Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Yuna Pilih Aizat Amdan Bawa Lagu Terukir Di Bintang di AJL27 Posted: 03 Jan 2013 02:28 AM PST AIZAT AMDAN PILIHAN YUNA ZARAI Aduyai, mungkin diorang tak dengar macamana keadaan yang akan berlaku nanti. Budiey rasa kesesuaian pada vokal beliau tak selari dengan kehendak vokal Terukir Di Bintang yang memerlukan sesuatu formula kompleks yang bukan senang. Ianya nampak senang tapi bukan senang. Tengok video kat atas ni, rasanya tak dapat nak nolong. Ntah, tak nak citer pasal tu sebab ada gak yang cakap Jaclyn Victor yang dipilih untuk bawa lagu ala-ala klasik moden ni. Jac pula memiliki vokal yang terlalu tinggi sedang lagu ini memerlukan vokal yang bersahaja tapi unik. Camna tu? Jadi, suara lelaki sejati dan memiliki nilai klasik yang dicari Yuna. Jaclyn pun boleh buat tapi penonton mahu tengok satu kelainan. Sukses! Anda setuju dengan pemilihan ini? Apa kata anda? Coretkan pendapat ada di ruangan komen.Spekulasi siapakah pengganti Yuna untuk membawakan lagu 'Terukir Di Bintang' malam Ahad ini akhirnya terjawab apabila Juara Anugerah Lagu ke 24, Aizat diumumkan sebagai penyanyi pilihan. Budiey ucapkan tahniah kepada Aizat Amdan kerana dipilih oleh Yuna. Budiey kira, satu pilihan yang bijak kerana kali ini kita akan dapat mendengar Terukir Di Bintang dalam versi lelaki.Cara Aizat pastinya agak lain dengan gaya persembahan Yuna. Apa pun kita tengok lah apa yang akan dipersembahkan. Lagi pun Aizat ni jenis yang terlalu details, terlalu terperinci dari sudut showmanship dan dikira ada value. Tengoklah penyertaan Aizat di AJL sebelum ini. Lagu Sungai Lui, Lagu Kita dan lagu Kau & Aku… ternyata boom! Aizat akan mempersembahkan lagu tersebut diiringi barisan ahli muzik Yuna sendiri terdiri daripada Efry Arwis (bass), Farhan Fadzlishah (gitar) dan Adil Ali (drum). Mereka kini giat menjalani persiapan saat akhir dalam tempoh 3 hari ini. Keputusan dicapai selepas perbincangan bersama di antara pihak pengurusan Yuna (Yuna Room Records) dan sidang produksi AJL27. 'Terukir Di Bintang' hasil ciptaan sepenuhnya Yunalis Zarai, 27, merupakan lagu ke-9 yang akan dipersembahkan pada malam gemilang nanti. Masih ramai yang bertanya kepada Budiey mengapa Yuna Zarai tak mahu menyampaikan lagu ini di pentas AJL. Jawapan pada persoalan ini, Yuna sekarang ini sedang sibuk dalam proses rakaman lagu untuk album terbarunya di Amerika Syarikat. Untuk info lanjut boleh baca entri ini. Gambar Aizat semasa hadir di karpet merah AJL26 yang lalu. Komen via Facebook |
| Drama Bersiri Terlanjur Cinta Episod Akhir Posted: 02 Jan 2013 04:26 PM PST CINTA NIA MILIK SIAPA? Drama bersiri Terlanjur Cinta kini di penghujungnya.Jika anda merupakan penonton setia, sudah tentu ternanti-nanti apakah penghujung drama ini. Drama penuh konflik gandingan mantap pelakon hebat Siti Saleha, Aqasha, Nazim Othman, Marsha Milan, Raja Ema, Ridzuan Hashim dan Zul Ariffin ini bakal menemui penghujungnya pada 7 Januari ini. Episod akhir ini akhirnya akan memperlihatkan sisi jahat Amanda (Marsha Milan) yang tidak pernah ikhlas mencintai Fareth (Aqasha). Fareth ditimpa kemalangan dan akibatnya kedua belah kakinya lumpuh.Sejak itu, hidupnya mula murung memikirkan keadaan dirinya yang sudah tidak sempurna lagi. Lebih menyedihkan, kasih yang ditagih daripada Amanda rupa-rupanya palsu belaka. Fareth kesal kerana selama ini Amanda hanya mempergunakannya untuk mendapatkan tender yang menjadi milik syarikatnya. Fareth menjadi murung dan mula menyesali semua kesilapannya terhadap Nia (Siti Saleha). Tan Sri Firdaus (Ridzuan Hashim) terpaksa meminta pertolongan daripada Nia untuk menjaga Fareth buat sementara waktu sehingga semangat Fareth pulih seperti sedia kala. Keputusan Nia dibantah keras oleh Azura kerana bagi Azura, Nia hanya dipergunakan untuk kepentingan Fareth sedangkan selama dia menjadi isteri Fareth, tidak pernah sekali pun Nia menerima layanan baik daripada keluarga Fareth. Bagaimanapun, Amrin (Nazim Othman) yakin, niat Nia hanya ingin membantu Fareth dan dia akan tetap setia di sisi Nia untuk menyokong segala tindakan Nia. Layakkah Fareth untuk dicintai Nia atau mungkinkah Amrin yang dipilih Nia untuk menjadi pelindung diri dan anak yang bakal dilahirkannya? Segalanya hanya akan terjawab dalam episod akhir Terlanjur Cinta Isnin ini di Skrin Di 9 jam 8.30 malam hanya di TV9! Jangan lupa tonton. Budiey pun nak tonton sebab nak tahu cinta Nia akan jadi milik siapa nanti. Korang rasa? Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












0 ulasan:
Catat Ulasan