RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Zarina Anjoulie Keluar Lokap DIjamin Adik Tiri

Posted: 04 Jan 2013 03:29 PM PST

Selepas tiga hari dua malam meringkuk dalam Penjara Kajang, pelakon dan model seksi berkontroversi, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, atau lebih dikenali sebagai Zarina Anjoulie akhirnya dijamin adik perempuan tirinya di Mahkamah Petaling Jaya, semalam.

Adik tiri Zarina bayar RM2,000 untuk membolehkan Zarina keluar dari lokap dan bebas sementara tunggu sebutan kes 8 Februari depan.

Pelakon drama bersiri Anak Pontianak yang memakai baju T kelabu, seluar panjang merah jambu dan berkaca mata hitam itu dijamin keluar dari bilik lokap kira-kira jam 10 pagi dalam keadaan yang tenang.

Adik tiri Zarina telah membayar RM2,000 bagi membolehkan Zarina keluar dari lokap dan bebas sementara menunggu sebutan kes 8 Februari depan.

Celebrity Guest - Zarina Anjoulie

Pada 2 Januari lalu, Zarina dan teman lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, masing-masing tak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nazri Omran.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa di Mahkamah Majistret di atas kesalahan memiliki dua biji pil Eramin 5 anggaran seberat 0.6 gram, di sebuah kediaman di nombor C-3-10, Armanee Condominium, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, pukul 5.30 petang pada 30 Disember lalu.

Kedua-duanya pelajar sebuah kolej swasta itu, dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh, yang mengaku tidak bersalah, dijamin RM2,000 sementara menunggu sebutan semula kes pada 8 Februari depan.

Hanya Mohamad Fakhruzaim dapat mengemukakan penjamin pada hari yang sama menerusi abangnya manakala Zarina Anjoulie terpaksa dihantar ke penjara kerana tiada ahli keluarga yang hadir untuk menjaminnya.

Nazri memerintahkan kedua-dua tertuduh hanya boleh dijamin oleh ahli keluarga sahaja.

Ini bukan kali pertama Zarina didakwa atas kesalahan yang sama, sebelum ini pun pernah ditahan kerana dadah.

ZARINA AN JOLIE

Yeay! I'm free now!

ZARINA AN JOLIE

"I tak bersalah beb…"

Komen via Facebook

Komen

Sinopsis Drama Dalam Setiap Sujud Lakonan Keith Foo & Nur Fathia

Posted: 04 Jan 2013 05:45 AM PST

DRAMA DALAM SETIAP SUJUD PERTEMUKAN FATHIA DAN KEITH FOO

Dalam Setiap Sujud drama terbaru yang diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin akan menggantikan drama Terlanjur Cinta bermula 8 Januari ini, pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam.

Dalam Setiap Sujud diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Yogjakarta.

Dalam Setiap Sujud akan menggantikan drama Terlanjur Cinta bermula 8 Januari ini, pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam.

Drama Dalam Setiap Sujud yang akan bersiaran selam 14 episod ini akan menampilkan Nur Fathia, Azlee Khairi dan Keith Foo sebagai pelakon utama. Dalam Setiap Sujud turut dibantu pelakon baru seperti Elfaeza Ul-Haq, Syatilla Melvin dan Aidil Aziz serta pelakon berpengalaman seperti Rozie Othman, Watie Sadali, Mak Engku dan Idris Md Diah.

Kemunculan istimewa Keith Foo pelakon dan model yang berasal dari Malaysia tetapi kini sedang hangat menempa nama di Indonesia buat pertama kali di TV9 dan di Malaysia, pastinya akan meninggalkan impak tersendiri di hati para peminatnya dengan membawakan watak Hendra yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi di Yogyakarta.

Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.

Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah yang juga bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (Azlee Khairi).

Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza UI Haq).

Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya. Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima pilihan ibunya itu jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu Fareez berjanji akan membuatkan Jannah tersiksa dengan hidup bersamanya.

Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakan Jannah? Jangan lupa untuk mengikuti drama menarik Dalam Setiap Sujud ini bagi mengetahui kesudahannya hanya di TV9!

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan