RSS

Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Golden Disk Award 27 : Video Ketibaan Artis-Artis K-Pop Oleh Peminat Malaysia

Posted: 14 Jan 2013 09:10 PM PST

Jujur kami katakan, peminat-peminat artis K-Pop di Malaysia memang mempunyai bilangan yang ramai dan sehingga kini sentiasa bertambah dari tahun ke tahun.

Mungkin merupakan tahun yang paling bertuah bagi peminat K-Pop di Malaysia, acara Golden Disk Award edisi ke 27 telah memilih Malaysia sebagai lokasi bagi acara yang penuh berprestij ini. Menerusi pihak penganjur, 25 artis K-Pop telah disahkan hadir ke majlis anugerah ini antaranya Shinee, Super Junior, Kara, B2ST, B1A4 dan juga FT Island.

Kelmarin, 10 artis K-Pop telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan peminat dilihat sanggup menunggu semata-mata untuk melihat artis kegemaran mereka.

Disini, OHBULAN! masukkan beberapa buah video rakaman amatur oleh peminat di sekitar ketibaan bintang-bintang dari Korea Selatan ini.

Untuk pengetahuan, Golden Disk Award ke 27 akan berlangsung selama 2 hari bermula hari ini (15 – 16 Januari 2013) di Sepang International Circuit.

SHINEE

SUPER JUNIOR

KARA

B2ST

B1A4

BTOB

Tags: , , , , , , , , , ,

Zed Zaidi Desak TV3 Minta Maaf Kepada Uji Rashid

Posted: 14 Jan 2013 07:21 PM PST

Zed Zaidi

Nampaknya kontroversi pengganti lagu 'Terukir Di Bintang' pada Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27) baru-baru ini masih lagi belum reda. Ini kerana, menerusi status yang ditulis oleh Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi, pelakon ini telah mendesak pihak TV3 agar memohon maaf kepada penyanyi veteran, Uji Rashid atas kes yang berlaku pada AJL baru-baru ini.

Twitter Zed Zaidi 1

Dalam pada itu, Zed Zaidi turut mempersoalkan adakah pihak TV3 mengamalkan sikap 'Artis muda disayangi, artis veteran disanjungi' atau mereka sekadar memikirkan soal keuntungan semata-mata?

Twitter Zed Zaidi 2

Zed Zaidi turut mendakwa ego pihak TV3 terlalu tinggi sehingga tidak mahu memohon maaf kepada Uji Rashid meskipun perbuatan mereka adalah salah.

Twitter Zed Zaidi

Sumber : Twitter Zed Zaidi

Tags: , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan