Zon Artis |
| AJL27 – Aizat Ganti Yuna, Risau Lupa Lirik Posted: 04 Jan 2013 05:55 AM PST
Bagi yang belum tahu – Yuna yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) menerusi lagu Terukir Di Bintang tidak dapat membuat persembahan pada malam kemuncak AJL27 yang akan berlangsung pada Ahad ini, 6 Januari 2013 kerana terpaksa memberikan komitmen dalam proses rakaman albumnya di Los Angeles, Amerika Syarikat. Ekoran itu, pihak penganjur membenarkan Yuna melantik mana-mana artis bagi menggantikannya untuk mempersembahkan lagu tersebut pada malam kemuncak AJL27 nanti. Pada mulanya, penyanyi lagenda 70-an iaitu Uji Rashid dinamakan sebagai pengganti Yuna. Namun hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kemuncak AJL27 akan berlangsung, Aizat Amdan pula diumumkan sebagai artis yang menggantikan tempat Yuna, bukannya Uji Rashid. Apakah puncanya? Itu kena tanya kat pihak penganjur kerana kami tiada jawapannya. Lupakan seketika kontroversi itu! Bagi Aizat pula, tanggungjawab untuk mempersembahkan lagu Terukir Di Bintang itu cukup berat baginya sehingga membuatkan dia berasa gementar dan takut sekiranya dia gagal mengingati lirik ketika menyanyikan lagu tersebut di malam kemuncak AJL27 nanti. Seperti kata Aizat kepada mStar Online:-
|
| Kes Dadah: Zarina Anjoulie Keluar Penjara, Dijamin Adik Tiri Posted: 04 Jan 2013 04:53 AM PST
Sempat menikmati hidup selama dua hari di dalam Penjara Kajang kerana tidak dijamin oleh ahli keluarga mengikut tempoh yang ditetapkan berhubung kes dadah yang membabitkan dirinya, Zarina Anjoulie akhirnya dibebaskan selepas dia dijamin oleh adik perempuan tirinya pada Jumaat. Terdahulu – Kes Dadah: Zarina Anjoulie Kini Ditahan Di Penjara Kajang Seperti dilaporkan oleh mStar Online, pelakon berkenaan yang dijamin oleh adik tirinya itu keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya kira-kira pada pukul 10 pagi dengan memakai baju-T berwarna kelabu dan bercermin mata gelap. Dikatakan juga, dia kelihatan tenang. |
| You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan