RSS

Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Kenyataan Twitter – Alyah Rasa Dihina Dan Enggan Mohon Maaf

Posted: 18 Dec 2012 05:06 AM PST

ALYAH BERGADUH DENGAN HATTA DOLMAT DAN RIZMAN RUZAINI

Ekoran kenyataan melalui Twitter yang dibuat oleh dua pereka fesyen yang boleh dikatakan cukup popular kat Malaysia ni iaitu Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini berhubung tindakan Alyah yang tidak memakai pakaian yang dibuat (lebih sedap disebut sebagai ditaja) oleh mereka pada majlis Anugerah Planet Muzik (APM) 2012 yang berlangsung baru-baru ini, Alyah bertegas mengambil langkah untuk tidak memohon maaf.

Seperti kata Alyah yang dipetik daripada mStar Online:-

"Maruah saya sudah dipijak-pijak. Mereka telah mengaibkan saya dengan kata-kata yang kurang manis. Buat apa saya perlu memohon maaf tentang perkara itu kerana ia telah dibayar dengan kata-kata hinaan yang diberikan mereka. Belum sempat saya nak terangkan sebab-sebab saya tidak memakai pakaian rekaan tersebut, mereka telah menghentam saya di Twitter. Saya rasa dihina."

Selain menyatakan kekesalannya terhadap apa yang berlaku, Alyah turut menjelaskan sebab kenapa dia tidak dapat memakai baju yang ditaja oleh Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini itu. Menurut Alyah, terdapat beberapa masalah kecil seperti zip dan juga dibahagian lain yang membuatkannya hanya memakai baju yang dibuat oleh Amir Luqman, seorang lagi pereka fesyen yang menaja busana Alyah untuk majlis tersebut.

"Saya bukannya seorang yang suka melarikan diri daripada masalah. Ada sebab-sebabnya kenapa saya tidak memakai pakaian mereka dan saya enggan memperbesarkan perkara ini. Tambah pula Hatta dan Rizman telah banyak membantu menaja pakaian saya selama ini, jadi saya tak mahulah nak memburukkan keadaan."

Alyah turut menambah:-

"Jika mereka mengatakan saya tamak kerana ingin menggunakan khidmat ramai pereka fesyen hanya untuk sebuah acara cahaja. siapa yang pernah bekerja dengan saya, mereka akan tahu, setiap majlis anugerah, saya akan bertukar tiga pakaian,"

Bagi yang baru mengikuti isu ini, berikut antara kenyataan Twitter daripada Rizman Ruzaini dan Hatta Dolmat sehingga menyebabkan Alyah merasakan dirinya dihina oleh mereka.

TWITTER RIZMAN RUZAINI

TWITTER HATTA DOLMAT

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan