Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Video Keletah DJ Adik di Konti KL Pop Radio Memang Meletop Posted: 14 Jan 2013 09:38 PM PST Pada jam 2 petang kelmarin, Budiey telah dijemput oleh Joe Saiful mewakili Radio @KLPopRadio untuk menjadi tetamu di segmen Diva Vazz bersama DJ Adik. Kebetulan semalam, tiada apa event, jadi Budiey luangkan masa untuk bersantai bersama DJ Adik buat pertama kalinya. Nama DJ Adik mungkin kedengaran agak asing tapi kalau Budiey sebut Azwan Ali… pasti seantero dunia akan mengenali beliau. Gambaran awal semasa menonton beberapa hari sebelum bertandang di konti milik 1MalaysiaTV ini, Budiey dapat menyamakan DJ Adik dengan watak Azwan Ali semasa menjadi co host dalam Propaganza. Namun, selama lebih 2 jam Budiey berada di dalam konti bersama Azwan Ali, ternyata ada sikit perbezaaannya. Selain Budiey, sebelum ni dah ramai selebriti turut diundang untuk dilaser oleh Azwan Ali di kerusi tetamu.Di sini, Budiey nak ucap tahniah buat Azwan Ali kerana mendapat gelaran sebagai DJ Radio. Walaupun baru 4 minggu jadi DJ tapi Budiey nampak Azwan Ali dah makin matang dan cepat belajar terutama bab-bab bukan tekan punat peralatan penyiaran di konti. Syabas diucapkan. Bukan senang nak belajar itu semua. Ternyata, Azwan Ali ni jenis orang yang bersungguh-sungguh selain keletahnya di konti yang boleh ditonton menerusi www.klpop.my menjadi tarikan utama. Kalau tidak menjadi tarikan utama, tidaklah segmen Diva Vazz yang bersiaran mulai jam 11 tengahari – 3 petang tak menjadi hits dan naik rating. Budiey diberitahu oleh Joe, server radio online dan interaktif ini telah diupgrade selama lebih 3 kali bagi memastikan pendengar lebih mudah untuk menonton apa yang berlaku dalam konti. Wah, sekarang kalau anda boleh tonton dalam bentuk definisi tinggi (HD). Itu yang menariknya, radio KL Pop Radio ni, sebab kita boleh menonton apa yang berlaku dan juga kita dapat melihat tetamu yang bertandang di konti secara live. Itu keunikannya dan ini membezakan radio KLPopRadio dengan radio yang lain. Ada dua cara untuk dengar radio ini, samada di www.klpop.my atau anda download aplikasi 1MalaysiaTV di alat peranti atau gajet anda.Budiey percaya, radio ini akan semakin menjadi radio kegemaran ramai dengan sokongan semua selebriti yang turut diundang setiap hari. Pengalaman selama 1 jam lebih berada di konti memang best. Budiey tak rasa neves atau berdebar langsung sebab suasana jadi santai giler. Mungkin yang jadi deejaynya adalah Azwan Ali kot. Dia ni memang pakai redah je nak cakap apa. Cuma takdela melalut atau mencarut tu, memang takde langsung la. Nama pun segmen Diva Vass, jadi banyak juga segmen lain diterajui oleh Azwan Ali seperti Panggilan Pelesu dan gossip. Namun, bagi Azwan Ali pula, penglibatan dalam dunia penyiaran radio ini bukan lagi untuk tujuan populariti.
Semalam paling best sebab Budiey diberi kebebasan sepenuhnya oleh Azwan Ali untuk bercakap apa sahaja yang melibatkan events yang Budiey anjurkan. Terutama sekali, Budiey ada mewar-warkan tentang Party Budiey yang akan dilangsungkan tak lama lagi selepas followers budiey di Twitter mencapai 100K followers. Tak lupa, Budiey juga bersembang panjang tentang Konsert Anuar Zain 3 Dekad di mana Budiey sebagai blogger rasmi pastinya akan cuba untuk mempromosikan konsert mega ini. Begitu juga dengan AIFFA2013 yang akan berlangsung pada 28-30 Mac nanti. Terima kasih banyak-banyak atas peluang ini. Untuk memudahkan anda yang sentiasa bergerak, boleh muat turun aplikasi 1MalaysiaTV di telefon bimbit samada Androids dan iOS (iPad, iPhones dan iPod). Cari je aplikasi ni di Play Store atau Apps Store ya, selama mendengar dan menonton! Komen via Facebook |
| Keputusan Pemenang Anugerah Golden Globe Ke 70 Posted: 14 Jan 2013 05:30 PM PST Filem Argo arahan dan lakonan Ben Affleck memenangi Filem Terbaik anugerah Golden Globe ke 70 pada kemuncak acara pra-Oscar Hollywood yang diadakan di sini pada Ahad (waktu tempatan). Affleck turut memenangi Pengarah Terbaik untuk filem itu. Karya berkenaan berkisar tentang misi ejen perisikan Amerika Syarikat untuk membebaskan enam diplomat negara itu yang mendapat perlindungan di kediaman duta Kanada di Tehran, Iran semasa krisis pada tahun 1979. Filem Steven Spielberg "Lincoln" hanya mampu membawa pulang satu anugerah sahaja iaitu melalui kategori Pelakon Lelaki Terbaik – Drama (Daniel Day-Lewis) walaupun mendapat pencalonan terbanyak iaitu dalam tujuh kategori. Claire Danes (kiri) dan Damian Lewis masing-masing memenangi Pelakon Wanita dan Pelakon Lelaki terbaik bagi drama Homeland pada Anugerah Gloden Globe yang berlangsung di Los Angeles, pada Ahad. Kegagalan Spielberg merangkul anugerah filem terbaik dan beberapa kategori utama lagi telah mengejutkan banyak pihak dan pemerhati filem Hollywood. Sebaliknya, Affleck telah membuat kejutan besar dengan merangkul dua anugerah utama termasuk pengarah terbaik. Ia adalah kemenangan berganda pertama untuk Affleck dalam anugerah edisi ke-70 ini. Affleck dengan segera memberi penghargaan di atas kemenangannya itu kepada para diplomat dan juga ejen rahsia yang telah berkorban atas nama negara termasuklah karakter sebenar yang dimainkannya menerusi filem tersebut. Kata Affleck:
Bagaimanapun filem itu turut menerima kritikan yang tidak kurang hebatnya kerana Affleck dikatakan telah mencampur adukkan fakta dengan karya fiksyen khususnya tentang peranan CIA dalam membebaskan para diplomat Amerika yang dijadikan tebusan dalam insiden sebenar itu. Namun begitu kemenangan "Argo" dilihat sebagai menebus maruah filem tersebut apabila ia tidak disenarai pendekkan untuk pencalonan pengarah terbaik dalam Anugerah Oskar yang akan berlangsung pada 24 Februari depan. Sementara itu bagi kategori drama pula, Homeland dipilih sebagai drama terbaik anugerah berkenaan pada kali ini. Homeland turut mencipta kejayaan apabila dua pelakonnya iaitu Damian Lewis dan Claire Danes masing-masing diumumkan sebagai aktor dan aktres terbaik. Berikut ini senarai penuh pemenang Golden Globe 2013. KATEGORI FILEM: 1. Filem Terbaik : Argo 2. Filem Komedi/Muzikal Terbaik: Les Miserables 3. Pengarah Terbaik: Ben Affleck – Filem Argo 4. Aktor Terbaik Drama: Daniel Day-Lewis – Lincoln 5. Aktres Terbaik Drama: Jessica Chastain – Zero Dark Thirty 6. Aktor Terbaik Muzikal/Komedi: Hugh Jackman – Les Miserables 7. Aktres Terbaik Muzikal/Komedi: Jennifer Lawrence – Silver Linings Playbook 8. Pelakon Pembantu Terbaik Lelaki: Christoph Waltz – Django Unchained 9. Pelakon Pembantu Terbaik Wanita: Anne Hathaway – Les Miserables 10. Filem Luar Terbaik: Amour 11. Lakon Layar Terbaik: Django Unchained 12. Skor Asal Terbaik: Life of Pi 13. Animasi Terbaik: Brave KATEGORI DRAMA TV: 1. Drama Siri Terbaik: Homeland 2. Aktres Terbaik: Claire Danes – Homeland 3. Aktor Terbaik: Damian Lewis : Homeland 4. Drama Muzikal/Komedi Bersiri Terbaik: Girls 5. Pelakon Wanita Muzikal/Komedi Terbaik: Lena Dunham – Girls 6. Pelakon Lelaki Muzikal/Komedi Terbaik: Don Cheadle – House of Lies 7. Mini Siri/Filem Terbaik: Game Change 8. Aktres Mini Siri/Filem Terbaik: Julianne Moore – Game Change 9. Aktor Mini Siri/Filem Terbaik: Kevin Costner – Hatfields & McCoys 10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Maggie Smith – Downton Abbey 11. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Ed Harris – Game Change – AFP Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan