Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Posted: 01 Jan 2013 09:59 PM PST IMPIAN FARRA MENJADI KENYATAAN Darling (Wan Adlyn Massyah binti Mohammad Shah) pula telah berjaya meraih tempat kedua dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000. Tahniah Farra, juara Idola Kecil musim ke-5! Semoga terus sukses dan menjadi bintang ternama suatu hari nanti.Lagu yang dibawakan oleh Darling iaitu Kau Yang Terindah (Alyah) dan lagu baru, Pelangi Dan Rembulan (hasil nukilan Alfa Booty dan Ad Samad) memberikan peluang baginya untuk menduduki tempat kedua. Sementara itu, Zul (Muhammad Zulfeka bin Nasrul (Zul) yang telah menguasai persembahan yang cukup bertenaga di atas pentas berjaya mendapat tempat ketiga. Wang tunai RM5,000 menjadi milik Zul setelah berjaya membawa dua lagu dengan baik iaitu Aku Yang Tersakti (oleh Judika) dan lagu baru Inspirasi hasil nukilan Rumie dan Dhia. Saingan sengit turut diberikan oleh Ben (Muhammad Benladin bin Munshi) dan Tisyia (Nur Adlina Batrisya binti Zuraimi). Mereka juga telah memberikan persembahan terbaik di konsert akhir yang lalu, namun nasib tidak menyebelahi mereka. Walaupun usia mereka masih kecil iaitu antara 11 dan 12 tahun, namun kredibiliti, tanggungjawab dan komitmen yang mereka tunjukkan cukup membuatkan kami terharu dan bangga.Juri jemputan seperti Erra Fazira dan Edry juga amat terpegun melihat kebolehan setiap peserta sehingga membuatkan Edry mengeluarkan kata 'boleh tak kelima-lima ni menjadi juara!'. Alyah selaku juri tetap dan telah bersama mereka selama lapan minggu juga mengakui prestasi mereka semakin meningkat dan pastinya mereka boleh menjadi penyanyi profesional di masa akan datang. Program realiti hiburan kanak-kanak Nombor satu Malaysia ini mempunyai penonton yang tersendiri. Ini dapat dibukti menerusi kualiti, prestasi dan persembahan para peserta yang dilihat meningkat dari musim ke musim. Pada musim kelima ini, kekuatan vokal mereka amat terserlah dan sentiasa mendapat pujian daripada juri jemputan mingguan. Kualiti vokal mereka ini sedikit sebanyak memberi kesukaran kepada juri. Konsert akhir iIdola Kecil ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Najwa Latif, bintang-bintang Idola Kecil musim terdahulu seperti Harris (Idola Kecil 3) dan Hairul (Idola Kecil 4) dengan lagu "Untuk Dia", Karmal feat DJ Fuzz dengan lagu "Parti Sampai Pagi" serta gabungan istimewa Fida, Jeff A to Z dan Stella dengan lagu top mereka iaitu "Apo Kono Eh Jang". Sepanjang dua bulan penglibatan mereka dalam menggapai gelaran juara Idola Kecil 5, mereka telah menjalani pelbagai jenis kelas vokal dan tarian bagi menggilap bakat yang sedia ada. Tiga tenaga pengajar yang telah memberikan semangat dan tunjuk-ajar kepada mereka terdiri daripada Cikgu Alfa Booty (pengarah muzik), Cikgu Delly (vokal) dan Cikgu Boojae (tarian). Kepada yang tidak sempat untuk melihat konsert akhir ini, sila layari www.tonton.com.my. Idola Kecil 5 ini juga turut dihangatkan oleh Geng Radio IK5 iaitu Hot FM. Komen via Facebook |
| Senarai Kutipan Filem Malaysia Paling Tinggi Tahun 2012 Posted: 01 Jan 2013 08:28 PM PST Keseluruhan yang dapat Budiey katakan, tahun 2012 memang kita kebanjiran filem. Semuanya berjumlah 73 filem berbanding tahun 2011 iaitu 42 filem sahaja. Berlambak filem ditayangkan di pawagam tapi kutipannya sangat rendah berbanding tahun 2011. Dalam jumlah itu, sebanyak 38 buah filem 2012 telah mengalami kerugian apabila kutipan sangat sedikit di bawah kos pembikinan. Contohnya, filem yang berkos setinggi RM1juta tapi mendapat kutipan hanya RM50,000. Tahniah buat MIG di atas kejayaan filem Adnan Sempit 2 yang berjaya mendapat kutipan paling tinggi iaitu RM6.82 juta. Sekaligus melakar sejarah menjadi jumlah paling tinggi setakat ini dengan perbandingan lebih RM5 juta berbanding tahun lalu RM11 juta untuk filem KL Gangster. Berdasarkan perangkaan dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), kutipan untuk 68 filem sehingga November 2012 hanya RM92 juta. Ianya dikatakan tak seimbang dari segi perolehan.Tak kurang, dari segi kejayaan, filem kita telah diterbangkan jauh ke negara luar dan berjaya mengetengahkan nama negara. Contohnya, filem Bunohan yang menang di Anugerah NETPAC di Festival Filem Taipei Golden Horse 2011 dan dinobatkan dengan anugerah tertinggi di Jogja Asian Film Festival (JAFF) yang berlangsung Disember lalu. Lagi sekali, filem Bunohan diangkat sebagai filem terbaik dan pengarahnya Dain Said turut menang trofi Lakon Layar Terbaik Filem. Syabas filem Malaysia! Dari tahun ke setahun, Budiey perhatikan genre filem Malaysia tak banyak berubah. Penerbit filem masih berpegang teguh dengan pendirian mereka dengan mengatakan filem cinta masih mendapat tempat di hati penonton. Trend sikit berubah apabila ramai penerbit mempercayai filem cinta yang diadaptasi dari novel mempunyai pengikut yang agak ramai. Kejayaan filem Ombak Rindu yang berjaya mengutip RM10 juta membuktikan filem adaptasi dari novel popular boleh bikin wang dan sejurus selepas itu beberapa filem dengan formula yang sama dihasilkan. Tidak kurang, genre cinta mendapat saingan hebat dari genre seram dan genre lagak aksi ngeri, ganas dan ala gengster. Ternyata, kita agak sukar untuk meramal citarasa penonton Malaysia sekarang ini. Begitu juga kejayaan sesebuah filem, ia banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor luaran dan juga suasana gelombang semasa. Terbukti, apabila filem cinta romantik adaptasi dari novel Lagenda Budak Setan 2 – Katerina yang menampilkan Farid Kamil, Maya Karin & Bront Palarea hanya bisa mengutip RM1.8juta penonton walaupun rangka promosinya agak hebat. Angka kutipan ini agak sedikit jika dibandingkan dengan sekuel pertamanya. Nak kata, pelakon tidak popular, ia ternyata tidak benar sama sekali. Jadi, boleh kita katakan kat sini, kejayaan dan kutipan sesebuah filem tak bergantung kepada pelakon ternama dan glamor. Bagi Budiey, sekarang ini zaman peminat mendengar dan terpengaruh dari faktor mulut ke mulut. Jangan salah sangka yang lain pula, mulut ke mulut ke sini, contohnya, kita terpengaruh kepada kawan kita yang sudah menonton filem ini, membaca rebiu filem di Facebook dan di Twitter. Ya, sekarang zaman sosial media. Tidak dapat tidak, rangka promosi filem juga turut berubah. Penerbit seperti MIG pula masih percaya dengan genre filem cinta Islamik lantaran ramai sekali kita lihat artis wanita sudah pun berhijrah untuk bertudung. Satu perkembangan yang sihat sebenarnya kerana kita masih lagi tinggal di sebuah negara Islam. Ini satu cermin dan imej pada negara. Lalu, terbitlah filem religi seperti 7 Petala Cinta dan Salam Cinta. Walaupun dianggap kurang menjadi dan kutipan pun tak sampai sejuta, sekurang-kurangnya filem islamik menjadi antara alternatif untuk penonton pelbagai lapisan masyarakat. Usah bandingkan filem religi dari negara Indonesia yang mana mereka sebenarnya pakar dalam pembikinan filem sedemikian, kalau tidak, filem Ayat-Ayat Cinta taklah meletop sampai di Malaysia. Budiey rasa, sudah tiba masanya penerbit filem di Malaysia memikirkan formula lain untuk meningkatkan jumlah kutipan. Pertama dari segi kualiti filem itu sendiri. Kalau setakat filem tu bertaraf drama, elok sahaja dijual kepada stesen TV kerana ini akan memberikan gambaran yang sangat buruk kepada industri kita. Sejauh mana tahap atau batu pengukur filem itu sekadar sama taraf dengan drama boleh diukur dengan menilai kepuasan penonton. Teknologi dunia perfileman di negara kita juga tak banyak diperkenalkan dan dieksplorasi sepeenuhnya. Masing-masing mahu mencari jalan yang selamat. Tidak mahu mengeluarkan modal yang besar untuk menjadikan filem kita bertaraf dunia. Itu yang jadi masalahnya. Ternyata ada yang kata, buat filem dengan modal yang besar pun tak semestinya mendapat kutipan yang tinggi. Itu masalah orang kita yang hanya menilai dari sudut yang negatif. Stigma filem kita hanya laris jika penonton suka tak kira ia bermodal besar atau kecil, janji penonton suka, dekat dengan jiwa penonton, sudah tentu ia akan meletop. Tidak kurang, industri filem kita didatangi oleh syarikat yang baru setahun jagung mahu mencuba nasib mahu mengutip keuntungan secara cepat. Itu tak salah sebenarnya. Kadang-kadang, penerbit mee segera dianggap mahu mencuba test market dan sesudahnya gulung tikar. Pada mereka filem yang dihasilkan hanya untuk trial & error. Sepatutnya, untuk menjadikan filem itu bagus, mereka boleh berkolaborasi dengan penerbit yang berpengalaman yang tahu tentang selok belok menghasilkan filem bermutu. Faktor penurunan kutipan filem:
Apa yang kita harapkan di tahun 2013 ialah… industri perfileman kita terus berkembang, bukan dari segi kutipan malah kita terus mencipta sejarah di luar negara dengan menghasilkan filem bermutu yang dianggap superb! Berilah suntikan yang penuh bermesej tapi dalam cara yang bersahaja dan sesuai dengan senario penonton kita. Tahun 2013 ini, banyak lagi filem yang dah siap menanti untuk ditayangkan di pawagam. Antaranya filem Hanyut arahan U-Wei dan Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Filem Hanyut dikatakan filem yang dinantikan kerana ramai yang nak tengok kos sebanyak RM13 juta yang digunakan itu berbaloi atau tidak. Filem-filem lain yang menanti di tahun 2013 ialah Minyak Dagu, Wawa Semput, Laga, KL Gangster 2, Kerat 14, Bro Nampak Motor Gua, Mamak Cupcake, KIL< Papadom 2, Oh Mak Kau, Bikers Kental, 2 Kalimah, Usin UFO, Sunti@FB,com, Sentuhan Malam Pertama, Penanggal, Jwanita, Sembunyi, Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dan Juvana. Kutipan Paling Tinggi Filem Malaysia 2012:
Kutipan Paling Rendah Filem Malaysia 2012:
Berikut adalah senarai kutipan semua filem Malaysia yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2012:
Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







0 ulasan:
Catat Ulasan