OHBULAN! |
| Aidil Zafuan Hadir Ke Mahkamah Untuk Proses Sulh Hak Penjagaan Anak Posted: 18 Dec 2012 10:17 PM PST
Secara umumnya semalam merupakan hari pertama proses sulh Aidil, dan ia hanya membabitkan dirinya dan pegawai Mahkamah Tinggi Syariah Seremban sahaja. Dalam pada itu, Rita Rudaini turut dikatakan tidak dapat hadir ke mahkamah pada saat-saat akhir. "Proses sulh pertama tetap diteruskan kerana tarikh sudah ditetapkan oleh mahkamah dan akan disambung pada tarikh ditetap kelak menerusi surat dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan." Merujuk laporan yang sama, peguam Noor Ariff Delia memaklumkan bahawa Aidil telah memfailkan permohonan sulh pada 1 November lalu dan ia bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian awal terhadap hak penjagaan anak-anaknya. "Proses sulh bertujuan mencari jalan penyelesaian antara pasangan suami isteri dan ia membolehkan kedua-dua pihak mendapat keadilan." "Tuntutan hak penjagaan anak ini boleh dilakukan walaupun pasangan tidak bercerai." |
| Foto : Kad Krismas Keluarga Kim Kardashian Tahun 2012, Awesome! Posted: 18 Dec 2012 10:01 PM PST
Sudah menjadi perkara biasa untuk sesiapa pun merakamkan saat-saat indah bersama keluarga disaat menyambut perayaan istimewa. Tidak kiralah samada Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Krismas, pasti akan ada gambar bersama keluarga. Namun, bagi keluarga selebriti, The Kardashian's, atau lebih dikenali melalui Kim Kardashian, sudah menjadi perkara biasa bagi mereka untuk membuat kad Krismas keluarga. Apa yang lebih menarik, setiap tahun tema gambar mereka sentiasa berlainan dan pada tahun ini (2012), tema kad Krismas keluarga Kardashian ialah "Snow White". Turut dilihat didalam gambar termasuklah kucing parsi putih milik Kim Kardashian yang telah pun mati minggu lepas kerana sakit. Epik kan? Gambar ini telah diambil khas oleh jurugambar Nick Saglimbeni. Sumber : NY Daily |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Menerusi laporan akhbar 





0 ulasan:
Catat Ulasan