Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Bingkisan Maulidur Rasul Unic
- Awie Bakal Buka Tiga Lagi Kelab Malam
- Hans Isaac Rancang Kahwin Tahun Depan
- 'Shahwadi Coture' Guna Fesyen Angkat Imej Artis
- Pitt Den Wakili Malaysia Pertandingan Tarian Di Jepun
- Publisiti Klangit
- Dalmatian mahu tukar nama
- Buaya Bujang Suai akhirnya tumpas
- Jurutera bersyukur dapat pulang
- Bicara tuntutan nafkah Rita 21 Mac
- Suami bakar motosikal isteri dijel
- Budak dilari penyamun Storm
- 18 kaki judi belangkas dicekup
- Gadis lari ikut keluarga tunang
- Polis Colombia rampas 3.8 tan kokain
- Lagi insiden tembakan di institusi pengajian AS
- Kereta hibrid bergerak guna udara
- Satelit 'mati' akan dikitar semula
- Medium teknologi dekati anak muda
- Medium dakwah orang muda
- Mengejutkan orang ramai di CES 2013
- Inisiatif Doktor Muda SK Perpaduan
- Zain Saidin Enggan Rozita Jadi Mangsa Gosip Lelaki Lain
- 'Saya Bukan Pondan Dan Mampu Kahwin' - Roslan Shah
- Amanda Imani Pelik Tidak Popular Di Negara Sendiri
| Posted: 23 Jan 2013 06:29 PM PST ![]() UNIC menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini dengan menampilkan album, Selawat Relaksasi. KEMUNCULAN album yang mengetengahkan zikir dan selawat sebagai taruhan melodi utama dalam berkarya kebelakangan ini nyata mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Kebangkitan alunan zikir dan selawat dalam industri nasyid tempatan juga boleh disifatkan sebagai sesuatu yang amat memberangsangkan permintaannya. Kumpulan nasyid tersohor tanah air juga, Unic tidak ketinggalan untuk merakamkan album genre tersebut. Kini Unic muncul dengan album berjudul, Selawat Relaksasi sebagai buah tangan buat para peminat mereka. "Album yang sarat dengan selawat ini telah disuntik dengan beberapa kelainan dari segi susunan muzik instrumentalnya, melodi serta elemen meditasi yang jelas ditonjolkan menerusi 13 track selawat yang diperdengarkan," ujar eksekutif perhubungan awam Unicdotmy Pro Sdn. Bhd.@Unic Records, Nur Atilia Mansor. Tambahnya, bersesuaian dengan sambutan Maulidur Rasul pada hari ini, album yang menyajikan himpunan selawat seperti Selawat Fatih, Selawat Syifa, Selawat Arzaq, Selawat Anwar dan banyak lagi ini nyata sangat tepat dijadikan pilihan pencinta Rasulullah SAW saat ini. "Ini kerana ia mengandungi pelbagai pilihan selawat yang mendamaikan yang mana turut boleh dijadikan bahan untuk meredakan tekanan perasaan mahupun fikiran. "Di samping itu, selain dapat meningkatkan kecintaan dan kerinduan terhadap Rasulullah SAW, lebih-lebih lagi pada hari keputeraan Baginda ini. Selawat yang terdapat dalam album ini juga turut disertakan bersama dengan maksud bagi setiap track pilihan.
"Oleh itu, pendengar akan lebih memahami, menjiwai dan menghayati tiap bait selawat yang dialunkan dalam album," ujar Atilia. Katanya: "Elemen meditasi yang cukup kuat dalam album ini turut berjaya membuai para pendengar dengan satu perasaan yang cukup melegakan tiap kali mendengarnya. Tambahan pula jika mereka berada dalam keadaan stres mahupun ketegangan fikiran." Selain itu menurut Atilia lagi, muzik hasil susunan Along Exist ini juga kedengaran begitu halus dan teliti dalam meresapi rohani dan jasmani pendengar. "Unic juga percaya bahawa selawat dalam album ini juga mampu menurunkan gelombang di dalam badan pendengar sekali gus meletakkan pendengar sentiasa dalam keadaan tenang, aman dan lapang." Album terbitan Unic Records dan edaran oleh InTeam Records Sdn.Bhd ini sudah berada di pasaran dan setiap satu dijual dengan harga RM19.90 atau boleh dibeli di unicmyshop menerusi www.unic.my. Sebarang pertanyaan atau tempahan mengenai album ini, sila hubungi pejabat urusan Unicdotmy Pro Sdn. Bhd. menerusi talian 03-6186 4300/03-6177 4225 atau e-mel order@unic.my. | ||
| Awie Bakal Buka Tiga Lagi Kelab Malam Posted: 23 Jan 2013 06:28 PM PST AwieAwie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi. "Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya. "Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu. Awie berkata demikian sebagai mengulas laporan beberapa portal susulan perasaan tidak puas hatinya dengan pihak media yang bertanyakan perkara tersebut semasa malam gala filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dekat sini malam Selasa lalu. Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti. "Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya? "Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?" jelasnya dalam nada kesal. Inilah bistro milik Awie yang terletak di Ipoh. Gambar petikan beritasemasa.com."Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu. "Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan? "Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?" soalnya yang berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi. Sementara itu, mengenai watak Husin dalam filem sekuel kepada Hantu Kak Limah Balik Rumah yang dilakonkannya itu Awie berkata, komitmen pada kali ini adalah lebih mencabar kerana dia perlu menterjemahkan Husin yang berada dalam kedukaan selepas diisytiharkan muflis. "Penceritaan filem kali ini lebih bersahaja tetapi berat. Watak Husin tidak jauh berbeza berbanding filem pertama Hantu Kak Limah Balik Rumah sebelum ini. "Cuma pada kali ini dia kurang ceria kerana berada dalam keadaan murung dan bersedih selepas diisytiharkan muflis," katanya yang baharu menamatkan penggambaran filem Zombie Kilang Biskut. | ||
| Hans Isaac Rancang Kahwin Tahun Depan Posted: 23 Jan 2013 06:27 PM PST Hans IsaacHans atau nama sebenar Gerald Hans Isaac, 42, berkata, dia kini sudah bersedia untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kehidupan peribadi selepas kematian ibunya Carmina Anciano Isaac, 74, pada 13 Ogos 2012. "Dua, tiga tahun lepas saya memberikan tumpuan penuh kepada ibu yang sakit dan meletakkan soal hubungan ke tepi buat seketika. "Kini apabila ibu sudah tiada, tibalah masa untuk diri sendiri. Paling awal pun saya sasarkan untuk berkahwin pada pertengahan 2014," katanya. Pengarah filem Cuci itu ditemui pada pelancaran filem Lawak Ke Der 2 di Hotel Premiera di sini, petang Rabu. Filem yang diterbitkan daripada rakaman pementasan yang sama di Istana Budaya pada Februari 2012 bakal ditayangkan pada 7 Mac depan. Hans berkata, soal berumah tangga bukan perkara remeh yang boleh diambil mudah dan ia memerlukan persiapan dan keputusan yang tepat. "Saya memang hendak berkahwin tetapi soal kahwin bukan perkara yang boleh dibuat main-main. "Saya mahu perkahwinan yang kekal bukan bercerai-berai selepas tempoh tertentu. Saya perlukan waktu dan pasangan yang sesuai," katanya. Ditanya mengenai keintimannya dengan aktres dan pengacara Neelofa, Hans berkata, mereka masih berkawan rapat tetapi enggan berkongsi sejauh manakah mengenai tahap hubungan itu. "Kami berkawan tetapi saya tidak mahu ulas lanjut sejauh mana hubungan kami. "Jika hubungan itu berkesudahan dengan kebaikan atau keburukan, ia akan meninggalkan impak yang kurang manis kepada kami jika asyik bercerita mengenainya," katanya. Hans berkata, dia juga tidak mahu liputan berterusan mengenai hubungan itu kerana merasakan ia akan mencemarkan publisiti filemnya akan datang iaitu Lemak Kampung Santan. "Kami berlakon bersama dalam filem Lemak Kampung Santan yang akan keluar pada 29 Mei depan. "Saya tidak mahu filem itu keluar dengan promosi murah begini (gosip bercinta)," katanya. Filem Lawak Ke Der 2 yang membariskan Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Harith Iskander, Nabil, Johan dan Zizan Razak bakal menemui penonton di 70 pawagam di seluruh negara. Ia juga akan ditayangkan di beberapa pawagam di Brunei dan Singapura. | ||
| 'Shahwadi Coture' Guna Fesyen Angkat Imej Artis Posted: 23 Jan 2013 06:26 PM PST Salah satu contoh fesyen terkini di Shahwadi Coture.Pengusahanya Shawadi Juwal, 27, berkata, perkara itu penting kerana busana yang digayakan oleh seseorang artis itu akan dinilai oleh khalayak khususnya bagi mereka yang meminati dunia fesyen. Dalam masa yang sama katanya, ia menggalakkan idea-idea baru terhadap karya-karya yang berbeza, kreatif dan lebih menarik. "Saya percaya fesyen yang digayakan oleh seseorang artis itu mampu menaikkan jenama sesebuah butik selain menggalakkan persaingan sihat terhadap industri fesyen melibatkan selebriti di negara ini," katanya kepada mStar Online. Walaupun Shahwadie Habshah Couture tidak sehebat jenama butik lain ketika ini namun kata Shawadi sudah ramai artis tempatan telah mencuba pakaian rekaannya untuk diperagakan seperti Alyah, Marsha, Salamiah Hassan, Jaclyn Victor dan juga artis 80-an iaitu Azie. Sebahagian daripada rakan selebriti yang menghadiri pembukaan Shahwadi Coture pada 18 Januari lalu.Ia turut menggabungkan material berkualiti yang diimport dari luar negara seperti China, India, Perancis dan juga Jerman selain menekankan konsep kilauan batu "swarovski" pada busana yang dihasilkan. Malah lebih mustahak sentuhan di butik ini hanya menekankan kepada gabungan dua warna berbeza berbanding sesetengah pakaian lain yang menekankan corak warna pelbagai atau "colour full." "Kami menggabungkan dua warna sahaja dalam setiap rekaan. Kami tak mahu nampak terlalu "colour full" kerana pada tahun 2013 ini, konsep dua warna dilihat akan lebih elegan," katanya. Tambah beliau, selain menyediakan pakaian yang sudah lengkap, butik berkenaan turut berperanan sebagai konsultan kepada mana-mana individu termasuk artis-artis tempatan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat fesyen yang diinginkan. Shahwadi (kiri) bersama rakan kongsinya Fendy.Jelas Shahwadi lagi, butiknya yang dibuka sejak November tahun lalu turut giat menghasilkan pelbagai jenis corak pakaian sebagai persediaan untuk dipertontonkan di pentas peragaan pertengahan tahun ini. "Kami akan hasilkan kira-kira 50 rekaan berbeza untuk digayakan dalam satu majlis pertunjukan fesyen yang dijangka berlangsung pada Jun nanti," jelasnya. Individu yang berminat untuk melihat sendiri rekaan-rekaan terbaharu dari Shahwadie Habshah Couture bolehlah melayari Faceebook/Shahwadi atau berkunjung ke lokasinya yang terletak di No. 78, Jalan PJS 5/30, Petaling Jaya Commercial City (PJCC), Taman Datuk Harun, 46000 Petaling Jaya, Selangor. Telefon: 017-2110350 | ||
| Pitt Den Wakili Malaysia Pertandingan Tarian Di Jepun Posted: 23 Jan 2013 06:25 PM PST Pitt Den mensasarkan untuk menang pada pertandingan Gatsby 5th Dance Competition dan bakal mewakili negara ke Jepun.Pitt atau nama sebenarnya Teh Pitt Den, 24, berkata kemenangan itu cukup bermakna kerana dia memang menyasarkan untuk menang ketika menyertai acara tersebut. "Saya berasa sungguh teruja. Memang saya mahu menang pertandingan ini dan merancang untuk kejayaan ini sejak awal. "Ini adalah percubaan kali kedua. Pada tahun lepas saya hanya menang tempat ketiga tetapi pada kali ini nasib menyebelahi saya," katanya ketika ditemui mStar Online di Sunway Pyramid Ice di sini, baru-baru ini. Selaku juara, Pitt membawa pulang RM2,000, trofi dan produk Gatsby. Pemuda dari Pulau Pinang itu juga bakal mewakili negara bagi bersaing dengan tujuh pemenang dari negara lain pada Gatsby Dance Competition Asia Final pada 2 Mac depan di Tokyo, Jepun. ![]() Pitt berkata, dia bertuah apabila gerak tarinya memikat hati para juri walaupun persiapannya dilakukan dalam tempoh seminggu sebelum pertandingan berlangsung. "Pada awalnya, saya merancang untuk lakukan persiapan tiga bulan sebelum pertandingan tetapi disebabkan sikap malas, persiapan itu tertangguh sehingga ke minggu terakhir. "Saya sempat mempersiapkan koreografi tarian dalam tempoh seminggu sahaja sebenarnya," katanya. Ditanya persiapan menjelang pertandingan akhir di Jepun, Pitt berkata, dia masih belum terfikir mengenai koreografi yang bakal dipersembahkan kelak. Pertandingan akhir peringkat kebangsaan pada Sabtu lalu menyaksikan persaingan 10 peserta dalam menempah tempat sebagai wakil negara. Ia diadili penari selebriti terkenal Jepun iaitu Fishboy, Boojae Fadzil (Floor Fever) dan Fellest Yan (Royal Phantom Crew). | ||
| Posted: 23 Jan 2013 06:22 PM PST
KLANGIT atau ke laut? Itulah ungkapan sinis yang keluar dari mulut peminat muzik tempatan memberi persepsi tentang kumpulan yang menggelarkan diri mereka Klangit. Ia tercetus selepas persembahan Klangit pada malam majlis gemilang Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM 19) yang berlangsung tahun lalu dianggap tidak memuaskan. Lontaran vokal Klangit iaitu Ary atau nama sebenarnya, Muhamad Nur Hadre Ayub di pentas AIM 19 dilabelkan sebagai 'hancur'. Namun, bagi tiga orang jejaka penggerak nadi Klangit yang sebelum ini muncul dengan single hit mereka, Sesal Mendua iaitu Muhamad Nur Hadre Ayub atau Ary (vokalis), Mohd. Izwan Ahmad Mahayuddin atau Ewan (gitar utama) dan Mohd. Haris Muhamad atau Haris (gitar bass), komen-komen negatif yang melanda kumpulan mereka itu tidak mematahkan semangat mereka. Malah, ia menjadi pencetus buat mereka untuk terus berusaha lebih keras bagi menempa nama dalam industri muzik tempatan sejak lima tahun lalu. Ketika ditemui pada majlis pelancaran album sulung mereka yang berjudul Dewi, bertempat di Hard Rock Café, Kuala Lumpur baru-baru ini, mereka seperti sedia maklum bahawa isu tersebut pasti akan diungkit walaupun isu itu bukan baru diperkatakan. Mengakui kesilapan yang dilakukan, tutur Ary, selepas persembahan pada AIM 19, mereka dihujani banyak komen negatif menerusi laman sosial Twitter milik masing-masing. "Memang saya sedar tentang kesalahan tersebut dan selepas menonton semula video persembahan kami di AIM 19, saya cuba untuk berubah dan memperbaiki kesilapan serta kelemahan yang jelas kelihatan. Mungkin apa yang saya dapat belajar ialah saya perlu kurangkan keterujaan dalam diri dan tidak terlalu terlonjak-lonjak semasa membuat persembahan. "Walaupun begitu, sebenarnya itu (persembahan) memang cara saya sejak kali pertama Klangit ditubuhkan. Namun tidak dinafikan juga, secara tidak langsung, kami mendapat publisiti yang tidak disangka iaitu dengan penambahan pengikut di Twitter," jelas Ary.
Band Indonesia Sudah menjadi lumrah perangai manusia yang mana keburukan akan lebih diingati berbanding kebaikan yang dilakukan. Sejak malam tersebut, mungkin peminat sudah kurang percaya dengan bakat Klangit terutama vokal Ary. Sebagai sebuah band yang baru ingin membina nama, tanggapan awal sangat penting, namun apa yang terjadi kepada Klangit, mereka seperti mensia-siakan peluang besar yang diberi kepada mereka. Jadi, untuk mengembalikan kepercayaan peminat, bicara Ary walaupun mendapat kritikan hebat, namun ada peminat yang masih mempercayai bakat yang wujud dalam Klangit. "Alhamdulillah, selepas AIM 19, walaupun teruk kena kutuk, namun persepsi peminat terhadap kami masih lagi pada tahap yang baik dan bilangan peminat kami meningkat jumlahnya. Saya sendiri memang pelik dengan keadaan tersebut. "Sejujurnya, saya akui, malam AIM 19 itu memang rasa bersalah dengan keadaan yang terjadi. Ini kerana kesalahan yang jelas ialah tentang vokal. "Saya minta maaf dan itu sahaja yang saya boleh pinta daripada semua orang dan saya akan perbaikinya. "Namun, jika sudah diperbaiki namun masih ia berlaku lagi, mungkin saya harus terima hakikatnya bahawa memang ia sudah sebati dengan diri ini," ujar Ary lagi. Selain itu, mungkin pada mulanya peminat menganggap Klangit merupakan sebuah band Indonesia jika merujuk kepada konsep muzik dan alunan vokal yang dipersembahkan Ary selaku vokalis Klangit. Akui Ary, ini kerana mungkin lirik dan lagunya ditulis oleh seorang warga Indonesia, maka sedikit sebanyak pasti ia kedengaran seperti konsep band Indonesia. ![]() VOKAL Ary yang kedengaran sama seperti vokalis band-band dari Indonesia membuatkan peminat mereka keliru tentang negara asal Klangit. "Kami 100 peratus band dari Malaysia. Cuma, penulis lagu kami merupakan orang Indonesia iaitu Panji Sakti. Selain itu khidmat Panji digunakan kerana kami ingin kekalkan imej awal iaitu sejak Klangit muncul dengan single Sesal Mendua lagi. Semua lagu dalam album pertama kami ini diselaraskan muziknya supaya sama dengan Sesal Mendua yang membuatkan kami dikenali sebelum ini. "Bukan tidak berani keluar dari kepompong Panji akan tetapi, kami masih baharu dan ini percubaan kali pertama jadi mungkin kami ingin mengambil langkah selamat dan belum yakin dengan bakat menulis kami," jelas Ary. Tambahnya, memang sentuhan Panji berbunyi seakan-akan lagu Indonesia, namun apabila mereka bawakan lagu tersebut, Klangit sendiri berusaha untuk tidak kedengaran seperti band dari negara seberang itu. | ||
| Posted: 23 Jan 2013 06:20 PM PST ![]() KUMPULAN Dalmatian kini dikenali sebagai DMTN. MENJELANG kemunculan semula kumpulan terkenal Dalmatian, mereka sudah memutuskan untuk menggantikan nama dan ingin dikenali sebagai DMTN selepas ini. Seperti yang dipetik daripada laman web soompi.com, biarpun nama baharu yang dipilih seakan-akan sama dengan nama asal, tetapi ia merupakan singkatan kepada perkataan Desire, Motivation, Timing dan Now. "Kami ingin tampilkan sesuatu yang berbeza dengan imej yang lebih dewasa. Memang tidak banyak kumpulan yang akan menukar nama, namun keputusan ini dibuat secara bersama," ujar salah seorang ahli kumpulan iaitu Daniel yang turut mencadangkan nama tersebut. Pada tahun lalu, kumpulan tersebut sudah mengalami banyak perubahan termasuk pertukaran ahli dan agensi yang menguruskan mereka. Kini segala pergerakan karier mereka diuruskan oleh Two Walks Entertainment. | ||
| Buaya Bujang Suai akhirnya tumpas Posted: 23 Jan 2013 06:19 PM PST ![]() ANGSA (tengah) bersama dua pawang buaya, Nyegang (kiri) dan Agong, selepas berjaya menangkap buaya Bujang Suai di Sungai Suai, Miri semalam. MIRI – Seekor buaya ganas yang menjadi buruan selepas membaham seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Kampung Iran Suai sebulan lalu akhirnya berjaya ditangkap dan dibunuh dekat sini semalam. Sang bedal yang mendapat jolokan Bujang Suai itu tumpas di tangan dua pawang buaya tempatan, Nyegang Nawing, 53, dan Agong Reyang, 70, yang menggunakan pancing berumpankan daging babi. Buaya jantan seberat hampir 300 kilogram dan sepanjang empat meter itu disahkan sebagai Bujang Suai berdasarkan kesan tembakan di bahagian bawah rahangnya yang dilepaskan bapa mangsa, Angsa Ludang, 45, dalam usaha mendapatkan Jerry Apat Angsa, 11, yang digonggong reptilia tersebut selama beberapa jam pada 22 Disember lalu. Menurut Angsa, buaya itu ditangkap hidup-hidup oleh kedua-dua pawang berkenaan pada pukul 8 pagi semalam selepas memakan umpan yang dipasang di Sungai Suai, kira-kira dua kilometer dari Rumah Panjang Sulang Suai. | ||
| Jurutera bersyukur dapat pulang Posted: 23 Jan 2013 06:18 PM PST ![]() RAVI (kanan) berkata sesuatu kepada isterinya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas semalam. GEORGE TOWN – Jurutera rakyat Malaysia, K. Ravi, 48, yang menjadi salah seorang tebusan kumpulan militan di loji gas In Amenas, Algeria pada 17 Januari lalu bersyukur dan melahirkan rasa gembira kerana dapat pulang ke tanah air. Dia bersama 191 pekerja lain yang menjadi mangsa tebusan kira-kira 72 jam itu berjaya diselamatkan setelah pasukan komando Algeria melancarkan serangan besar-besaran menggunakan helikopter penggempur dua hari kemudian. Ravi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 5.45 petang semalam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kepulangannya disambut isteri, Doreen Michael Tajie, 45, dan dua anaknya, R. Vijayabalan, 19, dan R. Sharmilah, 18, serta ahli keluarga yang lain. Sebaik tiba, Ravi terus dipeluk isteri dan dua anaknya selama beberapa minit. | ||
| Bicara tuntutan nafkah Rita 21 Mac Posted: 23 Jan 2013 06:16 PM PST
PETALING JAYA – Pelakon Rita Rudaini Mokhtar yang kini digantung tidak bertali oleh suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak berpeluang memberi keterangan dalam kes tuntutan nafkah pada 21 Mac depan di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari di sini. Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah menetapkan perbicaraan untuk kes tuntutan berkenaan semalam selepas peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie yang mewakili defendan, Aidil, 26, memaklumkan telah memfailkan afidavit pembelaan pagi kelmarin. Peguam syarie, Datuk Zaidi Mohd. Zain yang mewakili Rita selaku plaintif turut mengesahkan telah menerima penyataan pembelaan tersebut. Kedua-dua pihak kemudian bersetuju supaya tarikh perbicaraan ditetapkan. Rita memfailkan tuntutan nafkah bagi dirinya dan dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 2, pada 8 November 2012 selepas Aidil didakwa meninggalkan rumah kelamin mereka sejak Februari tahun lalu. Terdahulu, Abd. Halim berkata, proses sulh antara plaintif dan defendan gagal disebabkan pemain bola tersebut yang kini bernaung di bawah pasukan Johor Darul Takzim (JDT) tidak pernah hadir ke mahkamah. | ||
| Suami bakar motosikal isteri dijel Posted: 23 Jan 2013 06:15 PM PST
KOTA BHARU – Seorang penganggur menerima balasan atas perbuatannya membakar motosikal milik isterinya pada Sabtu lalu apabila Mahkamah Majistret di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun terhadap tertuduh. Mohd. Zulkarnain Mohamad Sapi (gambar), 33, didakwa bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya yang memfailkan perceraian di mahkamah. Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohd. Zulkarnain selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat itu. Mengikut pertuduhan, Mohd. Zulkarnain didakwa membakar motosikal Ritz RU110 milik isterinya, Che Norlizawati Che Mohd. Noor, 30, di sebuah rumah sewa di belakang Sekolah Kebangsaan Sri Bemban, Berek 12, di sini pada pukul 12.30 tengah hari, 19 Januari lalu. | ||
| Posted: 23 Jan 2013 06:14 PM PST ![]() SARINA dan Zailani bersyukur kerana anak mereka, Mohd. Darwish Aniq ditemui selamat selepas dilarikan penjenayah di sebuah stesen minyak di Kijal, Kemaman semalam. KUALA TERENGGANU – Tindakan sepasang suami isteri meninggalkan anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun dalam Mitsubishi Storm dengan enjin hidup di sebuah stesen minyak di Kijal, Kemaman mengundang padah apabila budak itu dan kenderaan tersebut dilarikan penyamun. Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi semalam ketika mangsa yang sedang tidur di tempat duduk belakang kenderaan tersebut ditinggalkan oleh ibu bapanya yang masuk ke tandas. Melihat kenderaan itu tidak dikunci dan enjin hidup memudahkan kerja seorang penjenayah yang terus masuk ke dalam kenderaan tersebut dan memandunya ke arah Dungun. Kejadian tersebut disedari ibu bapa mangsa yang berusia 37 dan 42 tahun apabila mereka melihat kenderaan itu bergerak. Pasangan suami isteri itu terus menghubungi polis. Sebelum kejadian, tiga beranak itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Kijal menuju ke Chukai, Kemaman untuk urusan perniagaan sebelum singgah di stesen minyak berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, selepas menerima maklumat tersebut, polis terus membuat operasi dan berjaya mengesan kenderaan tersebut di Kerteh. | ||
| 18 kaki judi belangkas dicekup Posted: 23 Jan 2013 06:05 PM PST ![]() SEBAHAGIAN daripada lelaki yang ditahan ketika bermain judi belangkas di Melaka kelmarin. ALOR GAJAH – Keseronokan 18 lelaki bermain judi belangkas terbantut apabila polis menyerbu tempat perjudian itu yang terletak berhampiran sebuah kuil di hutan Kuala Ina, Tampin di sini malam kelmarin. Ketika serbuan pada pukul 7.30 malam itu, kesemua lelaki yang berusia 20 hingga 55 tahun berkenaan sedang sibuk membaling buah dadu dengan wang pertaruhan berjumlah RM41,077. Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Deputi Superintendan Tan Tin Heng berkata, serbuan dilakukan selepas intipan dibuat sejak seminggu lalu. "Kegiatan berkenaan bermula pada pukul 5.30 petang hingga 9.30 malam dan kebanyakan kaki judi merupakan penduduk tempatan. "Polis percaya kegiatan itu telah dilakukan sejak tiga minggu lalu," katanya ketika ditemui di sini kelmarin. Tin Heng memberitahu, berdasarkan penemuan wang pertaruhan berjumlah RM41,007 itu, pihaknya percaya setiap kaki judi melakukan pertaruhan lebih RM500 setiap seorang. | ||
| Gadis lari ikut keluarga tunang Posted: 23 Jan 2013 06:05 PM PST
TAIPING – Seorang ibu tunggal merayu bantuan orang ramai untuk mengesan anak gadisnya yang didakwa dilarikan oleh keluarga tunangnya sejak 11 Januari lalu. Wanita tersebut, Nor Ismara Mohamad, 52, mendakwa sehingga kini dia tidak menerima sebarang berita daripada anaknya, Isdayanti Islahuddin, 26. Ujarnya, Isdayanti yang menjalankan perniagaan ayam goreng di Kamunting menghilangkan diri selepas dia tidak bersetuju dengan tarikh pernikahan yang diputuskan oleh anaknya itu bersama tunang yang dikenali sebagai 'Pink'. Jelasnya, mereka saling mengenali dalam masa singkat sebelum anak gadisnya dipinang oleh lelaki tersebut pada November tahun lalu dan majlis pernikahan dijadual pada September depan. "Bagaimanapun, tanpa pengetahuan keluarga kami, mereka merancang untuk bernikah pada 23 Mac depan. "Berlaku pertengkaran antara saya dengan bakal menantu dan ibunya. Saya kemudian membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan itu," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. | ||
| Polis Colombia rampas 3.8 tan kokain Posted: 23 Jan 2013 06:03 PM PST
BOGOTA - Polis Colombia merampas 3.8 tan dadah jenis kokain di dalam beberapa buah kontena yang menuju ke Mexico kelmarin. Pengarah Polis Nasional, Jose Roberto Leon menganggarkan rampasan tersebut bernilai AS$95 juta (RM288.2 juta) di pasaran gelap di Amerika Syarikat yang menjadi pasaran utama kokain dari Colombia. Semua kontena itu yang dilabel mengandungi gliserin untuk kegunaan farmaseutikal akan dihantar dengan kapal dari pelabuhan Cartagena de Indias di Colombia menuju ke bandar Veracruz di Mexico. Polis menyiasat kontena-kontena itu selepas mendapati butiran pada dokumen eksportnya menimbulkan keraguan. Menurut pihak berkuasa, semua dadah itu dihantar oleh sindiket dadah tempatan, Los Urabenos yang mempunyai hubungan dengan kartel dadah Mexico, Los Zetas. Pada bulan lalu pihak berkuasa Colombia telah merampas kokain seberat 2.3 tan dalam dua serbuan juga di pelabuhan Cartagena. | ||
| Lagi insiden tembakan di institusi pengajian AS Posted: 23 Jan 2013 06:02 PM PST ![]() GAMBAR yang disiarkan stesen televisyen KPRC menunjukkan seorang individu yang cedera dibawa oleh beberapa petugas kecemasan di pekarangan Kolej Lone Star dekat Houston kelmarin. - Agensi HOUSTON - Seorang pemuda berusia 22 tahun didakwa berhubung insiden tembakan di sebuah kolej komuniti di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan tiga orang cedera dengan seorang parah, kata pihak berkuasa. Kejadian tembakan di kolej komuniti Lone Star yang menempatkan 10,000 pelajar dekat sini merupakan kes terbaharu melibatkan institusi pengajian AS. Pada Disember tahun lalu, seorang lelaki bersenjata menembak mati 20 kanak-kanak dan enam penduduk dewasa di Connecticut. Jurucakap pejabat Syerif Daerah Harris, Alan Bernstein berkata, pemuda tersebut, Carlton Berry didakwa kerana melakukan serangan dalam insiden tembakan di kolej itu kelmarin dengan dia kini dirawat di hospital. Pihak berkuasa memberitahu, tragedi itu bermula dengan pertengkaran melibatkan Bernstein dan seorang lagi individu sebelum bertukar menjadi kejadian tembakan. Kedua-dua orang yang terlibat dalam pertengkaran itu kini dirawat di hospital termasuk seorang wanita yang memiliki kad pengenalan pelajar. Seorang pekerja penyelenggaraan yang kebetulan berada di tempat kejadian turut ditembak di kaki. Jelas Bernstein, tiada mangsa lain yang terlibat dalam insiden tersebut setakat ini. Menurut pihak berkuasa, sepucuk pistol digunakan dalam kejadian tersebut tanpa mendedahkan butiran lanjut. Seorang petugas ambulans berkata, tiga orang telah dibawa ke beberapa hospital tempatan dengan seorang daripada mereka parah. Menurut pihak berkuasa, terdapat tiga kejadian tembakan di sekolah dan kolej di seluruh AS sejak dua minggu lalu dengan lebih dua orang maut dan sebilangan lagi cedera. | ||
| Kereta hibrid bergerak guna udara Posted: 23 Jan 2013 06:01 PM PST ![]() KERETA hibrid keluaran PSA Peugeot Citroen yang bergerak menggunakan tenaga udara mampat. PARIS - Gergasi pengeluar kereta Perancis, PSA Peugeot Citroen menyatakan rancangan untuk menjual kereta hibrid berkuasa udara mampat menjelang 2016. Menurutnya, kereta hibrid itu mampu menjimatkan petrol sebanyak 45 peratus manakala penjimatan 85 peratus dapat dicapai bagi pemanduan dalam bandar. Penjimatan tersebut, kata PSA Peugeot Citroen, dapat dicapai ekoran kereta itu bergerak menggunakan tenaga udara mampat untuk hampir keseluruhan pemanduan bandar melibatkan kelajuan kurang 70 kilometer sejam. Kebanyakan kereta hibrid masa kini dijana oleh petrol dan tenaga elektrik. Teknologi terbaharu itu juga tidak memerlukan kereta tersebut dicaj semula seperti kereta elektrik kerana udara mampat itu disedut dari persekitaran. Kereta hibrid terbaharu itu juga lebih murah untuk diselenggara kerana tidak memerlukan pertukaran sel elektrik seperti kereta hibrid masa kini. | ||
| Satelit 'mati' akan dikitar semula Posted: 23 Jan 2013 06:00 PM PST ![]() ILUSTRASI oleh DARPA menunjukkan sebuah satelit digunakan bagi mengesan komponen-komponen berharga pada satelit komunikasi yang tidak lagi berfungsi di orbit Bumi. WASHINGTON - Agensi Projek Penyelidikan Pertahanan Amerika Syarikat (DARPA) membelanjakan hampir AS$180,000.00 (RM540,00.00) untuk menguji teknologi bagi mengitar semula komponen satelit di orbit Bumi. Menurut DARPA, apabila jangka hayat sesebuah satelit tamat, beberapa bahagian tertentu seperti antena dan panel solar masih lagi berfungsi seperti biasa. Namun, sehingga kini, tiada usaha untuk menyelamatkan atau menggunakan kembali komponen-komponen tersebut Menurut pengurus programnya, David Barnhart, penggunaan semula komponen-komponen itu mampu menjimatkan kos pembuatan satelit dalam jangka masa panjang. "Kami sedang mencuba untuk menambah pelaburan bagi menguji teknologi itu di samping mencari pendekatan baharu yang mampu menjimatkan kos," katanya. Teknologi tersebut katanya, melibatkan sebuah robot mekanik dan sebuah satelit mini dihantar ke orbit untuk mengesan komponen-komponen satelit yang masih boleh digunakan. Robot mekanik itu akan menggabungkan komponen kitar semula itu dengan satelit mini bagi membina satu sistem komunikasi baharu. | ||
| Medium teknologi dekati anak muda Posted: 23 Jan 2013 05:59 PM PST ![]() MASJID Quba masjid tertua di dunia ini simbol perkembangan dakwah Islam dari Mekah ke Madinah. LAMAN sosial yang menjadi medium komunikasi harus diguna pakai oleh setiap pendakwah untuk mendekati pengguna yang rata-ratanya golongan muda. Cara berdakwah pada masa kini tidak lagi bergantung kepada komunikasi secara berdepan kerana medium teknologi itu juga mampu menyebarkan fahaman agama dengan lebih berkesan. Pensyarah Fiqh Semasa, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd. Izhar Ariff berkata, konsep berdakwah juga perlu selari dengan arus modenisasi menggunakan teknologi komunikasi sebagai medium. "Konsep ini disokong oleh ramai pemikir-pemikir Islam. "Antaranya termasuklah Dr. Abdul Karim Zaidan yang menyatakan, seorang pendakwah perlu lebih kreatif dengan menggunakan kaedah-kaedah yang ada," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya UKM Bangi baru-baru ini. Penggunaan laman sosial seperti Facebook dan Twitter boleh diaplikasikan dengan berkongsi pandangan agama, hadis-hadis dan ayat-ayat al-Quran. Melalui cara ini, pengguna akan lebih memahami agama Islam dengan lebih mudah. "Jika mereka mempunyai masalah atau kemusykilan agama, soalan tersebut boleh terus diajukan kepada pakar agama dan seterusnya mendapat respons pada kadar segera," jelasnya. Namun, jika ia melibatkan perkara-perkara berkaitan akidah yang memerlukan penjelasan lanjut, seharusnya persoalan tersebut diajukan secara bersemuka dengan para ulama. Peralihan konsep berdakwah ini tidak bercanggah dan meninggalkan kaedah yang diterapkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat kerana ia tetap berlandaskan syariat dan rujukan kitab suci al-Quran. "Pada zaman itu, konsep bahasa sastera menjadi medium dakwah kepada seluruh umat kerana al-Quran yang diturunkan mempunyai darjat dan bahasa yang sangat tinggi," ujar Mohd. Izhar yang turut bertindak sebagai penceramah dan pengacara dalam beberapa program televisyen tempatan. Kehebatan al-Quran Kehebatan al-Quran jelas terbukti hingga mampu mengubah hati bengis Saidina Umar Al-Khatab lalu sujud menyembah Allah. Umar yang tersentuh dengan keindahan dan ketinggian bait-bait bahasa dalam Surah Taha ayat satu hingga lapan, memeluk Islam selepas mendengar bacaan daripada adiknya, Fatimah. ![]() MAJLIS ilmu salah satu medium dakwah yang masih mendapat sambutan dan relevan pada masa kini. Kerancakan program pendidikan dan drama-drama mengenai Islam turut membantu meningkatkan kefahaman dan kesedaran agama Islam kepada masyarakat. "Saya amat berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh Pengerusi TV AlHijrah, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor yang mengambil berat dengan program-program dalam stesen TV itu. "Beliau memastikan setiap program dan drama yang ke udara perlu mematuhi syariat Islam termasuk hal-hal berpakaian," jelas beliau. Melalui penguatkuasaan tersebut, semakin banyak penerbit hadir dengan projek berteraskan agama Islam. Mengambil contoh Erma Fatima, Pierre Andre dan Mior Hashim Manap yang ligat memperjuangkan drama dalam genre Islamik. "Kadar penontonan amat memberangsangkan terutamanya golongan muda. Ini terbukti melalui program yang dikendalikan oleh saya iaitu Rasul Yang Kata di TV9, ia mendapat sambutan yang baik daripada anak-anak muda." jelas Mohd. Izhar lagi. Pengisian diiri Menyentuh sambutan Maulidul Rasul sempena mengingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, Mohd. Izhar beranggapan masyarakat kini hanya menyambut secara zahir sahaja. "Kita berarak, menghadiri majlis sana-sini, namun pengisian dalam diri tetap kosong. Jika kita benar-benar ingin mengikuti syariat yang ditinggalkan Rasulullah SAW, lakukan ia secara berterusan dan bukannya setakat pada satu masa sahaja. "Lihat situasi hari ini, masjid-masjid masih kosong ditambah dengan majlis-majlis agama yang semakin berkurangan dan kurang mendapat sambutan," ujarnya. Perkara utama yang perlu dilakukan, ujar Mohd. Izhar, ialah memakmurkan masjid seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika berhijrah dari Mekah ke Kota Madinah iaitu membina masjid. "Masjid merupakan tempat bermusyawarah umat Islam bagi membincangkan hal-hal agama. Ia juga menjadi tempat penyatuan para mukmin untuk bersatu memartabatkan syariat Islam," katanya. | ||
| Posted: 23 Jan 2013 05:58 PM PST
SEPERTI yang diriwayatkan Ahmad, Bukhari dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda: 'Sampaikanlah daripadaku walaupun hanya satu ayat.' Hadis itu menjelaskan supaya setiap Muslim menyebarkan dakwah walaupun dengan cara yag ringkas. Dengan erti kata lain, pengetahuan yang banyak bermula daripada penyampaian yang sedikit. Dakwah pada hari ini tidak lagi mengikut pendekatan konvensional sebaliknya telah diperluas dengan pelbagai cara mengikut kesesuaian zaman. Namun, konsep dakwah masih lagi berpaksi kepada cara yang diguna pakai oleh Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW iaitu menggunakan kata-kata (bil lisan), tulisan (bil kitabah) dan contoh amal baik (bil hal). Sejak akhir-akhir ini, konsep bil kitabah menjadi sasaran para ulama dengan mengeluarkan buku-buku ilmiah dan fiksyen yang berteraskan genre Islamik bagi menarik minat pembaca terutama golongan remaja. Dalam lambakan novel-novel cinta sesama insan dalam pasaran sejak sekian lama, pembaca diberi variasi penceritaan yang lebih menjurus kepada cinta kepada Yang Maha Esa. Ia dapat dilihat menerusi karya-karya novelis tersohor dari negara sebarang, Habiburrahman El Shirazy hingga mencetus fenomena kepada pergerakan dan perkembangan genre Islamik. Novel-novel beliau diangkat ke layar perak dan drama sebagai perlambangan kepada kejayaan genre yang sering diabaikan kepentingannya. Tempias kehangatan novel dan filem dalam genre Islamik turut terasa hingga ke negara-negara jiran termasuk di Malaysia. Perlahan-lahan ia mula meresapi industri penulisan dan perfileman tempatan melalui naskhah-naskhah berteraskan cinta kepada agama. Ia ditambah lagi dengan kewujudan stesen televisyen seperti AlHijrah dan Astro Oasis yang mengangkat martabat Islam dalam rancangan dan program terbitan mereka. Kerancakan dakwah melalui seni ini dipandang sebagai peluang kepada para pendakwah untuk turut sama dalam menyampaikan ajaran Islam dengan lebih telus dan mudah difahami. Akhlak peribadi Penyampaian dakwah daripada golongan bijak pandai agama ini perlu kerana mereka lebih memahami dan menjadi kepakaran mereka untuk mengulas sesuatu permasalahan. Menurut penulis novel Warkah Cinta Berbau Syurga, A. Ubaidillah Alias, niatnya menulis kerana rasa tanggungjawab untuk memberi fahaman dan pengajaran kepada pembaca agar lebih peka kepada maruah dan akhlak peribadi yang tinggi. "Dorongan paling kuat untuk saya menulis kerana terasa tersinggung dengan segelintir sikap pengkarya yang tidak peka dengan sensitiviti agama. "Mereka cuba membuat karya berbentuk Islamik, namun akhirnya mesej yang cuba disampaikan tidak kesampaian, sehinggakan ada yang memperlekehkan ajaran Islam itu sendiri," ujarnya ketika ditemui di KL Sentral baru-baru ini. ![]() SEBAHAGIAN pelajar yang mengikuti kelas menyalin semula al-Quran peribadi di Yayasan Restu. Graduan Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir itu menjelaskan, perubahan bidang kerjaya daripada bidang agama kepada dunia penulisan novel dan skrip dianggap sebagai cabaran yang perlu ditempuh untuk memastikan prejudis terhadap agama Islam dapat terhakis. Minatnya untuk menulis berputik sejak usia remaja. Beliau mula aktif menulis cerpen-cerpan fiksyen ketika berumur 15 tahun. "Saya belajar menulis cerpen dengan ramai mentor antaranya Nazmi Yaakub, kemudian belajar menulis novel dengan beberapa rakan seperti Khusyri Amiza. "Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepada saya mengembangkan bakat dalam penulisan skrip melalui tunjuk ajar daripada Ummu Hani Abu Hasan Morad dan Mior Hashim Manap," imbasnya. Konflik cinta Buku pertama beliau, Sekudus Nur Ilahi diterbitkan pada tahun 2006 merupakan sebuah naskhah grafik Islamik mengenai konflik cinta antara dua insan berlainan agama. Novel kedua iaitu Warkah Cinta Berbau Syurga diterbitkan pada tahun 2008 membawa perubahan dalam karier penulisan A. Ubaidillah apabila naskhahnya itu diadaptasi ke dalam drama TV 12 episod. "Perkembangan drama dan filem dalam genre Islamik sekarang amat menggalakkan apabila semakin ramai mencuba untuk menerbitkan sebegini. "Saya melihat ia sebagai satu peralihan yang amat baik memandangkan penonton lebih mengangkat watak-watak antagonis sebagai hero mereka. Orang kita masih belum dapat menerima watak seorang ulama yang menjadi ketua dalam organisasi besar," ujarnya. Memilih konsep cinta, A. Ubaidillah beranggapan ia lebih mudah menarik perhatian golongan muda dalam penyampaian cerita namun diselitkan dengan nilai-nilai agama yang menjadi teras kepada keseluruhan penceritaan. ![]() SALAH satu babak yang terdapat dalam drama Warkah Cinta yang dilakonkan oleh Heliza Helmi dan Imam Muda Nazrul Izwan. Drama Warkah Cinta yang ditayangkan di stesen televisyen AlHijrah mendapat respons yang sangat memberangsangkan hingga ia dilanjutkan dengan jalan cerita baharu. "Ia merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan kerana drama Islamik terbitan produksi tempatan juga mampu menarik minat orang ramai yang selama ini hanya dihidangkan genre sedemikian dari drama negara jiran," ujar pengarah, Mior Hashim Manap melalui produksi miliknya, Al-Kahfi Pictures. Skrip yang ditulis sendiri oleh Ubaidillah sebenarnya mahu dijadikan dalam medium filem tiga tahun lepas. Namun ia tidak dapat direalisasikan kerana beberapa kekangan yang menghalang impian itu. "Apabila produksi membawa cerita berunsur Islamik, mereka hanya dipandang sepi tanpa diberi sebarang bantuan," ujar Mior Hashim yang pernah berlakon di bawah arahan Seniwati Saadiah melalui filem Ceritamu Ceritaku. Selain kekuatan jalan cerita, drama itu turut dibantu dengan pemilihan pelakon yang berkarisma untuk menghidupkan setiap watak. Satu tanggungjawab "Kita memang ramai pelakon yang berkaliber, namun ia sangat berbeza jika diberi kepada mereka yang arif tidak kira dalam atau luar kamera," ujarnya. Ia merujuk kepada pemilihan Imam Muda Nazrul Izwan yang diberi watak utama dalam drama Warkah Cinta digandingkan bersama Heliza Helmi. "Memang terdapat perbezaan jika menggunakan pelakon yang memahami setiap butir bicara yang diucapkan. Malah, lakonan mereka lebih menyakinkan melalui pengucapan dan kefahaman dalam agama," jelasnya. Mengakui agak sedikit terlambat menampilkan cerita dalam genre Islamik, perjuangan Mior Hashim bukan kerana permintaan atau trend semasa. "Ia merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang pengarah untuk menerbitkan cerita yang mampu membawa kebaikan kepada orang yang menonton." Perjalanan Mior Hashim tidak terhenti dengan hanya satu naskhah sahaja kerana beliau akan muncul dengan karya-karya baharu. Antaranya Cinta Kun Fayakun, Cinta Dan Wahyu dan beberapa judul yang masih dalam pertimbangan. Harapan Mior Hashim, drama-drama genre Islamik tidak sekadar menjadi ikutan sementara sahaja malah perlu diteruskan sebagai medium dakwah kepada golongan belia khususnya. | ||
| Mengejutkan orang ramai di CES 2013 Posted: 23 Jan 2013 05:56 PM PST
PEMAIN-PEMAIN industri pembuatan televisyen dunia berlumba-lumba menunjukkan produk terbaharu mereka yang lebih besar dan paparan lebih menarik dengan pelbagai teknologi yang lebih pintar untuk para pelanggan yang mahukan pengalaman menonton berbilang skrin. Syarikat-syarikat seperti Samsung, Sony, LG, Sharp dan Panasonic menayangkan evolusi terbaharu televisyen mereka pada Pameran Elektronik Pengguna (CES 2013) yang berlangsung di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat (AS). Acara yang berlangsung pada awal Januari lalu itu memperlihat generasi televisyen baharu yang dikenali sebagai Ultra HD (Ultra Berdefinisi Tinggi), ia berdefinisi tinggi 4K (3840 × 2160 resolusi). Ultra HD memberikan paparan yang lebih menakjubkan, imej-imej seakan-akan hidup tetapi dijual pada harga yang tinggi. Saiznya turut bertambah dengan kebanyakan pengguna mencari skrin televisyen berukuran kira-kira 60 inci (152 sentimeter atau lebih besar) terutamanya di AS, menurut kaji selidik yang dibuat oleh pemain industri. ![]() SAMSUNG turut mempamerkan televisyen berdefinisi tinggi keluaran mereka di CES. "Bagi pengguna-pengguna di AS, lebih besar sudah semestinya lebih baik," kata wakil AS untuk pengeluar televisyen dari Jepun, Sharp. Sharp merupakan salah satu pengeluar terbesar televisyen jumbo di pasaran AS. Syarikat tersebut menjual televisyen dengan paparan sehingga 84 inci (213 sentimeter) menggunakan teknologi definisi tinggi dipanggil IGZO (indium galium zink oksida). Syarikat dari Korea Selatan, Samsung turut memperkenalkan televisyen baharu yang membolehkan dua individu menonton dua buah program berbeza dalam satu masa. Televisyen F9500 merupakan yang pertama di dunia menawarkan ciri berbilang pandang (multiview) menggunakan teknologi skrin yang dipanggil Organik Diod Pemancar Cahaya (OLED). Para penonton mesti memakai cermin mata tiga dimensi, manakala pembesar suara binaan dalam dapat memberikan audio dalam bentuk stereo terus kepada mereka. Namun, Ultra HD dan televisyen-televisyen lain masih lagi perlahan dalam menawan pasaran sedia ada kerana harganya yang terlalu tinggi sehingga mencapai AS$10,000 (RM30,153). ![]() SONY memperkenalkan televisyen Ultra HD 4K pada CES. Ramalan jualan Ramalan jualan itu dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Elektronik yang menunjukkan segmen tersebut hanya meliputi lima peratus pasaran AS sehingga tahun 2016. Para pengeluar televisyen masih lagi dalam langkah agresif bagi mendapatkan pengguna yang lebih ramai pada produk terbaharu mereka termasuk menyenarai beberapa isu. Antaranya, kekurangan kandungan yang bersesuaian dengan format baharu televisyen. Sebagai contoh, Sony mengumumkan rancangan untuk melancarkan perkhidmatan video 4K di AS pada tahun ini dan juga mendedahkan cadangan untuk mengeluarkan lebih banyak televisyen mampu milik berukuran 55 dan 65 inci (140 dan 165 sentimeter) sebagai tambahan sedia ada, set 84 inci. LG pula akan melancarkan kali pertama set OLED dan bakal berada di pasaran AS pada harga runcit lebih kurang AS$12,000 (RM45,229) untuk model berukuran 55 inci. ![]() PANASONIC juga memperkenalkan televisyen 4K dengan OLED. "Televisyen OLED akan menjadi permulaan era pada hiburan di rumah. "Dengan warna yang hidup, nisbah kontras tidak terbatas dan nipis, LG OLED memberikan pengalaman menonton yang mengagumkan. "Ia tidak boleh disangkal lagi merupakan sebuah produk premium yang berbaloi pada harga yang premium juga," kata timbalan kanan presiden, LG Electronics AS, Jay Vandenbree. Pengalaman menonton Sementara itu, Samsung turut mendedahkan televisyen OLED pertama di dunia melengkung, menurut pengeluar itu, ia mampu menawarkan pengalaman menonton yang lebih mengasyikkan. Pengeluar dari China juga tidak ketinggalan dalam perlumbaan televisyen dengan memperkenalkan barangan elektrik itu dengan lebih menarik. Contohnya, Haier dan TCL mendedahkan televisyen pintar baharu yang boleh menggunakan platform Google 3.0 yang akan dijual di AS sekitar tahun ini. Bagi para analisis pula berpendapat, pengguna lebih fokus pada ciri-ciri baharu televisyen termasuk kebolehan untuk pergerakan data daripada peranti mobil ke skrin besar atau sebaliknya. "Kita hidup di dalam dunia yang didominasi oleh aplikasi sama ada pada telefon pintar, tablet atau televisyen. Para pengguna mahu mengakses aplikasi mereka setiap masa tanpa mengira jenis peranti termasuk televisyen. ![]() TIMBALAN presiden strategik pemasaran produk Sharp, Jim Sanduski turut memperkenalkan kepada umum televisyen ultra HD mereka. "Televisyen perlu menawarkan ciri yang terbaik dan paling senang untuk pengalaman pengguna," kata penganalisis kanan CEA, Kevin Tillman. CEA menemui lebih seorang daripada lima orang lelaki dewasa AS mempunyai satu aplikasi pintar untuk HDTV dan 90 peratus menggunakan aplikasi yang ada pada paparan pada tahap tertentu. "Pada pendapat saya, penyelarasan kandungan merupakan magis yang ada. Orang ramai menggunakan purata lima atau enam peranti dan dengan mudah mendapat data yang sama pada semua jenis peranti," kata penganalisis teknikal pengguna IDC, Danielle Levitas. ![]() MASALAH dengan televisyen 4K adalah masih lagi tiada bahan tontonan dalam format ultra HD di dunia. Danielle berkata, inisiatif terbaharu yang dikenali televisyen yang membolehkan pengguna berdaftar menonton pada peranti ketika sedang dalam pemergian. "Disebabkan kandungannya dilesenkan, banyak pengalaman menonton hanya terhad di rumah. Orang ramai mahu menonton kandungan dalam tablet di lokasi yang jauh ke dalam atau di dalam bilik hotel," katanya. James McQuivey dari Forrester berkata, para pengguna lebih fokus pada tablet dan bersedia untuk membeli televisyen baharu. Tambahnya, kebanyakan mereka sudah memiliki set definisi tinggi yang masih lagi boleh digunakan dan hanya melihat Ultra HD sebagai peningkatan yang terlalu kecil atau tidak penting. "Para pengguna tidak perlu resolusi. Tidak ada cara untuk mereka melihat perbezaan tersebut melainkan kamu mempunyai skrin yang bersaiz sebuah dinding. "Malah, tidak ada kandungan rancangan dalam format 4K. Jadi, sesiapa sahaja yang membeli televisyen 4K dalam erti kata lain, seperti membakar duit mereka sendiri," katanya. | ||
| Inisiatif Doktor Muda SK Perpaduan Posted: 23 Jan 2013 05:54 PM PST
PENDEKATAN serampang dua mata yang dipraktikkan oleh 'doktor muda' Sekolah Kebangsaan (SK) Perpaduan, Ulu Kinta, Perak untuk menarik dan menggalakkan rakan pelajar mengamalkan tabiat menjaga kebersihan ternyata membuahkan hasil. Ia juga membolehkan sekolah itu diisytihar sebagai pemenang Program Doktor Muda bersama Lifebuoy 2012. SK Perpaduan menduduki tempat teratas di antara 32 buah sekolah rendah yang bersaing dalam cabaran antara sekolah seluruh negara yang diterajui oleh Lifebuoy, salah satu jenama sabun perlindungan daripada kuman. Pertandingan selama 21 hari yang dianjurkan di bawah naungan Program Doktor Muda Kementerian Kesihatan dan disokong oleh Kementerian Pelajaran itu bertujuan menggalakkan kanak-kanak sekolah mengamalkan tabiat menjaga kebersihan, khususnya membasuh tangan mereka dengan sabun. Aktiviti inovatif Seorang guru dan lima pelajar yang memainkan peranan sebagai penggerak perubahan positif, dicalonkan oleh setiap sekolah yang mengambil bahagian. Doktor muda ini digalakkan untuk merancang dan menjalankan aktiviti inovatif dan interaktif yang dapat menarik rakan pelajar lain untuk mengamalkan tabiat menjaga kebersihan sepanjang program itu berlangsung. ![]() PELBAGAI aktiviti perlu dilakukan seperti ceramah kebersihan dalam tempoh 21 hari. Pencapaian sekolah-sekolah ini dinilai berdasarkan sejauh manakah para pelajar dapat mengamalkan tabiat menjaga kebersihan atas inisiatif doktor muda mereka. Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia dan Singapura, Hugo Verkuil berkata, semangat dan kreativiti yang ditunjukkan oleh doktor muda SK Perpaduan benar-benar menakjubkan. "Dalam masa 21 hari, mereka berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk mengadakan ceramah kebersihan, demonstrasi membasuh tangan dan mendapatkan ikrar daripada rakan mereka untuk mengamalkan tabiat yang baik dengan menjaga kebersihan. "Malah, mereka juga mengambil inisiatif untuk menasihatkan pelajar dari sekolah lain dan anggota masyarakat. Melalui pelbagai usaha yang berterusan ini, tidak hairanlah jika sekolah mereka mencatat peningkatan paling tinggi dari segi kesedaran kebersihan dan amalan penjagaan kebersihan dalam kalangan mereka," jelas Hugo. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Nor Haslan Nor Zaman di sekolah tersebut. Sebagai pemenang tempat pertama, SK Perpaduan menerima wang tunai bernilai RM5,000. Tempat kedua dan ketiga pula menjadi milik SK Raja Chulan, Perak dan SK Marian Convent, Perak dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai bernilai RM3,000 dan RM2,000. ![]() SK Perpaduan menduduki tempat teratas antara 32 buah sekolah rendah di seluruh Malaysia yang bersaing dalam cabaran yang dianjurkan oleh Lifebuoy. Dalam pada itu, tiga buah sekolah, iaitu SK Puchong Indah, Selangor; SK Daya 3, Johor; dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 4, Johor, menerima hadiah sagu hati berupa wang tunai RM1,000 setiap satu. Semua pemenang turut menerima bekalan sabun cecair Lifebuoy percuma selama satu tahun berserta 10 unit dispenser dengan jumlah keseluruhan bernilai RM5,000. "Program Doktor Muda Lifebuoy tahun ini berjaya menyentuh kehidupan hampir 40,000 pelajar. Memandangkan usaha membentuk tabiat yang baik mengambil masa 21 hari, kami yakin ia akan menjadi amalan yang akan kekal sepanjang hayat," ungkap Hugo lagi. Mula diperkenalkan sejak tahun 1894, sabun Lifebuoy dipasarkan secara meluas pada harga yang berpatutan. Setakat ini, ia telah membantu lebih 1.6 bilion orang di seluruh dunia untuk hidup bebas daripada masalah kesihatan. | ||
| Zain Saidin Enggan Rozita Jadi Mangsa Gosip Lelaki Lain Posted: 23 Jan 2013 02:45 AM PST Zain menjelaskan kurang senang apabila melihat Rozita dikaitkan dengan lelak lain walaupun hakikatnya mereka sedang bercinta. Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, dia berbuat demikian kerana agak kurang senang apabila Rozita sering kali dilaporkan mempunyai hubungan dengan lelaki lain sedangkan mereka sebenarnya sedang hangat bercinta. "Saya kurang senang apabila dia selalu digosipkan dengan pelbagai lelaki sehingga dia menjadi bahan cercaan masyarakat. "Saya berterus terang mengenai hubungan kami untuk mengakhiri gosip dia dengan orang lain kerana kami sedang bercinta," ujarnya kepada mStar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini pada Selasa. Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangannya untuk berkahwin dengan Rozita pada Disember depan, Zain berkata, kenyataan itu dibuat secara ikhlas apabila disoal media mengenainya Rozita tidak menafikan sedang bercinta dengan Zain dan meletakkan soal jodoh di tangan Tuhan. "Apabila wartawan bertanya saya cuma menjawab dengan ikhlas situasi sebenar kami dan memberitahu jika ditakdirkan ada jodoh kami akan berkahwin tambahan pula hubungan kami kini serius," jelasnya. Sementara itu, Zain berkata, kekasihnya itu tidak mengulas panjang mengenai pendedahannya tentang hubungan mereka kerana perancangan untuk berumah tangga masih lagi jauh. "Insya-Allah jika ada jodoh dan rezeki mungkin kami dapat bersatu pada Disember ini tetapi itu hanya perancangan dan saya tidak mahu lagi mengulas lanjut mengenai soal ini, tunggu hujung tahun kita tengok macam mana," katanya. Media beberapa hari lalu melaporkan pengakuan Zain untuk berkahwin dengan Rozita, 40, dan mengakui hubungan mereka itu sememangnya serius. Zain turut dilaporkan ada menghantar kuntuman bunga mawar kepada Rozita ketika penggambaran telefilem Anak Ikan di Pork Dickson, Negeri Sembilan hujung tahun lalu sebagai membuktikan cinta mereka. Selain Zain, Rozita sebelum ini pernah dikatakan menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki muda seperti bintang bola sepak Asraruddin Putera Omar, Shahir (AF8), Beego dan Shah Iskandar. Rozita dalam kenyataan balasnya pula mengambil pendekatan untuk tidak mahu berbicara tentang perkara itu selain berkata sekiranya ada jodoh, mereka akan kahwin kerana pada ketika ini masih peringkat mengenali hati budi masing-masing. | ||
| 'Saya Bukan Pondan Dan Mampu Kahwin' - Roslan Shah Posted: 23 Jan 2013 02:44 AM PST Roslan ShahRoslan atau nama sebenarnya Roslan Udin, 41, berkata, dia benar-benar sedih dengan fitnah itu yang dibuat tanpa memikirkan hati dan perasaannya. "Saya mengaku, saya seorang lelaki lembut tetapi saya bukan pondan yang berpakaian wanita. Saya mampu mempunyai isteri dan insya-Allah boleh mendapatkan zuriat," katanya kepada mStar Online ketika diminta mengulas statusnya untuk mendirikan rumah tangga ditertawakan sesetengah pihak. Roslan berkata, apa yang mengejutkan tuduhan yang tidak enak itu datangnya daripada rakan artis sendiri yang sentiasa memandang buruk terhadap apa juga perkara yang beliau lakukan. Mereka seharusnya menyokong usaha murninya apatah lagi jika ia melibatkan sesuatu yang dituntut dalam agama. "Pelik atau tidak bila kita nak buat benda baik, kawan-kawan sendiri yang mahu melihat ia gagal? Tidak kiralah saya ini berlatar belakang apa sekali pun, jika seseorang itu mahu menjadi lebih baik, kita harus menyokongnya dan menegah kepada perkara keburukan.. Ia adalah tuntutan agama," jelasnya. Tambah Roslan, bakal isterinya tiada halangan dengan sifatnya sebagai lelaki lembut malah wanita berkenaan lebih menyenangi individu berperwatakan seperti itu. "Alhamdulillah... wanita itu senang dengan sikap saya. Dia kata saya seorang yang kelakar. Dia lebih mempercayai orang seperti saya daripada sesetengah lelaki lain yang mungkin akan bermain kayu tiga," katanya. Ditanya mengenai identiti wanita tersebut Roslan menjelaskan, kekasihnya itu berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan berusia 29 tahun. Tanpa mahu mendedahkan dengan lebih jelas mengenai wanita itu, Roslan memberitahu perkenalan mereka berlaku ketika Roslan mengadakan persembahan sempena Fiesta Jom Heboh anjuran TV3 di Kelantan kira-kira tiga tahun lalu, "Dari situlah kami kenal sehinggalah saya membuat keputusan untuk berkahwin degannya. Sekarang saya dah kumpul duit sikit demi sikit. Insya-Allah, nanti cukuplah untuk buat kahwin. "Kalau tak ada masalah, saya nak ajak kawan-kawan wartawan pergi ke Kelantan masa nikah saya nanti," katanya yang mengharapkan doa semua peminat terhadap impian perkahwinan itu. | ||
| Amanda Imani Pelik Tidak Popular Di Negara Sendiri Posted: 23 Jan 2013 02:43 AM PST Amanda (kiri) bersama Pengarah Urusan Warner Music, Darren Choy.Penyanyi berusia 22 tahun ini berkata, apa yang lebih menghairankan apabila dia mendapat undangan nyanyian dan pengiktirafan secara meluas di luar negara berbanding di negara sendiri. "Saya akui masih kurang dikenali di negara sendiri. Namun, saya cuba fokus sepenuh daya untuk mengukuhkan nama. "Yang peliknya, saya menerima pengiktirafan dan undangan nyanyian yang meluas di luar berbanding di negara sendiri," katanya kepada mStar Online. Amanda ditemui pada majlis pelancaran dua lagu terbaharunya berjudul Fobia Cinta dan Like A Boss di Hotel Grand Millenium, Bukit Bintang di sini, petang Selasa. Amanda Imani menunjukkan "single" nyanyiannya."Setiap orang ada cara dan jalan sendiri. Saya tidak mahu bersaing atau berlumba dengan sesiapa. "Biarlah saya melangkah satu demi satu kerana saya seorang yang berprofil rendah dan tiada kontroversi," katanya. Ditanya mengenai perancangan memiliki album penuh, Amanda berkata, keadaan pasaran semasa yang tidak menentu menyebabkan dia lebih senang muncul dengan lagu 'single' buat masa ini. "Saya artis bebas dan bukan bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman besar jadi lebih baik keluarkan 'single' pada satu-satu masa. "Lagi pun, jika buat album penuh saya akan terikat dan tidak dapat bereksperimen dengan pelbagai jenis muzik sepenuhnya," katanya. Terbaharu, Amanda bakal mewakili delegasi negara bersama lapan artis lain pada festival muzik Midem 2013 pada 26 hingga 29 Januari ini di Cannes, Perancis. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












































0 ulasan:
Catat Ulasan