RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Peraduan Dinner With Shae Anjuran Warner Music Malaysia & Sensasi Selebriti

Posted: 23 Jan 2013 04:46 PM PST

Hey, sekalian peminat fanatik SHAE… Mahu tak kalau Budiey ajak korang makan malam sambil berkaraoke bersama dengan penyanyi cantik manis dari Indonesia, Shae? Nak tak? Nak tak? Hei, bukan itu sahaja uols, korang pun akan dapat sehelai baju T Shae yang sangat eksklusif setiap seorang! Baju ni memang tak ada di mana-mana kedai dan di gedung membeli belah ya. Hanya ada di #DinnerWithShae aja. Hehe! Yang penting sekali, peraduan ini khusus untuk peminat paling setia, paling fanatik dan paling minat giler-giler dengan Shae, okay?

So, siapa mau dinner sambil berkaraoke lagu Sayang dengan Shae ni? Fuh… giler! Siapa tak nak kan? Kata minat Shae, kan? Budiey pun mahu ikut juga sebab memang mahu jumpa dengan Shae… haha, untuk pertama kali kot jumpa dia!

Kepada yang tak kenal siapa dia Shae ni… Budiey ceritalah sikit untuk info semua pembaca. Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething sebenarnya dah popular mengharum di tanah kelahiran, Indonesia. Tapi baru je sekarang ni, bila semua orang suka dengar lagu Sayang nyanyian Shae di radio, nama Shae ni disebut-sebut orang kat Malaysia ni. Bagi Budiey, lagu Sayang ni memang sebuah lagu rancak dan catchy di telinga pendengar. Lagi pun, lirik dia pun memang cocok dengan jiwa manusia yang sentiasa merindui orang tersayang. Kepada sesiapa mau dinner sambil berkaraoke lagu Sayang dengan Shae ni, jom sertai contest ni, orait?

Remaja riang yang sangat mesra dan cukup mudah untuk didekati ini pernah mendedahkan yang dia mengasah bakat nyanyian di bilik mandi pada asalnya. Minat yang cukup mendalam dalam bidang seni suara membawanya sampai ke tahap ini.

Gadis kacukan Australia dan Riau itu begitu senang dengan perjalanan seninya. Pertaruhan beberapa lagu di dalam album The First menyuntik semangat Shae untuk terus membina empayar sendiri sedikit masa lagi.

Gadis yang baru sahaja mencecah usia 23 tahun ini cukup bertuah kerana dipertemukan dengan Posan Tobing, seorang komposer yang mengesan bakat awalnya dalam sebuah pertandingan.

Shae yakin pertaruhan lagu Sayang akan menghasilkan impak besar dek kerana sambutan luar biasa oleh peminat di negara ini. Ternyata usaha Shae berhasil setelah Budiey dapati lagu Sayang menduduki carta lagu paling laris di iTunes Malaysia pada masa ini. Juga Budiey lihat jumlah penonton muzik video Sayang di Youtube semakin melonjak naik dan kini dah melebihi sejuta penonton. Syabas Shae!

Shae

Bukan sekadar dapat makan malam bersama pasangan anda, malah sekiranya terpilih, anda juga dapat beramah mesra secara eksklusif dengan Shae yang terkenal dengan lagu Sayang ini.

Tarikh: 31 Januari 2013
Masa: 8.00 malam
Tempat: Di sebuah pusat karaoke di Berjaya Times Square
Tema: Color Block

Kali ini, Budiey ingin menjemput 5 pasang couple pembaca setia Budiey.com... untuk makan malam bersama SHAE

Caranya senang sahaja… anda perlu menjawab 3 soalan berkenaan dengan SHAE

  1. Berapakah bilangan kawan Shae (tidak termasuk kekasih Shae) dalam video klip di atas ini?
  2. Namakan alat muzik yang ada dalam muzik video ini
  3. Berikan judul album terbaru Shae

Sebagai pemutus seri, sila penuhkan slogan ini dan hantarkan melalui emel dan siarkan di Twitter dengan Hashtag: #DinnerWithShae

Saya mahu ke #DinnerWithShae bersama @wmmalaysia & @Budiey kerana…  (slogan anda perlu ada perkataan 'sayang' tidak lebih 20 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi dalam emel anda tu:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:
28 Januari 2013 jam 12 tengahari

Tajuk Email: Peraduan Dinner With Shae Anjuran Warner Music Malaysia & Sensasi Selebriti

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang yang terpilih akan dihubungi melalui email & twitter.
  3. Keputusan juri adalah muktamad.
  4. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih buat Warner Music Malaysia kerana sudi menjemput pembaca setia Budiey.com ke acara #DinnerWithShae ni.

Jom follow Warner Music di Twitter: @wmmlaysia dan juga instragram @warnermusic_malaysia dan LIKE Facebook Warner Music Malaysia.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

shae

Pemenang juga bakal diberikan sehelai baju T eksklusif dari Shae seperti yang mereka pakai dalam gambar kat atas ni, lawak ke tidhook?

shae

Komen via Facebook

Komen

Justin Bieber Caras Lady Gaga Dapat Followers Paling Ramai di Twitter

Posted: 23 Jan 2013 04:17 PM PST

Nampaknya, sekali lagi artis paling pelik di dunia iaitu Lady Gaga kalah teruk dicaras Justin Bieber. Justin Bieber pintas Lady Gaga peminat Twitter paling ramai, satu berita yang bukannya luar biasa, tapi ianya agak menyedihkan bagi peminat Lady Gaga.

Budiey pun sekarang ni tengah buat kempen untuk menambahkan jumlah followers di Twitter. Kalau korang perasan Budiey ada buat hashtag #HelpBudiey100KFollowers. Target sekarang ni, Budiey nak cakap 100,000 followers. Pun susah giler! Kalau dapat 100K followers je, Budiey akan raikan pembaca semua di #PartyBUdiey. Insyaallah. Gigih giler nak tambah bilangan pengikut. Sekarang ni, baru 60,500. Jadi, sama-sama kita tunggu la ya.

Yang penting, Budiey dah caras beberapa orang blogger lain dari segi bilangan followers ni. Heh! Mampo?

Ia mengambil masa dua hari namun Justin Bieber berjaya memintas Lady Gaga sebagai ikon pop paling ramai pengikutnya di laman sosial Twitter. Wow! Susah betul nak dapatkan jumlah pengikut yang ramai di Twitter. Anda perlu glamor dan dikenali seluruh dunia.Kalau tak jangan harap nak paksa orang follow.

Kata Justin Bieber dalam blognya:

"Selepas mengekori rapat, Justin Bieber berjaya mendahului Lady Gaga awal pagi semalam dalam Kaunter Twitter yang mengira dan memantau Twitter."

Menjelang tengah hari, Biebs (Bieber) mempunyai 33,342,299 pengikut berbanding 33,333,682 untuk Mother Monster (Gaga), diikuti Katy Perry, Rihanna dan Presiden Barack Obama yang mencatatkan 26,183,711 pengikut.

Minggu lalu catatan kaunter Twitter menganggarkan Bieber boleh melompat untuk menduduki tempat pertama sekurang-kurangnya pada Ahad lalu.

Bieber dan Lady Gaga berada di tangga teratas Twitter sejak 2010 selepas Gaga memintas Britney Spears yang ketika itu sedang mengadakan siri jelajahnya di AS.

Justin Bieber

Sekarang ni, bilangan followers kat Twitter lagi penting dari bilangan pengikut di Facebook. Nampak sangat Facebook dah tenggelam karam di lautan sepi, kan?

Tahniah Justin Bieber.

Me & Lady Gaga

Kesian kau Lady Gaga! Sedih!

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan