Zon Artis |
| Hans Isaac Sasar Kahwin Tahun Depan, Adakah Dengan Neelofa? Posted: 23 Jan 2013 10:38 PM PST
Hans Isaac yang semua orang tahu masih bujang telah berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya itu pada pertengahan tahun hadapan, 2014. Menurut Hans yang kini berusia 42 tahun, dia kini sudah bersedia untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kehidupan peribadi selepas kematian ibunya pada Ogos tahun lalu.
Hans turut berkata yang soal berumah tangga bukan perkara remeh yang boleh diambil mudah dan ia memerlukan persiapan dan keputusan yang tepat. Kerana itu Hans memerlukan satu tempoh yang panjang untuk mendapatkan wanita yang benar-benar sesuai untuk dijadikan pasangan hidupnya sebagai isteri.
Ditanya mengenai keintimannya dengan aktres dan pengacara Neelofa, Hans memberitahu yang mereka masih berkawan rapat tetapi enggan berkongsi sejauh manakah mengenai tahap hubungan itu. Kata Hans:-
|
| ‘Saya Bukan Pondan Dan Mampu Kahwin’ – Roslan Shah Posted: 23 Jan 2013 07:29 AM PST Itulah pengakuan jujur dari seorang lelaki yang bernama Roslan Shah apabila ada pihak yang menuduhnya pondan selepas dia mendedahkan hasrat hati untuk berumah tangga dengan seorang wanita yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu.
Menurut Roslan atau nama sebenarnya Roslan Udin, 41, dia benar-benar sedih dan kecewa dengan fitnah yang dibuat oleh rakan artis itu tanpa memikirkan hati dan perasaannya. Seperti kata Roslan yang kami petik daripada mStar:-
Tambah Roslan, apa yang mengejutkan apabila tuduhan yang tidak enak itu datangnya daripada rakan artis sendiri yang sentiasa memandang buruk terhadap apa juga perkara yang beliau lakukan. Mereka seharusnya menyokong apatah lagi jika ia melibatkan sesuatu yang dituntut dalam agama. Kata Roslan:-
Walau bagaimanapun, Roslan cukup bertuah kerana bakal isterinya itu tiada halangan dengan sifatnya sebagai lelaki lembut dan menerima dia seadanya. Malah wanita berkenaan lebih menyenangi individu berperwatakan sedemikian.
Anda pasti ingin tahu mengenai latar belakang wanita yang bakal menjadi isteri Roslan Shah itu. Seperti kata Roslan, kekasihnya itu berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan kini berusia 29 tahun. Namun nama'nya masih lagi dirahsiakan. |
| You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










0 ulasan:
Catat Ulasan