OHBULAN! |
| Kontroversi : Zarina Anjoulie Mengaku Tak Bersalah Miliki Dadah Posted: 01 Jan 2013 09:53 PM PST
Zarina dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi masing-masing berusia 26 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di No. C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai di sini pada pukul 5.30 petang, 30 Disember lalu. Pelakon kontroversi ini ditangkap bersama rakannya selepas pihak polis menerima maklumat daripada orang awam yang mendakwa mereka disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Difahamkan kedua-duanya pada mulanya bertindak untuk tidak memberikan kerjasama dengan tidak membuka pintu walaupun pihak polis sudah memperkenalkan diri. Kemudian, pelakon yang baru mencecah umur 26 tahun ini membuka tingkap, tetapi dengan segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis. |
| Trailer : Filem “Kahwin 5″ Penuh Komedi & Pengajaran Posted: 01 Jan 2013 09:30 PM PST
Kalau diberi peluang, tidak ada lelaki yang akan menolak untuk mempunyai lebih dari seorang isteri, kan? Tapi kalau sudah diberi peluang, pastikan berkemampuan. Jangan pula sampai isteri hanya ditanggung nafkah batin, nafkah zahir pula entah kemana. Filem "Kahwin 5″ sudah pun mula berada di pawagam pada 27 Disember 2012 yang lepas. Diarahkan oleh Nizam Zakaria, filem ini mampu mencuit hati para penonton dengan lawak jenakanya yang bersahaja. Filem ini telah membariskan bintang-bintang seperti Usop Wilcha, Fizz Fairuz, Dian P Ramlee, Anzalna Nasir, Marsha Milan, Adrea Abdullah serta Norish Karman. Ia mengisahkan tentang Dr. K, seorang jutawan MLM yang terkenal dengan gelaran playboy tua dan sifat mata keranjangnya. Beliau hidup aman dan bahagia bersama empat orang isterinya yang dinikahinya berdasarkan kekuatan agama, kecantikan, kekayaan dan keturunannya. Kehidupannya yang indah seakan cerita dongeng dan menjadi idaman kaum lelaki, dilengkapkan lagi dengan kejayaannya dalam perniagaan mangkuk plastik produk MLM keluaran syarikatnya. Pemergian Dr. K ke cawangannya di Johor Bahru bertukar menjadi kemelut hitam yang bakal memporak-perandakan hidupnya dan menjadi mimpi ngeri. Terjebak dalam perangkap pembantu peribadinya, Fara, Dr.K tidak mempunyai jalan keluar apabila dipaksa menikahi Fara oleh abangnya Cico. Berjayakah Dr. K untuk berkahwin lima? Saksikan kesudahan kisah ini, yang membuatkan anda tidak kering gusi yang muncul pada penghujung 2012. Mari tonton trailer "Kahwin 5″ selepas ini. |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan