RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Nassier Wahab tak suka rap

Posted: 01 Jan 2013 05:58 PM PST


NASSIER WAHAB mengakui lebih selesa menyanyi secara solo.


SIAPA tidak kenal dengan penyanyi terkenal era 80-an, Nassier Wahab dan lagu Memori Cinta Luka yang menaikkan namanya kembali sekitar tahun 2006 dahulu.
Kini, Nassier, 50-an telah muncul dengan album penuh terbaharu, Cinta Farhat - Air Mata dan Doa sejak September lalu dan mempertaruhkan lagu Cinta Farhat sebagai lagu hit terbaharunya.
Dalam album berkenaan, terdapat 10 lagu baharu dan enam lagu hitnya sebelum ini yang dimuatkan dalam satu album.
"Saya memang mahu buat album penuh. Saya tidak mahu ikut trend macam artis lain yang hanya buat single sahaja," ujarnya yang mendapat kepuasan apabila menghasilkan album penuh.
Nassier yang tidak pernah mengeluarkan single setakat ini menambah, dia sebenarnya selesa dengan caranya sendiri apabila berani mengeluarkan album penuh yang jarang dilakukan oleh artis sekarang.
"Saya terbitkan album yang berkualiti sahaja, biarlah penyanyi lain nak buat single, saya dapat kepuasan dengan buat album penuh, janji peminat saya puas hati," kata penyanyi kelahiran Kota Kuala Muda, Kedah ini.
Bercerita lanjut mengenai perkembangan dunia seni sekarang, apabila ditanya mengenai trend penyanyi yang seangkatannya telah berduet atau membuat penampilan khas dalam lagu penyanyi yang lebih urban, Nassier menjawab:
"Saya tidak minat, saya tidak suka genre rap, lagi pun saya tidak mahu rosakkan lagu sebab ada lagu yang sesuai buat begitu dan ada yang tidak sesuai."
Sungguhpun begitu, dia berkata, dia meminati lagu Apo Kono Eh Jang 2012 nyanyian Datuk AC Mizal bersama Rafidah Ibrahim dan Stellar Band serta menganggap kolaborasi itu berjaya.
Baginya, dia lebih selesa untuk menyanyi secara solo tanpa membuat penampilan khas mana-mana artis yang lebih muda dan lebih dikenali namanya pada zaman sekarang.
"Kalau nak ikut trend, macam-macam trend lain kita boleh buat, tidak semestinya hendak berduet, ada juga trend baharu dalam buat lagu misalnya," ulasnya yang tidak pernah terfikir untuk berduet dengan mana-mana artis tanah air.
Mengakui agak sukar untuk memasarkan lagunya dalam stesen radio sekarang berbanding dahulu, Nassier menganggap itu satu cabarannya untuk bekerja keras seperti ketika mempopularkan lagu Memori Cinta Luka dahulu.
"Saya mengakui memang payah, walaupun ada stesen radio yang terima lagu baharu saya ini tetapi ada yang tidak terima, tidak mengapa, saya sudah sebati dengan cabaran ini, banyak sudah dugaan yang pernah saya lalui," ujarnya.
Ketika ditanya mengenai prinsip mengekalkan namanya dalam persada seni agar masih utuh hingga ke hari ini, Nassier tidak lokek berkongsi.
Katanya, dia berpegang kepada pesanan Datuk D J Dave ketika dia mula mencipta nama dahulu agar membuatkan semua pihak yang berurusan senang bekerja.
"Kalau berurusan dengan media atau pihak-pihak lain kita jangan buat perkara senang jadi payah dan jaga hati semua orang agar semua puas hati dengan kerja kita.
"Saya masih ingat pesanan itu sampai sekarang, walaupun nama kita naik perlahan-lahan, kita jangan lupa diri, insya Allah nama kita akan diingati selamanya," jelasnya ketika berkunjung ke Kosmo! baru-baru ini.

Raja Azmi tak yakin AIFFA 2013

Posted: 01 Jan 2013 05:58 PM PST


(DARI kiri), Raja Rozaimie, Joseph, Livan dan Ik pada majlis sidang akhbar AIFFA 2013 di Kuala Lumpur baru-baru ini.


ANUGERAH dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 (AIFFA 2013) yang buat julung-julung kalinya dianjurkan bakal berlangsung selama tiga hari di Kuching, Sarawak pada 28 hingga 30 Mac depan.
Usaha yang dilakukan oleh pihak penganjur sememangnya wajar dipuji kerana bukan mudah untuk menganjurkan sebuah anugerah serta festival filem bertaraf antarabangsa membabitkan negara ASEAN lain dan dikhabarkan industri filem Bollywood dan Hollywood akan turut serta.
Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM 25) yang hanya membabitkan orang tempatan dan diadakan saban tahun juga terpaksa ditunda penganjurannya pada tahun ini, apatah lagi festival besar seperti AIFFA 2013, pasti lebih banyak cabaran besar yang dihadapi.
Sudah beberapa kali mengadakan sidang akhbar di Kuching, Sarawak, baru-baru ini, penganjur AIFFA 2013 telah mengadakan satu sidang akhbar di Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.
Sidang akhbar tersebut turut dihadiri Pengarah AIFFA 2013, Livan Tajang; Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah; dan Setiausaha Kementerian Pelancongan Sarawak, Datuk Ik Pahon.
Ramai selebriti yang hadir tanda sokongan terhadap AIFFA 2013 seperti Radhi Khalid, Zed Zaidi, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Datin Sofea Jane serta pengarah dan penerbit sensasi Raja Azmi. Dalam memberi sokongan terhadap penganjuran AIFFA 2013 yang disifatkan dapat membantu meningkatkan lagi martabat industri perfileman tempatan, Raja Azmi mengakui yang dia tidak yakin dengan penganjuran AIFFA 2013.
Sedar kenyataan yang diberikan bakal menjadi kontroversi, Raja Azmi tidak kisah bahkan mengharapkan kenyataannya itu bakal memberi impak kepada penganjur untuk menganjurkan AIFFA 2013 sebaik mungkin. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Raja Azmi baru-baru ini.
Kosmo!: Sebelum ini Raja Azmi sedar akan penganjuran AIFFA 2013?
RAJA AZMI: Sebelum ini memang saya ada dengar yang AIFFA 2013 akan dianjurkan tetapi saya terkejut sangat sebab tiba-tiba sahaja sidang akhbar mengenainya diadakan. Penganjur wajar dipuji kerana Festival Filem Asia Pasifik juga seperti segan hidup mati tidak mahu dan khabarnya akan dimansuhkan. Jika AIFFA 2013 menjadi gantinya, bagi saya penganjur sangat berani untuk menganjurkan sebuah festival filem yang besar.
Adakah anda yakin dengan hala tuju dan penganjuran AIFFA 2013?
Penganjur AIFFA 2013 tiada langsung pengalaman dalam filem atau menganjurkan sebuah festival filem. Saya tidak tahu bagaimana mereka akan melakukannya kerana terus-terang saya berasa kurang yakin dengan penganjuran AIFFA 2013. FFM 25 juga masih terkapai-kapai dan ditunda sehingga 2013 inikan pula sebuah festival bertaraf antarabangsa.
Maknanya, anda tidak yakin dengan kemampuan penganjur walaupun disokong oleh Kementerian Pelancongan Negeri Sarawak?
Buat masa sekarang saya belum yakin tetapi jika AIFFA 2013 yang pertama kali diadakan mampu dilaksanakan dengan baik dan mendapat sambutan bukan sahaja daripada penggiat industri di negeri Sarawak bahkan seluruh Malaysia dan ASEAN, ini satu tamparan hebat buat FFM 25 yang akan diadakan pada bulan Februari depan. Jadi, kita kena tunggu dan lihat sahajalah.
Adakah anda sedar kenyataan yang diberikan ini bakal mengundang kontroversi?
Saya tidak kisah jika kenyataan saya ini menjadi kontroversi. Apa yang saya harapkan, kenyataan saya dapat memberi impak kepada penganjur dan juga penggiat industri perfileman tempatan kerana bukan semua tahu tentang tentang wujudnya AIFFA 2013.
Secara peribadi adakah anda menyokong AIFFA 2013?
Sebenarnya, apa sahaja usaha untuk membangunkan industri seni dan perfileman tempatan saya akan sokong. Saya juga hadir di sidang media AIFFA 2013 kerana saya ingin tahu apa sebenarnya AIFFA, secara tidak langsung kehadiran saya sebagai tanda sokongan kepada mereka. Apa yang saya harapkan, meskipun tujuan utama adalah untuk menarik lebih ramai pelancong ke Sarawak dengan penganjuran AIFFA tetapi jangan dilupa faktor utama wujudnya AIFFA ialah untuk membangunkan industri perfileman tempatan.

Cinta dunia atas, bawah

Posted: 01 Jan 2013 05:56 PM PST



FILEM Upside Down yang telah mula ditayangkan di pawagam Malaysia edaran Rainfilms Sdn. Bhd sejak Khamis lalu merupakan sebuah filem sains fiksyen percintaan yang jarang sekali dilakukan oleh pengarah di Hollywood.
Ia merupakan hasil karya pengarah kelahiran negara Argentina, Juan Diego Solanas yang telah memilih aktres terkenal Kirsten Dunst dan Jim Sturgees sebagai teraju utama filem tersebut.
Filem yang berlatar belakang tahun 70-an dan 80-an itu mengisahkan dua dunia yang seperti terikat antara satu sama lain apabila terdapat satu dunia di atas dan satu lagi dunia di bawah dan ia mengikut graviti.
Terdapat satu dunia berada di atas, satu lagi di bawah, dunia di bahagian bawah adalah dunia yang miskin dan huru-hara dan satu lagi yang atas merupakan dunia yang kaya-raya dan maju.
Satu dunia itu wujud kerana memiliki bekalan kuasa elektrik, sementara yang satu lagi kaya dengan minyak disebabkan itulah, satu dunia lebih maju berbanding yang satu lagi dan kedua-dua industri ini diuruskan oleh sebuah syarikat digelar Transworld, yang pada dasarnya memerintah segala-galanya.
Dunst, 30, menggambarkan filem itu mengisahkan tentang dua dunia dan graviti yang membuatkan kedua-dua dunia itu terpisah dan terdapat sebuah menara yang menghubungkan penduduk di situ.
"Penduduk dua dunia itu bekerja dalam bangunan yang sama tetapi terdapat batas dan undang-undang yang harus dipatuhi, satu dunia itu seperti negara Cuba yang miskin dan satu dunia lagi berkelas tinggi seperti Upper East Side di New York," jelasnya dalam satu sesi temuramah baru-baru ini.

PERCINTAAN antara dunia merupakan intipati filem Upside Down.


Ujarnya lagi, watak yang dilakonkannya hidup di dunia yang berkelas tinggi manakala Sturgess di Cuba dan filem itu umpama perbezaan percintaan dua darjat.
"Satu dunia mengawal yang lain disebabkan oleh bekalan elektrik, manakala satu dunia lagi mengawal perkara yang lain disebabkan bekalan minyak," jelasnya yang memegang watak Eden dalam filem berkenaan.
Pelakon yang cukup dikenali menerusi filem Jumanji ketika zaman kanak-kanaknya itu menerangkan bahawa, filem terbaharunya itu berlatar belakang bangunan usang dan pencahayaan juga kelihatan seperti tahun 80-an.
"Walaupun ada elemen moden tetapi ia zaman terbelakang, malah komputer yang saya gunakan juga jenis yang lama dan saya sangat sukakannya, jelasnya yang menganggap filem-filem bercirikan zaman dahulu adalah yang terbaik kerana tidak menampilkan peralatan zaman terkini seperti sebuah iklan komersial.
Amnesia
Bercerita lebih lanjut mengenai wataknya dalam Upside Down pula, Dunst memberitahu pula, ia bermula ketika Eden kecil dan kemudian bertemu dengan seorang jejaka dari dunia bertentangan iaitu Sturgees yang memegang watak Adam.
"Ia merupakan sebuah filem cinta, bagaikan kisah Romeo dan Juliet yang mana kedua-duanya berasal daripada latar belakang yang berbeza dan keadaan memisahkan mereka, darjat mereka, asal-usul mereka, si gadis juga hilang ingatan akibat kemalangan ketika masih kecil dan dia lupa ingatan," jelasnya.
Berbeza berbanding kisah cinta lain, ujar Dunst, ia memaparkan soal Adam yang sedaya upaya ingin Eden mengingatinya kembali bukannya seperti kebiasaan filem cinta yang menggambarkan perempuan yang menagih cinta lelaki.

KOLABORASI mantap Kirsten dan Jim ternyata berjaya menyemarakkan percintaan yang perlu diselami dalam filem Upside Down.


"Tidak disangka, Eden mengalami kemalangan yang menyebabkan dia menghidap amnesia sehingga dia melupakan memori bersama Adam," jelasnya telah menolak banyak tawaran yang hebat pengarah filem lain kerana tertarik dengan skrip dan set filem Upside Down.
Memperincikan tentang filem itu, kata Dunst, ia berkenaan seorang lelaki di dunia bawah ketika kecil yang gemar menaiki puncak pergunungan Sage yang merupakan puncak tertinggi bagi dunia bawah.
Tanpa disangka dia menemui gadis idamannya, Eden. Pertemuan itu berubah kepada satu perhubungan cinta dan mereka sering bertemu di situ.
Konflik dalam filem itu berlaku apabila, Adam ditangkap kerana menjalinkan hubungan terlarang dengan gadis dari dunia atas dan kemudian dipenjarakan selama sembilan tahun. Malangnya Eden mengalami kemalangan sehingga amnesia kerana terjatuh disebabkan pertembungan graviti.
Filem itu berlanjutan apabila Adam sedaya upaya untuk memenangi kembali hati gadis itu walaupun dia telah hilang ingatan.
Serasi dengan Jim Sturgees
Sepanjang penggambaran filem berkenaan juga, Dunst turut memberitahu terdapat beberapa momen menarik apabila terdapat dua dunia terbalik.
"Saya tidak boleh pakai skirt atau kain bila ke dunia Adam kerana ia akan mengikut arah graviti. Bagi Adam pula, dia tiada masalah kerana dia berambut pendek. Dia tidak perlu melakukan apa-apa. Saya sebaliknya perlu menyikat rambut ke belakang atau bersanggul berkali-kali kerana jika tidak, saya akan kelihatan bodoh," ujarnya.
Dia juga turut berkongsi kenangan sepanjang penggambaran bersama Sturgees sebagai pasangan kekasih dalam filem itu dan dia mengganggap lelaki itu bagai abang kandungnya sendiri.
"Saya sayangkan dia, sungguh. Dia juga seorang yang sangat baik," katanya mengakui tidak sukar mencari keserasian dengan aktor itu.
Baginya adegan yang tidak dapat dilupakannya sepanjang menjalani penggambaran bersama Sturgees adalah ketika dia duduk di bahu lelaki itu.
"Saya dan dia berangan-angan seolah-olah kami macam budak

KEMESRAAN yang mudah terjalin antara Kirsten dan Jim di set penggambaran filem Upside Down.


kecil yang teruja, dan kami melambung-lambung di udara. Saya seolah-olah anak kecil di bahunya dan ketika kami menonton kembali rakaman dan kami tergelak-gelak bagai nak gila," tambahnya yang sebelum ini cukup popular sebagai Mary Kane dalam siri filem pecah panggung, Spider-Man.

30 sekolah ditutup akibat banjir

Posted: 01 Jan 2013 05:54 PM PST


BEBERAPA pelajar SMA Mahmudiah, Hulu Terengganu terpaksa pulang apabila sekolah mereka ditutup akibat banjir semalam.


HULU TERENGGANU - Kira-kira 12,000 pelajar gagal memulakan hari pertama sesi persekolahan tahun baru 2013 semalam apabila 30 buah sekolah di Terengganu ditutup akibat banjir gelombang kedua yang melanda negeri itu semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, daripada 31 buah sekolah yang terlibat, 23 buah adalah sekolah rendah dan bakinya tujuh sekolah menengah.
Beliau berkata, daerah Hulu Terengganu mencatatkan jumlah terbanyak membabitkan 12 buah sekolah diikuti daerah Besut sebanyak 12 buah dan masing-masing tiga buah sekolah di Kemaman dan Setiu.
Katanya, sebab sekolah berkenaan ditutup ialah sama ada dinaiki air, menjadi pusat pemindahan sementara atau masih dalam proses pembersihan selepas dijadikan pusat pemindahan dan terputus hubungan.
Tinjauan Kosmo! mendapati kesemua sekolah berkenaan mula dinaiki air sejak kelmarin selain Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang di sini yang mula dinaiki air kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Pencuri maut jatuh bumbung

Posted: 01 Jan 2013 05:53 PM PST


ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang lelaki yang ditemui mati di SK Tun Dr. Syed Nasir di Felda Pasak, Kota Tinggi semalam.


KOTA TINGGI - Seorang tukang kebun Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Dr. Syed Nasir di Felda Pasak di sini menerima kejutan pada pagi tahun baru semalam apabila menemui mayat seorang lelaki ketika hendak memotong rumput di belakang bangunan sekolah.
Hasil siasatan mendapati, lelaki yang berumur 30-an itu dipercayai mati selepas terjatuh dari bangunan tiga tingkat sekolah itu ketika sedang mencuri wayar bumi di bangunan tersebut.
Seorang kakitangan sekolah itu berkata, dia mengetahui mengenai penemuan mayat oleh tukang kebun sekolah pada pukul 7.15 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Sebaik sampai di sekolah, beliau melihat ada satu mayat lelaki yang lengkap berpakaian berada di kawasan sebuah bangunan sekolah itu.
"Pihak sekolah segera menghubungi polis untuk menguruskan mayat berkenaan," katanya yang enggan dikenali ketika ditemui di sini.

Parti liar di kelab eksklusif diserbu

Posted: 01 Jan 2013 05:52 PM PST



PIHAK penguat kuasa memeriksa kesan minuman keras di dewan sebuah kelab eksklusif di negeri ini semalam.



KUALA TERENGGANU - Keghairahan kira-kira 100 pengunjung sebuah kelab eksklusif di negeri ini berpesta sempena menyambut tahun baru tergendala apabila kawasan tersebut diserbu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT).
Serbuan yang turut disertai Majlis Daerah Kuala Terengganu dan Agensi Dadah Kebangsaan itu dilakukan selepas menerima maklumat terdapat iklan dan gambar-gambar tidak senonoh penganjuran parti itu di dalam laman sosial Facebook.
Bukti ada rancangan parti liar membabitkan lelaki dan wanita itu dikuatkan lagi apabila hasil risikan mendapati dewan di kelab eksklusif itu sudah ditempah pada 31 Disember.

Pemuda sembunyi dalam tangki elak dicekup JAIS

Posted: 01 Jan 2013 05:50 PM PST


SEORANG lelaki cuba bersembunyi di dalam tangki air bagi mengelak ditangkap penguat kuasa JAIS semalam.


KUCHING – Seorang lelaki berusia 20-an sanggup bersembunyi di dalam sebuah tangki air di hotel bajet di Sekama di sini bagi mengelak ditangkap penguat kuasa Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana berkhalwat dengan teman wanitanya kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, sekumpulan penguat kuasa JAIS melakukan pemeriksaan di hotel tersebut dan menemui seorang wanita berusia 20-an bersendirian di dalam sebuah bilik.
Namun, penguat kuasa tersebut curiga apabila menemui beberapa barangan milik lelaki seperti jam tangan, baju, topi keledar dan kasut di dalam bilik itu manakala tingkap bilik yang terletak di tingkat lima itu didapati terbuka.

Parti Horey-Horey Kosmo! menggamatkan

Posted: 01 Jan 2013 05:46 PM PST


SEBAHAGIAN daripada kakitangan dan tetamu Kosmo! yang menghadiri Parti Horey-Horey Kosmo! 2012 kelmarin.


CERIA. Parti Horey-Horey Kosmo! 2012 yang bertemakan Colour Blocking berlangsung meriah dalam suasana penuh warna-warni di Restoran Al-Rawsha, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur kelmarin.Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak; Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin; Ketua Pengawai Eksekutif Utusan Media Sales, Mohd. Yazid Ahmad dan Pengurus Iklan Kosmo!, Stella Abdullah.
Hampir 240 pegawai dan kakitangan Kosmo! serta tetamu menghadiri majlis berkenaan.Pada malam itu, warga Kosmo! yang disajikan dengan hidangan makanan Arab seperti nasi ayam, kambing dan roti pita turut terhibur dengan celoteh bersahaja pengacara majlis iaitu pelakon Sharifah Sakinah dan deejay stesen Muzik FM, Muazanazzudin Mohamed.Majlis makan malam itu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Aliff Aziz dan Baizura Daud yang diiringi band Bonjoza.

Telekung Vietnam popular di Malaysia

Posted: 01 Jan 2013 05:11 PM PST



LENGGOK bicaranya lembut, tutur katanya diatur kemas walaupun digabungkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris.
Meskipun bait kata yang lahir daripada mulut wanita berusia 57 tahun itu kedengaran canggung pada telinga, ia sudah cukup membuatkan pelanggan yang bertamu di premisnya itu faham apa yang dibicarakan.
Wanita dengan ketinggian sederhana dan agak berisi itu sangat ramah. Nama Hajah Basiroh cukup popular dalam kalangan 'kaki' berbelanja atau tauke-tauke kain yang sering berulang-alik dari Malaysia ke bandar Ho Chi Minh, Vietnam.
Sebut sahaja nama Hajah Basiroh atau nama penuhnya Hajah Basiroh Haji Aly, ia begitu sinonim dengan persalinan solat atau telekung. Telekung yang dijual dengan label jenama namanya sendiri itu memang tinggi permintaannya dalam pasaran Malaysia.
"Saya mula berniaga telekung sejak tahun 2000 secara kecil-kecilan di rumah. Dua tahun selepas itu perniagaan saya semakin memberangsangkan.
"Dulu, tidak ramai rakyat Malaysia datang ke sini, bahkan permintaan telekung juga tidak banyak," katanya yang berasal dari Kampung Chau Giang, wilayah An Giang.
Ibu kepada Siti Aisah, 8, ini memberitahu telekung yang dijualnya khusus untuk memenuhi permintaan rakyat Malaysia sahaja kerana orang Melayu Champa di Vietnam mampu membuat telekung sendiri.
Menurut cerita Hajah Basiroh, pada mulanya dia membantu seorang rakan sekerja dari Malaysia untuk mencari dan membeli telekung.
Dia membawa rakannya ke sebuah tempat membuat dan menjual telekung, tetapi telekung yang dijual biasa sahaja. Dari situ Hajah Basiroh mendapat idea untuk menjahit telekung dengan labelnya sendiri.
Bermula daripada menjual telekung dan tudung, Hajah Basiroh meluaskan perniagaannya menjual barangan lain seperti baju kurung, jubah, blaus dan pelbagai jenis cenderamata.
Wanita berketurunan Melayu Champa itu mahir menyulam dan menjahit sejak umurnya sembilan tahun kerana majoriti kanak-kanak di kampungnya didedahkan dengan kemahiran tersebut sejak kecil.
Menurut anak bongsu daripada tiga beradik perempuan itu, kebanyakan wanita Melayu Champa menguasai kemahiran menjahit sulaman termasuklah perhiasan bilik, pintu dan tingkap lengkap dengan sulaman tangan.
Menurut Hajah Basiroh, apabila ada majlis perkahwinan, perhiasan tirai di dalam bilik pengantin disulam secara gotong-royong oleh ahli keluarga.
"Saya menawarkan 30 jenis corak sulaman. Antaranya ialah corak bunga timbul lapan, timbul 11, timbul 20, timbul 34, timbul 51, timbul 60, kerawang segi empat sama, kerawang penuh, kerawang tinggi dan kerawang labah-labah yang paling sukar ditiru oleh pesaing.

PASTIKAN anda menjalankan urus niaga telekung Hajah Basiroh di premis ini bagi mengelakkan diri ditipu.


"Semua 30 jenis telekung ini dijual antara harga RM30 hingga RM90," katanya yang menjalankan urus niaga menggunakan mata wang Malaysia, Amerika Syarikat (ASD) dan Vietnam (Dong).
Telekung jenama Hajah Basiroh menggunakan material membuatkan si pemakai berasa sejuk, lebih tenang dan selesa ketika bersolat.
Material yang digunakannya untuk menghasilkan telekung diperbuat daripada benang khas dari China dan Korea.
"Telekung edisi istimewa yang dijual di sini ialah telekung sulaman tangan. Ia dijual pada harga RM90 kerana proses membuatnya rumit dan memerlukan ketelitian bagi menghasilkan sulaman yang halus dan berkualiti.
"Walaupun menawarkan pelbagai jenis telekung, kami juga menerima tempahan telekung mengikut rekaan yang dikehendaki pelanggan," ujarnya yang kerap melayari laman-laman web di internet untuk mencari ilham menghasilkan reka corak baharu.
Berikutan kesukaran yang dialami para pelanggan untuk mencari premisnya di 159 Huynh Van Street, Ward 12, Phu Nhuan, mantan Qariah Vietnam tahun 1997 itu membuka sebuah premis kecil di 33, Nguyen An Ninh Street, District 1, Bandar Ho Chi Minh berdekatan Pasar Ben Thanh.
Namun, cawangan tersebut hanya menawarkan lima jenis telekung sahaja berbanding 30 jenis telekung lain yang dijua; rumahnya bagi mengelakkan produknya ditiru.
Sudah menjadi adat berniaga, apa yang dihasilkan pasti ada edisi fotokopi dan telekung Hajah Basiroh tidak terkecuali.
Bagi memastikan telekungnya sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan, Hajah Basiroh sentiasa tampil dengan corak baharu.
Ramai peniaga di Pasar Ben Thanh tidak dinafikan kebanyakan corak telekung yang dijual di pasar itu hasil plagiat karya reka corak Hajah Basiroh, namun ia masih tidak mampu menandingi kualiti telekungnya.

ANTARA reka corak telekung yang boleh dipilih oleh pelanggan yang dijual pada harga antara RM30 hingga RM90 sahaja.


"Apabila saya tampil dengan corak baharu, setahun atau dua tahun kemudian mereka akan mengeluarkan produk yang meniru corak yang saya hasilkan.
"Malah ada dalam kalangan rakan-rakan mereka beli telekung daripada saya semata-mata untuk meniru. Atas sebab inilah saya perlu sentiasa mengubah corak rekaan telekung," katanya yang mempunyai pekerja seramai 30 orang.
Sejak jumlah pelanggannya meningkat dan permintaan terhadap telekung berganda, operasi membuat telekung yang bermula di rumah diperluaskan menjadi kilang sejak lima tahun lalu.
Mengambil masa dua jam perjalanan dari bandar Ho Chi Minh, kilang yang dimaksudkan berupa sebuah rumah persis industri kecil dan sederhana (IKS) di beberapa buah tempat.
Demi menjaga kualiti, Hajah Basiroh mempunyai kira-kira sendiri bagi memantau kualiti telekung yang dihasilkan.
"Satu tempat hasilkan telekung, di tempat lain pula buat sulaman tangan, dan beberapa rumah lagi buat sulaman biasa dan akhirnya dihantar ke rumah saya untuk memastikan kualitinya terjaga sebelum dijual kepada pelanggan.
Tambah isteri kepada Ahmad Abu Bakar, 65, itu penghasilan telekung yang rosak memang tidak dapat dielakkan.
"Dalam 1,000 helai, lebih kurang 10 helai akan rosak. Istilah rosak bermakna telekung tersebut bukan rosak teruk tetapi hanya mengalami kekotoran dan tali pengikat tercabut ketika proses membasuh menggunakan mesin.
"Jumlah telekung yang dihasilkan lebih kurang 5,000 helai sebulan dan permintaannya meningkat sekali ganda tiga bulan sebelum bulan Ramadan," katanya yang mempunyai pelanggan dari Brunei dan Singapura.
Selain menjual borong di kedai, Hajah Basiroh juga menyediakan perkhidmatan kiriman barangan yang ditempah pelanggan. Para pelanggan yang datang akan membeli lima hingga enam pasang telekung paling sedikit untuk ahli keluarga dan 30 pasang ke atas bagi yang berniaga.
Dalam pada itu, seorang pekerja Hajah Basiroh, Abdul Aziz Zakariya, 27, memberitahu, selain menjadi tumpuan pelanggan untuk membeli telekung, pelanggan juga datang untuk membeli baju kurung jubah dan tudung.

JIKA di Malaysia, baju kurung berlabuci harganya dijual dalam lingkungan harga RM160 ke atas, di premis Hajah Basiroh ia dijual pada harga antara RM50 hingga RM60 sahaja.


"Baju kurung Pahang yang dihiasi jemeki di bahagian dada, lengan dan bahagian bawah baju dijual antara RM50 hingga RM60," katanya.
Farah Shazwani Ali, 29, yang mengunjungi Vietnam buat kali pertama bersama teman-temannya sangat teruja apabila dibawa oleh pemandu pelancong ke rumah Hajah Basiroh.
"Telekung yang dijual sangat cantik dan murah. Telekung Hajah Basiroh boleh didapati pada harga RM30 di sini tetapi dijual RM100 ke atas di Malaysia.
"Selain harga yang murah, layanan mesra kepada pelanggan membuatkan saya dan teman-teman yang lain senang sekali membeli-belah di sini," ujarnya.
Turut berkongsi pendapat yang sama ialah Noor Hayati Mamat, 30, yang berasal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Menurut Noor Hayati, telekung yang dijual sangat berkualiti dan sukar untuk mencari kualiti yang sama pada harga murah di Malaysia.
"Material yang digunakan sejuk dan selesa. Tidak hairanlah kalau ada yang datang memborong telekung Hajah Basiroh dan menjualnya tiga kali ganda di Malaysia," katanya yang mahu mencadangkan kepada teman-teman supaya berkunjung ke kedai Hajah Basiroh.

Suasana kolonial di Coliseum Cafe

Posted: 01 Jan 2013 05:10 PM PST


MAKANAN laut seperti udang (kiri) dan ketam turut berada dalam senarai menu Coliseum Cafe.


MELANGKAH kaki ke dalam ruang Coliseum Cafe and Grill Room (Coliseum Cafe), serta-merta mood pengunjung seperti berada pada tahun 60-an.
Perhiasan terdiri daripada gambar dan kemasan lantai masih lagi terpelihara sejak ia dibuka pada tahun 1921.
Tiada muzik latar menyambut kedatangan para pelanggan pada waktu makan tengah hari, cuma bunyi kipas lama kedengaran berkeriuk.
Namun, ia menambahkan lagi suasana kolonial di Coliseum Cafe.
"Amat susah untuk menjaga sebuah restoran lama supaya ia terpelihara. Lantai sahaja perlu dilap sebanyak tiga kali sehari," kata pengurus operasinya, Kenneth Abdullah ketika ditemui di restoran yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bukan sahaja suasana, menu hidangan sebanyak 75 jenis tidak pernah berubah sejak dahulu lagi, manakala tukang masak sekarang sudah berkhidmat lebih 60 tahun.
Terkenal dengan gaya masakan cantuman Hailam dan kolonial Barat. Tidak mungkin orang ramai dapat menikmati hidangan yang terdapat di Coliseum Cafe di tempat-tempat lain sama ada di Pulau Hainan, China atau Eropah.
Hidangan yang menjadi identiti Coliseum Cafe ialah stik sizzling yang didatangkan sama ada dengan kuah lada hitam, cendawan atau sos coklat dan bawang putih.
Harga stik sizzling antara RM35.90 hingga RM63.90 bergantung pada jenis daging yang dipilih. Terdapat juga stik yang dimasak dengan gaya biasa.
Cara terbaik untuk menikmati stik adalah dalam keadaan dimasak pada tahap medium kerana ia masih lagi memiliki jus dan rasa stik daging.
"Kepada mereka yang tidak suka aliran jus itu, lebih baik mencuba stik yang dimasak pada tahap medium well. Apabila dimasak pada tahap tersebut, masih lagi terdapat satu garisan merah pada keratan rentas daging tetapi tiada lelehan jus," terang Kenneth.
Tip nikmati stik
Lelaki yang telah berkhidmat dalam bidang makanan selama 26 tahun itu turut memberi tip cara untuk mengenali kekerasan daging yang dimasak pada tahap tertentu.
Caranya adalah dengan menekan jari telunjuk pada tapak tangan. Kekerasan dirasai itu menyamai stik yang dimasak secara medium.
Pemilihan bahagian daging untuk menikmati stik bergantung sama ada mahu yang tiada lemak langsung atau sedikit berlemak.
Jika tidak mahu lemak, pilih daging filler meat (daging pengisi), seperti daging batang pinang, semua lemak dibuang. Bagi yang gemar sedikit berlemak, bahagian tulang T (T-bone) merupakan pilihan yang tepat.
Pencuci mulut yang terdapat di Coliseum cafe juga sangat menarik seperti puding kastard karamel, pisang goreng dengan krim dan popia pisang bersama coklat dengan aiskrim vanila.
Pisang goreng dengan krim memiliki lapisan rangup nipis bahagian luar, manakala bahagian dalam pisang sangat lembut dan halus.
Ia diselaputi madu bagi memperkaya rasa yang terdapat pada pisang tersebut. Puding kastard karamel di Coliseum Cafe pula tidak terlalu manis kerana dimasak sedikit hangus.
Selepas menikmati pencuci mulut, secawan kopi Hainan yang dibancuh secara tradisional cukup untuk menutup majlis makan tengah hari.
"Rasa pahit dan sedikit keras yang berkekalan dalam mulut selepas menghirupnya memberi perasaan yang tenang kepada peminum," ujar Kenneth sambil meletakkan cawan kopinya ke atas meja.

Esliza ikhlas berhijab

Posted: 01 Jan 2013 03:06 AM PST


ESLIZA terbuka hati untuk berhijab selepas mengalami mimpi yang menakutkan tentang hari kiamat.


SEPANJANG tahun 2012, kelihatan semakin ramai artis wanita yang terbuka hati untuk berhijrah dengan memakai hijab.
Namun, pelakon yang baru berumur 16 tahun ini juga telah mengambil keputusan yang merupakan suatu perubahan besar dalam hidupnya.
Esliza Loy iaitu adik kepada aktres Elfira Loy yang baru-baru ini ditemui ketika sidang akhbar drama bersiri Debunga Lalang yang bakal ditayangkan di slot Azalea menerusi saluran TV3, tampil manis berhijab pada majlis yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama.
Masih baru dalam menempuh fasa hijrahnya itu, akui Esliza, dia memang pernah memasang niat untuk berhijab sejak setahun lalu.
Namun, kerana belum benar-benar bersedia, dia menangguh keputusannya untuk berhijab.
Justeru, apakah sebenarnya yang membuatkan Esliza mengambil keputusan drastik dalam hidupnya ini?
Ikuti pengakuan jujur Esliza kepada Kosmo! tentang perkara yang benar-benar membuka hati gadis remaja ini untuk berhijab.
Kosmo!: Bilakah agaknya anda terfikir mahu berhijab?
Awal bulan Disember ini. Sebenarnya saya sudah lama terfikir iaitu dari tahun lepas lagi. Namun ketika itu hati saya masih lagi berbelah bahagi mahu pakai atau tidak. Akhir tahun ini, barulah saya ambil keputusan untuk berhijab.
Apakah perkara yang mendorong Esliza untuk betul-betul terbuka hati berhijab dengan ikhlas?
Ia perkara yang agak peribadi untuk saya. Sebenarnya, saya mendapat mimpi yang menakutkan iaitu tentang hari kiamat. Sebulan sebelum memakai hijab saya bermimpi di mana waktu itu saya seorang diri dalam perjalanan ke masjid.
Secara tiba-tiba seperti meteor jatuh dari langit dan ketika itu saya berasa sangat takut. Kebetulan pula, mama dan keluarga lain tiada bersama saya dan saya perlu melaluinya seorang diri. Walaupun bermimpi, saya rasa seolah-olah ia benar-benar terjadi. Akhirnya, saya jumpa juga mama dan terus tersedar daripada tidur.
Apabila tersedar saya menangis dan terus berlari kepada mama. Saya lantas ceritakan kepada mama kenapa saya menangis begitu.

Selepas itu adakah anda terus memakai hijab?
Sebelum itu, saya buat apa yang patut dahulu seperti cukupkan solat dan selebihnya. Selepas itu, baru saya berhijab.
Jadi, selepas berhijab adakah anda mengalami mimpi seumpama itu lagi?
Tiada lagi, Alhamdulillah. Namun, sebenarnya, sebelum itu juga saya pernah bermimpi kiamat tetapi tidaklah menakutkan seperti yang baru-baru ini dan memang banyak kali terjadi pada saya.
Adakah Esliza pernah beritahu pada sesiapa tentang niat untuk berhijab ini?
Sebelum berhijab, saya ada seorang rakan lelaki yang sering bercerita tentang kisah-kisah Nabi, dosa dan pahala serta berkenaan agama. Namun tidak pula dia bercerita tentang menutup aurat. Dia juga bercerita tentang Persatuan Tabligh yang diikutinya kepada saya.
Bagaimana pula dengan karier, adakah akan terus aktif atau sebaliknya?
Jika ada tawaran yang memakai hijab, saya akan terima. Alhamdulillah, saya sudah terima satu watak yang juga berhijab berjudul Nana, Nini, Nunu yang akan ditayangkan di RTM.
Kini, Esliza sedang meningkat remaja dan masih jauh perjalanan karier untuk berjaya. Tidakkah Esliza rasa keputusan seperti ini memerlukan anda menjaga tata tertib sebagai pelakon berhijab. Boleh komen?
Saya tidak kisah kerana fokus utama saya bukan pada lakonan. Jika ada tawaran, saya akan ambil. Saya bukan berlakon untuk popular. Saya berlakon untuk memperoleh wang sendiri dan mungkin boleh beli apa yang saya mahu atau idamkan.
Bagaimanakah penyesuaian anda terhadap persekitaran setelah berhijab. Adakah masih berasa kekok?
Biasa sahaja, Alhamdulillah saya selesa. Komen orang pula, pasti akan selitkan soalan seperti, bila kakak (Elfira Loy) pula ingin memakai tudung. Nanti pujuklah kakak pula pakai tudung. Sebenarnya, perkara ini kita tidak boleh paksa kita perlu punya niat sendiri untuk pakai. Jika dipaksa, kelak lain pula jadinya.
Apakah pula komen kakak anda, Elfira?
Kakak saya banyak menasihati saya dan dia juga umpama penasihat fesyen saya. Tudung yang dipakai ini juga dia yang beli dan pakaikan untuk saya. Dia lebih teruja daripada saya sebenarnya. Ini kerana, bab berfesyen, saya kurang mahir dibandingkan dengan kakak.

Tiada Desakan Faralyna & Hairul Azreen Segera Kahwin

Posted: 01 Jan 2013 03:05 AM PST

Faralyna sudah jarang bertemu dengan kekasihnya, Hairul kerana kesibukan masing-masing dengan komitmen lakonan.
PETALING JAYA: Pelakon Faralyna Idris berkata dia berasa bertuah kerana keluarganya tidak pernah mendesak untuk dia dan kekasihnya iaitu aktor Hairul Azreen segera berkahwin.
Aktres berusia 21 tahun ini berkata, orang tuanya tidak pernah memaksa mereka mendirikan rumah tangga dalam tempoh tertentu walaupun hubungan mereka sudah mencecah empat tahun.
"Saya amat bertuah kerana orang tua terutamanya bapa begitu memahami. Memang ada juga bapa saya bertanya sekali-sekala tetapi dia faham kerjaya kami sedang berkembang.
"Yang penting, keluarga tidak pernah mendesak kami agar segera berkahwin," katanya kepada mStar Online.
Ditanya adakah dia dan Hairul menetapkan tempoh tertentu bagi mendirikan rumah tangga, Faralyna berkata, perkara itu masih jauh dalam perancangan kerana kerjaya lakonannya sedang meningkat naik pada waktu ini.
Faralyna berbangga dengan kerjaya Hairul yang kian berkembang pada tahun ini.
"Untuk kami berkahwin, mungkin lama lagi kerana kerjaya Hairul sedang meningkat sekarang.
"Sudah lama dia berusaha dan baru kini dia menikmatinya, jadi biarlah dia kukuhkan kerjanya dahulu," ujar pelakon drama bersiiri Debunga Lalang ini.
Tambah Faralyna, kesibukan jadual lakonan masing-masing pada kebelakangan ini membuatkan mereka sudah jarang bertemu berbanding sebelum ini.
"Mujurlah kami rapat dengan keluarga satu sama lain. Kalau saya ada waktu lapang, saya akan meluangkan masa dengan keluarga Hairul dan begitu juga sebaliknya," jelasnya.
Mengenai persaingan sengit dengan aktres-aktres baru pada hari ini, Faralyna berkata, senario itu tidak menggugatnya secara peribadi kerana kerjayanya masih berjalan dengan lancar selepas lima tahun bergelar anak seni.

Nabil, Elfira menerjah 2013

Posted: 01 Jan 2013 03:04 AM PST



SENGAJA Kosmo! menggandingkan pelawak dan pengacara terkenal Nabil dengan pelakon semakin meningkat naik, Elfira Loy pada satu sesi fotografi khas.
Pertama kali digandingkan, biarpun nampak canggung di mata tetapi sebenarnya kedua-dua figura ini berkongsi satu persamaan iaitu kerjaya seni yang bakal sukses pada tahun 2013.
Kerjaya seni Nabil mahupun Elfira dilihat bakal lebih menyinar pada tahun 2013 berbanding 2012.
Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 29, akhirnya mengambil keputusan untuk muncul semula di kaca TV setelah menjadi penyampai radio di Suria FM selama setahun bermula Januari 2012.
Mengakui selama setahun wajahnya kurang muncul di kaca TV menyebabkan namanya sedikit merudum, ujar Nabil, disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai penyampai radio walaupun menyedari kerjaya itu menarik.
Penghujung 2012, kerjaya Nabil dalam bidang seni nampaknya semakin menyinar dengan tawaran 'lebat' daripada beberapa stesen TV.
Nabil juga dilihat berjaya 'memancing' kembali peminat menerusi program kendaliannya iaitu Meletop dan Kan Dah Kena di Astro serta turut muncul dalam Lawak Ker Der dan Maharaja Lawak Mega 2012.
Bagi Elfira, jika sebelum ini umum hanya mengenalinya sebagai pelakon kanak-kanak tetapi tahun 2012 merupakan tahun cemerlang bagi pelakon berusia 18 tahun itu.
Ini kerana dia meraih kepercayaan oleh pengarah Micheal Ang untuk membawakan watak remaja dan bukan lagi kanak-kanak khususnya menerusi telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang dan drama bersiri, Dalam Hati Ada Taman.
Jadi, tahun 2013 adalah tahun untuk kedua-dua selebriti ini mengekalkan momentum populariti dan juga menyahut cabaran untuk lebih sukses daripada tahun-tahun sebelumnya!
Nabil takut lupa diri
Keinginan Nabil untuk mempunyai anak telah terkabul pada tahun 2012. Tahun 2013, bapa kepada Naira Mikayla ini berazam mahu jadi bapa yang bertanggungjawab dan setia menyayangi isterinya, Nazirah Ayub.
Itu jawapan Nabil tatkala diajukan soalan mengenai azam baharunya.
Anak perempuan Nabil lahir pada 25 November 2012. "Pengalaman paling manis pada tahun 2012 apabila doa saya untuk mendapat anak dimakbulkan Tuhan," ungkapnya ketika ditemui pada sesi fotografi bersama pelakon Elfira Loy di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Sudah menjalani rutin sebagai seorang bapa, akuinya, dia kini sudah berani memandikan anaknya malah jika Naira terjaga di waktu malam dia yang akan tersedar dan mengambilnya untuk disusukan Nazirah dan kemudian mendodoikan anaknya itu sehingga tidur.
"Naira walaupun sudah kenyang menyusu, dia tidak akan tidur macam bayi lain. Dia mahu didodoikan tetapi dia mahu saya sahaja yang dodoikan baru dia tidur," kongsinya sedikit mengenai kehidupan sebagai bapa.

DUA bintang terkenal ini yang dijangka membawa sinar gemilang dalam dunia seni tempatan sepanjang tahun 2013 ini.


Di luar kehidupan cahaya mata Nabil, menjelang akhir 2012 Pelakon Paling Popular Anugerah Bintang Popular 2008 itu membuat keputusan untuk meninggalkan dunia penyampaian radio dan membuat kemunculan semula di kaca TV pada tahun 2013.
Sebanyak 11 buah program termasuk beberapa telefilem dan filem diluncurkan untuknya namun Nabil tidak mahu terbuai oleh prestasi yang dicetaknya pada tahun-tahun terdahulu.
Bermula dengan kemenangannya pada Juara Raja Lawak musim kedua, Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular dan seterusnya dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular (ABP2008), ujar Nabil, cukuplah dia pernah lupa diri saat dirinya menjadi fenomena satu ketika dahulu.
Ditebak apakah sasarannya pada tahun 2013, harapan Nabil, bukan populariti yang dikejar sebaliknya dia mengharapkan agar peminat menghargai dan terus percaya akan bakatnya terutama dalam komedi.
Berkongsi perkara paling bodoh dan bermakna yang pernah dilakukan Nabil sepanjang tahun 2012, dedahnya, terbaharu, perkara paling bodoh yang pernah dilakukan olehnya apabila secara tidak sengaja mengunci anaknya di dalam rumah.
"Ketika itu bapa dan ibu mertua datang ke rumah. Masa nak hantar mereka balik dekat luar pintu rumah dengan tidak sengaja pintu tertutup dan terkunci. Pintu rumah saya memang auto lock.
"Pada ketika itu kami semua ada dekat luar rumah kecuali Naira. Anak pula tiba-tiba menangis di dalam. Isteri saya pula menangis di luar.
"Saya panik sangat sebab fikir mungkin dia (anak) akan tercekik atau bedung dia mungkin melemaskan dia sebab dia memang lasak suka keluarkan tangan.
"Namun, akhirnya nasib baik pintu dibuka oleh pihak keselamatan rumah," jelasnya yang turut berkongsi perkara bermakna yang dilakukannya iaitu memandi dan mendodoikan anaknya.
Bukti jitu Elfira
Bagi Elfira, jika dahulu pelakon kecil molek ini dipertikaikan kredibilitinya untuk membawa watak dewasa tetapi tahun 2012, dia sudah membuktikan kemampuannya.
Menerusi kepercayaan yang diberi pengarah Micheal Ang dan juga bakat lakonannya yang bersahaja dalam drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang serta Dalam Hati Ada Taman di samping Randy Pangalila, nama Elfira serta-merta melonjak naik termometer industri hiburan tanah air.
Terbaharu, Elfira bakal berlakon di sisi pelakon popular sinetron Benci Bilang Cinta, Baim Wong pula menerusi telefilem Untuk Terakhir Kali.
Kini, dia tidak lagi digelar pelakon kanak-kanak sebaliknya bergelar heroin drama.
"Sebelum ini ramai yang pertikaikan saiz badan saya kecil tidak mampu bawa watak dewasa. Namun, apabila saya bawa watak gadis dewasa yang bercinta dalam Biar Mimpi Sampai Ke Bintang dan Dalam hati Ada Taman, baru mereka sedar hakikat tersebut," kongsinya mengenai memori manis tahun 2012 apabila orang dapat terima dia berlakon watak dewasa.
Tidak hanya sukses dalam bidang lakonan, anak kedua daripada empat beradik itu juga berjaya di luar lapangan seni apabila menerima biasiswa sambung belajar di Kolej Damansara Utama.
Tahun 2012 juga, Elfira berani menyahut cabaran menyertai program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia. Menjadi peserta termuda dan terkecil dalam program tersebut tidak bermakna gadis berasal dari Kuala Lumpur itu tidak mampu melakukan cabaran lasak dan gerun di dalam program tersebut.
Penghujung tirai 2012, Elfira yang mula terjun ke dunia seni menerusi teater muzikal kanak-kanak, Ali Baba pada tahun 2006, sekali lagi beraksi di gelanggang pementasan teater menerusi cerita yang sama iaitu teater muzikal Ali Baba tetapi untuk karakter dewasa iaitu Marjinah.
Berkongsi jadual seni pada 2013, ungkap Elfira, selain tayangan telefilem Untuk Terakhir Kali, dia juga bakal muncul dalam drama siri sejarah dan aksi arahan Datin Paduka Suhaimi Baba iaitu Arka.

KEMUNCULAN 2013 bakal menjadi landasan buat Nabil dan Elfira untuk terus mara menongkah arus ke arah kemajuan dalam kerjaya seni masing-masing.


Menurutnya, drama lapan episod itu mengisahkan tentang pendekar bernama Raja Haji dan puterinya, Puteri Hamidah yang berjuang melawan penjajahan Belanda sekitar kurun ke-17 di Asia Tenggara.
"Selain itu, ada beberapa drama dan telefilem lain juga untuk tayangan Astro iaitu Si Tanggang Ayu dan Puteri dan Putera Hodoh yang dilakonkan saya," jelasnya yang turut menerima enam tawaran filem yang masih lagi dalam pertimbangan.
Kongsinya tanpa mendedahkan siapa, salah satu daripada tawaran filem yang diperoleh Elfira adalah daripada penerbit terkenal dan terhebat di Malaysia.

Serina Tidak Tipu Peminat Guna Testimoni Palsu

Posted: 01 Jan 2013 03:03 AM PST

Serina
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Serina Redzuwan menafikan tuduhan kononnya dia menggunakan gambar testimoni palsu bagi melariskan produk kesihatan yang dijualnya.
Serina, 30, yang kini berada di London memberitahu gambar yang dimaksudkan telah dimuat naik oleh ahli lain yang mewakili produk itu di laman Facebook miliknya dan dia hanya berkongsi kejayaan individu tersebut dengan para peminat.
"Saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini kerana berada di London dan gambar yang dimaksudkan hanya di ambil menerusi Internet selepas ia dikongsi oleh ahli lain di laman Facebook saya.
"Malah gambar itu bukan saya sahaja yang kongsi di Facebook tetapi ahli-ahli lain juga," jelasnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online ketika dihubungi pada petang Isnin.
Tambah Serina, dia tidak pernah menokok tambah maklumat tentang gambar testimoni tersebut hanya untuk menarik pelanggan.
Menurut laporan tersebut Serina ada mengirimkan sekeping gambar melalui Facebook dan Twitter miliknya tentang seorang lelaki yang berjaya menguruskan badan selepas menggunakan produk makanan tambahan yang dijualnya.
Bagaimanapun individu tersebut telah menafikan mengambil sebarang produk menguruskan badan apatah lagi produk jualan Serina.
Dalam pada itu, Serina memberitahu dia terkilan apabila ada pihak cuba menjatuhkan reputasinya dengan memburukkan namanya.
Jelas Serina dia tidak pernah berniat untuk menipu sesiapa sebaliknya hanya ingin membantu mereka yang mempunyai masalah berat badan.
"Saya tidak pernah kacau hidup sesiapa dan biarlah saya cari rezeki dengan cara yang halal. Walaupun saya ni seorang artis tetapi perniagaan adalah satu bidang yang saya suka.
"Saya tidak faham mengapa ada orang yang suka memburuk-burukkan hidup orang lain," jelasnya.
Sementara itu, Serina berkata, atas dasar minat itu juga dia bakal melancarkan produknya sendiri pada pertengahan Januari ini sebagai satu bukti kesungguhannya dalam bidang perniagaan.

Apa lagi bakal mendidih?

Posted: 01 Jan 2013 03:01 AM PST

NEELOFA
NEELOFA
NEELOFA bingkas menerjah yang dirinya tidak langsung memasang azam saat dilontar persoalan 'klise' itu. Tambahnya, biar 2013 mula berjalan, dia bimbang jika meletakkan sebarang sasaran, kerana mungkin akan mengundang kecewa sekiranya tidak tercapai.
"Saya hanya mengharapkan yang terbaik dan semoga 2013 yang menjadi tahun ketiga saya sebagai anak seni memberikan lebih kebahagiaan dan rezeki," katanya tersenyum.
  
  • Foto
  • Foto
Menghiasi wajah pertama Rap, pembuka lembaran tahun ini, pelakon yang juga pengacara jelita berusia 23 tahun ini tidak henti-henti mengucap syukur kerana apa yang pernah diimpikan dalam hati kini semuanya terlaksana.

Imaginasi dan angan-angan gadis putih gebu kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini perlahan-lahan direalisasikan. Titik tolaknya selepas menjuarai Dewi Remaja dua tahun lalu, pantas nama dan pesona wajahnya tidak henti-henti mewarnai pentas seni tempatan.

Mahu atau tidak, hakikatnya, anak kacukan Melayu, Pakistan dan Arab juga pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor yang mesra disapa Lofa ini paling laris dan sensasi sepanjang 2012.

Bagai merampas serta-merta daripada ramai pemiliknya sebelum ini, dua tahun berdiri sebagai anak seni sejak awal pembabitannya dalam filem Azura, Lofa tidak sekali-kali lekang terpalit kisah sensasi.

Meskipun jelasnya tidak pernah dirancang, jauh sekali berasa bangga, itulah harga yang perlu dibayar menjadi selebriti iaitu hak milik masyarakat dan terdedah kepada apa saja persepsi dan andaian.

"Kelakar juga apabila ramai rakan media mula menghubungi saya bertanyakan soalan yang sama, kononnya saya paling 'panas' tahun lalu. Saya sendiri tidak pasti mereka (wartawan) melihat dari sudut apa dalam mengukur populariti dan nilai sensasi seseorang artis.

"Itulah realitinya kerana saya tidak punya suara untuk menafikannya kerana apa yang orang cakap mengenai diri saya. Segala macam kisah, gosip dan berita itu adalah perkara yang tidak pernah dirancang berlaku pada saya," katanya mengakui tidak kira buruk atau baik publisiti yang diberi, ia masih dianggap satu publisiti.

Jelasnya lagi: "Seperti yang saya katakan apa saja spekulasi dan kontroversi itu bukanlah kehendak saya, sebaliknya ia digembar-gemburkan pihak lain. Pening dan penat usah diceritakan kerana tidak henti-henti rasanya saya dihujani gosip namun alhamdulillah, semuanya saya redah dengan sempurna.

"Ikhlasnya, saya melihat semua itu dari perspektif positif yang mana selagi nama saya disebut dan kisah membabitkan saya diberi perhatian, masih ada orang yang ingat kerana jika sudah diketepikan, ia lebih menakutkan saya.

"Sebagai pendatang baru, saya bersyukur kerana adanya keluarga dan teman-teman yang tidak henti-henti menyokong selain memberi kepercayaan kepada saya. Itulah rahsia kekuatan dan resipi semangat yang saya amalkan," katanya yang bakal bergelar graduan jurusan Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran dari Universiti Kolej Sunway.

Kronologinya, pelakon filem S.A.M, Hantu Kapcai dan drama siri Tahajud Cinta dan Kau Yang Terindah ini mula mencetuskan pentas hiburan dengan kisah 'merampas' cinta pelakon lebih senior daripadanya.

Lebih yakin, Lofa ketika itu belum lagi muncul dengan filem sulungnya, Azura namun nama gadis bijak ini sudah hangat diperkatakan.

"Lofa itu perampas dan suka sangat buat kontroversi! Belum pun lagi membuktikan apa-apa, spekulasi jauh lebih heboh!"

Laungan sebegitu tidak lagi mengundang air mata. Sebaliknya jelas Lofa: "Saya sudah lali dan tidak lagi meratap walaupun pernah dulu terbit rasa kecewa dan patah semangat."

Apa yang penting jelas Lofa, produk dan kerja itu perlu diletakkan ke depan agar ia menjadi penimbang atas persepsi serong mereka yang gemar menjatuhkan hukuman.

"Walaupun saya tidak pernah bebas daripada gosip, tawaran dan kerja saya tidak pernah berhenti. Ada saja wajah dan kerja saya di kaca televisyen. Itulah yang dikatakan hadiah atas kerja keras saya selama ini," katanya berseloroh, 2013 akan lebih mendidih.


Trivia gosip Lofa

  • Mulanya pada 2011 Lofa dikatakan merampas aktor Shahz Jaszle daripada Maria Farida selepas hampir setahun menjalin kasih.
  • Konflik dengan aktres Nur Fazura yang dikatakan bermula dengan hubungan seorang kerabat diraja juga berlanjutan dari tahun lalu hingga adegan sindir menyindir dalam laman sosial twitter.
  • April 2012 pula, Lofa dikatakan mempersoalkan kemenangan Tasha Shilla pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 selepas tewas dalam kategori Artis Baru Wanita Popular.
  • Tidak lama selepas itu, Lofa terbabit pula dengan salah faham bersama salah seorang finalis Dewi Remaja juga pelakon, Anzalna Nasir. Bukan saja mendapat liputan meluas media, malah perselisihan faham itu berlanjutan hingga kes saman menyaman dan sesi mohon maaf terbuka.
  • Lofa sekali lagi dikatakan tidak profesional apabila enggan bersalaman dengan Anzalna dan tidak mahu bergambar bersama.
  • Menegur kru produksi Nona yang lambat lebih sejam menerusi twitter dan sekali lagi mempersoalkan pakaian untuk program yang sama turut disalah tafsir hingga ada yang beranggapan kononnya Lofa sudah besar kepala.
  • Kisah cintanya dengan aktor juga pengarah dan penerbit, Hans Isaac sudah menjadi bualan harian dan terbaru, mereka dikatakan bercuti bersama di Koh Sa Mui, Thailand namun dinafikan kedua-duanya.
  • Isu seksi di ABPBH, pembedahan hilangkan parut di dahi, kisah kelakar betisnya juga diambil serius dan terbaru, konflik dengan seorang pereka fesyen yang mendakwa serik bekerja dengannya menambah lagi 'panas' pada nama Lofa.


    Pencapaian Lofa
  • Rangkaian perniagaan milik keluarganya, Bella Vita makin maju apabila Lofa mengesahkan ingin menambah cawangannya tidak lama lagi.
  • Selain menjadi jurucakap Avon dan King Koil, Lofa turut terpilih menjadi wajah rasmi jenama jam U2.
  • 2012 turut menyaksikan wajahnya mewarnai banyak papan iklan di sekitar pantai timur apabila menjadi wajah rasmi siri jelajah Petronas.
  • Gadis yang peramah dan rendah diri ini menerima pula tawaran Tune Records milik AirAsia untuk menjadi penyanyi di bawah naungan mereka pula.
  • Pernah membintangi drama Kasih Najihah, Kitab Cinta, Jiwa dan Lara, Lofa turut akan tampil dalam beberapa projek khas dan filem pada 2013 termasuk Lemak Kampung Santan.
  • Kontraknya bersama program Nona disambung setahun lagi dan kini wajahnya pula muncul di Astro dengan mengendalikan program gosip hiburan, MeleTOP.
  • Tahun ini Lofa akan mengikat dua lagi kontrak dengan produk antarabangsa, beberapa filem dan drama siri, namun semuanya masih dalam perbincangan.
  • Buat perbandingan harga, kualiti

    Posted: 01 Jan 2013 02:59 AM PST

    UNIK...kamera lama juga boleh diperoleh pada harga berpatutan.
    UNIK...kamera lama juga boleh diperoleh pada harga berpatutan.
    PERKEMBANGAN teknologi masa kini menjadikan setiap aktiviti harian cukup mudah dilakukan pada bila-bila masa dan di mana saja tanpa sebarang kekangan.
    Begitu juga dengan membeli-belah. Masing-masing tidak perlu lagi berebut semata-mata mendapatkan sesuatu barangan, sebaliknya ia boleh dilakukan melalui hujung jari saja di rumah secara dalam talian.
       
    • Foto MENARIK...pelbagai produk jualan dalam talian boleh diperoleh secara langsung.
    • Foto MENARIK...pelbagai produk jualan dalam talian boleh diperoleh secara langsung.
    • Foto PELBAGAI...pengunjung boleh mendapatkan pelbagai barangan menarik.
    Tetapi, adakah pembelian barangan atau produk secara dalam talian sebegini menyamai kepuasan membeli barangan secara langsung?

    Eksekutif perbankan, Nurul Aini Mohd Latiff, 28, gemar membuat pembelian secara dalam talian mengkhusus kepada produk tertentu saja.

    Pada peringkat awal membeli secara dalam talian, dia membuat pembelian selendang dan hingga kini dia masih mengamalkannya.

    Bukan saja memudahkan, tetapi corak, warna dan bentuk selendang yang dibeli menyamai produk yang dipamerkan dalam blog.

    "Saya meneliti terlebih dulu jenama barangan yang diingini serta membuat perbandingan harga atau kualiti dan bukan membelinya tanpa memikirkan masalah pada kemudian hari.

    "Jika sudah membuat keputusan untuk memilih sesuatu jenama, saya akan mengikuti perkembangan terkini dan kemudian barulah membeli," katanya ketika ditemui di Femes Bazaar yang diadakan di Rasta, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Namun, untuk barangan lain seperti baju, dia masih belum begitu pasti dengan kualiti serta saiz pakaian yang ditawarkan memandangkan bentuk badannya agak berisi.

    "Saya tidak begitu yakin dengan pilihan saiz baju yang ditawarkan lalu memilih untuk membelinya di kedai bagi memastikan kualiti barangan berpadanan dengan harga.

    "Malah, saya tanya pendapat rakan terlebih dulu dan membuat perbandingan antara satu jenama dengan jenama yang lain, tetapi yang pasti pembelian dengan barangan ada di tangan lebih mengujakan," katanya.

    Nurul Hannah Fadzilan, 22, pula gemar mengunjungi aktiviti bazar sedemikian kerana boleh mendapatkan barangan pada harga lebih rendah berbanding pembelian di blog.

    Sekiranya membeli secara dalam talian, barangan yang ditawarkan itu tidak boleh dilihat secara langsung dan segalanya bergantung kepada keyakinan diri.

    Walaupun membuat belian secara dalam talian, ternyata kepercayaan terhadap produk yang dipamerkan tidak boleh diletakkan 100 peratus.

    "Saya pernah membuat pembelian baju raya secara dalam talian dengan memilih saiz dan potongan mengikut badan asal, tetapi apabila diterima, baju itu tidak cukup panjang (singkat) dan saya agak kecewa.

    "Daripada gambar dan saiz yang dipaparkan, kelihatan baju terbabit cukup sempurna, tetapi ternyata ia indah khabar daripada rupa," katanya.

    Bagi Siti Marlina Meor Jalaluddin, 28, dia sememangnya pembeli tegar barangan secara dalam talian kerana ia memudahkan dirinya.

    Malah, fokus pembelian hanya terarah kepada barangan dikehendaki tanpa menyimpang kepada barangan lain seperti kebiasaan berlaku apabila keluar membeli-belah.

    "Pada awalnya saya agak takut untuk melakukan belian secara dalam talian kerana bimbang tertipu serta apa yang dikehendaki tidak sampai, tetapi saya berserah saja dengan harapan bukan sebaliknya berlaku.

    "Alhamdulillah hingga kini saya belum mengalami sebarang masalah dengan setiap pembelian. Ada 10 peniaga barangan dalam talian yang menjadi kegemaran saya kini," katanya.

    Pengunjung bazar, Mohd Fendy Izwanizam Bahiman, 25, pula lebih gemar membuat pembelian secara langsung berbanding dalam talian kerana boleh melihat sendiri kualiti barangan dikehendaki, bukan tekaan semata-mata.

    "Pengalaman rakan yang tertipu menggunakan cara pembelian sebegitu mendorong saya untuk mengelak daripada membeli secara dalam talian.

    "Namun, ada kebaikan dan keburukan membeli secara dalam talian. Paling penting individu yang mengamalkannya perlu meneliti dan membuat pertimbangan sewajarnya sebelum membuat keputusan melakukannya," katanya.

    Seramai 50 peniaga menyertai aktiviti bazar berkenaan yang memperlihatkan kepelbagaian produk dan barangan yang ditawarkan kepada pengunjung.

    Mereka terdiri daripada 35 pengusaha blog dan 16 selebriti terkemuka tanah air yang turut meluangkan masa menyertai aktiviti berkenaan.

    Antara pengusaha yang me–nyertai bazar termasuk You, Me and Shoes, Cufica, Ana Abu, Wolf Gang, Hameera Design, Flash Back, FYFA, Bellapizo, RedClassic Event, Fabulous Fashion, Fashion Conversation, Limited Rainbow, Aishah Sinclair dan Sazzy Falak.

    Bagi peniaga, aktiviti yang dijalankan ini mendekatkan mereka dengan penggemar barangan yang sebelum ini hanya mendapatkannya secara dalam talian, tetapi kali ini setiap produk ditawarkan secara langsung pada harga berpatutan.

    Menurut pengasas Limited Rainbow, Atikah Farhana Zulkefli, 23, bukan mudah untuk meyakinkan pelanggan mendapatkan produk secara dalam talian.

    Mereka pasti teragak-agak membuat pembelian kerana tidak mengetahui bentuk serta kualiti barangan yang dipamerkan kerana tidak melihatnya secara langsung.

    "Saya mengambil inisiatif memberikan penjelasan secara jelas mengenai barangan sama ada dari segi saiz, warna, bentuk serta potongan.

    "Ia menjadikan hubungan antara peniaga dan pelanggan lebih erat kerana maklum balas yang diperoleh menjadikan mereka lebih yakin dengan kualiti barangan," katanya.

    Selain itu, Syarifah Zanida Syed Md Zaki pula memilih untuk memasarkan barangan aksesori seperti rantai leher, gelang tangan dan cincin. Pemilihan aksesori untuk dipadankan bersama pakaian tidak sesukar memilih pakaian yang ingin digayakan.

    "Penggayaan aksesori juga lebih pelbagai dan rantai leher antara produk paling mendapat permintaan hangat daripada pelanggan," katanya.

    Bagi Nurulhuda Zulkifli, kolek–si Fashion Conversation yang disediakannya lengkap daripada pakaian, aksesori serta beg tangan.

    Pelanggan boleh mendapatkan padanan gaya diingini pada satu tempat mengikut kesesuaian dan harga ditawarkan pula berpatutan. Kebanyakan produk diimport dari Korea, Hong Kong, China dan Indonesia yang menjadi ikutan penggemar fesyen.

    Tak sabar jadi suami isteri

    Posted: 01 Jan 2013 02:54 AM PST

    DICEKUP...pasangan yang ditahan dalam Ops Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, semalam.
    DICEKUP...pasangan yang ditahan dalam Ops Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, semalam.
    BATU PAHAT: Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai sepasang suami isteri, sepasang kekasih yang hanya menunggu tidak sampai sebulan untuk diijabkabulkan ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, di sini, kelmarin.
    Dalam operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan lingkungan 20-an itu pada mulanya berlagak seolah-olah sepasang suami isteri sebelum siasatan membongkar status sebenar hubungan mereka yang masih belum bernikah.

    Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit enggan membuka pintu.
    Menurutnya, selepas beberapa kali pintu diketuk, baru lah pasangan terbabit akhirnya membuka pintu berkenaan.

    "Selepas pintu bilik dibuka, kami dapati pasangan berkenaan ketakutan selepas menyedari perlakuan sumbang mereka bakal diketahui.

    "Kami dapati pasangan itu belum mempunyai ikatan sah dan tetap dikenakan tindakan kerana berada dalam bilik tertutup dan berdua-duaan sedangkan mereka bukan mahram," katanya.
    Saiful Ariffin berkata, setiap ibu bapa perlu mengingatkan anak masing-masing batasan pergaulan walaupun mereka sudah bertunang dan menunggu masa untuk bernikah.

    "Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJSJ) 1997.
    "Selagi belum ada ikatan, ibu bapa dan individu itu sendiri perlu menjaga batas pergaulan masing-masing," katanya.

    Ikan darat, putu halba rezeki tengkujuh

    Posted: 01 Jan 2013 02:52 AM PST


    NORZIRA menyediakan putu halba di gerainya di Rantau Panjang semalam.


    RANTAU PANJANG - Di sebalik musim tengkujuh yang mengundang bencana banjir di Kelantan, ia turut membawa rezeki kepada penduduknya.
    Setiap kali musim banjir, jualan ikan air tawar atau ikan darat dan sejenis makanan yang dinamakan putu halba boleh didapati di sana sini.
    Ikan air tawar seperti toman, sebarau, keli, belut dan tembakan dijual hidup di tepi jalan dan putu halba yang ramuan utamanya adalah ubi kayu.
    Mohamad Abd. Noh, 36, yang pada hari biasa berniaga getah sekerap, akan menjual ikan air tawar di tepi jalan Pasir Mas-Rantau Panjang berhampiran Sungai Kalbat 5.
    Menurutnya, dia memperoleh pendapatan sehingga RM300 sehari dengan menjual ikan air tawar dalam tempoh dua bulan musim tengkujuh.
    "Ikan-ikan ini saya dapat dengan memukat sendiri dan dibeli daripada orang lain," ujarnya ketika ditemui semalam.

    Pasrah walaupun banglo diroboh

    Posted: 01 Jan 2013 02:51 AM PST



    lokasi rumah Jamaluddin (dalam bulatan di kiri) dan Zulhasnan (kanan) yang akan dirobohkan.



    KUALA LUMPUR – Dua bekas menteri Kabinet terpaksa menyambut kedatangan tahun baru 2013 dengan berita sedih apabila banglo mereka di Puncak Setiawangsa di sini yang berdepan insiden tanah runtuh baru-baru ini disahkan tidak selamat dan terpaksa dirobohkan.
    Mereka ialah Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
    Jamaluddin pernah memegang jawatan sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi manakala Zulhasnan Rafique pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.
    Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Mohd. Taufik Harun berkata, keputusan untuk merobohkan banglo mereka dibuat kerana struktur tanah di kawasan itu tidak selamat.
    Beliau berkata, langkah itu juga bertujuan memberi ruang kepada zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.
    Menurutnya, sebanyak tujuh buah rumah yang terletak di Jalan Puncak Setiawangsa 2 dikesan mengalami keretakan yang boleh mengundang bahaya.
    "Kita sedang cuba untuk menyelamatkan tiga atau empat buah rumah di kawasan itu termasuk rumah dua ahli parlimen berkenaan.
    "Bagaimanapun, semua itu bergantung pada keadaan dan jika perlu untuk dirobohkan, kita terpaksa melakukannya demi menjaga keselamatan penduduk yang lain," katanya ketika ditemui di lokasi tanah runtuh di sini semalam.

    Naik berang dalam mahkamah

    Posted: 01 Jan 2013 02:51 AM PST



    MOTSAMI diiring keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar selepas dijatuhi hukuman gantung mati kerana mengedar dadah semalam.



    ALOR SETAR - Seorang lelaki warga Nigeria yang bekerja sebagai setiausaha sebuah gereja di Bangkok, Thailand berang apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya atas tuduhan mengedar ganja seberat 8.73 kilogram tahun lalu.
    Motsami Goitsemodimo Peter, 27, memberitahu, dia tidak faham bagaimana dia boleh dikenakan hukuman mati selain mempersoalkan bukti yang digunakan sehingga dia disabitkan dengan pertuduhan tersebut.
    Dia yang merupakan graduan sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur itu terus mempersoalkan hukuman tersebut walaupun peguamnya, B. Murthy memintanya bertenang.
    Tertuduh kemudian diam dan keluar dari kandang tertuduh selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab memberitahu hukuman itu boleh dirayu di Mahkamah Rayuan.

    Premis judi tawar cabutan bertuah

    Posted: 01 Jan 2013 02:50 AM PST


    PREMIS judi di Sentul yang berselindung di sebalik perniagaan optik ini menawarkan cabutan bertuah kepada pengunjung.


    KUALA LUMPUR - Sindiket perjudian tidak pernah berhenti menggunakan pelbagai taktik untuk menarik kaki judi terus menghabiskan wang di premis mereka.
    Terbaharu, sebuah premis judi internet di Jalan Pasar Sentul di sini didakwa menawarkan cabutan bertuah yang mempertaruhkan sebuah motosikal jenis Honda sebagai hadiah utama selain wang RM300.
    Caranya senang sahaja. Belanja sekurang-kurangnya RM50 di pusat judi itu dan secara automatik kaki judi akan diberi kupon untuk menyertainya.
    Cabutan akan dilakukan setiap hujung bulan.
    Bukan itu sahaja, perniagaan haram yang berselindung di sebalik kedai optik itu turut menawarkan makan tengah hari percuma kepada pelanggan.
    Seorang pelanggan yang ditemui Kosmo! memberitahu, cabutan bertuah itu diadakan hampir setiap bulan namun malangnya setakat ini tiada seorang pun yang memenanginya.

    Cedera tercucuk jarum tukang jahit

    Posted: 01 Jan 2013 02:49 AM PST


    Shezzylah menunjukkan baju kurung moden yang tidak menepati ukuran badannya di Shah Alam baru-baru ini.


    KUALA LUMPUR - Hasrat tiga sahabat untuk bergaya dengan baju kurung yang ditempah daripada seorang peniaga menerusi laman sosial Facebook berkecai apabila produk yang dihasilkan bukan sahaja tidak menepati ukuran badan malah, salah seorang mereka cedera akibat tercucuk jarum yang terselit pada baju.
    Ekoran itu, hasrat mereka untuk memakai baju kurung moden pada majlis perkahwinan seorang teman rapat mereka pada 22 Disember lalu tidak kesampaian.
    Salah seorang mangsa yang ingin dikenali sebagai Shezzylah, 23, memberitahu, dia dan dua rakannya menempah baju dengan seorang tukang jahit dikenali sebagai Ara selepas mendapati harganya murah iaitu RM160 untuk tiga pasang.
    Katanya, kejadian itu berlaku empat hari sebelum majlis perkahwinan berkenaan.
    "Kami menempah baju itu kira-kira dua minggu sebelum majlis. Saya mula syak sesuatu apabila peniaga itu mengambil ukuran badan secara tidak konsisten.
    "Kadang-kadang dia meminta kami datang untuk mengukur sendiri ukuran badan dan ada ketikanya, dia meminta kami menghantar sendiri ukuran tersebut," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Shah Alam, Selangor.

    2 anak tidak miliki sijil lahir

    Posted: 01 Jan 2013 02:48 AM PST


    ALIZAH (dua dari kanan) bersama Nur Aina Edriana (kiri) dan Nur Aiman Halim (dua kiri) dan Nur Aflin Iskandar menunjukkan sijil perkahwinan dengan bekas suaminya, Nor Azman Ismail di Klang baru-baru ini.


    KLANG - Seorang ibu tunggal buntu apabila dua daripada tiga anaknya, Nur Aina Edriana, 9, dan Nur Aiman Halim, 6, masih tidak mempunyai sijil kelahiran walaupun pernah beberapa kali mengemukakan permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Klang di sini.
    Alizah Sanip, 43, yang merupakan pekerja kilang ditinggalkan suami sejak tujuh bulan lalu gelisah memikirkan punca sebenar masalah itu sedangkan dia dan suami mempunyai sijil perkahwinan yang sah.
    "Kali terakhir saya ke JPN cawangan Klang adalah bulan lalu. Mereka suruh tunggu dan akan telefon untuk beritahu status permohonan tersebut namun sehingga hari ini masih tidak mendapat sebarang berita," dakwanya ketika ditemui di Kampung Nelayan, Telok Gong di sini baru-baru ini.
    Lebih menghairankan, anak pertamanya, Nur Aflin Iskandar, 10, tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendapatkan sijil kelahiran.
    "Semua urusan pendaftaran dilakukan suami sebaik sahaja saya melahirkan anak tetapi saya dapat tahu JPN meminta dokumen lain menyebabkan perkara ini tertangguh sehingga ke hari ini," jelasnya.

    Sembilan maut bas terbabas di AS

    Posted: 01 Jan 2013 02:46 AM PST


    GAMBAR menunjukkan bas yang terjatuh (dalam bulatan) ke dalam gaung dari sebatang jalan raya yang licin itu.


    LOS ANGELES - Sebuah bas dalam perjalanan ke Kanada merempuh rel penghadang di sebatang jalan raya yang dilitupi salji di Oregon, Amerika Syarikat (AS) kelmarin sebelum terjunam ke dalam gaung dengan menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh kata polis.
    Pihak berkuasa melaporkan, lebih 26 yang lain turut cedera dalam nahas jalan raya tersebut.
    Polis negeri Oregon berkata, bas itu jatuh sejauh beberapa puluh meter ke dalam gaung.
    Menurut polis, kemalangan berlaku semasa bas sewa khas itu dilaporkan menuju pulang ke Vancouver, Kanada selepas bertolak dari Las Vegas, dalam negeri Nevada, AS.
    Setakat ini, polis masih menyiasat punca nahas jalan raya itu yang berlaku dekat bandar Pendleton, di timur laut Oregon.
    Ketika kejadian kata mereka, terdapat 40 penumpang di dalam kenderaan tersebut tetapi jumlah sebenar masih belum dapat disahkan.
    Bas itu dimiliki syarikat Mi Joo Tour & Travel dari Vancouver.

    Penduduk Kemboja berusaha selamatkan ikan lumba-lumba

    Posted: 01 Jan 2013 02:45 AM PST


    DUA ekor ikan lumba-lumba Irrawaddy kelihatan di Sungai Mekong di wilayah Kratie, kira-kira 300 kilometer ke timur laut Phnom Penh pada 6 Disember tahun lalu.


    KRATIE - Para pengawal sungai Kemboja berusaha menyelamatkan kehidupan ikan lumba-lumba dengan melakukan rondaan di Sungai Mekong bagi memastikan tiada aktiviti nelayan dan penduduk yang boleh menjejaskan kehidupan haiwan itu.
    Menurut beberapa pakar, punca kematian ikan lumba-lumba dewasa adalah disebabkan jaring pukat hanyut yang ditinggalkan terlalu lama di sungai itu.
    Pakar-pakar berkenaan percaya kehidupan ikan lumba-lumba berwarna kelabu itu berada dalam keadaan bahaya dan berdepan ancaman kepupusan di sungai tersebut.
    Jumlah haiwan dewasa itu yang dikenali sebagai ikan lumba-lumba air tawar Irrawaddy adalah antara 85 hingga 150 ekor.
    Seorang pengawal sungai, Pech Sokhan berkata, pihaknya perlu mendidik penduduk pada setiap hari tentang bahaya penggunaan pukat tersebut untuk menangkap ikan kerana ia boleh membahayakan ikan lumba-lumba.
    Pukat hanyut dan kurungan ikan diharamkan di sungai itu.
    Bagaimanapun, para pesalah yang menggunakan kaedah menangkap ikan tersebut tidak akan ditangkap atau didenda tetapi peralatan perikanan mereka dirampas.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan