RSS

Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


10 Koleksi Foto Comel Bayi Amanda Misbun & Hunny Madu

Posted: 03 Jan 2013 08:47 PM PST


Pada bulan Disember yang lalu, dua selebriti tempatan iaitu Hunny Madu dan Amanda Misbun telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka dan masing-masing melahirkan bayi perempuan.

Dalam pada itu, kedua-dua ibu bertuah ini turut melahirkan bayi mereka pada tarikh yang cukup cantik untuk diingati iaitu pada 12.12.12 dan 20.12.2012.

Untuk makluman, Hunny Madu dan suaminya, telah memberikan nama untuk bayi comel mereka sebagai Eva Medina, manakala untuk bayi comel pasangan Amanda Misbun pula diberikan nama sebagai Qisya.

Jom layan foto-foto comel Eva Medina dan Qisya selepas ini.

Kredit Foto : Instagram Hunny madu & Amanda Misbun

Isu Dadah, Zarina Anjoulie Bakal Dipecat Dari Industri – Zed Zaidi

Posted: 03 Jan 2013 06:32 PM PST


Semenjak ditangkap oleh pihak berkuasa atas kesalahan memiliki dadah, nama pelakon dan model Zarina Anjoulie menjadi isu hangat dikalangan peminat-peminat hiburan tempatan.

Oleh itu selaku Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi telah mngeluarkan kenyataan bahawa artis wanita tersebut berkemungkinan dipecat sebagai ahli Seniman sekiranya dia didapati bersalah dalam hal ini.

"Kita tidak mahu artis yang terlibat dalam kontroversi menjejaskan nama baik artis lain."

"Dalam kes Zarina, buat sementara ini kita akan gantung keahliannya kerana mahkamah belum lagi membuat keputusan."

"Namun, sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah, Seniman akan terus memecatnya sebagai ahli," ujar Zed Zaidi.

Mengulas lebih lanjut mengenai isu ini, Zed Zaidi turut memaklumkan bahwa mana-mana artis yang telah dipecat sebagai ahli Seniman, secara automatik akan turut dibuang daripada senarai Finas.

"Secara automatik, nama artis yang sudah dipecat Seniman akan dibuang daripada senarai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)."

"Ini adalah syarat yang tertakluk dalam Padu Citra yang mewajibkan pelakon menyertai persatuan yang diiktiraf Finas."

"Jika masih ada produksi yang mengambilnya berlakon, kita boleh ambil tindakan," tegas Zed Zaidi.

Sumber : Sinar Harian Online.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan