Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Rezeki terkumpul Hafiz
- Shah Iskandar Akui Selesa Dampingi Rozita Che Wan
- Visa Lulus, Shila Amzah Berangkat Ke Amerika
- Rossa Terus Pakai Tudung Sehingga Akhir Disember
- Farina (AF8) Serik Tuduhan Cintai Suami Orang
- Telefilem 'Erna Shuraya' Buat Pengarah Pening Kepala
- Gita Gutawa Selesa Berada Di London
- Anak-Anak Mengelak Temui Demi More
- Anuar sasar 8,000 penonton
- The Jacksons kembalikan nostalgia
- Perogol bertayam dijel 27 tahun
- Australia denda AirAsia RM600,000 kerana sorok caj penumpang
- MAS belanja besar beli pesawat ATR
- Mekanik dera anak tiri didakwa
- Petani tumbuk mata buaya selamatkan diri
- Poliklinik kecoh terima pesakit meninggal dunia
- Ikan air tawar boleh 'berjalan' ditemui di Vietnam
- Saintis selesai kes kematian firaun
- Penduduk kampung pindahkan kubur unik
- Pelarian Palestin lari dari Syria
- Ratu hadiri mesyuarat Kabinet
- Penawar ketagihan si penggemar durian
- Menu petang The Sphere Lounge
- Nasom diraikan sempena Natal
| Posted: 18 Dec 2012 06:40 PM PST
PENYANYI kelahiran Kuching, Sarawak, Mohd. Hafiz Mohd. Suip pada usia 22 tahun sudah memiliki kerjaya nyanyian yang kukuh hanya berbekalkan sebuah album studio yang berjudul Masih Jelas. Semua lagu dalam album pertamanya iaitu Masih Jelas, Noktah Cinta, Watak, Awan Nano dan Ku Akui menjadi single popular, bahkan lagu Awan Nano turut dinobatkan sebagai lagu terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-26. Umpama magis dalam kerjayanya, tahun ini sahaja, Hafiz telah bergelar juara dalam program Mania dan membawa pulang wang tunai RM500,000 menewaskan ramai penyanyi popular yang lain. Penyanyi yang selesa dengan imej rambut kembang itu juga cukup hangat dengan dua buah lagu duet iaitu Ombak Rindu duet bersama Adira dan Muara Hati duet bersama Datuk Siti Nurhaliza untuk drama bersiri Adam & Hawa. Semakin popular diiringi dengan deretan anugerah yang diterimanya membuatkan sahamnya semakin tinggi dalam industri seni. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah yang dilakukan anak muda berusia 22 tahun ini dengan wang yang diperolehinya itu? Jelas anak sulung daripada tiga adik-beradik itu, dia bukan orang yang suka berbelanja tanpa berfikir sebaliknya setiap wang yang diperolehi hasil titik peluhnya disalurkan dalam simpanannya. "Saya simpan untuk diri sendiri serta keluarga sebab saya tidak boleh ramal berapa lama jangka hayat saya dalam industri seni. "Sebahagian saya hadiahkan kepada keluarga dengan membesarkan rumah ibu bapa di Kuching, Sarawak. Sebahagian lagi, saya simpan untuk membeli pelaburan seperti hartanah kerana nilainya semakin hari semakin tinggi," kata Hafiz sambil berkira-kira perjalanan kewangannya. Ditebak lagi, sebagai anak muda pastinya dia mempunyai hobi yang mengisi masa lapangnya. Dalam tawa Hafiz mengatakan, buat masa ini dia amat menggilai sukan lasak paintball. "Sudah lebih sebulan lebih saya aktif dengan sukan paintball. Ini hobi terbaharu saya kerana saya tiada masa untuk bersenam. Jadi, saya gunakan sukan ini untuk menghabiskan masa dengan rakan dan dalam masa yang sama boleh sihatkan badan. "Saya sudah ada pasukan saya sendiri yang diberi nama Nano Cloud Regimen. Sesiapa yang mahu cabar kami dipersilakan (ketawa)," katanya yang layak dengan dua buah lagu, Ombak Rindu dan Ku Akui ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL 27).
Selain itu, niat di hatinya ingin sekali menjejakkan kaki di Tanah Suci kota Mekah, bagaimanapun hasrat itu tertangguh sehingga kini. "Sebenarnya sudah lama saya menyimpan niat untuk menunaikan umrah tetapi sehingga sekarang belum berkesempatan. Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan sampai juga suatu hari nanti," luahnya. Rahsia Hafiz Disoal apakah rahsia kejayaannya sehingga setiap lagu yang didendangkan pasti menjadi popular, jawab Hafiz, dia tidak mempunyai sebarang rahsia untuk dikongsi bersama mengenai perkara itu. "Sebenarnya saya tidak ada rahsia ketika merakamkan lagu sebaliknya saya percaya inilah rezeki yang diberi Allah kepada saya. "Sebagai penyanyi, tugas saya hanyalah menyampaikan lagu itu sebaik mungkin. Saya bukannya boleh ramal lagu yang saya nyanyi itu akan mendapat sambutan atau tidak, semuanya terpulang kepada selera pendengar." Namun, akuinya, sebelum melalui proses rakaman lagu terbaharu sebagai penyanyi, dia memilih lagu yang hanya sesuai dengan kemampuan vokalnya sahaja. "Pihak pengurusan akan berbincang dengan saya terlebih dulu dan saya akan lihat lagu itu sesuai atau tidak dengan vokal saya. Selepas itu barulah keputusan akan dibuat. "Memanglah saya boleh menyanyi tetapi bukan semua genre lagu sesuai dengan suara saya. Lagu yang kena nyanyi hampir pecah tekak, tidak sesuai dengan saya. Jadi memang saya kena pilih," ucapnya Hafiz. Bercakap tentang duetnya bersama Datuk Siti Nurhaliza, terangnya yang juga berbakat dalam bidang lakonan, dia sendiri tidak menyangka peluang keemasan begitu akan datang bergolek kepadanya. Masih muda dan baru hendak bertatih dalam bidang nyanyian, Hafiz menganggap pemilihannya sebagai rakan duet Siti satu penghormatan yang cukup besar. "Ikutkan saya sendiri terkejut apabila diberitahu saya akan berduet dengannya. Siapa yang tidak mahu bekerjasama dengan Siti Nurhaliza. "Apabila sudah diberi peluang saya lakukan dengan baik dan penuh fokus. Alhamdulillah, lagu Muara Hati digemari ramai dan sering diputarkan di radio," tuturnya. Kelas berbeza Walaupun kerjaya seni Hafiz pantas berkembang berbanding dengan rakan seperjuangan program Akademi Fantasia musim ke-7 yang lain, Hafiz masih kekal seperti dahulu.
"Rasanya saya sama sahaja. Cuma kerja saya sahaja yang membuatkan saya berjumpa dengan orang ramai dan keluar televisyen, akhbar dan majalah," ucapnya. Terlalu pantas mengecapi populariti dalam usia yang muda, akuinya memang banyak cabaran yang harus dilalui. Bagaimanapun, keputusan nekad untuk bergelar penyanyi selepas berjaya melepas uji bakat program Akademi Fantasia musim ketujuh, Hafiz pasrah dan melaluinya dengan tenang. "Banyak cabaran menjadi penyanyi tambahan usia yang muda. Saya akui kadangkala saya silap membuat pertimbangan. "Saya anggap itu hanyalah perjalanan kehidupan yang mematangkan saya dan membentuk Hafiz seperti hari ini. Bila ramai yang memuji, ramai juga yang mengeji. "Selagi saya ingat pada keluarga, sedar diri, hargai sokongan peminat yang saya gelar sahabat dan tidak membuat sebarang kesalahan jenayah serius (ketawa), saya akan terus berada dalam industri seni" katanya. | |||||
| Shah Iskandar Akui Selesa Dampingi Rozita Che Wan Posted: 18 Dec 2012 06:39 PM PST Shah IskandarShah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 30, berkata, sikap mesra Rozita yang dikenali selepas mereka berlakon dalam dua telefilem iaitu Kiah Ke Jepun dan Anak Ikan serta drama bersiri Kiah Spy sekitar tiga bulan lalu menyenangkannya. "Saya senang dengan sikap Rozita yang kelakar dan peramah. Dia menceriakan suasana ketika di lokasi penggambaran dengan kelucuan dan kemesraannya. "Kebetulan pula, kami terlibat dalam tiga projek bersama, secara tidak langsung hubungan bertambah rapat," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini. Menerusi mStar Online pada 23 November lalu, Shah menyangkal dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan istimewa dengan Rozita sejak terlibat dalam penggambaran bersama sehingga menimbulkan perasaan cemburu kepada aktor Zain Saidin. Rozita Che Wan"Memang kami rapat ketika bekerja di lokasi tetapi saya tidak terfikir sampai ke tahap untuk mengajak dia keluar. "Setakat ini, kami tidak pernah keluar bersama. Apabila membincangkan mengenai gosip ini kami tergelak kerana nama saya pula sudah termasuk dalam senarai lelaki yang dikaitkan dengannya," katanya. Aktor yang berasal dari Singapura itu berkata, dia menghadapi gosip tersebut dengan tenang biarpun terus dihujani pelbagai persoalan mengenai cerita itu. "Ini kali pertama saya terkena gosip begini dan kebetulan pula dengan Rozita."Namun, saya tiada masalah dan tenang sahaja hadapinya walaupun rakan-rakan dan keluarga ada bertanya mengenai kesahihan gosip itu," katanya. Terbaru, Shah sedang terlibat dalam penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Cinta Agra untuk RTM. | |||||
| Visa Lulus, Shila Amzah Berangkat Ke Amerika Posted: 18 Dec 2012 06:39 PM PST Shila Amzah. Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata, permohonan yang dibuat pada Isnin lalu itu tertangguh apabila pihak kedutaan berkenaan begitu teliti untuk mengetahui tujuan sebenar dia mahu ke negara itu. "Risau dibuatnya apabila permohonan visa saya tertangguh. Mujurlah pihak kedutaan faham dengan keadaan saya yang tidak sempat membuat permohonan itu lebih awal. "Sampaikan saya terfikir, entah dapat ke tidak saya menyertai anugerah itu. "Apatah lagi saya dicalonkan untuk dua kategori iaitu Artis Wanita Terbaik Dunia dan Penghibur Terbaik Dunia 2012. Apa-apa pun saya akan ke sana esok malam (Rabu)," kata Shila yang akan ditemani ibunya, Fauziah Sarman dan bapanya iaitu penyanyi ND Lala. Dari kiri: Datuk Ramli MS, Dr. Vida, Shila Amzah dan ND Lala. WMA 2012 akan berlangsung di Marlin Park, Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 22 Disember ini. Tambah Shila, lebih istimewa menerusi acara itu dia turut diberi penghargaan untuk membuat persembahan yang secara tidak langsung membolehkannya memperkenalkan negara ini ke persada dunia. Sementara itu, penyanyi berusia 22 tahun itu bakal mengadakan Konsert Shila Amzah sempena Gala Amal Pamoga-Gaza buat pertama kalinya sepanjang 12 tahun berkecimpung dalam industri muzik tempatan. Kata Shila, dia bersyukur apabila pihak penganjurnya, Vida Beauty membuka peluang untuknya mengadakan konsert sendiri yang akan berlangsung pada 29 Disember ini di Hotel One World, di sini. "Selepas 12 tahun bergelar penyanyi, sudah sampai masanya untuk saya mengadakan konsert sendiri. "Alhamdulillah, peluang ini tidak akan saya sia-siakan dan saya akan mempersembahkan lagu-lagu hit bermula dari usia saya sembilan tahun sehinggalah sekarang. "Pada masa sama ia juga merupakan konsert amal di mana saya sendiri serta para pembeli tiket dapat membuat sedikit amal kebajikan. Sebahagian daripada keuntungannya akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan serta mangsa-mangsa perang di Gaza, Palestin," ujarnya. Bagi sesiapa yang ingin menyaksikan konsert Shila, tiket berharga RM3,500 hingga RM60,000 (satu meja) boleh ditempah menerusi talian 013-3935808 (Nurin), 05-5264199 (Ezura) dan 013-2895808 (Zamri) atau layari www.vidabeauty.com.my. | |||||
| Rossa Terus Pakai Tudung Sehingga Akhir Disember Posted: 18 Dec 2012 06:38 PM PST Wajah Rossa ketika bertudung. Foto: inilah.comPortal inilah.com melaporkan, Rossa yang selesai menunaikan haji pada 2 November lalu dan tempoh 'niatnya' itu tamat pada Selasa mahu memanjangkan azamnya sehingga akhir Disember ini. "Hari ini (Selasa) sudah cukup 40 hari. Sampai Disember ini (memakai tudung) Insya-Allah," katanya pada pelancaran albumnya 'Masterpiece', di Jakarta Selatan, di sini pada Selasa. Bagaimanapun kata Rossa, disebabkan kontrak yang sudah ditandatangani sebelum ini membuatkan dia terpaksa membuka tudung bagi persembahan tertentu. Tambahnya, selain bertudung, penampilan ketara lain yang dapat dilihat ialah daripada segi corak berpakaian. | |||||
| Farina (AF8) Serik Tuduhan Cintai Suami Orang Posted: 18 Dec 2012 06:37 PM PST Farina berasa serik untuk berkongsi kisah peribadinya.Farina atau nama sebenarnya Zafarina Jamhari, 30, berkata, tuduhan yang mengatakan dia bakal berkahwin dengan anak pengasas sebuah produk kecantikan adalah sesuatu yang tidak berasas. "Kontroversi yang mengaitkan saya dengan lelaki tersebut sebelum ini membuatkan saya ambil pendekatan berdiam diri dan mengunci mulut. "Saya tidak berani lagi bercerita mengenai perkara peribadi kerana ia mengundang salah faham dan menggores hati banyak pihak," katanya. Penyanyi lagu Hujung Minggu Ini itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran eMall Karangkraf di Mutiara Damansara di sini, petang Selasa. Menerusi artikel mStar Online bertarikh 28 Februari lalu, Farina menafikan dakwaan kononnya dia bakal berkahwin dengan ahli perniagaan itu dan menyifatkan hubungan mereka sekadar teman biasa. Ditanya adakah dia masih berkawan dengan anak lelaki tersebut Farina berkata mereka ada berhubung tetapi sudah jarang bertemu. "Kami masih kawan tetapi tiada apa-apa yang lebih seperti didakwa. Apa yang sudah berlaku biarlah berlalu dan saya tidak boleh komen. "Siapa pun jodoh saya nanti, doakanlah yang terbaik. Kalau tertulis saya bertemu jodoh dengan suami orang, saya rela bermadu," kata ibu tunggal yang mempunyai anak perempuan Dayang Hasya Yasmin yang berusia 10 tahun. Mengenai kerjaya seni, Farina berkata, dia masih aktif memenuhi undangan nyanyian syarikat-syarikat korporat terutamanya di negeri asalnya di Sarawak sehingga kini. "Tawaran nyanyian masih ada. Dalam dua atau tiga kali sebulan saya pasti berulang-alik ke kampung di Sarawak untuk memenuhi undangan nyanyian. "Malah, tidak lama lagi saya akan memulakan rakaman lagu terbaharu berjudul Bukan Hatiku untuk dikeluarkan pada awal 2013," katanya yang baru menamatkan penggambaran drama bersiri The Exact List untuk saluran Unifi. | |||||
| Telefilem 'Erna Shuraya' Buat Pengarah Pening Kepala Posted: 18 Dec 2012 06:36 PM PST Pengarah telefilem 'Erna Shuraya'. Zamani Ibrahim. Zamani berkata, kesukaran itu berlaku apabila dia dan pengarah bersama dari negara itu, Hauyah Chuchu mempunyai perbezaan pendapat ketika mengarahkan telefilem yang menampilkan pelakon Tasha Shila dan Shakila Khoriri itu. "Bukan mudah sebenarnya apabila mengarah filem bersama pengarah luar yang mempunyai perbezaan budaya dengan kita. Pening dibuatnya kerana kami berbeza pendapat. "Malah cara kerjanya juga berbeza apabila mereka lebih tenang bekerja berbanding dengan kita yang ingin menyiapkan sesebuah penggambaran dengan cepat," katanya. Amran Ismail dan Shakilla Khoriri antara peneraju utama dalam 'Erna Shuraya'.Telefilem Erna Shuraya yang akan disiarkan pada 1 Januari 2013 di TV2 itu turut menampilkan pelakon popular Brunei iaitu Shukri Mahari, Sharin Bali dan Norakmalina Iskandar. Bagaimanapun tambah Zamani, walaupun terdapat kesukaran itu, namun dia gembira apabila peluang kerjasama dengan pengarah berkenaan memberikan hasil karya yang bagus untuk dipertontonkan pada umum. "Memang agak sukar apabila kami bekerjasama, banyak perkara boleh dan tidak boleh yang tidak kita lakukan dalam industri seni lakonan tempatan dan ia wajib dipatuhi apabila menghasilkan telefilem di Brunei. ![]() Telefilem ini mengisahkan mengenai seorang gadis licik bernama Erna (Tasha) yang suka melakukan penipuan dalam syarikat-syarikat besar. Erna telah mengesan seorang hartawan Brunei bernama Hasrul (Shukri Mahari) yang ingin mencari rakan kongsi untuk memberikan idea dalam perniagaannya. Selepas yakin bahawa Hasrul merupakan mangsa penipuannya, dia terus menjalankan misi ke Brunei untuk menggoda lelaki itu. Bagaimanapun, Jalil (Sharin Bali), rakan karib Hasrul, telah mengesyaki sesuatu tentang Erna dan memintanya untuk memeriksa latar belakang wanita yang disukainya itu. Hal tersebut membuatkan Erna lebih berjaga-jaga dengan memanggil rakan karibnya, Shuraya untuk mendapatkan bantuan. | |||||
| Gita Gutawa Selesa Berada Di London Posted: 18 Dec 2012 06:35 PM PST Gita GutawaGita yang belajar di University of Birmingham, London sudah memasuki tahun kedua daripada tiga tahun pengajiannya. "Saya tidak terasa melalui tempoh itu kerana waktu berlalu dengan pantas. "Alhamdulillah, saya semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini," katanya kepada portal Kapanlagi.com di sini, pada Selasa. Puteri kepada komposer terkenal Erwin Gutawa ini turut mengakui dia sudah terbiasa dengan kehidupan di negara itu. "Sekarang saya sudah tidak berasa seronok di sana. Semuanya sudah menjadi normal. "Alhamdulillah, saya juga belajar hidup berdikari tanpa orang tua di sana. Makan dan mencuci pakaian semuanya saya lakukan sendiri," katanya. Gita berkata, dia sudah berpindah dari asrama dan tinggal di sebuah apartmen. "Keadaan apartmen saya lebih bebas. Kalau sebelum ini, pintu bilik asrama pasti diketuk gara-gara bising kerana latihan nyanyian pada lewat malam, sekarang saya boleh berlatih menyanyi dengan bebas," katanya. | |||||
| Anak-Anak Mengelak Temui Demi More Posted: 18 Dec 2012 06:35 PM PST Demi MooreMenurut laporan portal Dailymail, gara-gara tingkah-laku 'gila' yang dilakukan Demi, ketiga-tiga anaknya iaitu Rumer Willis, Scout Willis dan Tallulah Willis cuba mengelak daripada bertemu ibu mereka sendiri. Anak-anak hasil hubungan perkahwinan pertama Demi bersama aktor Bruce Willis itu juga tidak mahu bercakap dengannya yang semakin gemar bersosial. "Baru-baru ini Demi membuatkan orang di sekelilingnya tercengang apabila dia berkelakuan aneh dengan menari ghairah bersama seorang lelaki muda. "Perkara itu membuatkan ketiga-tiga anaknya itu terkejut dan jelik dengan perangai Demi," kata sumber. Ini bukanlah kali pertama anak-anak aktres berusia 50 tahun itu menjauhkan diri. Hal yang sama juga pernah berlaku selepas wanita itu bercerai dengan Ashton Kutcher pada tahun lalu apabila dia dilihat berlagak seperti orang muda dengan kekasihnya, Vito Schnabel. | |||||
| Posted: 18 Dec 2012 06:33 PM PST
DUA bulan lagi sebelum berlangsung konsert sulungnya, Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari pada 16 Februari tahun depan, Anuar Zain memberitahu, dia berharap mampu mengumpulkan 8,000 peminatnya pada malam tersebut. Jika dilihat secara kasar, jumlah 8,000 penonton tersebut terlalu sedikit buat Anuar yang cukup hebat auranya. Namun, kata Anuar, jumlah tersebut bertepatan dengan kapasiti ruang Stadium Putra Bukit Jalil yang menjadi lokasi konsertnya. "Jika sebelum ini hanya segelintir pihak yang dapat menyaksikan persembahan saya, kali ini menerusi sebuah konsert, saya menjangkakan seramai 8,000 peminat akan hadir dan berhibur dengan saya," ujarnya yang ditemui dalam satu sesi ramah mesra bersama media dan pengumuman harga tiket yang diadakan di Bangsar Shopping Centre, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini, Begitu teruja dan bersemangat untuk melaksanakan misi besar dalam karier seninya, itu, Anuar juga sanggup mengenepikan acara tahunan yang tidak pernah ditinggalkannya sebelum ini iaitu persembahan dalam Minggu Setiausaha. Bukannya sudah muak atau bosan kerana meraikan golongan yang sama saban tahun, Anuar menjelaskan dia mahu fokus kepada konsert tersebut. "Saya juga telah membuat keputusan untuk tidak terlibat dengan persembahan di Minggu Setiausaha. Lagipun jarak antara bulan Februari dan April sangat hampir, jadi lebih adil sekiranya peminat saya dapat datang pada satu acara sahaja," jelasnya. Bercerita lebih lanjut mengenai persiapan menjelang konsert tersebut, Anuar memberitahu, kini dia sudah mula membuat persiapan. Ini termasuklah bersenam sebagai persediaan memantapkan stamina, manakala perbincangan mengenai konsep dan pemilihan lagu juga sudah dilakukan. Bakal menggunakan khidmat seramai 31 pemuzik iringan yang akan diketuai oleh pengarah muzik Mac Chew, Anuar menjelaskan sekurang-kurangnya 20 buah lagu akan dipersembahkan dalam tempoh dua jam. "Bagi menampilkan kelainan dan keunikan semasa persembahan nanti, susunan muzik setiap lagu akan diubah semula agar ia lebih sesuai dengan suasana dan tema konsert tersebut. "Apa yang lebih penting, saya akan beraksi secara solo dan tidak mengundang dan menyanyikan lagu-lagu penyanyi lain. Cuma ada dua buah lagu yang akan dinyanyikan secara medley kerana faktor masa," jelasnya. Berkenaan dengan tiket pula, ia sudah mula dijual sejak 12 Disember dengan harga RM88 (Palladium B), RM138 (Palladium A), RM298 (Bronze), RM398 (Silver), RM598 (Gold) dan RM698 (Platinum). Mereka yang berminat untuk menyaksikan konsert berkenaan boleh membeli tiket menerusi laman web www.ticketcharge.com atau menghubungi Anuar Zain Network di talian 012-464 2030, manakala diskaun sebanyak 15 peratus akan diberikan kepada 1,000 pembeli pertama. Selain itu, pihak pengurusan Anuar Zain juga turut menawarkan pakej perjalanan eksklusif '3Dekad 1Destinasi' untuk para peminat di luar Kuala Lumpur termasuk dari Kota Bharu (Kelantan), Jerteh dan Kuala Terengganu (Terengganu), Johor Bahru (Johor) dan Singapura dengan menyediakan pengangkutan dari lokasi-lokasi berkenaan terus ke Stadium Putra Bukit Jalil. Sambutan baik Selain mengakui sangat teruja untuk mengadakan konsert solonya itu, Anuar turut meluahkan rasa gembiranya apabila klip video Ajari Aku yang baru sahaja dilancarkan bulan lalu mendapat sambutan yang cukup baik. Menampilkan pelakon popular iaitu Nora Danish sebagai teraju utama, penyanyi berkenaan menyatakan sehingga kini klip video lagu tersebut sudah ditonton sebanyak 93,000 kali di laman YouTube. "Sejujurnya dahulu saya agak kurang percaya video klip mampu membantu mempromosikan sesebuah lagu dan disebabkan itu saya tidak banyak menghasilkan klip video untuk lagu-lagu saya. "Bagaimanapun, melihat kepada sambutan yang diterima barulah saya sedar ia memang banyak membantu. Saya yakin kesinambungan klip video Ajari Aku iaitu lagu Sempurnakan Aku akan turut disukai ramai," ujarnya. Berkenaan dengan klip video Sempurnakan Aku, Anuar memberitahu ia akan mula ditayangkan kepada umum buat kali pertama semasa berlangsungnya konsert berkenaan nanti. | |||||
| The Jacksons kembalikan nostalgia Posted: 18 Dec 2012 06:33 PM PST ![]() PROFESIONAL. The Jacksons (dari kiri), Tito, Jackie, Marlon dan Jermaine mengalunkan sehingga 29 buah lagu untuk konsert yang dikenali sebagai Unity Tour 2012 Live In Malaysia ini. SETELAH hampir 30 tahun, kumpulan adik-beradik paling popular di era antara 60-an dan 70-an, The Jacksons, kembali mengubat kerinduan peminat mereka dengan mengadakan sebuah siri konsert jelajah dunia. Kumpulan yang sememangnya dikenali di seluruh dunia ini pada asalnya diberi nama Jackson 5 yang mana anggota kumpulannya ialah adik-beradik lelaki Jackson iaitu Jackie, 61, Jermaine, 58, Marlon, 55, Tito, 59, dan mendiang Michael Jackson. Pada 13 Disember lepas, The Jacksons telah singgah ke Malaysia untuk mengadakan konsert sebagai salah satu destinasi untuk mereka berjumpa peminat di seluruh dunia yang menggunakan nama Unity Tour 2012 Live In Malaysia. Konsert yang bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur itu telah menyasarkan kehadiran seramai 2,500 pengunjung. Bagaimanapun konsert itu hanya berjaya mengumpul lebih kurang 1,500 peminat. Namun, ternyata persembahan empat beradik ini berjaya menghiburkan peminat mereka yang hadir sepanjang konsert berlangsung dengan sebahagian besar peminat turut berdiri dan sama-sama menari dan menyanyi lagu-lagu yang dipersembahkan mereka di atas pentas. Kemunculan The Jacksons di pentas kira-kira pada pukul 9.15 malam terus sahaja meraih sorakan tanpa henti daripada peminat yang hadir. Memandangkan The Jacksons sangat popular pada zaman 60-an, maka kelihatan rata-rata peminat yang hadir berumur dalam kalangan 30 tahun dan ke atas. Sebaik sahaja memulakan persembahan, peminat terus bersorak dan mereka kekal bersemangat sehingga tamat konsert. Apa yang menariknya, usia tidak menghalang Jackie, Jermaine, Marlon serta Tito memberikan persembahan bertenaga sepanjang 90 minit konsert berlangsung. Jangan terkejut, The Jacksons berjaya menyampaikan 29 buah lagu yang diiringi tarian tanpa henti, kelihatan seolah-olah mereka tidak kenal erti letih walaupun rata-rata telah berusia. Sememangnya janji dikotakan iaitu ingin mengembalikan nostalgia The Jacksons dengan menyampaikan lagu popular mereka seperti ABC, I Want You Back, The Love You Save, Never Can Say Goodbye, I'll Be There dan banyak lagi. Walaupun telah tiada, mendiang adik mereka, Michael masih lagi sentiasa berada di ingatan. Demi memperingati Michael, empat beradik ini telah menyampaikan sebuah lagu yang dituju khas, iaitu Gone Too Soon berserta gambar kenangan ketika bersama mendiang ketika zaman kegemilangan Jackson 5. Selain itu, berniat menyambung kerja amal Michael, The Jacksons turut menjemput kanak-kanak dari Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Nasuha sebagai tetamu khas untuk sama-sama berkongsi pentas bersama ketika membuat persembahan dan juga merupakan tetamu istimewa. Senyuman dan kepuasan jelas terserlah di setiap raut wajah peminat yang hadir di konsert The Jacksons yang dianjurkan oleh Offshore Entertainment Production ini. Sememangnya tempoh 90 minit itu berjaya membuatkan mereka terbuai dengan lagu-lagu yang disampaikan. | |||||
| Perogol bertayam dijel 27 tahun Posted: 18 Dec 2012 06:32 PM PST
KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini semalam memerintahkan seorang lelaki yang memasang bebola besi atau 'tayam' pada kemaluannya dikenakan hukuman penjara 27 tahun dan disebat sembilan kali atas kesalahan rogol dan samun di sebuah rumah urut di Setapak di sini pada 25 November lalu. Mohamad Fadzlie M. Rosdi, 20, diperintah menjalani hukuman itu oleh Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid manakala rakannya yang turut mengaku salah menyamun premis itu, Mohd. Khairiell Idzham Hashimi, 21, pula diarah menjalani hukuman penjara selama 30 tahun dan 10 sebatan. Hukuman dijatuhkan selepas Emelia Kaswati mengambil kira pengakuan bersalah kedua-dua tertuduh sebelum ini. Penganggur itu mengaku salah atas tiga tuduhan, iaitu merogol seorang pekerja wanita Vietnam di atas sofa di hadapan pekerja lain selain dua tuduhan samun terhadap penjaga premis, Jong Chiak Eng, 51, serta seorang pekerja, Teoh Cee Fah, 44. | |||||
| Australia denda AirAsia RM600,000 kerana sorok caj penumpang Posted: 18 Dec 2012 06:31 PM PST ![]() laman web syarikat AirAsia yang menawarkan pakej tambang murah tetapi dikenakan tindakan denda oleh Mahkamah Persekutuan Australia. MELBOURNE (Australia) - Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia telah dikenakan denda kerana tidak memasukkan cukai dan lain-lain caj dalam laman sesawangnya. Syarikat penerbangan itu didenda A$200,000 (kira-kira RM600,000) di Mahkamah Persekutuan Melbourne semalam kerana melanggar peruntukan peletakan harga tunggal Undang-Undang Pengguna Australia, kata Australian Associated Press (AAP). Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) berkata, kes itu berkaitan dengan tempoh 10 bulan ketika laman sesawang www.airasia.com tidak menunjukkan beberapa harga tambang penerbangan. Ia termasuk semua cukai, duti, yuran dan lain-lain caj mandatori dalam cara yang jelas dan sebagai angka tunggal. | |||||
| MAS belanja besar beli pesawat ATR Posted: 18 Dec 2012 06:30 PM PST
SUBANG JAYA - Malaysia Airlines (MAS) bakal memperoleh 36 pesawat baharu ATR 72-600 dengan nilai RM3 bilion daripada ATR iaitu syarikat pengeluar turboprop atau pesawat yang menggunakan kipas berpangkalan di Toulouse, Perancis. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, ATR telah pun komited untuk menghantar tiga pesawat turboprop pada tahun depan, lima lagi tahun berikutnya dan enam pada tahun 2015. "Daripada sejumlah 36 pesawat, Firefly akan mendapat 20 buah sementara MasWings pula 16 buah," kata beliau pada sidang akhbar untuk memaklumkan mengenai peluasan rangkaian Firefly semalam. Ahmad Jauhari berkata, kelebihan operasi turboprop ialah keupayaannya untuk mendarat dan berlepas dengan amat pantas, kurang daripada 30 minit, sekali gus menyaksikan peningkatan kekerapan penerbangan. "Pada masa ini, orang ramai mengembara mengikut keselesaan masing-masing, jadi kekerapan ataupun frekuensi amat penting," kata beliau sambil menambah bahawa pemilikan pesawat baharu itu akan dibiayai dengan dana dalaman, dalam lingkungan kumpulan MAS. | |||||
| Mekanik dera anak tiri didakwa Posted: 18 Dec 2012 06:28 PM PST
KLANG – Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mendera anak tirinya yang berusia tiga tahun menggunakan senduk nasi dan acuan maruku dalam kejadian di sebuah rumah di Kapar di sini pada September lalu. Tertuduh, T. Rajasegaran, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tindakannya yang mendatangkan kecederaan terhadap kanak-kanak lelaki itu yang merupakan anak kepada isteri keduanya. Majistret Suhaima Mohd. Noor menetapkan 15 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes. Bagaimanapun, tertuduh tidak dibenar ikat jamin dengan alasan demi keselamatan mangsa yang tinggal bersamanya. Rajasegaran dari Kapar di sini diheret ke mahkamah rentetan aksi dera tertuduh terhadap seorang budak lelaki yang dirakam menggunakan telefon bimbit tersebar di laman soasial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada minggu lalu. | |||||
| Petani tumbuk mata buaya selamatkan diri Posted: 18 Dec 2012 06:27 PM PST ![]() INILAH lokasi jeti (dalam bulatan) Alimina diserang seekor buaya di Sungai Sibuti, Miri kelmarin. MIRI - Seorang petani terselamat daripada maut setelah dia bertindak nekad menumbuk mata kiri seekor buaya yang menyerangnya di Sungai Sibuti di sini kelmarin. Dalam kejadian pukul 1 petang itu, Alimina Lamat, 44, dari Kampung Bulau Ulu, Sungai Sibuti sedang mencangkung di atas jeti untuk mandi sebelum tiba-tiba dilibas buaya berkenaan dipercayai sepanjang dua meter. Menurutnya, sejurus diserang, Alimina terus menumbuk mata kiri Sang Bedal tersebut sebelum buaya berkenaan menggigit kaki kirinya. "Mujur saya tidak tercampak ke dalam sungai dan sempat bergelut dengan buaya itu dari atas jeti. "Saya juga sempat menendang tepat kepala buaya berkenaan sebelum ia hilang daripada pandangan saya," ceritanya di sini semalam. Mencerita lanjut, dia yang telah berpuluh tahun mandi di jeti tersebut tidak menyangka perkara tersebut akan berlaku kepada dirinya. Sementara itu, jurucakap Balai Polis Bekenu ketika dihubungi menasihati orang ramai agar berhati-hati semasa mandi kawasan sungai tersebut. | |||||
| Poliklinik kecoh terima pesakit meninggal dunia Posted: 18 Dec 2012 06:26 PM PST
JASIN - Suasana tenang sebuah poliklinik di Taman Debunga, Merlimau di sini semalam bertukar kecoh apabila seorang lelaki yang dihantar untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan di mulut dan kepala didapati meninggal dunia sebelum sempat dihantar ke Hospital Melaka. Dalam kejadian pada pukul 10.15 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 25 tahun itu dikatakan masih hidup ketika dihantar dua lelaki ke premis tersebut. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Superintendan R. Gunarajan berkata, mangsa dihantar dua lelaki dengan kereta Perodua MyVi berwarna kelabu dan sebaik tiba, kakitangan klinik terus menghubungi ambulans untuk menghantar lelaki itu ke Hospital Melaka yang terletak sejauh 20 kilometer namun mangsa disahkan sudah meninggal dunia di situ. "Mengikut keterangan pekerja poliklinik terbabit, kedua-dua lelaki berkenaan mendakwa menemui mangsa di sebuah kawasan di Merlimau Dalam lalu membawanya ke situ. "Mangsa pula tidak dapat dirawat di poliklinik tersebut kerana doktor mempunyai kes kecemasan di luar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. | |||||
| Ikan air tawar boleh 'berjalan' ditemui di Vietnam Posted: 18 Dec 2012 06:23 PM PST ![]() IKAN kecil yang berukuran antara 15 milimeter (mm) hingga 20mm ditemui di Surat Thani, selatan Thailand baru-baru ini. HANOI - Beberapa saintis mengenal pasti sebanyak 129 spesies baharu di kawasan Mekong Besar termasuk ikan air tawar seperti keli yang boleh 'berjalan' di darat, kata Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) semalam. Maklumat tersebut terdapat di dalam laporan baharu WWF yang memperincikan penemuan pada 2011 itu. Kawasan Mekong Besar merangkumi sebahagian Thailand, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Laos dan wilayah Yunnan di selatan China. Ikan air tawar itu hidup di beberapa batang sungai di Pulau Phu Quoc, dekat Delta Mekong, dalam wilayah Kien Giang di Vietnam. Dikenali dengan nama saintifik, Clarias gracilentus, spesies itu mempunyai kebolehan menggunakan sirip-siripnya untuk berdiri tegak dengan haiwan tersebut menggoyang-goyangkan badannya untuk bergerak ke hadapan seperti seekor ular. Antara spesies baharu yang unik di kawasan berkenaan termasuk ikan terkecil baharu yang berukuran antara 15 milimeter (mm) hingga 20mm panjang dan katak yang boleh 'menyanyi' di utara Vietnam. Ikan kecil itu ditemui di Surat Thani, selatan Thailand. | |||||
| Saintis selesai kes kematian firaun Posted: 18 Dec 2012 06:22 PM PST ![]() IMEJ yang tidak bertarikh menunjukkan beberapa saintis Institut Akademi Bozen/Bolzano Eropah membuat penyelidikan mumia Ramses III di sebuah makmal di Kaherah, Mesir. PARIS - Seorang pembunuh upahan mengelar leher seorang firaun agung terakhir Mesir ketika kemuncak konflik perebutan takhta, kata beberapa saintis kelmarin dalam satu laporan berhubung pembunuhan berusia 3,000 tahun itu. Mereka berkata, teknologi forensik mendapati Firaun Ramses III menemui ajal di tangan seorang atau beberapa orang pembunuh yang dihantar oleh isteri dan anak lelakinya. Raja empayar Mesir purba memakai gelaran firaun dengan baginda dipuja sebagai dewa. Menurut mereka, anak lelaki Ramses III dipaksa membunuh diri selepas komplot itu berakhir. Imej tomografi berkomputer (CT) mumia Ramses III menunjukkan salur udara dan beberapa arteri utama firaun berkenaan telah dikelar dengan menyebabkan luka selebar 70 milimeter dan hampir mengenai tulang belakangnya. Luka tersebut menyebabkan kecederaan pada tisu leher depan firaun itu. "Saya hampir tiada kesangsian langsung bahawa Ramses III mati kerana lehernya dikelar," kata seorang ahli palaeopatologi Institut Akademi Bozen/Bolzano (EURAC) yang mengkaji mumia dan lelaki ais, Albert Zink. "Luka itu sangat dalam dan agak besar, kecederaan tersebut hampir mengenai tulang belakang. Ia luka yang boleh mengundang maut," tambahnya. Ramses III yang memerintah dari sekitar 1188 hingga 1155 Sebelum Masihi (SM) disebut dalam beberapa surat kuno sebagai Dewa Besar dan seorang ketua tentera yang melindungi Mesir daripada diceroboh pihak asing. Baginda mati ketika berusia sekitar 65 tahun tetapi punca kematiannya sebelum ini masih kabur. Beberapa bahan bukti insiden tersebut terletak dalam surat kuno dikenali sebagai Papirus Kehakiman Turin. Dokumen itu merekodkan empat perbicaraan berhubung dalang-dalang di sebalik komplot pembunuhan Ramses III yang antara lain melibatkan isteri mudanya, Tiy dan anak lelaki mereka, Putera Pentawere. Setelah setahun mengkaji mumia Ramses III, Zink dan beberapa pakar dari Mesir, Itali dan Jerman mendapati luka di leher firaun berkenaan selama ini tersembunyi di sebalik kain balutan mumia. | |||||
| Penduduk kampung pindahkan kubur unik Posted: 18 Dec 2012 06:21 PM PST ![]() SEKUMPULAN orang termasuk penduduk kampung menyaksikan sebuah kubur di atas bukit di kawasan pembinaan sebuah bangunan di Taiyuan semalam. TAIYUAN - Beberapa penduduk kampung bertindak memindahkan sebuah kubur yang terletak di atas sebuah bukit setinggi 10 meter di sebuah kawasan pembinaan sebuah bangunan kediaman di sini semalam. Kubur tersebut terletak di atas bukit berkenaan tujuh bulan selepas kerja-kerja pembinaan bangunan berkenaan bermula. Empat keranda digunakan untuk membawa tulang si mati yang dikebumikan di atas bukit tersebut pada tahun 2004. Keluarga si mati dengan bantuan beberapa penduduk kampung memindahkan kubur berkenaan di sebuah lokasi yang tidak didedahkan. Sebelum ini pihak media membuat spekulasi keluarga si mati bakal memperoleh pampasan sebanyak AS$160,400 (RM489,485). Terdapat juga laporan media yang menyatakan, keluarga si mati menunggu tarikh yang dianggap bertuah untuk memindahkan kubur berkenaan. | |||||
| Pelarian Palestin lari dari Syria Posted: 18 Dec 2012 06:20 PM PST
DAMSYIK – Sejumlah pelarian Palestin di kem Yarmuk di selatan Damsyik melarikan diri selepas pertempuran sengit antara tentera rejim dan para penentang Presiden Syria, Bashar Al-Assad menggegarkan kem itu malam kelmarin. Ketiadaan hospital, anggota bomba dan jalan yang tidak selamat menjadikan kem tersebut kini dilanda krisis kemanusiaan yang teruk. Seorang penduduk yang dihubungi wartawan agensi berita AFP memberitahu, pihak tentera mengarahkan kesemua 150,000 penduduk berpindah menjelang tengah hari semalam. Peperangan menentang pemerintahan Bashar yang meletus pada Mac tahun lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 43,000 nyawa. Beberapa jet pejuang tentera Syria melancarkan serangan udara ke atas kem tersebut. Dalam serangan pada Ahad lalu, seramai lapan orang awam terbunuh di kem berkenaan di selatan Damsyik. Ratusan orang pelarian Palestin dilihat memasuki Lebanon semalam dari pintu sempadan Masnaa. Seramai 2,000 orang pelarian Palestin memasuki Lebanon sejak tiga hari lalu, menurut anggaran sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian tersebut. Menurut wartawan agensi berita itu, puluhan bas dan kereta membawa pelarian Palestin tiba di Lebanon semalam. Beberapa penumpang memberitahu wartawan bahawa mereka datang dari kem pelarian Yarmuk yang diserang jet-jet tentera Bashar. "Terdapat serangan di beberapa kawasan di kem tersebut dan kebanyakan orang meninggalkan kem itu," kata seorang pemuda. Sementara itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia semalam, kira-kira 100 orang cedera akibat peperangan dimasukkan ke hospital setiap hari di Damsyik sehingga menyebabkan berlaku kekurangan bekalan ubat-ubatan. Beberapa laporan menyatakan Rusia telah menghantar beberapa buah kapal perang untuk membawa ribuan warga negara itu keluar dari Syria. Kelmarin, Naib Presiden Syria, Faruq al-Sharaa menyatakan tidak ada siapa yang bakal memenangi peperangan di negara ini. Para penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan menentang Bashar selepas beliau didakwa gagal untuk membawa pembaharuan pentadbiran dan kebebasan bersuara di Syria. | |||||
| Posted: 18 Dec 2012 06:20 PM PST ![]() RATU ELIZABETH II (dalam bulatan) duduk dalam mesyuarat Kabinet di Downing Street, London semalam. LONDON - Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II (gambar) menghadiri satu mesyuarat Kabinet di sini sempena sambutan jubli intan pertabalan baginda semalam. Kehadiran baginda merupakan lawatan pertama yang dilakukan oleh seorang kerabat diraja Britain sejak lebih 100 tahun dahulu. Ratu itu yang berusia 86 tahun itu tiba di kediaman rasmi Perdana Menteri David Cameron, 10 Downing Street untuk mesyuarat para menteri kanan Kabinet. Istana Buckingham menyatakan, Ratu Elizabeth II akan menerima cenderamata jubli intan daripada Kabinet sempena 60 tahun baginda berada di atas takhta dan turut hadir sebagai pemerhati pada mesyuarat itu. Berdasarkan sejarah, Ratu Victoria yang meninggal dunia pada 1901 pernah menghadiri mesyuarat Kebinet. Mesyuarat Kabinet pada kebiasaannya berlangsung sekitar sejam setengah tetapi baginda akan menyertainya selama 30 minit sebelum beredar bersama Setiausaha Luar, William Hague untuk melawat Pejabat Kementerian Luar. Pada mesyuarat kabinet berkenaan, Ratu Elizabeth II duduk di tengah meja mesyuarat bersama Cameron di sebelah kanan dan Hague di sebelah kiri baginda. Meja yang berbentuk seperti sebuah bot itu diperkenalkan oleh Harold Macmillan, Perdana Menteri yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1963 supaya beliau dapat melihat semua menterinya. Ratu Elizabeth II pernah beberapa kali berkunjung di Pejabat Perdana Menteri Britain dengan kunjungan terakhir dibuat pada Julai lalu untuk menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan Cameron dan turut dihadiri oleh bekas perdana menteri, Gordon Brown, Tony Blair dan John Major. Seramai 12 perdana menteri berkhidmat di bawah pemerintahan ratu itu. Ratu Elizabeth II akan menerima kunjungan mingguan oleh Perdana Menteri Britain. Baginda berhak dan bertanggungjawab menyatakan pandangannya dalam hal ehwal kerajaan. Tiada orang lain hadir pada pertemuan dengan perdana menteri tersebut, tiada catatan minit pertemuan manakala isi pertemuan mereka tidak pernah dibincangkan. | |||||
| Penawar ketagihan si penggemar durian Posted: 18 Dec 2012 06:17 PM PST
ADUNAN krim berwarna putih bercampur isi durian yang dibalut dengan lempeng nipis berwarna kuning itu dimakan penuh nikmat. Rasa masam manis krim berpadu dengan isi durian yang berlemak benar-benar membangkitkan selera mereka yang menikmatinya. Izzati Abdul Ghaffur, 24, benar-benar menikmati makanan kegemarannya yang dibeli dari sebuah kedai bakeri di Seremban, Negeri Sembilan. "Saya sangat menggemari durian crepe. Rasanya yang lemak manis dengan isi durian yang terdapat di tengah-tengahnya benar-benar membuat saya ketagih," katanya dalam satu pertemuan. Menurut Izzati, minatnya terhadap durian crepe berputik sebaik dia melihat gambar makanan tersebut dimuat naik oleh seorang daripada rakannya di laman sosial Facebook. "Rakan saya bercerita tentang keenakan durian crepe yang membuatkan saya teringin untuk mencubanya," ujarnya. Selepas mencuba makanan itu buat pertama kali, dia terus 'jatuh cinta' dengan rasanya yang unik. ![]() PERINGKAT akhir menghasilkan durian crepe. Mengikut pusingan jam, lempeng nipis, krim dan isi durian. "Sebagai penggemar durian, saya memang sukakan apa-apa sahaja makanan yang berasaskan durian dan durian crepe sememangnya pilihan yang tepat untuk peminat durian seperti saya," katanya yang merupakan seorang penulis blog yang gemar berkongsi cerita mengenai makanan dengan rakan-rakannya. Ujar Izzati, kini dia pasti akan membeli makanan kegemarannya itu pada bila-bila masa dia keluar ke pusat bandar, tidak kiralah sama ada yang ditempah ataupun yang dibeli terus dari mana-mana kios makanan di pusat-pusat beli-belah. "Jika seminggu saya tidak makan crepe durian, saya pasti akan berasa seperti tidak senang duduk kerana makanan ini benar-benar telah menjadi kegilaan saya," katanya. Menurut sejarah kulinari, resipi crepe ditemui buat pertama kalinya di Perancis pada tahun 1390 dalam sebuah buku masakan yang bertajuk Manger 'de Paris (makanan yang berasal dari Paris). Perkataan crepe berasal daripada bahasa Latin iaitu crispa yang bermaksud bergulung. Tidak menang tangan Jika di Perancis crepe disajikan sebagai hidangan utama, di Amerika pula ia dianggap sajian terlazat dan sering dihidangkan sebagai penutup hidangan.. Ia turut disajikan dalam pelbagai cara. Antaranya mengisi lapisan-lapisan ini dengan gula halus, cip coklat, krim vanila, keju, sayur-sayuran, daging atau telur. Bagi seorang pembuat crepe durian, Zuharizam Mahamed, 30, dia tidak menang tangan menghasilkan makanan yang sedang menjadi trend di seluruh negara itu. "Melalui promosi yang dilakukan di blog milik saya iaitu www.kedai-cupcakes.blogspot.com, saya menerima banyak tempahan crepe durian daripada orang ramai dan ini merupakan satu perkembangan yang baik terhadap perniagaan saya, " katanya yang membuat tempahan crepe durian di rumahnya di Taman Rakan, Cheras, Kajang, Selangor.
Menurut Zuharizam, dia mula belajar membuat crepe durian kira-kira tiga bulan lalu setelah melihat gambar makanan itu di dalam sebuah blog. "Saya tertarik apabila diberitahu mengenai keunikan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkannya. "Sebab itulah, saya belajar membuat crepe durian meskipun pada ketika itu ia masih belum dikomersialkan lagi," ujarnya yang turut menerima tempahan membuat kek red velvet, kek pelangi, pavlova, roti, puff krim dan juga tat. Lima jenis tepung Proses membuat crepe durian pula bukanlah sesuatu yang mudah kerana inti dan kulitnya perlu diadun dengan betul. "Bagi mengelakkan crepe mudah koyak, saya menggunakan lima jenis tepung. Ia juga tidak boleh terlalu tebal atau nipis," jelasnya yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan sambilan sejak tahun 2009. Selain itu, salah satu rahsia keenakan crepe durian Zuharizam ialah dia hanya menggunakan durian jenis Musang King sebagai inti. "Meskipun harga durian Musang King di pasaran agak mahal, namun saya tidak kisah mengeluarkan modal yang lebih kerana saya tahu ia dapat menghasilkan rasa yang hebat," katanya yang mendapatkan bekalan durian daripada seorang peniaga di Pekan Batu Sembilan, Hulu Langat, Selangor. Menurut Zuharizam, dia menjual empat biji crepe durian bersaiz sederhana yang dibungkus dalam bekas plastik pada harga RM10. Bagi tempahan yang kurang daripada dua bekas, Zuharizam menasihatkan pelanggan yang tinggal di sekitar Cheras supaya mengambil dari rumahnya. ![]() CREPE durian salah satu opsyen untuk si penggemar durian. Bagaimanapun, bagi tempahan yang melebihi 10 bekas plastik dan ke atas, dia akan menghantar ke lokasi pelanggan di sekitar Kuala Lumpur pada waktu makan tengah hari dan selepas waktu bekerja tanpa caj tambahan. "Sebaik-baiknya, buatlah tempahan tiga hari sebelum bagi memudahkan proses penghantaran,"katanya yang boleh dihubungi di talian 013-362 7511. Sementara itu, bagi pemilik gerai durian tersebut, Quah Chon Siang, 27, memperoleh bekalan durian sebanyak dua kali sehari bagi memastikan permintaan yang tinggi daripada pelanggan terhadap buah itu sentiasa dapat dipenuhi. "Meskipun durian-durian tersebut dibawa dari Bentong, Pahang, saya sentiasa memastikan bahawa ia dapat dihantar pada sebelah tengah hari dan petang bagi mengelakkan masalah kehabisan stok. "Saya juga tidak menyimpan durian yang tidak dibeli melebihi sehari bagi menjamin kualiti," katanya yang turut menjual buah-buahan lain seperti manggis, rambutan dan mangga. Ditanya sama ada trend crepe durian mempengaruhi jualannya, Chon Siang mengakui bahawa jualan durian di gerai miliknya semakin hari semakin meningkat meskipun terdapat lambakan di pasaran. "Pelanggan saya bukan sahaja terdiri daripada golongan orang persendirian yang membeli durian untuk dimakan bersama keluarga, malah para pengusaha crepe durian secara komersial dan bukan komersial," katanya yang hanya menjual durian bermutu tinggi seperti Musang King, King of Kings, duri hitam, Butter, XO dan D24. | |||||
| Posted: 18 Dec 2012 06:16 PM PST
BAHANG panas waktu petang lazimnya membuatkan seseorang berasa lesu dan memilih untuk tidak mahu meninggalkan keselesaan ruang tertutup. Pada masa yang sama, tubuh yang letih perlu direhatkan sementara agar kembali cergas selepas seharian menyudahkan bebanan kerja. Selalunya orang akan tercari-cari santapan yang lazat untuk menenangkan jiwa. Amalan meminum teh sudah menjadi kebiasaan sejak berkurun lamanya. Kebaikannya sudah diketahui dapat membantu melestari kesihatan tubuh selain menjadi bahan antioksida terbaik. Alami keenakan minuman petang ala Inggeris di The Sphere Lounge yang terletak di lobi Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor yang menghidangkan variasi menu minum petang buat pengunjung. Ketenangan kala menghirup teh Inggeris dilengkapkan dengan tiga set hidangan mini yang terdiri daripada sandwich, pastri, kek cawan dan lain-lain. Selain set utama, terdapat juga hidangan sampingan yang melengkapi set minum petang. Paling menarik perhatian ialah sandwic berwarna hitam yang menggunakan roti diperbuat daripada adunan tepung buluh. Menurut Chef De Cuisine, Hotel One World, Fairuse Abdullah, roti tersebut berasal dari Jepun yang terkenal dengan penghasilan roti yang enak dan lembut. "Roti negara-negara Asia lebih lembut berbanding di kebanyakan negara Eropah. Memandangkan negara kita menggemari roti yang lembut, idea timbul untuk mencipta sandwic menggunakan roti tersebut," ujarnya. Tambahnya, pemilihan menu untuk set minum petang haruslah ringkas dan tidak terlalu berat memandangkan pengunjung sekadar mahu mengalas perut sebelum mengambil makan malam. Berlatarkan suasana yang tenang dengan tata rias moden, The Sphere Lounge bersesuaian untuk dijadikan tempat perbincangan bisnes atau sekadar tempat pertemuan sesama teman-teman. Terdapat tiga set menu mini, pengunjung bakal merasai keenakan menu seperti salmon salai dalam bagel mini, kek cawan vanila dengan beri campur, Swissroll Gello rasberi teh hijau, paf krim mangga dan kek red velvet dengan frosting mentega kacang. Setiap set berharga sekitar RM50, ia boleh didapati setiap hari di The Sphere Lounge sehingga 31 Januari 2013. | |||||
| Posted: 18 Dec 2012 06:16 PM PST ![]() SELAIN dekorasi menarik orang salji bernama Frosty, para pengunjung Suria KLCC bakal disambut oleh si rusa Rudolph dan kawan-kawannya di ruang masuk Park Mall sempena Hari Natal ini. BAGI 18 orang kanak-kanak autistik dari Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), peluang istimewa melawat bengkel Santa Claus di Suria KLCC baru-baru ini sangat bermakna buat mereka. "Kanak-kanak Nasom sentiasa dekat di hati kami. Selain kempen Hari Ungu (Purple Day) bagi meningkatkan kesedaran mengenai autisme dan mengumpul dana untuk Nasom. Ini adalah kali pertama kanak-kanak Nasom meraikan Hari Natal bersama kami. "Oleh itu, perayaan kali ini lebih istimewa dan kami mahu berkongsi kegembiraan itu bersama mereka," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC, Andrew Brien. Selain berpeluang menikmati keindahan Hari Natal pada bengkel Santa Claus, kanak-kanak itu juga berkesempatan menyaksikan pelbagai persembahan menarik seperti kuartet kontemporari dan nyanyian lagu-lagu Hari Natal. Sambil menjamu selera di restoran Chinoz on the Park, mereka turut menerima hadiah daripada kakitangan Suria KLCC. Kanak-kanak yang jelas teruja itu kemudiannya dihiburkan oleh Santa Claus yang turut memberikan mereka gula-gula. "Kami amat bersyukur dengan sokongan yang ditunjukkan Suria KLCC. Mereka sentiasa membantu kami dalam meningkatkan kesedaran mengenai autisme dalam kalangan rakyat Malaysia. "Kami dapat melihat peningkatan dalam jumlah pertanyaan mengenai autisme dan ini membuktikan usaha mereka setakat ini sememangnya berkesan. Sambutan Hari Natal tahun ini amat istimewa dan kami pasti kanak-kanak ini turut merasainya," jelas Setiausaha Lembaga Pengurusan Nasom, Cason Ong. Bengkel istimewa Bengkel Santa Claus di Centre Court, Suria KLCC dibuka dari sekarang sehingga 29 Disember ini. Pengunjung berpeluang bertemu dengan karakter-karakter popular seperti orang salji bernama Frosty di ruang masuk Ampang Mall dan Rudolph si rusa di ruang masuk Park Mall. Sang peri yang comel pula boleh ditemui di ruang masuk Ramlee Mall dan di seluruh kawasan Suria KLCC. Selain itu, para pengunjung juga boleh bergambar pada kereta salji yang diletakkan di Esplanade KLCC, berhadapan dengan air pancut KLCC Symphony. Para pengunjung yang membeli hadiah Hari Natal untuk orang tersayang atau diri sendiri bakal menerima hadiah istimewa. Bagi setiap pembelian RM500 ke atas di dalam dua resit terkumpul, mereka akan diberikan sepasang sarung tangan ketuhar Hari Natal. Pada hujung minggu pula, 30 orang pertama yang berbelanja sebanyak RM3,000 ke atas di dalam dua resit terkumpul berpeluang mendapat sebuah gel Melvita Facial and set Krismas Rose Nectar. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


































0 ulasan:
Catat Ulasan