RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


AJL27: Lagu Nyanyian Yuna, Shila Amzah & Black Beri Saingan Sengit

Posted: 04 Jan 2013 08:07 PM PST

Black akan membuat persembahan bersama RJ, penyanyi rap yang menggantikan tempat Malique pada AJL27.
PETALING JAYA: Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL27) yang akan berlangsung pada malam Ahad ini tentunya ditunggu-tunggu bagi mengetahui lagu manakah yang akan diumumkan sebagai lagu terbaik.
mStar Online memilih tiga buah lagu yang dijangka bakal memberi saingan sengit untuk berentap dalam acaran yang mengiktiraf penulis lirik dan pencipta lagu itu.
Teman Pengganti, nyanyian Black dan Malique, Terukir Di Bintang (Yuna) serta Patah Seribu (Shila Amzah) dilihat antara karya yang mempunyai tarikan dan berkemungkinan besar tersenarai dalam kelompok tiga pilihan lagu terbaik.
Berdasarkan analisis rambang mStar Online, Teman Pengganti mempunyai potensi untuk dipilih menjuarai acara itu.
Aizat menggantikan tempat Yuna dengan membawakan lagu 'Terukir Di Bintang'.
Walaupun muzik yang ditonjolkan berkonsepkan 'pop rock' namun ia memiliki sentuhan kreativiti pada liriknya yang cukup kuat di samping nyanyian rap yang dibawakan Malique, yang dilihat satu kelainan dalam karya tempatan.
Lagu ciptaan Malique sepenuhnya itu berkisarkan tentang pesanan seorang suami yang menderita dengan penyakit maut kepada isterinya.
Terukir Di Bintang pula lebih memaparkan elemen 'urban klasik' yang diinspirasikan daripada lagu Bulan Ditutup Awan (nyanyian Rokiah Wanda) dan setakat ini, sentuhan muzik sebegini boleh dikatakan satu peredaran baru dalam industri muzik negara kita .
Mungkin Aizat akan membawa satu hikmah apabila dia terpaksa menggantikan tempat Yuna untuk mempersembahkan lagu berkenaan?
Mojo tampil dengan lagu 'Andai Ku Bercinta Lagi'.
Lagu ciptaan Shila Amzah, Patah Seribu pula menampilkan muzik ringan, namun sentuhan melodinya pula penuh dengan nilai-nilai komersial tetapi kreatif.
Namanya yang semakin dijulang atas kemenangannya yang pelbagai sejak akhir-akhir ini mungkin juga dapat memberi tuah pada AJL27.
Lebih-lebih lagi anak sulung penyanyi ND Lala ini sudah mendapat pengiktirafan apabila Patah Seribu meraih Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM 19).
Bagaimanapun keputusan juri sukar dijangka, terpulang kepada juri-juri yang menilainya mengikut pengamatan daripada pelbagai sudut.
Berdasarkan keputusan AJL tahun-tahun sebelumnya, kebanyakan pemenang yang dipilih tidak dijangka. Mungkin juga perkara sama berlaku pada tahun ini?
Azlan The Typewriter memiliki kekuatan untuk memenangi kategori Vokal Terbaik.
Sementara itu, mStar Online dapat merasakan Hafiz yang membawakan lagu Ku Akui akan mempertahankan kemenangannya pada tahun lalu meraih kategori Vokal Terbaik.
Black dan Azlan & The Typewriter juga berpotensi memenangi kategori tersebut.
Juara AJL27 akan membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM35,000, naib juara (trofi dan RM15,000), manakala tempat ketiga (trofi dan RM12,000).
Bagi persembahan dan vokal terbaik masing-masing akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.
Barisan juri AJL27 pula dianggotai oleh 10 orang yang diketuai oleh komposer Azmeer.
Acara itu bakal berlangsung pada Ahad ini di Stadium Putra Bukit Jalil dekat sini pukul 9 malam dan akan disiarkan secara langsung di TV3.
12 lagu yang berentap di AJL27 ialah:
1. Idola – Azlan & the Typewriter
2. Pelangi Senja – Stacy
3. Terukir Di Bintang – Yuna
4. Anak Kampung – Jimmy Palikat & One Nation Emcee
5. Ombak Rindu – Hafiz & Adira
6. Tanpamu – Amir Jahari
7. Lagu – Bed Room Sentuary
8. Teman Pengganti – Black & RJ
9. Ku Akui – Hafiz
10. Simetri – Hazama & Amy Seach
11. Andai Ku Bercinta Lagi – Mojo
12. Patah Seribu – Shila Amzah

Wan Norazlin Serik Dedah Kisah Peribadi

Posted: 04 Jan 2013 08:06 PM PST

Wan Nor Azlin Tampil Dengan Penampilan Baru.
KUALA LUMPUR: Pelakon Wan Nor Azlin memberitahu sudah serik untuk berkongsi kisah peribadinya kepada umum sebaliknya mahu memberi keutamaan kepada kerjaya seninya sahaja.
Wan, berkata, keputusan tu diambil kerana menganggap telah banyak kisah peribadinya didedahkan dalam media sebelum ini.
"Maafkan saya kerana tidak mahu bercakap soal peribadi kerana rasanya dah terlalu banyak cerita hidup saya keluar sebelum ini.
"Saya tidak mahu lagi mencari publisiti dengan bercerita mengenai hal-hal yang tiada kena mengena dengan kerjaya saya sebagai pelakon," katanya.
Wan ditemui selepas majlis penyampaian insentif kepada pelakon dan penerbit drama Maharani dan Mak Yong oleh World Evolution Brain (M) Sdn Bhd dekat sini pada Jumaat.
Insentif itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, (Sistem dan Kawalan), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus.
Dalam pada itu, Wan berkata, dia juga kini ingin menjalani kehidupan "low-profile" dan tidak mahu terlalu kerap muncul di akhbar kerana kisah-kisah peribadi.
Dia juga selesa dengan cara tersebut dan berharap pihak media memahami situasi berkenaan.
"Sekali lagi saya mohon maaf kerana saya memang tidak mahu lagi bercakap soal selain kerjaya dan rasanya saya lebih selesa dengan cara ini," katanya.
Sementara itu, Wan berkata, selain sibuk menguruskan keluarga, rezekinya dalam bidang lakonan juga semakin baik.

Salamiah Hassan Seru Wanita Periksa Penyakit Payu Dara

Posted: 04 Jan 2013 08:05 PM PST


KUALA LUMPUR: Penyanyi Salamiah Hassan, 61, menasihati semua wanita di negara ini supaya tidak takut untuk membuat pemeriksaan kesihatan kerana di bimbang mereka menghidap penyakit kanser payu dara.
Salamiah yang popular dengan lagu Gelombang berkata, beliau bernasib baik kerana hatinya terbuka untuk membuat pemeriksaan selepas mendapati terdapat ketulan pada bahagian bawah ketiaknya sehingga membuatkan tangannya menjadi kebas dan diserang demam panas.
"Ketika itu saya tidak beberapa pasti adakan ia betul-betul tanda-tanda kanser sehinggalah saya membaca tanda-tanda penyakit itu menyebabkan saya mengambil keputusan berjumpa doktor," katanya mengimbas kejadian itu ketika usianya 30 tahun.
Kepada Bernama beliau berkata, semasa menjalani pemulihan, berliau berasa penat kerana kesan langsung rawatan kemoterapi sehingga mengaibkannya muntah dan rambut gugur manakala mulut menjadi pecah.
Tambahnya, pengalaman itu adalah sesuatu yang amat perit apatah lagi pada mualnya anak-anaknya tidak mengetahui beliau sebenarnya sedang berperang dengan penyakit tersebut.
"Satu perkara yang menguatkan saya apabila doktor yang merawat memberitahu kanseer saya masih da peringkat awal dan peluang untuk selamat adalah tinggi," katanya.
Sehubungan itu kata Salamiah, adalah menjadi kewajipan untuk semua wanita melakukan pemeriksaan awal sepertimana yang dilakukannya supaya penyakit yang boleh membawa maut itu dapat diatasi.
Ujarnya, walaupun beliau sudah sembuh sepenuhnya daripada penyakit itu namun beliau tetap menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun untuk memastikan tahap kesihatannya baik.
"Buatlah pemeriksaan awal kerana melalui pemeriksaan awal itulah kita akan tahu tahap kesihatan diri kita," katanya

Keunikan kebaya, kurung Riau kain kapas

Posted: 04 Jan 2013 08:03 PM PST

UNIK...rekaan waka-waka untuk wanita berbadan besar dan langsing.
UNIK...rekaan waka-waka untuk wanita berbadan besar dan langsing.
JIKA dulu pakaian tradisi hanya digayakan pada musim perayaan tetapi kini dengan rekaan serta perincian moden, busana yang memiliki nilai estetika ini boleh digayakan sama ada ke majlis rasmi atau kasual.
Ini kerana sifat busana itu sendiri terutama dari segi potongan yang dipermodenkan seperti tambahan perincian manik pada bahagian tertentu menjadikannya tampak anggun dan hebat apabila dipakai.
  • Foto MODEN...fabrik corak dengan latar bunga-bungaan sesuai dijadikan baju kurung moden.
  • Foto COMEL...tampil comel dengan baju kurung dihiasi ropol pada hujung baju dan tangan.
  • Foto KLASIK...unsur tradisi dan klasik dapat dilihat menerusi fabrik songket dijadikan busana baju kurung yang indah.
  • Foto POLOS...baju kurung Riau daripada fabrik polos tampil eksklusif dengan sentuhan manik pada dada, bawah baju dan hujung lengan.
Ini boleh dilihat menerusi potongan kebaya dan kurung Riau pada fabrik kapas dan songket menjadikannya tampil eksklusif dan ada kelas tersendiri.

Menurut pemilik Zaida's Collection, Zaida Abdul Aziz, kini wanita bukan saja mencari busana untuk pakaian pada musim perayaan tetapi boleh disarungkan ke tempat kerja.

Ia harus memiliki ciri sederhana, selesa dipakai serta tidak terlalu sarat dengan manik dan batu permata. Bagi menjanjikan keselesaan kepada si pemakai, pemilihan fabrik kapas sangat sesuai kerana tidak terlalu lembut dan beralun seperti sutera dan satin.

"Jadi apabila dipakai ia tampak selesa dan terletak cantik pada tubuh si pemakai. Lebih istimewa padanan ini menampakkan ciri eksklusif kerana corak ditampilkan tidak terlalu mewah dan nampak unik," jelasnya.

Menurut Zaida, apa yang menjadikan helaian tampil istimewa ialah potongan yang berbeza berbanding baju kurung biasa. Baju kurung Riau memiliki pesak kembang yang disambung pada kekek gantung. Namun tidak semua baju kurung sesuai dengan pesak dan kekek jenis berkenaan kerana ia hanya sesuai untuk baju kurung Riau.

Selain itu, bagi penggemar baju kurung, Zaida's Collection menyediakan padanan kurung moden dengan tambahan ropol pada bahagian bawah baju dan hujung lengan. Ini menjadikan setiap helaian tampil comel dan berbeza berbanding baju kurung sedia ada di pasaran.

"Setiap padanan didatangkan dalam pelbagai warna dan corak. Baju kurung ini menjadi kegemaran pelanggan kerana sesuai dipakai ke pejabat serta menghadiri majlis perayaan," katanya.

Kebanyakan busana didatangkan dalam rona ceria dan terang seperti hijau, merah, biru dan kuning yang sentiasa diminati. Malah gabungan padanan panel corak abstrak serta bunga-bungaan ternyata menjadi tumpuan ramai serta pilihan sepanjang zaman.

"Untuk lebih bergaya, pakaian bercorak dihiasi manik serta sulaman menjadikan rekaan anggun digayakan bersama selendang manakala wanita bertudung boleh memilih selendang polos atau tudung bersengkuap untuk tampil eksklusif," katanya.

Pada 2013 ini, ramai yang masih menggemari rekaan baju kurung ringkas serta berwarna-warni. Selain itu Zaida's Collection turut menampilkan baju kurung waka-waka dengan sedikit kembang pada bahagian bawah. Potongan sebegini sebagai memenuhi cita rasa wanita berbadan besar namun mereka yang langsing juga anggun menggayakannya.

Setiap padanan boleh didapati pada harga RM329 ke bawah. Selain baju kurung Riau, moden dan waka-waka, jenama terbabit menyediakan selendang, tudung sedia dipakai, baju kanak-kanak, baju Melayu serta kasual tanpa mengira peringkat usia.

Selain cawangan di Bangi Utama Shopping Complex (Warta) Bandar Baru Bangi, Zaida's Collection juga boleh didapati di Tesco Seremban 2 serta rangkaian terbesar di Seri Bangi.

Bukan lagi paling gemuk

Posted: 04 Jan 2013 08:02 PM PST

MASON, lelaki paling gemuk di dunia sebelum menjalani pembedahan pintasan gastrik.
MASON, lelaki paling gemuk di dunia sebelum menjalani pembedahan pintasan gastrik.
LONDON: Bekas lelaki paling gemuk di dunia semalam meraikan kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 292 kilogram.
Paul Mason berjaya mengurangkan dua per tiga daripada 445 kilogram berat badannya sebelum ini selepas menjalani pembedahan pintasan gastrik.
  • Foto MASON menunjukkan bentuk tubuh terbarunya.
Pembedahan itu mengurangkan perutnya kepada saiz sebiji telur.

Bekas posmen dari Ipswich, Suffolk itu semalam berkata: "Perjalanan saya masih jauh."

Dia berikrar untuk menjadi lelaki yang paling gemuk di dunia kepada lelaki yang paling banyak turun berat badan.

Bil perubatan untuk membantu Mason menurunkan berat badan dipercayai mencecah 1 juta (RM5 juta).

Mason, 51, mengaku: "Saya malu digelar lelaki paling gemuk di dunia kerana sedar saya yang menyebabkan diri saya dalam keadaan seperti itu.

"Kini, saya yakin akan menjadi orang paling berjaya melangsingkan badan di dunia. Tetapi, perjalanan saya masih jauh.

"Saya mahu mencapai antara 88 hingga 95 kilogram, berat badan yang sihat untuk seseorang dengan ketinggian 1.98 meter.

"Saya bangga kerana dapat menunjukkan kepada orang lain yang mempunyai masalah berat badan mengenai apa yang boleh mereka capai," katanya.

Mason pernah satu ketika makan makanan 20,000 kalori sehari, kira-kira 10 kali ganda daripada tahap yang disyorkan.

Dia kini mengubah amalan pemakanannya kepada sayur dengan jumlah yang kecil.

Lelaki itu sekarang seberat 152 kilogram selepas kehilangan dua per tiga daripada beratnya dulu sama berat dengan tiga petinju heavyweight.

"Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) berkata, berat bedan saya perlu stabil selama dua tahun sebelum mereka menimbang untuk menjalankan pembedahan membuang kulit saya yang menggeleber.

"Tetapi saya mahu menjalani pembedahan itu secepat mungkin kerana ia akan membolehkan saya bergerak lebih bebas dan membantu menurunkan lebih banyak berat badan saya," katanya.

Mason berkata, dia menghadapi masalah kecelaruan makan kesan daripada dibuli ketika zaman kanak-kanak.

Masalah itu bertambah buruk dengan kematian bapanya pada 1986.

Anggota bomba terpaksa memecahkan dinding depan rumahnya dan menggunakan forklif untuk mengusungnya masuk ke ambulans apabila dia perlu menjalani pembedahan hernia ketika berat badannya 355 kilogram.

Mayat dalam tong dram

Posted: 04 Jan 2013 08:00 PM PST

NGERI...mayat Nureffa Sahira ditemui dalam tong dram, kelmarin.
NGERI...mayat Nureffa Sahira ditemui dalam tong dram, kelmarin.
SEMPORNA: Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sejak lima hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah ladang sawit di Kampung Salimbangun, dekat sini, kelmarin.
Mayat Nureffa Sahira Ringkasan ditemui dalam tong dram dengan badannya berlipat, dipenuhi ulat dan mulai reput, kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa.
Mayat kanak-kanak itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember lalu.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.

Berikutan itu, katanya, usaha mencari mangsa dilakukan ahli keluarganya dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal.

‘Pecah dara’ pelacur

Posted: 04 Jan 2013 08:00 PM PST

TUNGGU...pelacur menunggu pelanggan di hadapan bilik di pusat pelacuran terbabit.
TUNGGU...pelacur menunggu pelanggan di hadapan bilik di pusat pelacuran terbabit.
KAJANG: Tidak cukup dengan memanipulasi wanita warga asing dengan menjadikan mereka pelacur, satu sindiket pelacuran di bandar ini bertindak lebih berani apabila dengan bangga mempromosikan pelacur yang mereka dakwa masih dara.
Dengan caj dikenakan RM5,000, pelanggan yang melanggan 'pelacur dara' itu turut diberi kebebasan membawanya ke mana saja selama tiga hari.
Sindiket itu yang beroperasi di tingkat satu sebuah hotel di sini menawarkan pelacur dari Vietnam yang berusia 17 sehingga 21 tahun.

Aktiviti tidak bermoral sindiket itu terbongkar hasil penyamaran wartawan Harian Metro selepas mendapat maklumat orang awam.

Seperti biasa, sindiket itu berselindung di sebalik perniagaan spa dan refleksologi, namun ada ruangan berasingan disediakan untuk kegiatan pelacuran.

Matlamat kahwin, karier 2013

Posted: 04 Jan 2013 07:57 PM PST

FIGURA jelita ini mengakui sekarang ini dirinya kekal solo tanpa lelaki yang bergelar kekasih di hatinya.


PERTEMUAN pada lewat petang usai siaran langsung Indonesia Mencari Bakat musim ketiga (IMB 3) hujung minggu lalu membuahkan secebis bicara bersama pemilik nama Rini Fatimah Jaelani atau nama pentasnya, Syahrini, 33.
Tidak tertanggung gelak dan tawa sepanjang sesi bicara, Syahrini adakalanya cuba menyusun buah kata yang terpacul daripada kuntuman manis bibirnya bertutur menggunakan slanga Melayu berbanding bahasa ibundanya, bahasa Indonesia.
Katanya, pengalaman bercinta lebih setahun dengan pemuda kelahiran Malaysia, Bubu membolehkan dirinya bertutur menggunakan slanga Melayu biarpun sekadar bertaraf amatur.
"Walaupun tak sempat menjadi warganegara Malaysia, saya faham dan boleh berbicara sedikit sebanyak menggunakan bahasa Melayu. Nyata sekali tidak jauh bezanya," lantunnya berseloroh.
Memiliki sisi peribadi yang sentiasa ceria dan tidak lekang senyuman, Syahrini yang ditemui di stesen televisyen Trans TV (Televisi Transformasi Indonesia), Jakarta, Indonesia baru-baru ini tidak lokek berkongsi cerita terbaharunya termasuk kisah cinta.
Perpisahan dengan usahawan jual beli emas dari Malaysia, Bubu atau nama sebenarnya, Raja Mohamad Syazni Raja Mohamad Rashid bermula awal tahun 2011 menambahkan keakraban dan kedekatan Syahrini dengan Malaysia.
Biarpun usia percintaan mereka tidak berpanjangan, kata Syahrini, sekurang-kurangnya dia sempat mempelajari adat, budaya dan sosioekonomi Malaysia.
"Kami berpisah secara baik dan saya tidak ada masalah untuk terbang ke Kuala Lumpur jika terdapat sebarang urusan di sana, kerana Malaysia juga seperti rumah kedua saya," jawabnya ketika ditanya mengenai kesudian bertandang ke negara bekas kekasihnya itu.
Cinta
Melanjutkan bicara, ujar pelantun lagu Kau Yang Memilih Aku itu, selepas perpisahannya dengan Bubu dia masih belum memikirkan soal mencari pengganti lain atau berkahwin.
"Sehingga saat ini belum ada lagi lelaki lain yang bertakhta di hati saya. Fokus saya pada karier nyanyian sahaja," katanya yang menolak faktor usia yang barangkali menjadi kewajipan untuk berumah tangga dalam masa terdekat.

PERCINTAANNYA dengan Bubu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap naluri Syahrini.


Bagaimanapun, Syahrini memohon agar pihak luar termasuk peminat menghormati privasi dan memberi ruang kepadanya.
"Ada sisi kehidupan kita sebagai manusia biasa yang tidak sesuai diberitahu kepada semua dan mohon supaya menghormati privasi itu. Benar saya seorang figura umum tetapi tidak semua hal perlu saya maklumkan," getus penyanyi kelahiran Bogor, Jawa Barat itu.
Ironi situasi yang menjadi punca perpisahan dirinya dan Bubu, Syahrini mengakui, limpahan pendedahan dan populariti yang datang mendadak membuatkan hubungan tersebut tidak kekal lama.
Sebelum menjalinkan hubungan dengan Bubu, Syahrini pernah dikaitkan dengan penyanyi merangkap komposer terkenal, Anang Hermansyah serta beberapa lelaki lain.
Ditanya mengenai kriteria pasangan yang ingin dicarinya, jawab Syahrini dia tidak menetapkan sebarang syarat.
Ujarnya: "Tiada kriteria spesifik untuk mencari pasangan hidup, sesiapa sahaja boleh. Jika latar belakang lelaki itu terdiri daripada golongan berada, itu semua rezeki yang Tuhan aturkan."
Karier
Syahrini antara selebriti yang meraih sukses dalam karier sepanjang tahun 2012. Kemunculan album keduanya berjudul Semua Karena Cinta pada awal bulan Disember lalu menyuntik sedikit lonjakan kerjaya seni suaranya.
Album yang mengandungi 10 buah lagu antaranya Aku Tak Biasa, Taubatlah Taubat, Sesuatu dan Tatapan Cinta itu melibatkan kerjasama dengan komposer seperti Risna Ories, Pasha Ungu dan Anang sendiri.
Menariknya, Syahrini umpama seorang selebriti pencetus trend semasa kepada peminat memandangkan percakapan, gaya rambut serta fesyennya sering menjadi ikutan ramai.
"Saya amat bersyukur karier berjalan lancar sepanjang tahun 2012. Jika boleh untuk tahun 2013 saya mahu bikin album baharu, sebuah konsert mini dan sikap yang lebih baik," jelas Syahrini.
Selain itu, kesihatan menjadi prioriti kepada Syahrini untuk kekal aktif sebagai anak seni. Biar belum bertemu jodoh hingga kini, dia turut menyasarkan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini.
"Tahun ini saya mahu kekal sihat, lebih matang dan dewasa sikap, mudah-mudahan tahun ini juga saya bertemu jodoh dan diharapkan jejaka itu orang senegara. Kalau tidak, susah juga nak buat majlis kahwin antara dua negara," tuturnya tertawa mengekeh.

Zzati nafi manipulasi Wan Zack Haikal

Posted: 04 Jan 2013 07:56 PM PST


HUBUNGAN Zzati dan Wan Zack baru berusia kira-kira setahun.


KALI pertama mendengar namanya, pasti ramai yang bertanya siapakah gerangan Zzati Rashid ini.
Mungkin ada yang menyangka gadis berusia 19 tahun ini merupakan seorang pendatang baharu yang mula bertapak dalam industri seni.
Bagaimanapun, sebaik sahaja melihat gambar mesranya bersama pemain bola sepak skuad Harimau Malaya, Wan Zack Haikal Wan Noor, pasti ramai yang tersenyum apabila mengetahui gadis ini sebenarnya merupakan teman wanita pemuda tampan itu.
Jangan terkejut kerana Zzati sebenarnya seorang penyanyi yang bernaung di bawah label MVM Production Sdn. Bhd. sejak tahun 2010 dan telah pun merakamkan tiga buah single.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama dengan gadis yang berasal dari Bandar Jengka, Pahang ini.
Kosmo!: Ceritakan sedikit mengenai sejarah perjalanan karier Zzati dalam bidang nyanyian.
ZZATI: Saya bermula sebagai penyanyi di funfair sekitar tahun 2009 sehingga 2011. Pada ketika itu, saya sering membuat persembahan di funfair seluruh Malaysia. Selain itu, saya sering membuat persembahan di majlis-majlis korporat memandangkan ayah saya merupakan seorang perunding majlis. Pada tahun 2009, saya merakamkan single pertama saya secara independent yang berjudul, Bukan Sombong.
Bagaimanakah Zzati mulai serius dalam bidang ini?
Selepas lagu Bukan Sombong mula dimainkan di corong-corong radio, syarikat rakaman MVM mula 'melamar' saya untuk dijadikan artis rakaman produksi itu, dan seterusnya menerbitkan dua buah lagi single iaitu Akan Ku Nanti dan Cintaku Hanya Padamu pada tahun 2010. Pada bulan November lepas, saya baru sahaja mengeluarkan single terbaharu yang berjudul, Malu Malu Mahu.
Boleh ceritakan tentang sambutan terhadap single terbaharu Zzati itu?
Sambutan yang diberikan memang menggalakkan dan saya berasa gembira kerana mempunyai peminat sendiri yang sering mengikuti perkembangan semasa diri ini.
Namun, kenapakah lagu anda jarang kedengaran di radio dan ramai yang masih belum mengenali anda?
Saya rasa mungkin disebabkan faktor status diri ini sebagai seorang pelajar. Saya perlu bijak membahagikan masa antara belajar dan nyanyian dan hanya menerima undangan nyanyian pada waktu senggang sahaja. Selain itu, saya lebih banyak menerima undangan nyanyian untuk majlis-majlis korporat berbanding konsert terbuka.
Baru-baru ini, ramai yang memperkatakan tentang gosip mengenai hubungan cinta anda dengan pemain bola sepak skuad Harimau Malaya, Wan Zack Haikal. Setuju tak kalau dikatakan bahawa orang lebih mengenali anda sebagai teman wanita Wan Zack berbanding sebegai seorang penyanyi?
Saya tidak menafikan bahawa gosip itu turut menjadi faktor untuk orang lebih mengenali saya. Kini orang lebih mengenali siapa itu Zzati Rashid.
Adakah ini bermakna bahawa Zzati memanipulasikan populariti Wan Zack sebagai platfom untuk lebih dikenali dalam bidang nyanyian?
Itu tidak benar sama sekali! Saya berkawan serius dengan Wan Zack sebelum namanya menjadi bualan ramai lagi, iaitu sejak setahun yang lepas. Saya pula sudah mula merakamkan single dengan MVMProduction pada tahun 2010. Kami berada dalam bidang yang berbeza dan mempunyai pengikut masing-masing.
Tetapi kenapakah baru kini, selepas nama Wan Zack berada di puncak, Zzati tiba-tiba muncul untuk mempromosikan lagu-lagu anda? Kenapa tidak daripada dahulu?
Seperti yang saya katakan tadi, sebelum ini saya mempunyai kekangan dari segi masa memandangkan ketika single pertama dan kedua diterbitkan oleh MVM Production, saya sedang belajar di tingkatan lima. Sehingga kini, barulah saya berkesempatan untuk memberikan tumpuan kepada promosi meskipun masih lagi bergelar seorang pelajar dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Tidakkah risau a hubungan cinta Zzati dan Wan Zack akan mengalami masalah memandangkan anda berdua kini telah pun dikenali ramai?
Saya percaya dengan ketentuan takdir dan jodoh yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Hubungan cinta kami pun masih baru lagi dan saya hanya boleh katakan bahawa kita hanya mampu merancang, namun takdir yang menentukan segalanya. Apa yang pasti, kami saling menyokong karier masing-masing dan menjaga kelakuan kami agar tidak timbul gosip-gosip yang kurang enak didengar.

Ogy tinggalkan dunia seni

Posted: 04 Jan 2013 07:56 PM PST


IMPIAN Ogy untuk membuka sebuah restoran kini tercapai. Banyak masanya kini dihabiskan di sini.


PELAKON dan pengacara sensasi, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy memberitahu, dia tekad mahu meninggalkan dunia seni untuk memberi fokus kepada restoran yang baru dibukanya. Restoran itu dinamakan sebagai Ogy D'Greenwood.
Kata Ogy ketika ditemui pada majlis pelancaran restoran itu yang terletak di Greenwood, Gombak, Kuala Lumpur baru-baru ini, keputusan tersebut diambil bukan kerana tidak mendapat sebarang tawaran lakonan tetapi memiliki sebuah restoran merupakan impiannya sejak dahulu lagi.
"Saya bukan merajuk atau sudah tiada tawaran lakonan tetapi membuka restoran memang impian saya dari dahulu lagi. Terus terang saya katakan bahawa saya telah ketepikan dunia seni sejak Mei tahun lalu untuk menghadiri kursus perniagaan dan persiapan membuka restoran.
"Lagipun sejak restoran mula beroperasi November lalu, masa saya banyak dihabiskan di sini dan diri ini tidak ada masa untuk ke lokasi penggambaran," katanya yang merancang untuk membuka restoran itu sejak setahun setengah yang lalu.
Sungguhpun begitu, jelas anak kepada Allahyarham Ahmad Daud dan Saadiah itu, darah seni yang mengalir dalam dirinya tidak akan pernah luput.
Jika ada tawaran yang benar-benar menarik dan sesuai dengan jadual waktunya, tawaran itu akan dipertimbangkannya.
Meskipun pernah melalui jatuh bangun perniagaan menerusi syarikat penerbitan Ogy Production yang diusahakan sejak sekian lama, pengalaman pahit itu tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk mencuba sesuatu yang baharu.
"Jatuh bangun dalam perniagaan itu adat. Pengalaman itulah yang menjadikan saya kuat seperti hari ini. Saya bersyukur kerana keluarga dan rakan kongsi banyak membantu," tuturnya.
Selain itu, restoran itu akan menjadi peninggalan buat anak angkat Ogy, Nur Aminah Aishah yang kini berusia lima tahun.
"Ketika saya masih aktif dengan dunia seni dahulu, dia selalu memahami kesibukan saya. Sekarang tibalah masa untuk saya membayar semula hutang masa saya kepada dia. Apa yang saya lakukan sekarang adalah demi masa depannya juga.
"Sejak menghabiskan lebih banyak masa dengannya, kehidupan diri ini lebih tenang, teratur dan bahagia. Jadi pada usia 50 tahun, saya bukannya muda lagi. Rasanya sudah tiba masanya untuk saya bertukar corak kehidupan," luahnya yang berazam untuk menjadi ibu yang berdedikasi buat anaknya itu.
Ogy D'Greenwood mula dibuka pada pukul 12 tengah hari sehingga 12 malam itu menghidangkan masakan Thai, Barat, mi kuah Singapura, rojak Singapura dan paling istimewa, mi udang resipi arwah bapanya, Datuk Ahmad Daud serta hidangan nasi Arab.
Setakat hari ini sambutan yang diterima daripada pelanggan amat menggalakkan, malah pihak Ogy tidak menang tangan menerima tempahan perkhidmatan katering.
"Sambutan setakat ini sangat menggalakkan kerana pihak Ogy D'Greenwood bukan sahaja menyediakan perkhidmatan katering tetapi juga menyediakan tempat untuk majlis pertunangan, perkahwinan dan juga pelbagai acara lain," jelasnya.
Bukan itu sahaja, menariknya Ogy D'Greenwood turut menawarkan kursus dalam bidang masakan termasuklah pastri, bakeri, pramusaji, kecantikan, keusahawanan dan seni persembahan.
Bagi mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web www.ogydgreewood.com.my. Selain itu, Ogy juga sedang merancang untuk membina sebuah studio yang boleh disewakan untuk penggambaran berdekatan dengan restorannya.

Karyawan tempelak Gafim

Posted: 04 Jan 2013 07:55 PM PST

ACARA FFM 24 yang berlangsung pada tahun 2011 merupakan hasil anjuran Gafim.


KONTROVERSI tercetus baru-baru ini apabila Gabungan Karyawan Filem (Gafim) menerusi kenyataan akhbar Presiden pertubuhan itu iaitu Jurey Latiff Rosley yang mengeluarkan rasa kesal mendakwa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) telah bersikap lepas tangan.
Ini kerana Finas, menurut dakwaan Gafim, sebelum ini telah mengambil tindakan untuk tidak memberikan maklumat terkini kepada pertubuhan itu tentang persiapan penganjuran Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM 25), yang dikatakan bakal berlangsung pada tahun ini.
Mengulas mengenai perkara itu, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menegaskan apa yang berlaku itu sebenarnya adalah satu mesej Finas kepada Gafim.
"Finas telah bosan melayan kerenah Gafim ekoran tindak-tanduk pertubuhan itu sendiri sebelum ini yang kelihatan bertindak secara hentam keromo dan tidak rasional apabila mereka diberikan tanggungjawab untuk menganjurkan FFM 24 pada tahun 2011," ujar Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez.
Tambahnya: "Namun oleh kerana FFM 24 yang dianjurkan Gafim itu agak kelam-kabut dan penuh dengan masalah, Finas dalam satu sidang akhbar (pada tahun lepas) telah mengumumkan untuk mengambil keputusan bagi menganjurkan sendiri FFM 25 pada tahun ini.
"Ia melibatkan kerjasama dengan penerbit-penerbit filem yang menjadi pelabur dan pemilik hak cipta untuk filem-filem mereka itu."
Freddie menegaskan bahawa Persatuan Penerbit Filem (PFM) tidak terlibat dengan Gafim yang dianggotai oleh kebanyakan persatuan mewakili individu seperti pekerja filem dan penulis skrip dalam industri filem itu.
"Jadi, jika Gafim menganjurkan FFM, ini bermakna PFM tidak dapat memainkan apa-apa peranan dalam FFM, selain menyerahkan nasib filem mereka kepada pihak yang sudah terbukti tidak begitu efisien bagi menganjurkan sebuah festival filem dengan sempurna - seperti apa yang berlaku pada FFM 24," katanya.
Menurut Freddie lagi, FFM 25 sebelum ini telah dijadualkan berlangsung pada 30 Disember tahun lepas tetapi Gafim telah mengeluarkan bantahan menerusi beberapa sidang akhbar yang dianjurkannya.
"Gafim dalam beberapa sidang akhbar yang dianjurkannya sebelum ini telah mengutuk Finas kerana tidak melibatkan pertubuhan itu dalam FFM 25.
"Malah, Gafim telah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Finas sehingga menyebabkan keputusan telah dibuat untuk menangguh FFM 25," tegasnya.
Ujar Freddie lagi: "Seharusnya Gafim menerima dengan terbuka apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Finas mengenai penganjuran FFM 25.
"Ia menjadi hak Finas untuk menentukan pihak yang diberi tanggungjawab sebagai penganjur FFM. Sebelum ini, Finas telah memberi peluang kepada Gafim untuk FFM 24. Namun, peluang tersebut tidak dijaga dengan baik sehingga timbul beberapa perkara yang telah merosakkan majlis anugerah tersebut.
"Apabila tidak lagi dilantik menjadi penganjur untuk FFM 25, Gafim nampaknya lebih berminat untuk melatah dan beraksi secara kontroversi, bukannya bermuzakarah menyelesaikan masalah dengan Finas," ujarnya.
Freddie menjelaskan Karyawan sentiasa akan menyokong sebarang tindakan yang baik ke arah penganjuran FFM 25 dan mengharapkan Gafim lebih rasional menerima apa sahaja keputusan yang bakal dibuat.
Katanya: "Peluang telah diberikan kepada Gafim sebelum ini tetapi pertubuhan itu gagal melaksanakannya dengan baik, pastinya Finas dan PFM sebagai pemilik hak cipta filem-filem yang dipertandingkan sudah serik memperjudikan nasib festival filem berprestij di tangan Gafim.
"Ini adalah salah Gafim sendiri. Karyawan berharap Finas bertegas dengan keputusan untuk meneruskan usaha menganjurkan sendiri FFM 25, dan tidak lagi mempedulikan apa-apa bantahan daripada mana-mana pihak.
Tambahnya: "Dengan atau tanpa Gafim, festival filem ini perlu diteruskan kerana ia membabitkan kredibiliti industri filem tanah air.
"Masih banyak persatuan perfileman di luar sana yang tidak terlibat dengan Gafim, umpamanya Karyawan sendiri, PFM, persatuan penerbit Cina dan India, persatuan animasi dan sebagainya yang bukan merupakan sekutu Gafim.
"Jadi tanpa Gafim sekalipun, FFM 25 akan berjaya membawa industri perfileman tanah air ke satu tahap yang lebih membanggakan."

Bebas selepas dua hari tidur jel

Posted: 04 Jan 2013 07:54 PM PST


ZARINA ketika menunggu adiknya membayar wang jaminan di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Selepas dua hari bermalam di Penjara Kajang, pelakon dan model kontroversi Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul akhirnya bebas setelah dijamin keluar oleh adik perempuan tirinya semalam.

Kos amah Indonesia RM6,700

Posted: 04 Jan 2013 07:53 PM PST

SEBAHAGIAN rakyat Malaysia memerlukan khidmat pembantu rumah asing untuk
melakukan kerja-kerja rumah. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) mengumumkan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia ditetapkan pada harga RM6,700, berkuat kuasa serta-merta.
Struktur kos baharu itu tidak termasuk tambahan RM1,000 sebagai pinjaman kepada pembantu rumah untuk berkongsi yuran Penempatan Tenaga Kerja Indonesia Sektor Domestik di Indonesia.
"Kos sebenar majikan hanya RM6,700. Struktur kos itu dicapai selepas rundingan berpanjangan dengan rakan kami, Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga kerja Indonesia (Apjati) sejak beberapa bulan kebelakangan ini," kata Presiden Papa, Jefrrey Foo (gambar kecil) pada sidang media di sini semalam.
Di bawah memorandum persefahaman (MoU) sebelum ini antara kerajaan Indonesia dan Malaysia, bayaran kepada agensi pembantu rumah asing Indonesia ditetapkan sebanyak RM4,511 iaitu RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pembantu rumah berkenaan.
Foo berkata, struktur kos baharu sebanyak RM6,700 itu adalah munasabah selaras dengan permintaan dan bekalan pasaran.
Beliau meramalkan bahawa struktur kos baharu itu boleh menarik lebih 10,000 pembantu rumah Indonesia ke Malaysia.
Beliau juga percaya cadangan yuran baharu itu akan diterima oleh kerajaan kedua-dua negara itu.
"Kami mengakui dan menghargai niat baik Kementerian Sumber Manusia dalam membenarkan Papa mencadangkan dan mamatuhi struktur harga yang adil," katanya.
Foo berkata, proses pengambilan pembantu rumah Indonesia melalui anggota persatuan itu akan dilakukan mengikut prosedur yang betul dan dikawal selia.
"Kami akan melibatkan rakan kami di Indonesia (Apjati) dalam mengenal pasti calon-calon yang sesuai yang akan direkrut dan dilatih.
"Kami menjangka sambutan yang baik daripada mereka dalam beberapa bulan akan datang," katanya.
Sementara itu, Foo berkata Apjati akan membuka sebuah pejabat perwakilan asing di Malaysia bulan depan bagi memantau kebajikan dan keselamatan pekerja mereka di negara ini.

Ahli politik ditampar wanita kerana merogol

Posted: 04 Jan 2013 07:47 PM PST



SEORANG wanita menampar Brahma yang tidak berbaju.


NEW DELHI - Belumpun reda kemarahan rakyat ekoran kes rogol lima lelaki ke atas seorang gadis baru-baru ini, polis di negeri Assam, timur laut India menangkap seorang pemimpin parti Kongres yang memerintah negara ini, Bikram Singh Brahma kerana kesalahan yang sama kelmarin.
Dia ditangkap kerana didakwa merogol seorang ibu yang mempunyai dua anak di sebuah kampung di Santipur di daerah Chirang di negeri berkenaan.
Imej yang disiarkan di televisyen India menunjukkan beberapa wanita mengepung Brahma dan mengoyak bajunya.
Seorang wanita turut menampar muka ahli politik itu.
Menurut polis, Brahma memasuki rumah wanita tersebut dan merogolnya pada pukul 2 pagi waktu tempatan.
Seorang pegawai polis, G.P. Singh berkata, ekoran jeritan wanita itu, beberapa orang di kampung tersebut keluar dari rumah dan menangkap Brahma.
Ketika kejadian, Brahma sedang melawat kampung tersebut.


BRAHMA yang tidak berbaju dipukul oleh seorang wanita dengan sebatang kayu.


Kejadian itu berlaku selepas seorang pelajar wanita berusia 23 tahun dirogol oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah bas di New Delhi pada 16 Disember tahun lalu.
Pelajar itu meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura pada minggu lalu akibat kecederaan dalaman selepas dia dipukul dengan batang besi dan dicampak keluar dari bas itu.
Lima lelaki telah didakwa kelmarin kerana merogol dan membunuh pelajar tersebut.
Mereka yang didakwa itu ialah pemandu bas tersebut, Ram Singh dan adiknya, Mukesh Singh.
Mukesh bertugas sebagai pencuci bas tersebut.
Turut didakwa ialah seorang penjaja buah-buahan, Pavan Gupta dan pengajar kecergasan, Vinay Sharma.
Seorang lagi pencuci bas, Akshay Singh juga didakwa melakukan perbuatan itu.
Kesemua mereka berdepan hukuman mati jika disabit kesalahan.

Ratusan ribu berhimpun di Bandar Gaza

Posted: 04 Jan 2013 07:46 PM PST



RATUSAN penyokong pergerakan Fatah berhimpun di Bandar Gaza semalam.


BANDAR GAZA - Ratusan ribu penyokong Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah mengadakan perhimpunan besar-besaran buat kali pertama di sini semalam, lapor seorang jurucakap pergerakan Fatah.
Perhimpunan julung-julung kali itu diadakan sejak Hamas merampas kuasa di wilayah itu pada tahun 2007.
Hamas yang sedang merancang untuk bergabung dengan Fatah itu telah memberi kebenaran untuk perhimpunan tersebut.
Ia diadakan sebagai kemuncak kepada sambutan ulang tahun ke-48, penubuhan Fatah yang menentang Israel.
Sambutan ulang tahun tersebut telah berlangsung sejak seminggu lalu.
Para peserta perhimpunan itu mengibarkan bendera Palestin dan Fatah serta membawa beberapa gambar Abbas, lapor seorang koresponden AFP.
"Peserta-peserta perhimpunan itu merupakan kumpulan yang menyokong Abbas yang mentadbir Palestin dan mahu menunjukkan Fatah masih berada di barisan hadapan perjuangan," kata seorang pemimpin tempatan Fatah, Selim al-Zaraei.

Ramai wanita India minat belajar cara mempertahankan diri

Posted: 04 Jan 2013 07:46 PM PST



SEORANG wanita mengikuti kelas mempertahankan diri di New Delhi pada Rabu lalu.


NEW DELHI - Lebih ramai wanita di India mula menunjukkan minat untuk menghadiri kelas yang mengajar cara untuk mempertahankan diri bagi mengelak mereka menjadi mangsa rogol dan keganasan kaum lelaki.
Jumlah itu meningkat selepas hampir tiga minggu kejadian seorang pelajar wanita berusia 23 tahun dirogol oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah bas di sini.
Pelajar wanita itu kemudian mati di sebuah hospital di Singapura pada minggu lalu kerana kecederaan dalaman yang teruk selepas dia turut dipukul dengan batang besi.
Pada Khamis lalu, lima lelaki berumur 19 hingga 35 tahun didakwa secara rasmi kerana melakukan pembunuhan dan merogol pelajar wanita tersebut.
Seorang pengajar seni mempertahankan diri, Amuj Sharma berkata, dia dihujani dengan panggilan telefon daripada kaum Hawa yang berminat minat untuk mengikuti kelas yang ditawarkan di Institut Invictus Survival Science di selatan Delhi.
"Terdapat peningkatan permintaan untuk belajar tentang cara dan nasihat untuk mempertahankan diri dan latihan perlindungan peribadi," katanya.
Sharma mengajar pelajar-pelajarnya cara untuk menumbuk, menendang dan membebaskan diri ketika ditangkap oleh para penyerang.
Sebuah akhbar dalam minggu ini turut melaporkan, terdapat beberapa wanita yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen senjata api selepas kejadian rogol itu berlaku.
Sementara itu, seorang pemilik kedai di sini memberitahu, jualan alat penyembur lada turut meningkat.
"Kami hanya dapat menjual beberapa botol dalam tempoh sebulan. Bagaimanapun, kini lebih ramai wanita telah datang ke kedai saya untuk membeli penyembur tersebut," kata pemilik kedai itu, Jai Shankar.

Kastam Hong Kong rampas 779 gading gajah

Posted: 04 Jan 2013 07:45 PM PST



SEJUMLAH gading gajah yang dirampas oleh anggota-anggota kastam dipamerkan pada sidang akhbar di Hong Kong semalam.


HONG KONG - Pihak berkuasa Hong Kong semalam mendedahkan lebih satu tan gading gajah bernilai kira-kira AS$1.4 juta (RM4.26 juta) dari Kenya berjaya dirampas di sini.
Ia merupakan rampasan ketiga terbesar di pulau ini dalam tempoh kurang tiga bulan.
Pihak kastam menyatakan, rampasan itu melibatkan 779 gading gajah seberat 1.3 tan yang ditemui kelmarin.
Ia disembunyikan bersama batu-batu di dalam lima kotak kayu.
Menurut kastam, kotak kayu tersebut diletakkan di dalam sebuah kontena yang mengandungi perkataan bagi menunjukkan ia merupakan batu-batu arkeologi.
Seorang pegawai kastam, Clare Kwan memberitahu para pemberita, kontena itu disiasat kerana jarang batu-batu arkeologi datang dari Kenya.
Pihak kastam enggan menyatakan destinasi kontena itu akan dihantar.
Kontena yang dihantar menerusi sebuah kapal itu melalui Malaysia sebelum tiba di sini.
Tiada tangkapan dibuat setakat ini berhubung penyeludupan itu.

Pertandingan main bola berminyak

Posted: 04 Jan 2013 07:43 PM PST



SEORANG lelaki cuba memasukkan bola ke dalam sebuah raga di Yangon semalam.


YANGON - Beberapa lelaki bermain permainan bola berminyak di sini sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Myanmar kali ke-65 di sini semalam.
Bola itu disapu dengan minyak kelapa dan pemenang dikira berdasarkan jumlah bola tersebut berjaya dimasukkan ke dalam sebuah raga.
Badan setiap pemain perlu disapu dengan minyak enjin.
Myanmar memperoleh kemerdekaan pada 4 Januari 1948 selepas dijajah Britain.

Urusan fardu kifayah lebih sistematik

Posted: 04 Jan 2013 07:41 PM PST



KEHIDUPAN dalam dunia yang serba moden ini menyaksikan bermacam-macam kemudahan perkhidmatan ditawarkan kepada masyarakat oleh pelbagai pihak.
Tidak terkecuali, terdapat syarikat yang menawarkan perkhidmatan bagi menguruskan mereka yang sudah meninggal dunia.
Perkhidmatan pengurusan mayat yang dikendalikan syarikat swasta kebiasaannya ditawarkan kepada masyarakat bukan Islam sahaja. Ia mencakupi segala hal berkaitan pemilihan keranda, majlis penghormatan terakhir serta lokasi perkuburan yang sesuai.
Walau bagaimanapun, perkhidmatan tersebut kini mula ditawarkan kepada masyarakat Islam di negara ini yang meliputi semua aspek daripada memandikan jenazah sehingga proses pengkebumian mengikut garis panduan yang ditetapkan syarak.
Lengkap dengan khidmat rundingan, syarikat bumiputera MyJenazah.com antara yang terawal menawarkan khidmat seumpama itu di negara ini.
Syarikat itu juga turut mengendalikan urusan dokumentasi termasuk pendaftaran kematian dan permit perkuburan serta hal pengangkutan jenazah ke tanah perkuburan tidak kira jarak jauh mahupun dekat.
"MyJenazah.com ditubuhkan untuk mewujudkan sistem pengurusan jenazah berlandaskan prinsip Islam yang sistematik dan bersepadu serta menjadi pelengkap badan khairat sedia ada.
"Di samping memberi perkhidmatan, ini juga merupakan salah satu cara kami berdakwah kepada orang awam khususnya kepada ahli keluarga atau waris si mati", kata Ketua Pegawai Eksekutif MyJenazah.com, Mohd. Yusni Ismail yang berhasrat untuk menjadikan pengurusan jenazah sebagai pekerjaan yang profesional.
Perkhidmatan yang ditawarkan syarikat itu walau bagaimanapun tidak terhad kepada memandikan, mengkafan dan pengkebumian.
Ia juga menawarkan khidmat bernilai tambah seperti majlis khatam al-Quran, zikir tahlil, upah haji, pengurusan tanah wakaf, pembuatan batu nisan serta wang saguhati untuk diberikan kepada waris bagi meringankan beban keluarga si mati.

PENGURUSAN jenazah lengkap hingga ke liang lahad.


Wakil seluruh negara
Syarikat yang mengendalikan antara 15 hingga 20 jenazah sebulan itu mempunyai lebih 1,000 wakil di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.
Wakil yang dilantik dalam kalangan qariah surau atau masjid itu bertanggungjawab menguruskan jenazah bagi pihak MyJenazah.com di kawasan tersebut atau yang berhampiran.
Walaupun segala urusan dilakukan oleh wakil yang telah dilantik, namun MyJenazah.com tidak mengabaikan tanggungjawab yang patut dilaksanakan waris kepada jenazah dengan meminta mereka turut serta dalam pengurusan tersebut.
"Kami tidak mahu segala urusan diserahkan seratus peratus kepada pengurus jenazah kerana tanggungjawab mengurus jenazah juga terletak di bahu anak-anak terhadap ibu bapa mereka yang telah pergi dan untuk mereka berbakti kepada ibu bapa buat kali terakhir," ujarnya.
Selain memberikan perkhidmatan yang lengkap , masa yang diambil untuk menguruskan jenazah juga dapat dilakukan dengan cepat dan efisien.
Seorang wakil pengurus jenazah dari Masjid Bukit Indah, Ampang, Habidin Rashidi, 60, memuji inisiatif yang dilakukan oleh Yusni kerana ia dapat menjimatkan masa dan dapat meringankan beban waris.
"Apa yang dilakukan oleh MyJenazah.com adalah sangat bagus kerana ada pihak yang sanggup menolong menguruskan jenazah dan tidak semua masjid menawarkan khidmat tersebut. Jika ada pun, yang tidak berapa lengkap.

MELALUI perkhidmatan MyJenazah.com, pengurusan si mati dapat dilakukan dengan lebih efisien.


"Sebelum ini, saya menguruskan jenazah secara sendirian dan masa yang diambil untuk menyelesaikannya agak lama kerana segalanya perlu diuruskan sendiri tetapi kini dengan kemudahan yang mereka ada, proses pengurusan jenazah menjadi lebih mudah," ujarnya.
Menurut Habidin lagi, kekurangan orang mendekati masjid menjadikan seseorang itu sukar untuk mendapatkan bantuan daripada pihak masjid jika berlaku kematian.
Ia terjadi kerana pihak yang diminta untuk menguruskan jenazah itu tidak mengenali individu yang patut dihubungi untuk sama-sama menguruskan si mati.
Menjadikan pengurusan jenazah satu perniagaan bukan suatu kesalahan pada Habidin kerana ia dianggap sebagai usaha untuk menjalankan tuntutan fardu kifayah yang wajib diketahui oleh umat Islam.
"Bagi saya, perniagaan seperti ini bagus kerana pada zaman sekarang sudah kurang orang yang boleh menguruskan jenazah. Ia juga boleh mewujudkan satu sistem pengurusan yang lebih cekap, moden dan efektif.
"Sekarang ini memang ramai yang pergi mengikuti kursus pengurusan jenazah, tetapi apabila diminta untuk menguruskan jenazah, mereka tidak berani dan tiada keyakinan.
"Apabila ada syarikat seperti ini, sekurang-kurangnya dapat mengatasi masalah seperti itu," tambah Habidin.
Persediaan awal
Bagi Kaswadi Kamaruddin, 43, mengambil pakej yang disediakan oleh MyJenazah.com adalah langkah yang baik bagi dirinya sebagai persediaan apabila meninggal kelak.
"Segala perkara yang kita lakukan perlu ada perancangan, sama seperti majlis perkahwinan. Maka, kita perlu ada perancangan dan persediaan untuk menghadapi kematiani.
"Kita tidak tahu masa, tempat dan keadaan ketika kita meninggal kelak, jadi persediaan awal sangat penting. Sekurang-kurangnya, keluarga tidak perlu bersusah payah mencari orang yang boleh menguruskan jenazah kita.

SIJIL pengurusan jenazah yang menghidap HIV/AIDS daripada Jabatan Kesihatan Negeri.


"Jika saya meninggal di luar kawasan qariah tempat tinggal, keluarga tidak perlu fikir tentang siapa yang perlu dihubungi untuk membawa jenazah saya pulang tetapi hanya menghubungi MyJenazah.com dan mereka akan menguruskan segalanya," jelasnya.
Pendapat beliau disokong oleh Adriana Chin Abdullah, 39, seorang mualaf yang memeluk Islam sejak 1998. Adriana yang juga seorang ibu tunggal mempunyai tiga orang anak bimbang sekiranya anak-anaknya tidak boleh menguruskan jenazahnya kelak.
"Saya dapat tahu terdapat perkhidmatan seperti ini ketika ibu saudara saya meninggal dunia suatu masa dahulu. Dalam keadaan yang agak kelam kabut itu, seorang sepupu menjumpai laman web MyJenazah.com.
"Pada hari ibu saudara saya meninggal dunia, saya berfikir mengapa tiada orang Islam yang menjalankan perniagaan seperti yang ditawarkan oleh orang bukan Islam.
"Ia amat berguna kepada mualaf seperti saya yang tidak berpengalaman dalam hal pengurusan jenazah," ujarnya.
Jelas Adriana, bayaran yang dikenakan oleh MyJenazah.com semasa pengurusan jenazah ibu saudaranya adalah berpatutan jika dibandingkan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh orang bukan Islam yang mampu mencecah ratusan ribu ringgit.
"Jika orang sanggup membeli telefon pintar sehingga RM2,000 lebih, mengapa mereka tidak boleh memperuntukkan sejumlah wang yang lebih rendah daripada itu untuk menguruskan jenazah keluarga dengan sempurna.
"Berkonsepkan takaful, pakej yang ditawarkan oleh MyJenazah.com memudahkan kita membuat persediaan menghadapi kematian dengan bayaran bermula serendah RM80 setahun," katanya dengan tenang.

Pasaran terus dibanjiri produk baharu

Posted: 04 Jan 2013 07:39 PM PST

MODEL kompak V40 dilihat mampu menjadi agen pengubah yang signifikan untuk jenama Volvo di Malaysia.


RASANYA masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baharu kepada pembaca setia Garaj! Tahun 2012 telah berlalu dengan beberapa sejarah penting telah tercatat dan bakal memberi kesan kepada industri automotif tempatan pada masa akan datang.
Peristiwa paling signifkan yang berlaku pada 2012 pastinya pengambilalihan Proton oleh DRB Hicom. Selain pembelian enjin buatan Petronas bernilai lebih RM60 juta, juga melibatkan pengeluar kereta nasional, Proton.
Tahun lepas turut menyaksikan banyak model menarik diperkenalkan dan mendapat sambutan hangat daripada pengguna tempatan. Biarpun orang ramai dikatakan mengambil pendekatan tunggu dan lihat berikutan pilihan raya umum bakal diadakan tidak lama lagi.
Apa yang pasti, 2013 dijangka lebih meriah dengan kehadiran banyak model baharu yang ditunggu-tunggu ramai. Minggu ini, Garaj! mengumpulkan beberapa model yang bakal diperkenalkan dan harus anda tunggu!

MAZDA6 dikatakan bakal dilancarkan oleh Bermaz Motor pada bulan Februari.


Honda
Honda akan mengujakan pasaran menerusi sekurang-kurangnya tiga model menarik pada tahun ini. Diramal menemui pengguna seawal suku pertama, anda pasti tidak sabar untuk melihat atau memiliki model-model seperti SUV popular Honda, CR-V, hibrid kompak dua pintu yang cukup sporty, CR-Z dan sedan segmen D, Accord.
CR-V generasi keempat itu akan menggantikan model sedia ada yang sudah begitu lama di pasaran. Memiliki kualiti pengendalian mengagumkan, penggunaan minyak yang jimat dan rekaan luaran sporty, maka tidak hairanlah CR-Z terus mengumpul peminatnya di Malaysia. Model naik taraf CR-Z dikatakan lebih berkuasa, selain menerima banyak penambahan lain.
Sedan segmen B bukan nasional paling popular, Toyota Vios akan tampil dengan model serba baharu. Selain Vios, UMW Toyota juga dijangka memperkenalkan model Altis dan sedan mewah Lexus IS250.
Setelah sukses dengan model SUV CX-5, Mazda menerusi pengedarnya Bermaz Motor Sdn. Bhd. akan meneruskan kesinambungan teknologi SKYACTIV menerusi model sedan segmen D, Mazda6.
Bakal menemui peminat Mazda tidak lama lagi, Mazda6 hadir dengan pelbagai teknologi terbaik SKYACTIV. Misalnya, sistem i-ELOOP yang berfungsi menjimatkan penggunaan bahan api.
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) pula dijangka membawa masuk kenderaan elektriknya (EV), Nissan LEAF. Sudah pun menjalankan program perintis pada tahun lalu, ETCM nampaknya sudah bersedia untuk menawarkan EV kepada rakyat Malaysia. Bukan setakat LEAF sahaja, tunggu juga beberapa model-model lain yang akan ditambah baik terutama Sylphy.
Sebaik sahaja 'gambar risikan' model itu tersiar di Internet, maklum balas yang diterima begitu hebat. Proton dikatakan bakal mengetengahkan varian hatchback yang dibina berasaskan kepada sedan Preve. Adakah ia akan dipasang dengan enjin Petronas? Sama-sama kita nantikan.
LEXUS IS250 mahu mencabar monopoli BMW 3 Series dan Mercedes-Benz C-Class.


Jenama dari Korea iaitu Kia dan Hyundai tidak kurang hebatnya. Kia didakwa akan memasarkan model kompak Rio tidak lama lagi. Jauh berbeza dengan model terdahulu, Rio baharu nyata menawan hasil rekaan pasukan reka bentuk Kia yang diketuai oleh Presiden baharu Kia Motors, Peter Schreyer.
Memandangkan sekumpulan media tempatan telah dijemput untuk memandu uji Forte di Dubai (Kosmo! tidak tersenarai), tidak mustahil model baharu Forte akan menjadi sebahagian daripada tawaran Kia untuk tahun ini.
RENAULT Clio yang menawan kalbu.


Hyundai yang baru sahaja memperkenalkan model coupe tiga pintunya, Veloster mungkin akan menawarkan SUV Santa Fe kepada pengguna di Malaysia. Bagaimanapun, varian enjinnya masih tidak dapat dipastikan.
Volkswagen meneruskan pendekatan agresif melalui beberapa model menarik pada 2013. Antara model yang menjadi sebutan ialah hatchback Golf MKVII dan trak pikap Amarok.
Peminat kereta berprestasi tinggi pasti tidak kecewa dengan tawaran daripada Renault.
Nantikan sahaja kemunculan Clio generasi keempat dan Megane 265. Lepas ini, aktiviti pemilik jentera Renault di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mesti lebih meriah dengan peserta yang bertambah ramai.
2012 merupakan tahun yang agak senyap untuk Volvo. Diharapkan dengan pengenalan model V40 akan memberi sedikit kerancakan kepada pengeluar dari Sweden itu.
Ini hanyalah sebahagian daripada model-model baharu yang mungkin diperkenalkan pada tahun 2013. Pastinya akan ada penambahan atau pengurangan daripada senarai ringkas yang saya sediakan ini. Apa yang jelas, 2013 ialah tahun yang meriah buat industri automotif tempatan.
Bagi anda yang merancang untuk membeli kereta baharu, saya ucapkan selamat memilih!

Anak angkat keluarga Melayu Champa

Posted: 04 Jan 2013 07:38 PM PST



RASANYA lemak-lemak manis. Kalau habis sebungkus pasti kenyang hingga ke petang. Itulah makanan tradisi masyarakat Melayu Champa yang dikenali sebagai nam cek.
Semasa berkunjung ke Perkampungan Samrong, Takeo, Phnom Penh, Kemboja, saya dapati hampir semua penghuni rumah membuat hidangan tersebut iaitu sehari sebelum sambutan Hari Raya Haji.
Makanan tradisi berupa roti pisang itu dibuat masyarakat negara berkenaan pada hari-hari istimewa termasuk Hari Raya Aidilfitri. Ia menjadi kegemaran masyarakat di sana, malah kanak-kanak leka menikmatinya sambil bermain bersama rakan-rakan.
Bahan-bahan penting untuk menghasilkan nam cek ialah beras pulut, santan kelapa, gula, garam, minyak masak dan pisang.
Biasanya golongan wanita akan memulakan kerja-kerja menghasilkan kuih tersebut yang dilakukan secara tradisional dan ia dimulakan selepas menyediakan sarapan pagi.
Cara pembuatannya, isi pisang akan dipicit-picit sebelum dilumurkan dengan beras pulut yang telah dibasuh dan digaul bersama minyak masak, sedikit garam serta gula. Kemudian ia dibungkus menggunakan daun pisang sebelum direbus selama lima jam.

TENGKORAK dan tulang mangsa kekejaman Pol Pot dipamerkan untuk peringatan generasi semasa serta pelancong asing.


"Roti pisang merupakan makanan tradisi masyarakat di kampung ini terutama pada musim perayaan. Kos menghasilkan makanan ini ialah kira-kira RM50 bagi 30 bungkus," kata Sonsak, 56, seorang suri rumah yang mempunyai tiga anak dan tujuh cucu.
Kenangan manis
Seenak nam cek, begitulah juga memori manis menjadi tetamu di desa permai itu. Perkampungan Islam tersebut terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari bandar Phnom Penh. Kunjungan saya bersama ahli rombongan lain ke kampung berkenaan bagi mengikuti program keluarga angkat selama tiga hari dua malam.
Penduduk di kampung itu sangat peramah, walaupun bahasa merupakan satu masalah dalam pertuturan, ia bukanlah penghalang untuk kami beramah mesra.
Kedudukan rumah-rumah dibina agak rapat dan kebanyakannya diperbuat daripada kayu serta papan. Hanya beberapa buah rumah diperbuat daripada simen dan batu.
Sekeliling kampung dipenuhi sawah padi dan pemandangannya indah dan mendamaikan. Saya terpesona menyaksikan matahari terbit dan terbenam di kawasan sawah padi yang ketika itu sedang dalam proses penanaman semula.
Haiwan ternakan seperti lembu, ayam dan itik ada di mana-mana sahaja menghiasi landskap hijau kampung tersebut.

KEMESRAAN yang ditunjukkan oleh penduduk Kampung Samrong benar-benar menyentuh hati peserta rombongan dari Malaysia.


Bantuan kewangan
Pembinaan masjid di kampung berkenaan khabarnya disumbangkan oleh seorang rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, kampung tersebut masih memerlukan bantuan kewangan untuk membesarkannya memandangkan rumah ibadat itu turut dijadikan pusat pendidikan anak-anak mereka yang majoritinya hidup serba kekurangan.
Kebanyakan penduduk juga menjalankan aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan di kawasan rumah masing-masing seperti kedai runcit, kedai makan dan minum serta menjual pelbagai barangan keperluan lain.
"Saya hanya membantu keluarga berniaga kecil-kecilan di rumah, Saya jual barang-barang keperluan harian, minuman dan kuih-muih," kata Maryam, 21, yang berhasrat untuk keluar ke bandar mencari pekerjaan yang menawarkan gaji lebih lumayan.
Saya juga dapat saksikan beberapa peniaga datang ke kampung itu dengan menaiki basikal yang diubah suai, motosikal atau kereta sambil menjual pelbagai jenis makanan dan barang-barang. Lebih unik, seorang peniaga dari Thailand datang menjual barangan dengan menunggang gajah.
Para peserta rombongan semakin rapat dengan keluarga angkat masing-masing saban hari. Namun, masa pantas berlalu dan kami perlu meneruskan perjalanan ke bandar Phnom Penh bagi menerokai sisi lain Kemboja.
Kami sampai di bandar Phnom Penh ketika matahari sudah terbenam. Sejurus tiba di hotel dan selesai urusan mendaftar masuk, kami terus ke bilik penginapan masing-masing untuk beristirehat.
Poco-poco
Pada sebelah pagi keesokan harinya, kumpulan kami sempat berkunjung ke tebing sungai yang bernama Sisowath Quay. Di sini, dapat disaksikan beberapa kumpulan orang melakukan tai chi, karate malah ada kumpulan yang melakukan poco-poco dan terselit juga lagu-lagu dangdut dan irama Melayu.
Tanpa diminta, kami lantas menyertai kumpulan tersebut sekadar untuk bersuka-suka selama beberapa minit sebelum meneruskan perjalanan sehingga berada berhadapan Istana Diraja (Royal Palace).
Selepas itu, kumpulan kami menyewa 16 buah beca mengelilingi bandar Phnom Penh. Mod pengangkutan yang dapat merehatkan sebentar kaki kami itu dikenakan bayaran sebanyak AS$16 (RM49) bagi setiap satu.

SETIAP gelang kain berwarna-warni ini adalah bagi mengingati nyawa kanak-kanak dan bayi yang mati diseksa.


Kekejaman
Kami kemudiannya menaiki bas menuju lokasi selanjutnya iaitu melihat kesan tinggalan kekejaman rejim Khmer di bawah pimpinan Pol Pot dari tahun 1976 hingga 1979.
Di Killing Field, saya dapat menyaksikan tengkorak-tengkorak mangsa disimpan dalam almari kaca yang tinggi dan dipamerkan kepada orang ramai. Terdapat lubang-lubang kubur besar yang digali dan sisa-sisa tulang kelihatan di atas tanah tersebut.
Sebatang pokok besar turut menjadi tumpuan kerana di atasnya terdapat banyak gelang kain berwarna-warni. Rupa-rupanya ia menyimpan kisah memilukan iaitu bayi-bayi yang suatu ketika dahulu dipukul atau dibaling ke pokok itu sehingga mati.
Rombongan kami juga dibawa melawat Tuol Sleng Genocide Museum (Muzium Bukit Pokok Beracun) atau Strychnine Hill. Ia merupakan sebuah bangunan sekolah menengah yang dijadikan penjara pada zaman Pol Pot.
Di situ, pengunjung dapat menyaksikan bilik-bilik darjah yang menjadi tempat penyeksaan dan pembunuhan. Setiap ruang diubah suai menjadi penjara yang sempit. Ia kini menempatkan pameran alat-alat penyeksaan dan gambar-gambar mangsa.
Hati rasa sayu apabila menyaksikan gambar-gambar dan seksaan-seksaan yang dilakukan ke atas penduduk tempatan termasuk kanak-kanak dan wanita. Menurut rekod, jumlah mangsa yang terbunuh dalam kekejaman itu mencecah seramai dua juta orang.
Makan dan beli-belah
Setelah itu, rombongan kami mencari restoran untuk mengisi perut yang kelaparan. Sebenarnya tidak sukar untuk mencari makanan halal di Phnom Penh. Terdapat beberapa restoran yang menyajikan masakan tempatan atau Melayu yang sedap.
Kami dibawa ke beberapa buah restoran makanan halal seperti Cambodian Muslim Restaurant dan D' Wau Restaurant. Makanan yang dihidangkan sebahagiannya mendapat pujian daripada kami lantaran rasanya yang menepati selera orang Malaysia.
Tidak sah rasanya, jika ke luar negara tanpa membawa pulang sedikit buah tangan. Sasaran kami membeli-belah ialah di Pasar Rusia (Russian Market) dan Central Market.
Kami menghabiskan masa lebih dua jam di kedua-dua pasar berkenaan. Barangan seperti beg sandang, kain sutera dan baju boleh didapati pada harga yang murah. Cuma, perlu pandai tawar-menawar.
Kunjungan pada hari biasa lebih bagus kerana mudah untuk menawar harga yang lebih rendah berbanding hari minggu.
Sepanjang lima hari berada di bumi Kemboja, saya dapati negara ini semakin menjadi tumpuan rakyat Malaysia bercuti.

Keagungan masjid lumpur

Posted: 04 Jan 2013 07:37 PM PST


MASJID Besar Djenne menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk beribadat.


DJENNE merupakan sebuah kota purba yang terletak berhampiran delta Sungai Niger di wilayah Mopti di Republik Mali.
Sejak kewujudannya pada kurun kesembilan, ia pernah menjadi pusat perdagangan dan perkembangan ilmu Islam khususnya ketika pemerintahan empayar Songhai, Sonni Ali.
Salah satu tarikan di kota itu ialah Masjid Besar Djenne yang dipercayai dibina pada kurun ke-13.
Diceritakan pada asalnya masjid itu merupakan sebuah istana dan dijadikan masjid selepas pemerintah Mali ketika itu, Sultan Koi Kunburu memeluk agama Islam.
Pemerintah seterusnya, Sheikh Amadou Lobbo yang menawan Djenne semasa Perang Tukulor, mengarahkan masjid asal dirobohkan pada 1834. Dia kemudiannya merancang sebuah masjid baharu berhampirannya pada 1896.
Bagaimanapun, penjajah Perancis yang berkuasa selepas itu telah mengarahkan pembinaan semula Masjid Besar Djenne di lokasi asalnya pada 1906.
Seorang arkitek tempatan, Ismaila Traore telah diberi tanggungjawab tersebut.
Menggabungkan gaya seni bina Islam dan Sudan, Masjid Besar Djenne tampak unik kerana tidak menggunakan konkrit sebaliknya lumpur sebagai bahan asas binaannya.
Memandangkan kedudukannya yang terletak berhampiran delta Sungai Niger yang sering dilanda banjir, Ismaila telah membina pelantar tinggi berkeluasan 5,625 meter persegi sebagai tapak masjid.

ELEMEN seni bina Islam dan Sudan menyerlahkan keindahan masjid yang berusia lebih satu abad itu.


Bahagian tiang-tiang masjid menggunakan blok lumpur kering sebelum dilapisi dengan lumpur basah bagi memastikan ia kelihatan licin dan halus.
Dindingnya pula mempunyai ketebalan yang berbeza antara 0.4 meter hingga 0.6 meter.
Dahan pokok palma turut dimasukkan ke dalam binaan dinding bagi mengurangkan rekahan akibat perubahan mengejut suhu di samping bertindak sebagai tangga ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan setiap tahun.
Kiblat masjid itu ditanda oleh tiga menara besar berbentuk segi empat yang dibina lebih tinggi daripada dinding utama.
Menara yang puncaknya seperti kon itu juga turut dilengkapi tangga berputar yang menghala ke arah bumbung masjid.
Ruang solat
Umumnya, terdapat dua ruang solat utama disediakan iaitu ruang terbuka dan ruang tertutup.
Ruang tertutup yang mampu memuatkan kira-kira 3,000 jemaah disokong oleh 90 buah tiang merentasi dewan sembahyang bagi memastikan ketahanan strukturnya.
Aspek pengudaraan dan pencahayaan juga diberi penekanan pada ruang itu bagi keselesaan jemaah. Beberapa buah lubang udara turut dibina bagi menyalurkan udara bersih di samping penggunaan kaca seramik sebagai pencahayaan semula jadi.

KIRI: Setiap tahun ratusan sukarelawan berkumpul dan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan masjid.


Biarpun, Djenne jarang menerima hujan, Ismaila turut membina corong bagi mengalirkan air daripada bahagian bumbung ke longkang bagi mengelakkan dindingnya daripada diresapi air.
Masjid Besar Djenne berjaya disiapkan pada 1907, iaitu setahun selepas pembinaannya. Di samping menjadi ruang beribadat penduduk sekitar ia juga menjadi antara mercu tanda di Republik Mali.
Setiap tahun, sebuah pesta khas yang meraikan budaya dan muzik tempatan iaitu Festival Crepissage dianjurkan berdekatan dengan masjid itu. Ratusan penduduk di bandar tersebut berkumpul dan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan masjid secara sukarela.
Pada 1988, Masjid Besar Djenne telah diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Jamu selera paling aneh

Posted: 04 Jan 2013 07:35 PM PST

MAKAN dalam keadaan gelap gelita dan mata ditutup dengan pengikat khas seperti di restoran di New York ini meningkatkan ketajaman rasa.


DIA selamba mengambil sekeping keropok ikan, lalu di atasnya diletakkan gumpalan rumpai laut yang digoreng garing. Lelaki yang berasal dari Montreal, Kanada itu kemudian mengambil secebis isi ketam lelabah Alaska dari pinggan hidang lain lalu diletakkan perlahan-lahan ke atas rumpai tersebut.
Sebagai tambahan, beberapa potong cili api turut ditaburkan ke atas kepingan 'resipi' spontan tersebut sebelum diakhiri dengan sos manis berhalia yang menyengat tunas rasa di lidah.
Tanpa menunggu lama, dia menyuapnya sekali gus ke dalam mulut hingga mengundang ketawa kecil orang lain yang melihat teletahnya di meja makan sebuah restoran makanan laut di Petaling Jaya, beberapa bulan lalu.
Begitulah Bob Blumer, pengembara kulinari bertaraf selebriti yang popular melalui beberapa rancangannya sebelum ini seperti The Surreal Gourmet dan Glutton for Punishments.
Menilai sifat dan minat Bob, soal makanan baginya adalah suatu keseronokan dan kegembiraan. Setiap yang dirasainya merupakan sebuah perjalanan merentasi dimensi gastronomi dan lapisan budaya yang bervariasi.
Kunjungannya ke Kuala Lumpur sedikit masa lalu adalah untuk mempromosikan rancangan terbaharunya iaitu World's Weirdest Rastaurants yang bakal menemui penonton pada pukul 9 malam setiap Isnin, bermula 7 Januari 2013 di saluran TLC (Astro 707).
"Ia adalah sebuah program yang diedit mengikut gaya klip pantas MTV. Setiap episod bersiaran selama 30 minit dan anda akan menyaksikan empat segmen menarik mengenai kunjungan saya ke beberapa buah restoran di destinasi berbeza," ujarnya yang sudah menginjak usia separuh abad.
World's Weirdest Restaurants merupakan program 13 episod yang menyaksikan Blumer dan kru penerbitannya meneroka keunikan 52 buah restoran di banyak lokasi menarik. Antara negara yang dilawati untuk menjayakan rakaman program itu ialah Amerika Syarikat (AS), Kanada, Jeppun, Taiwan, Thailand, Jerman, Republik Czech dan England.
"Setiap satunya menawarkan pengalaman menjamu selera dalam suasana yang ekstrem dan luar biasa.
"Daripada restoran yang menjadikan monyet-monyet sebagai penghantar hidangan hinggalah kepada restoran bogel di New York. Seterusnya, menikmati kari yang dihidang dalam mangkuk tandas di Taiwan dan makan malam di dalam rumah agam berhantu di England," kongsi Bob.
DI restoran Jepun ini, monyet-monyet ditugaskan untuk menghantar sashimi, ayam goreng dan bir kepada pelanggan.


Ayam meriam
Tambah lelaki yang kini menetap di California, AS itu, penonton pasti menzahirkan pelbagai emosi tatkala menonton rancangannya - ketawa, jijik, terkejut mahupun terdiam tanpa mampu mengulas apa-apa.
"Dalam kunjungan ke sebuah restoran di Bangkok, saya sangat tertarik pada gaya salah satu menu dihidangkan. Sajian menu ayam seekor itu bermula dengan ia disumbatkan ke dalam sebuah meriam.
"Ayam itu seterusnya ditembakkan ke udara dalam keadaannya yang terbakar. Ia 'melayang' ke satu sudut restoran seperti bola api yang marak menyala.
"Bukan disambut dengan pinggan, sebaliknya ayam itu ditusuk dengan pencucuk daging yang terlekat di atas topi seorang lelaki yang menantikannya. Lebih hebat, lelaki itu perlu menusuk ayam itu sambil mengimbangkan dirinya di atas unicycle (ekasikal atau basikal satu roda)," cerita Bob teruja.
Asia istimewa
Benua Asia memang sentiasa menakjubkan orang Barat, termasuk Bob sendiri. Selain kekayaan warisan tradisi dan keistimewaan rempah ratus yang menyuntik 1,001 palet rasa, orang Asia juga menurut Bob, kreatif dalam menjalankan bisnes berkaitan makanan.
"Di Jepun, saya singgah pula di sebuah restoran yang memerlukan pelanggan memancing sendiri menu makan malam mereka. Kedengarannya biasa, tetapi ada kelainannya.
"Terdapat sebuah kolam 'misteri' di tengah-tengah restoran. Berbekalkan joran, mereka akan mula memancing. Jika umpannya mengena ikan yang biasa, mungkin memadai untuk bajet yang dirancang pada malam itu.
"Namun, jika umpan itu disambar ikan yang besar dan berharga mahal, pelanggan itu perlu membayarnya juga!" Kata Bob yang pernah menghasilkan enam judul buku masakan terlaris sepanjang kariernya.
GAYA jenaka Bob yang menikmati ketam lelabah Alaska di sebuah restoran makanan laut di Petaling Jaya, sedikit masa lalu.


Suka teh
Dengan wajah dan aksi seperti orang muda, ramai juga yang bertanya tentang rahsia Bob menjaga kesihatan. Mengakui dirinya seorang yang gila makan, Bob mendedahkan bahawa dia akan mengimbangkannya dengan membuat senaman walaupun dalam kesibukan jadual kerjaya dan penerbangan.
"Saya sentiasa membawa bersama peralatan senaman ringkas berupa tali regangan. Ia boleh digunakan untuk pelbagai jenis rutin yang melatih keanjalan dan kekuatan otot.
"Walau sedang berehat dalam bilik hotel, saya boleh lakukan beberapa set ulangan untuk kekal bertenaga. Tentunya saya tiada pantang dalam soal makan, cuma saya tidak minum kopi," ujarnya yang lebih menggemari teh.
Bob sempat memuji betapa Malaysia beruntung kerana memiliki latar etnik yang berbeza dan kepelbagaian itu banyak menyumbang kepada eksperimentasi dunia kulinari.
Dia menambah, walau lidahnya berteraskan selera ruji daging, sayur dan kentang seperti yang lazim dinikmati di negara asalnya, Bob mengakui resipi yang pedas dan berempah seperti yang ditemui di Thailand dan Malaysia bukan masalah buatnya.
"Anda ada cadangan mengenai restoran yang pelik di Malaysia? Kalau ada, tolong beritahu saya. Musim kedua penggambaran World's Weirdest Restaurants sedang berjalan dan kami perlukan idea lagi," usiknya namun menunggu jawapan positif.

Pesona suri rumah tambat hati juri

Posted: 04 Jan 2013 07:34 PM PST

DARI kiri: Biruntha, Harvinderjit dan Alwizah masing-masing tersenyum bangga dan bergaya dengan replika cek kemenangan mereka.


MENJELANG penghujung tahun lalu, 26 wanita yang bergelar ibu menanti dengan penuh debar. Bukan kerana menantikan kelahiran cahaya mata baharu tetapi debaran menantikan siapakah antara mereka bakal dinobatkan sebagai juara dalam saingan Glowing Youthful Mother Contest 2012 yang diadakan di KLCC Plenary Theatre, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Walaupun sudah berusia 30 tahun ke atas, para ibu yang bertanding tampil anggun bergaya kelihatan sebaya dengan Ratu Cantik Malaysia Dunia 2010/2011, Nadia Heng dan pelakon, Corinne Adrienne yang bertindak selaku pengacara pada malam gala tersebut.
Menyarungkan busana 26 pereka fesyen daripada Bumiputera Designer's Association (BDA), para ibu tersebut begitu yakin mengatur langkah di pentas peragaan laksana ratu cantik.
Saat para peserta memperkenalkan diri dan mendedahkan usia masing-masing, kedengaran para hadirin melahirkan rasa tidak percaya kerana fizikal serta raut wajah mereka kelihatan jauh lebih muda daripada usia.
Para ibu yang bertanding pula bukan calang-calang orang kerana dalam kalangan mereka merupakan peguam, penganalisis perniagaan, pensyarah, guru, setiausaha, pengarah pegawai bank, eksekutif dan suri rumah.
Selain mengenakan gaun menarik, para finalis juga turut mempersembahkan gerak tari ala senaman. Ketika inilah, anak-anak dan suami dapat melihat bakat terpendam ibu dan isteri masing-masing mengatur langkah tari mengikut ritma lagu.
Persaingan sengit menyukarkan barisan juri selebriti undangan yang terdiri daripada Amber Chia, Bon Zainal, Daphne Iking dan Noniswara Baharuddin membuat keputusan.
Begitupun, berdasarkan pemerhatian juri terhadap keyakinan dan penampilan finalis ketika beraksi di pentas, tiga daripada 26 finalis telah dipilih untuk mara ke pusingan akhir.
Tiga finalis yang berjaya tersebut ialah Harvinderjit Kaur Dharm Singh, 31, Biruntha Letchumi Mooruthi, 32, dan Alwizah Al-Yafii Ahmad Kamal, 38. Mereka kemudian diuji dengan beberapa soalan mengenai penjagaan kecantikan dalaman yang perlu diselesaikan dalam masa satu minit.
Jika tahun lalu gelaran Glowing Youthful Mother 2011 dinobatkan buat ibu kepada dua anak, Toh Mi Mi yang juga seorang peguam, bagi tahun ini gelaran tersebut menjadi milik seorang suri rumah popular iaitu Harvinderjit Kaur.
Ternyata pesona Harvinderjit yang ceria dan yakin membuatkannya lebih menyerlah berbanding yang lain.
Kemenangan tersebut melayakkan ibu beranak satu dari Kuala Lumpur itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM25,000.
Tempat kedua dan ketiga pula disandang oleh Alwizah dan Biruntha Letchumi yang masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000.
Dalam pada itu, Pengarah Serantau Mega Lifesciences Sdn. Bhd., Sudhir Gandhi memberitahu, peraduan tersebut dianjurkan untuk para ibu sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang memainkan peranan besar dalam pembentukan keluarga.
"Kesemua finalis peraduan ini berjaya membawa mesej gaya hidup sihat luaran dan dalaman serta pentingnya mikronutrien dalam kehidupan," ujarnya.

Pelakon Zarina Anjoulie Akhirnya Dijamin Adik Tiri

Posted: 04 Jan 2013 03:20 AM PST


Zarina Anjoulie
PETALING JAYA: Pelakon dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, atau lebih dikenali sebagai Zarina Anjoulie dijamin adik perempuan tirinya pada Jumaat selepas dua hari berada dalam Penjara Kajang.
Pelakon berkenaan yang dijamin adik tirinya itu keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi dan kelihatan tenang, memakai baju-T warna kelabu dan bercermin mata gelap.
Zarina bersama rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, didakwa di Mahkamah Majistret di sini Rabu lepas memiliki dua biji pil Eramin 5 anggaran seberat 0.6 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, pukul 5.30 petang pada 30 Disember lalu.
Kedua-duanya pelajar sebuah kolej swasta itu, dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang mengaku tidak bersalah, dijamin RM2,000 sementara menunggu sebutan semula kes pada 8 Februari depan.
Hanya Mohamad Fakhruzaim dapat mengemukakan penjamin manakala Zarina Anjoulie terpaksa dihantar ke penjara kerana tiada ahli keluarga yang hadir untuk menjaminnya.
Nazri memerintahkan kedua-dua tertuduh hanya boleh dijamin oleh ahli keluarga sahaja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan