan kecacatan terhadap bayi yang baru lahir di negara tersebut. Pengurus Pusat Kraf tangan Orang Cacat Vietnam, Nguyen Duan Teo, 30, memberitahu, secara keseluruhan terdapat kira-kira 200 pekerja yang mencari rezeki di pusat kraf tangan itu. Kebanyakan mereka datang dari seluruh Vietnam dan menginap di rumah penginapan pekerja yang disediakan pihak pengurusan pusat tersebut. Ujar anak tunggal yang masih bujang itu, hampir semua pekerja mengalami kecacatan genetik fizikal kesan daripada racun herba yang disembur oleh pesawat AS satu ketika dahulu, tidak terkecuali dirinya. Bagaimanapun, ia bukan alasan untuk mereka tidak melakukan sesuatu dalam usaha menambah pendapatan keluarga. "Melalui pusat ini, kami menghasilkan pelbagai kraf tangan untuk dijual pada pelancong. Antaranya lukisan kulit telur, kraf kulit siput dan kombinasi kedua-duanya. "Pendapatan kami pula bergantung pada hasil jualan kraf tangan yang dibeli secara terus oleh pelancong di pusat ini. Jika banyak, maka banyaklah gaji kami kerana ia akan dibahagikan sama rata," jelas Duan Teo yang sudah 11 tahun bekerja di sana sambil menunjukkan salah satu lukisan bertemakan pekerja sawah yang telah siap. Dalam perbualan kami, satu perkara yang membuatkan penulis rasa terharu apabila Duan Teo mengatakan dia tidak menyimpan dendam terhadap AS yang menjadi punca kecacatan ramai rakyat Vietnam. ![]() SEKUMPULAN pekerja orang kurang upaya wanita duduk berehat sebelum kembali bertugas menyiapkan kraf tangan kulit telur yang menjadi punca pendapatan mereka. Sambil tersenyum dia berkata: "Jika bertemu pelancong AS yang ramai datang ke sini, saya pasti menyambut mereka dengan baik. Memang zaman selepas perang merupakan satu tragedi kemanusiaan yang amat teruk, tetapi kami harus melupakan perkara lepas. Ia sudah berlalu. Sekarang kami menjalin persahabatan, bukan lagi bermusuhan." Sementara itu, bagi pekerja wanita yang mahu dikenali sebagai Thuy, 42, dia mengakui seronok dengan kerja yang dilakukan di pusat kraf tangan itu sejak enam tahun lalu. "Tugas saya khusus memotong kulit cangkerang siput menggunakan mesin pemotong khas. Sebelum itu, kami perlu menyediakan beberapa rekaan di atasnya bagi memudahkan ia dipotong mengikut bentuk. "Rutin harian kami bermula seawal pukul 8.30 pagi sehingga pukul 4.30 petang. Apa yang pasti, kewujudan pusat ini memberi peluang kepada kami selaku individu cacat untuk bekerja sekali gus meraih pendapatan sendiri," tutur wanita yang berasal dari perkampungan di kawasan Delta Mekong itu sambil tersenyum. Penulis berpeluang menemui insan-insan istimewa itu atas undangan jenama fesyen, Alfio Raldo yang membawa media berkunjung ke bumi Ho Chi Minh, Disember lalu. Meneroka kawasan penghasilan kraf tangan itu, jelas menunjukkan kemudahan yang disediakan serba sederhana. Ini termasuklah deretan meja dan kerusi kayu yang usang untuk mereka menjalankan kerja masing-masing. Tempat itu tidak memiliki pendingin hawa untuk menyejukkan badan, tetapi cuma menggunakan kipas biasa yang perlu dikongsi bagi setiap tiga deretan meja. Keadaan itu membuatkan suasana agak berbahang serta mengeluarkan bau yang kurang selesa. Namun, kesungguhan pekerja dalam menyiapkan produk kraf tangan wajar dipuji. Perkara itu diakui oleh pegawai bahagian promosi, An Dung Dao, 32, yang mengakui rata-rata pekerja sentiasa komited dengan tugas yang dilakukan dan amat teliti terutama ketika proses menatah kulit telur di atas sesuatu permukaan sama ada gelas, pinggan, pasu atau kayu. "Tambahan pula, kami turut memberi peluang kepada pekerja untuk mencipta rekaan atau memberi idea bagi menghasilkan kraf tangan yang disukai sekali gus menjadikan mereka lebih kreatif," ungkap Dung Dao yang sudah bekerja selama sembilan tahun di pusat yang turut menjadi anggota Vietnam Association of Business Enterprises of Persons with Disabilities (VABED) itu.
Tambahnya, penghasilan kraf berasaskan kulit telur sudah sinonim dengan rakyat Vietnam sejak ia mula ditubuhkan pada tahun 1976. Lama-kelamaan, pusat itu semakin dikenali ramai dan menjadi antara destinasi pelancongan menarik di Vietnam. "Setiap hari, banyak bas dan van milik agensi pelancongan akan singgah di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Terowong Chu Chi. "Selain urusan jual beli secara terus di sini, kami juga ada menerima tempahan untuk menghantar produk ke luar negara seperti AS, Australia, Perancis dan juga Malaysia," terang Dung Dao sambil menunjukkan turutan proses penghasilan kraf yang ditampal di dinding. Setiap produk kraf kulit telur bersaiz besar biasanya mengambil masa antara dua hingga tiga minggu untuk disiapkan. Jika saiznya lebih kecil, masa yang diambil lebih singkat. | |||
| Tanah di Liberia semakin kurang Posted: 03 Feb 2013 07:30 PM PST ![]() RAKYAT Liberia kini berdepan dengan dilema apabila semakin banyak tanah mereka dijual kepada syarikat asing. SETELAH konflik umum yang tercetus sejak sembilan tahun lalu mulai reda, kini Liberia dikatakan berdepan dengan masalah tanah. Ia berikutan tindakan kerajaan Liberia yang menjual tanah negara itu sedikit demi sedikit kepada pihak luar yang mahu membelinya secara bidaan harga. Hal itu menimbulkan ketegangan dalam kalangan orang ramai yang merasakan situasi tersebut semakin kronik. Pengerusi Pesuruhjaya Tanah Liberia, Othello Brandy, bagaimanapun berkata sebanyak 57.5 peratus wilayah negara telah diperuntukkan menerusi konsesi. Keseluruhan luas tanah itu ialah 5.6 juta hektar iaitu lebih sedikit daripada jumlah sejuta hektar kawasan yang mewakili tanah pertanian. Seorang peguam, Alfred Brownell yang mengasaskan sebuah organisasi bukan kerajaan, Green Advocates, menganggarkan sekurang-kurangnya 120 syarikat asing telah menandatangani kontrak konsesi di Liberia. "Sepanjang tempoh enam tahun ini, ia telah jatuh merudum dengan cepat. Tidak ada kapasiti penyerapan di Liberia. "Tiada kemahiran dan tiada orang terlatih untuk membangunkan negara ini," jelas Brownell sambil memberitahu negara itu sudah cukup menderita akibat peperangan selama 15 tahun dari tahun 1989 sehingga 2003. Peguam itu mempertahankan komuniti Liberia yang terjejas dengan perladangan kelapa sawit dan memberi amaran: "Sekiranya kita kembali semula kepada peperangan, ia hanya berkaitan dengan isu tanah." Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih lagi bertindak sebagai badan pengaman di Liberia dan seorang panel telah memberi amaran pada awal Disember tahun lalu mengenai potensi tercetusnya konflik tanah di negara berkenaan. Dalam laporannya, beliau menekankan terdapat banyak konflik dalam hak milik tuan tanah selain memberitahu ia berpotensi untuk melemahkan keamanan dan keselamatan dalam kalangan masyarakat di pedalaman. Namun, menurut Brandy, Presiden Liberia, Ellen Johnson Sirleaf yang memenangi Anugerah Nobel Keamanan 2011 dikatakan berada dalam keadaan tertekan untuk membangunkan semula ekonomi di negara itu. Dalam kebanyakan kes, konsesi tanah boleh dirunding di kawasan bandar besar Monrovia yang jauh daripada zon terjejas. Menteri Dalam Negeri, Blamoh Nelson menerangkan, pihak kerajaan hanya menandatangani persetujuan bagi sebuah wilayah umum yang memiliki bidang kepentingan. Kaya sumber semula jadi Sebelum ini, berlian, emas dan kayu memberi tuah kepada Liberia sehinggalah bekas Presiden, Charles Taylor tersingkir pada 2003 dan PBB menyekat perdagangan antarabangsa material berkenaan. Sirleaf menidakkan banyak kontroversi tetapi masih lagi menandatangani konsesi baharu yang meliputi pertanian, perhutanan, mineral dan sumber minyak di dasar laut. "Andaian palsu yang dibuat ialah kerajaan memiliki tanah tersebut," ujar Brownell. Situasi itu selalu dilihat dibanyak negara Afrika, benua yang dimonopoli pelabur asing ekoran kekayaan sumber bahan mentah aslinya. Pakar hak tanah bagi Organisasi Agrikultur dan Makanan PBB, Paul Mathieu menganggarkan sebanyak 80 peratus hak tanah pedalaman sama ada tidak direkodkan langsung dalam dokumen atau berada dalam status kabur kerana kerajaan menganggap ia sebagai milik kerajaan. Di Liberia, bidang pertanian menyumbang sebanyak 61 peratus daripada pengeluaran keseluruhan ekonomi negara. Di selatan Liberia, 220,000 hektar telah diwarta selama 93 tahun kepada kumpulan Indonesia, Golden Veroleum Liberia (GVL) untuk menghasilkan minyak sawit, yang mana sekitar 200 buah keluarga kini bergantung kepadanya. Bekas ahli ekonomi Bank Dunia, Sirleaf telah menggunakan sebuah polisi lama, tetapi telah menimbulkan persoalan kerana ia menggalakkan pengeksportan produk dan ternakan. Bagaimanapun, pada tahun 2009, beliau menubuhkan suruhanjaya yang diketuai oleh Brandy bagi memperjuangkan mengenai hak milik harta yang mana jika digunakan, mampu memberi jaminan kepada komuniti setempat di seluruh negara. Brandy yang telah dilatih sebagai ahli agronomi berharap ia akan membantu dalam memberi jaminan kepada keselamatan makanan negara itu. | |||
| Posted: 03 Feb 2013 07:29 PM PST
KANAK-KANAK kecil itu yang berjalan berpimpin tangan dengan bapanya, menghentikan langkah selepas melihat beberapa individu tidak dikenali di hadapannya. Bapanya yang sudah berada beberapa langkah terkedepan daripadanya, berpaling dan memanggil anak kecil itu dengan nama pendeknya. "Bella, mari sini dekat daddy," si bapa cuba memujuk apabila anaknya yang berusia setahun lebih itu malu-malu untuk menghampiri kumpulan individu yang berada bersama bapanya. "Daddy, daddy, daddy!" panggilan si kecil itu kepada bapanya dengan harapan ayahnya datang mendukungnya. Tanpa berlengah, si bapa pergi mendapatkan anaknya itu dan kembali ke tempat duduk dan meriba si kecil. Situasi tersebut memperlihatkan sisi berbeza angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 41, yang sering ditafsir sebagai lelaki penuh karisma dan bijak apabila membutirkan bicara. Sejujurnya, apabila melayan kerenah puteri sulungnya, Sophea Isabella, ikon kebanggaan Malaysia itu tidak banyak bezanya dengan insan lain yang bergelar bapa. Tambah menggembirakan bagi felo penyelidik utama di Institut Sains Angkasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu apabila isterinya, Dr. Halina Mohd. Yunos selamat melahirkan anak kedua mereka pada 19 Januari lalu di Hospital UKM (HUKM). Rezeki cahaya mata kedua "Alhamdulillah, Sophea Natasha selamat dilahirkan dan kami sangat gembira dengan kehadirannya. Saya dan isteri memang telah merancang untuk mendapatkan anak kedua dalam tempoh terdekat selepas Bella dilahirkan. Memang impian kami untuk memiliki anak yang ramai. "Jika boleh saya ingin sepuluh anak tetapi rezeki di tangan Allah," seloroh Sheikh Muszaphar dalam harapan. Menyifatkan anak-anak sebagai pelengkap hidupnya, beliau menjelaskan bergelar bapa menuntut tanggungjawab yang besar sekali gus mengubah ritma kehidupannya. ![]() BELLA, puteri sulung Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina cukup manja dengan bapanya. "Anak-anak menjadi keutamaan dan sebagai ketua keluarga, saya perlu memastikan mereka diberi pendidikan dari peringkat awal. Pelajaran itu juga perlu merangkumi nilai-nilai Islam supaya mereka mudah dibentuk dan menjadi insan yang berguna kelak. "Bella contohnya, telah diberi pendedahan dalam kelas renang dan saya juga cuba memupuk minatnya terhadap bidang sains angkasa menerusi hiasan gambar-gambar planet di biliknya. Setakat ini penerimaannya sangat positif," kongsi Sheikh Muszaphar yang masih lagi berkhidmat sebagai doktor Jabatan Ortopedik di HUKM. Kesibukan sebagai penceramah dan beberapa tugas yang lain membuatkan waktu untuk bersama keluarga agak terbatas. Tambahan pula, isterinya juga sibuk dengan tanggungjawab sebagai pakar bius di Hospital Selayang, Selangor. Mujur mereka memiliki seorang pengasuh yang dipercayai untuk menjaga anak-anak. Menariknya, pengasuh tersebut pernah menjadi pengasuh Halina ketika beliau kecil dan telah bersama keluarganya selama tiga dekad. "Meskipun mempunyai pengasuh, saya dan Halina masih melakukan tugas seperti menukar lampin dan membancuh susu. Walaupun sibuk, kami tetap berusaha menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak. "Apabila ada peluang berkumpul, saya akan pastikan kami sekeluarga duduk makan bersama. Pada waktu petang, kami bawa anak bersiar-siar di taman dan ke kedai buku untuk memupuk minat mereka terhadap budaya membaca. "Setiap hari Ahad, saya khususkan untuk kelas pendidikan bagi anak-anak. Ia bukan saja meliputi bacaan sahaja malah melibatkan pelbagai aktiviti menarik," jelas Sheikh Muszaphar ketika ditemui Stailo baru-baru ini. Siri kejayaan Sepanjang hidupnya, Sheikh Muszaphar telah menggapai pelbagai kejayaan yang mengagumkan. Seperti insan lain, beliau juga memasang impian dan sasaran yang ingin dipenuhi. Mungkin pencapaian beliau sebagai angkasawan pertama negara, bergelar doktor, menjadi penceramah dan memegang posisi sebagai ketua keluarga sudah memuaskan hati Sheikh Muszaphar dalam mengejar kejayaan duniawi. "Apa yang saya harapkan kini adalah menjadi manusia yang baik dan suami yang bertanggungjawab. Saya juga mahu mengembalikan keagungan Islam dalam setiap ceramah yang saya sampaikan. "Saya juga mahu melihat bidang sains di Malaysia ini lebih berkembang memandangkan semakin ramai anak-anak muda menunjukkan minat dalam lapangan ini. "Namun, agak menghairankan apabila statistik mendedahkan hanya 20 peratus pelajar yang berminat meneroka bidang sains," luah Sheikh Muszaphar yang mencadangkan agar setiap ibu bapa perlu memperkenalkan sains kepada anak-anak mereka dari peringkat awal. Memasuki usia 40-an, penampilan Sheikh Muszaphar masih boleh dibanggakan. Fizikal dan tata rias dijaga rapi. Sesekali, dia membetulkan rambutnya yang digel agar sentiasa kemas. Saat disapa soal pemakaian dan penjagaan fizikal, beliau menyatakan bahawa perkara itu sangat penting. Beliau mengakui sukar baginya untuk menjaga makan tetapi beliau memastikan senaman dilakukan di gim sekurang-kurangnya satu jam setiap hari. "Saya berjumpa dengan ramai orang setiap hari dan sangat penting berpenampilan kemas. Tambahan pula, usia yang kian meningkat menuntut saya untuk fokus dalam menjaga kesihatan," kata Sheikh Muszaphar.
Beliau menambah, setiap kali keluar rumah, beliau menetapkan untuk memakai kasut. Hal yang sama turut diterapkan kepada Halina. Kemeja atau baju T berkolar pula menjadi pilihan Sheikh Muszaphar. Seluar panjang merupakan item wajib kepadanya. Pada waktu santai, beliau selesa memakai jean. Namun, beliau tidak selesa bercelana pendek apabila keluar rumah. "Saya tidak mempunyai jenama tertentu yang menjadi pilihan. Asalkan pakaian itu selesa dan membuatkan saya tampak kemas, ia sudah memadai," ungkapnya. Selain itu, Sheikh Muszaphar juga memberitahu, beliau seorang individu yang positif dan jarang tertekan. Sekiranya tertekan, beliau memilih untuk bersenam di gim dan paling penting, isteri dan anak-anak di sisi yang penghiburnya. Masjid Gaza Dalam kesibukan mengembangkan kerjaya dan menguruskan keluarga, Sheikh Muszaphar masih sempat membangunkan projek amal untuk Gaza, Palestin. Kerjasama beliau bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) itu bertujuan membina sebuah hospital kanak-kanak yang dianggarkan bernilai RM100 juta dan dijangka siap menjelang tahun 2015. Kini, misi bantuan itu turut meliputi pembinaan sebuah masjid. | |||
| Jubah kontemporari buat jejaka Posted: 03 Feb 2013 07:28 PM PST
PERSALINAN lelaki kini tidak lagi terhad kepada pemakaian kemeja atau jean lusuh kerana terdapat variasi pilihan gaya maskulin yang mencorak penampilan harian. Usah terperangkap dengan gaya serupa. Sekali-sekala beranikan diri memilih busana yang sedikit berlainan namun masih mengekalkan aura sang jejaka. Jurubusana muda, Waridi Hamdan hadir dengan koleksi jubah istimewa buat lelaki yang dambakan sesuatu rasa baharu dalam almari busana mereka. Lari daripada stereotaip jubah konvensional, setiap rekaan ditampilkan dengan sentuhan dan idea kontemporari agar lebih kasual dan bersahaja. Idea menzahirkan koleksi itu timbul kala Waridi tercari-cari jubah yang padan dengan kemahuan diri hingga tercetusnya koleksi yang dilatari percikan rona-rona lebih moden dan mengikut aliran fesyen semasa.
"Koleksi jubah saya tidak setakat boleh dipakai ketika hari perayaan atau menghadiri majlis-majlis agama, malah tidak canggung ketika menyarungnya pada hari-hari biasa sama ada di pejabat atau acara keramaian," ujar pereka kelahiran Ipoh, Perak itu ketika ditemui di studio Utusan, baru-baru ini. Keselesaan menjadi intipati utama buat si pemakai kala menggayakan busana jubah Waridi. Pilihan fabrik seperti kain kapas dan campuran kapas amat sesuai dengan cuaca tempatan malah terasa nyaman tatkala menyarungkannya. Istimewanya jubah ini adalah menerusi pilihan warna-warna yang sedikit berani selain beberapa helaian yang menggunakan kain bercorak persegi dan menjalur bagi menampilkan kelainan. "Koleksi pertama banyak menggunakan warna-warna asas seperti hitam dan putih dengan penumpuan kepada kain corak berkotak-kotak," ujarnya.
Rona-rona seperti biru, ungu dan merah keunguan yang terang menjadi pilihan untuk koleksi terbaharu. Bezanya, ia memberi penekanan pada kolar baju dan tangan yang menggunakan fabrik songket sebagai pelengkap gaya. "Setakat ini, saya beroperasi menerusi laman sosial, Facebook dan mereka yang berminat boleh menghubungi saya di Facebook. Bagi setiap pembelian jubah tersebut, si pembeli akan mendermakan 10 peratus dariada harganya kepada badan kebajikan," akhiri Waridi. | |||
| Posted: 03 Feb 2013 07:27 PM PST
LUPAKAN sejenak produk kecantikan yang anda gunakan dan kembali kepada cara klasik. Sesekali tidak salah bereksperimen dengan bahan semula jadi untuk tujuan kecantikan. Kali ini, kami bawakan anda mengenali 11 kelebihan buah tomato yang boleh digunakan dalam rejim kecantikan harian anda. 1Gunakan jus tomato bagi mengecilkan liang pori-pori kulit wajah. Gabungkan dua hingga empat titis jus lemon bersama satu sudu jus tomato. Sapukan ia pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas menggunakan air suam. 2 Lenyek tomato dan sapukannya pada keseluruhan wajah dengan rata. Biarkan ia selama satu jam sebelum dibilas. Akhiri proses tersebut dengan menggunakan pelembap. Jerawat akan dapat dikurangkan menerusi penggunaan yang berterusan. Tomato memiliki fungsi penyejuk bagi melicinkan kulit dan menyerap minyak berlebihan pada wajah. 3Potong separuh tomato dan sapukan ia pada bintik gelap. Bilas dan sapukan pelembap. Menyapu hirisan tomato pada bintik gelap merupakan antara penawar mujarab bagi menghilangkan bintik yang tidak dikehendaki itu. 4Ambil jus tomato dan kisarkan ia bersama jus timun. Selepas itu, celup segumpal kapas di dalam adunan jus tadi dan sapukan pada wajah setiap hari. Cara tersebut mampu mengawal penghasilan minyak pada wajah dan mengekang pertumbuhan jerawat. 5Campurkan dua sudu jus tomato bersama empat sudu susu mentega dan sapukannya pada kulit anda kemudian bilas selepas 30 minit. Cuba langkah ini di rumah bagi menyembuhkan kulit akibat selaran matahari. Difahamkan, likopena yang ditemui dalam tomato mampu melindungi kulit daripada sinaran ultraungu. 6 Sekiranya kulit anda kasar dan kusam, tomato dan topeng yogurt mampu menjadi penyelamat bagi masalah tersebut. Sapukan jus tomato yang dicampur dengan yogurt pada kulit dan bilas selepas 20 minit menggunakan air suam. Yogurt menjadikan kulit berseri secara sihat dan meningkatkan kandungan protein pada kulit manakala tomato meneutralkan permukaan kulit sambil menyejukkannya. 7Sapu jus tomato bersama madu pada wajah dan biarkan ia kering selama 15 minit sebelum dibilas. Penawar yang boleh dibuat di rumah itu sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Tomato kaya dengan vitamin A dan C yang dapat membantu mencerahkan kulit yang kusam. 8Makan tomato pada waktu pagi bagi menyingkirkan lemak pada badan yang tidak diingini. Anda juga boleh meminum jus tomato dua kali sehari bagi menurunkan berat badan. Minum jus tersebut 10 minit sebelum makan untuk mengurangkan selera. Ia sangat berkesan kerana ia menghentikan proses penapaian di dalam usus. Semasa proses penapaian, gula dan alkohol dihasilkan di dalam badan dan mendorong kenaikan berat badan. 9Lumurkan jus atau hirisan tomato pada rambut anda bagi meningkatkan nilai neutral pH pada rambut dan mengembalikan warna natural rambut. Tomato merupakan pelembap semula jadi yang memberikan kilauan natural pada rambut. 10Sapukan isi tomato pada kulit kepala yang mempunyai masalah kelemumur selama 30 minit dan kemudian bilas dengan syampu bagi merawat kelemumur tersebut. 11Campurkan jus tomato bersama avokado bagi menjadikan topeng yang sesuai untuk kulit pelbagai jenis. Sifat hidrasi dan antiseptik avokado bersama gabungan astringen tomato amat efektif untuk menyerikan kulit. | |||
| Syiling Yasin boleh tarik duit, jumpa bidadari Posted: 03 Feb 2013 05:32 AM PST
SYILING lama sering dikaitkan dengan nilai pasaran yang tinggi lebih-lebih lagi jika usia mata wang tersebut sudah mencecah ratusan tahun dan semakin sukar ditemui. Begitupun, tidak semua syiling lama bernilai tinggi. Ada juga beberapa jenis syiling, biasanya yang tidak dapat dipastikan asal usul dan tahun pengeluaran, nilainya lebih rendah walaupun sesetengah pihak mendakwa ia sudah berusia ratusan tahun. Antara syiling lama yang masih kabur nilainya ialah syiling Yasin. Jika ditanya kepada komuniti pengumpul syiling lama, kajian untuk mengesan kewujudan syiling jenis ini dari sudut numismatik masih tidak jelas. Malah, ramai yang mengaitkan syiling ini lebih banyak digunakan dalam beberapa amalan mistik seperti dijadikan tangkal azimat dalam upacara 'menarik duit' selain dijadikan pendinding diri berbanding digunakan sebagai mata wang. Menurut pengumpul barangan antik, Mohd. Sukor Abdul Rahman, 48, ada peminat syiling Yasin sanggup mengeluarkan belanja puluhan ribu ringgit untuk memiliki sekeping syiling Yasin bagi tujuan menarik duit. "Segelintir pengumpul dan penjual syiling Yasin mendakwa mereka memperoleh syiling tersebut semasa bertapa, selepas berzikir mahupun melalui mimpi. Dek kerana unsur mistik itu, ada yang sanggup membelinya walaupun harga yang diletakkan kadang-kadang tidak masuk akal iaitu sehingga mencecah jutaan ringgit. ![]() SYILING Empat Sahabat ini memiliki tema yang sama tetapi ukiran permukaannya berbeza antara satu sama lain. Wali tujuh "Berlainan pula jika syiling itu warisan turun-temurun yang bukan diperoleh dengan cara pertapaan dan pemujaan, harganya lebih murah," ujarnya yang mengumpul lebih 200 keping syiling Yasin sejak dua tahun lalu. Jenis dan corak syiling Yasin juga berbagai-bagai. Ada gambar Kaabah, gambar orang tua mengandar buntil, gambar perahu dan juga gambar lelaki dipercayai para wali. Selain itu, ada juga syiling yang mencatatkan ukiran kalimah suci seperti bismillah, kalimah syahadah, nama Allah dan Muhammad, kalimah Yasin, nama empat sahabat nabi dan bermacam lagi. Jelas Mohd. Sukor, permintaan tinggi peminat syiling lama terhadap syiling Yasin jenis Wali Tujuh menyebabkan harga syiling tulen dari jenis tersebut mahal. "Tidak dinafikan ada peminat syiling lama yang begitu takjub dengan cerita mistik yang mendakwa syiling yang jarang ditemui ini boleh menarik duit. "Pernah juga saya menjualnya dengan harga RM1,000 kepada seorang pembeli. "Pesan tok guru pembeli itu, syarat utama menarik duit ialah dengan menggunakan syiling Yasin Wali Tujuh yang dibeli dengan mahar sebanyak RM1,000. "Bila ada orang hendak membeli dengan harga yang munasabah, saya tidak menolak untuk menjualnya. Saya hormati pendiriannya dan enggan mempersendakan tujuannya membeli syiling tersebut walaupun saya sendiri tidak percaya tentang kebolehan sekeping syiling menarik duit," ujar Mohd. Sukor. Disimpan dalam bungkusan kain kuning, lelaki ini memberitahu, sudah menjadi rutin hariannya membelek setiap keping syiling Yasin miliknya. Selain memiliki koleksi pelbagai jenis syiling Yasin, dia turut mengumpul syiling semah, iaitu syiling yang pernah dikeluarkan kerajaan Jawa kuno ratusan tahun dahulu. "Pada pendapat saya, syiling-syiling ini bukan diperbuat di Malaysia kerana ratusan tahun dahulu, masyarakat di negara ini belum memiliki teknologi melebur tembaga. "Ia juga dicetak tanpa menggunakan acuan besi sebaliknya dihasilkan daripada acuan tanah liat. "Kepingan tembaga juga tidak ditempa seperti barangan logam lain. Kerana itu, biarpun ia memempunyai imej dan ukiran timbul di permukaan syiling, hasil buatannya cukup halus," kata Mohd. Sukor yang mempunyai syiling Yasin diperbuat daripada tembaga kuning, timah hitam dan nikel. Corak berbeza Jelasnya, kepingan syiling yang diperbuat daripada tembaga kuning dianggap lebih lama dan bernilai jika dibandingkan dengan syiling yang diperbuat daripada timah hitam ataupun nikel. ![]() DUIT lama dari kerajaan Jawa kuno mudah dikenali kerana ia mempunyai lubang di tengahnya. "Syiling Yasin yang diperbuat daripada nikel lebih baharu buatannya. Ia agak kasar dan hujungnya lebih tajam berbanding syiling tembaga," kata Mohd. Sukor. Menarik tentang syiling ini, corak ukiran yang terdapat pada sejenis syiling tidak sama antara satu sama lain. "Cuba lihat syiling Yasin Empat Sahabat ini. Walaupun saya memiliki hampir 10 keping, namun ia diperbuat daripada bahan berlainan dan coraknya berbeza antara satu sama lain. "Begitu juga dengan syiling Yasin Rama-Rama. Terdapat perbezaan dalam setiap ukiran rama-rama ini," katanya. Bagi pengamal perubatan tradisional, Yahya Abdul Manaf, 51, dia mengakui pernah melihat ritual menarik duit menggunakan duit syiling Yasin. "Dalam upacara itu, pengamal akan duduk berzikir untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Malah, ada sanggup pergi bertapa di Pulau Besar, Melaka dan tempat-tempat terpencil untuk melakukan upacara tersebut. "Apa yang saya tahu, wang yang berjaya 'ditarik' bukanlah jatuh dari langit atau keluar dari tanah, sebaliknya ada yang dijumpai di bawah alas duduk pengamal. Ada juga yang ditemui di dalam buntil berhampiran tempat pengamal berzikir. "Ramai percaya upacara ini disertai oleh khadam, terdiri daripada jin yang bertindak sebagai pihak tengah dalam proses menarik duit. "Duit yang diperoleh itu pula dikatakan diambil daripada bank dari dunia bunian, yang mana apa yang ada di alam nyata, turut ada di sana. "Jika Bank Negara keluarkan not wang baharu, bank di alam ghaib juga akan mengeluarkan not wang baharu," ujarnya yang pernah melihat rakannya memegang beberapa keping not RM50 hasil upacara tersebut. Yahya turut mengakui, kejayaan sesetengah pihak mendapat wang secara percuma ini secara tidak langsung telah menarik ramai peminat duit syiling lama yang taksub untuk menyertai ritual misteri tersebut. | |||
| Memey Yakin Kelebihan Norman Hakim Mendidik Anak Posted: 03 Feb 2013 05:31 AM PST Memey dan Norman bahagia dengan kehadiran anak sulung mereka, Darwisz.Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 25, berkata, berdasarkan pengalaman Norman,37, yang mempunyai tiga orang anak yang bijak dan menghormati orang tua, hasil perkahwinan sebelumnya dengan pelakon Abby Abadi, dia yakin, Darwisz juga akan diberi pendidikan dan kasih sayang yang sama. "Biasanya, pasangan ibu bapa akan risau dengan hala tuju kehidupan anak mereka terutamanya yang sulung tentang pendidikan agama, akademik dan moral. "Namun saya yakin, walaupun Darwisz adalah anak pertama, dia bakal mendapat didikan yang terbaik daripada ayahnya. "Begitu juga dengan saya yang akan memberi sepenuh kasih sayang buat Darwisz," katanya yang dihubungi mStar Online. Memey yakin suaminya mampu mendidik anaknya menjadi orang yang berguna.Bayi itu dilahirkan dua minggu awal daripada tarikh jangkaan bersalin. Tambah Memey, dia juga bersyukur apabila proses kelahirannya tiada sebarang komplikasi lebih-lebih lagi apabila Norman berada di sisinya sepanjang tempoh masa untuk melahirkan. "Saya rasa tenang sedikit ketika dalam keadaan sakit melalui proses kelahiran, Norman sempat memberi pelbagai nasihat. "Dan sepanjang masa itu, saya hanya mengikut kata-katanya dan ternyata nasihat-nasihat yang diberikan banyak membantu saya melahirkan Darwisz, Alhamdulillah," tuturnya. Sementara itu, Memey memberitahu, dia akan berpantang secara tradisional di rumahnya Kuala Lumpur selama dua minggu dan kemudian akan pulang ke kampungnya untuk meneruskan rawatan berpantangnya itu. Pasangan itu bernikah pada 24 September 2011 di kampung halaman Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor Sebelum ini, Norman pernah mendirikan rumah tangga dengan Abby pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008. | |||
| Kontroversi Tidak Jejaskan Perkahwinan Liyana Jasmay Posted: 03 Feb 2013 05:30 AM PST Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan sah menjadi suami isteri.Liyana yang kini bergelar isteri Fathuddin berkata, dia langsung tidak mengendahkan kontroversi itu dan menganggapnya sebagai isu remeh yang tidak perlu diambil tahu langsung. "Tentang kontroversi itu, kami tidak bercakap mengenainya dan ia juga tidak menjejaskan sepanjang perjalanan persiapan perkahwinan kami. "Saya dah biasa dengan kontroversi remeh seperti ini di mana ia akan senyap dengan sendirinya," kata Liyana selepas diijabkabulkan pada pagi Sabtu di Hotel Seri Pasific, di sini. Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada sebelah malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Liyana dan Fathuddin bakal berangkat ke New York pada 15 Februari ini.Saiful yang juga pemilik syarikat fotografi, CandidSyndrome International, turut tampil menjelaskan situasi sebenar di mana dia tidak bersalah dalam hal tersebut. Bagaimanapun, Liyana menyifatkan ia sebagai dugaan kecil buatnya dan hanya mampu menghadapinya dengan tenang. "Saya pun sebenarnya tidak marah atau bengang dengan apa yang telah berlaku ini. Yang penting perjalanan perkahwinan kami berjalan dengan lancar," tuturnya. Sementara itu, Liyana turut memberitahu, dia enggan mempunyai anak dalam masa terdekat kerana ingin melalui alam percintaan bersama suaminya memandangkan sebelum ini mereka hanya pernah keluar bersama untuk beberapa kali sahaja. "Sudahlah saya belajar selama enam bulan sepanjang pertunangan kami pada tahun lalu, jadi inilah masanya untuk kami bercinta. Kalau boleh saya mahu berbulan madu bersama suami selama setahun sebelum menerima kehadiran orang baru dalam rumah tangga kami. "Bagaimanapun, saya tidak menolak sekiranya ada, ia satu rezeki buat kami," ujarnya. Liyana bakal berangkat ke New York, Amerika Syarikat pada 15 Februari ini bagi menjalani penggambaran telefilem terbaru di bawah produksinya, Mermaid Studio iaitu 'NY Cinta' bersama Bront Palarae. Fathuddin turut menemani isterinya dan kemudian pasangan itu akan ke London, England pada 28 Februari ini. "Sebenarnya, kami ke London untuk membeli belah dan Fathuddin pula tidak menganggapnya sebagai sebuah percutian. "Baginya, berada di sebuah pusat peranginan yang tenang adalah lokasi sesuai untuk berbulan madu, mungkin kami akan bercuti di tempat menarik di Sabah," selorohnya. | |||
| Industri Filem Malaysia Semakin Pesat - Finas Posted: 03 Feb 2013 05:30 AM PST ![]() Pengarah Promosi dan Pemasaran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Abd Khalid Maulod berkata, sejumlah 73 buah filem ditayangkan di pawagam sepanjang tahun lepas berbanding 49 filem pada 2011, 39 filem pada 2010 dan 27 filem pada 2009. ![]() Anugerah tersebut adalah bagi mengiktiraf karyawan seni Malaysia, Singapura dan Indonesia. ![]() Festival berkenaan ialah European Market di Berlin, Cannes Film Festival di Perancis dan American Film Market di California. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




































0 ulasan:
Catat Ulasan