RSS

Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Kes Dadah: Zarina Anjoulie Kini Ditahan Di Penjara Kajang

Posted: 02 Jan 2013 11:49 PM PST

Zarina Anjoulie Kena Penjara

Kasihan pula kami dengan artis seorang ini bila mendapat tahu yang dia telah dibawa ke Kompleks Penjara Kajang kerana tiada seorang pun ahli keluarganya yang datang untuk mengikat jamin beliau sehingga pukul empat petang Rabu atas pertuduhan memiliki dadah.

Zarina Anjoulie Kena Penjara

Menurut laporan Harian Metro, Zarina Anjoulie, 27, dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,000 oleh Majistret Nazri Omran dengan syarat penjamin daripada ahli keluarga dan sebutan semula kes pada 8 Februari ini.

Bagi yang terlepas mengikuti berita mengenai artis ini, biar kami highlight'kan sedikit – Pada 30 Disember lalu, Zarina dan teman lelakinya, Mohamad Fakhruzaim didakwa memiliki dua biji pil iaitu dadah disyaki Erimin 5 dengan anggaran seberat 0.6 gram.

Mereka melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, Petaling Jaya pada 5.30 petang, 30 Disember. Dan kerana itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan