RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Visa Lulus Shila Amzah Ke Amerika Syarikat Buat Persembahan di World Music Award 2012

Posted: 18 Dec 2012 04:53 PM PST

Hari ini, dah pun hari Rabu. Dalam jadual penyanyi Shila Amzah, pada malam ni, beliau akan bertolak ke Miami, Amerika Syarikat untuk buat persembahan di World Music Award 2012. Paling membanggakan Shila akan mengharumkan nama negara kerana akan buat persembahan di hadapan artis terkenal antarabangsa dan tercalon dalam Artis Wanita Terbaik Dunia dan Penghibur Terbaik Dunia 2012. Ko mampu?

Shila juga dikategorikan dalam dua kategori dalam anugerah World Music Award ini dan beliau berazam akan melakukan persembahan sehabis baik. Kalau nak tahu, dalam kedua-dua kategori itu Shila bersaing dengan nama-nama besar antarabangsa seperti Rihanna, Adele, Madonna, Alicia Key, Katy Perry, Kelly Clarkson dan Jesie J. WMA 2012 akan berlangsung di Marlin Park, Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 22 Disember ini.

Shila Amzah Safi Balqis

Kita sama-sama ucapkan tahniah buat Shila Amzah. #Shilalas semuanya pastinya mendoakan keselamatan dan kejayaan anda di sana.

Permohonan visa untuk terbang ke Amerika Syarikat sudah pun diluluskan oleh kedutaan Amerika Syarikat pada tengah hari Selasa lalu. Shila Amzah berasa lega dan pastinya dia dah tak sabar-sabar untuk mengadakan persembahan pada acara World Music Award (WMA 2012).

Sebelum ini, permohonan yang dibuat pada Isnin lalu itu tertangguh apabila pihak kedutaan berkenaan begitu teliti untuk mengetahui tujuan sebenar dia mahu ke negara itu.

"Risau dibuatnya apabila permohonan visa saya tertangguh. Mujurlah pihak kedutaan faham dengan keadaan saya yang tidak sempat membuat permohonan itu lebih awal. Sampaikan saya terfikir, entah dapat ke tidak saya menyertai anugerah itu. Apatah lagi saya dicalonkan untuk dua kategori iaitu Artis Wanita Terbaik Dunia dan Penghibur Terbaik Dunia 2012. Apa-apa pun saya akan ke sana esok malam (Rabu."

Tambah Shila, lebih istimewa menerusi acara itu dia turut diberi penghargaan untuk membuat persembahan yang secara tidak langsung membolehkannya memperkenalkan negara ini ke persada dunia.

Sementara itu, penyanyi berusia 22 tahun itu bakal mengadakan Konsert Shila Amzah sempena Gala Amal Pamoga-Gaza buat pertama kalinya sepanjang 12 tahun berkecimpung dalam industri muzik tempatan.

Kata Shila, dia bersyukur apabila pihak penganjurnya, Vida Beauty membuka peluang untuknya mengadakan konsert sendiri yang akan berlangsung pada 29 Disember ini di Hotel One World, di sini.

"Selepas 12 tahun bergelar penyanyi, sudah sampai masanya untuk saya mengadakan konsert sendiri. Alhamdulillah, peluang ini tidak akan saya sia-siakan dan saya akan mempersembahkan lagu-lagu hit bermula dari usia saya sembilan tahun sehinggalah sekarang.

"Pada masa sama ia juga merupakan konsert amal di mana saya sendiri serta para pembeli tiket dapat membuat sedikit amal kebajikan. Sebahagian daripada keuntungannya akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan serta mangsa-mangsa perang di Gaza, Palestin," ujarnya.

Bagi sesiapa yang ingin menyaksikan konsert Shila, tiket berharga RM3,500 hingga RM60,000 (satu meja) boleh ditempah menerusi talian 013-3935808 (Nurin), 05-5264199 (Ezura) dan 013-2895808 (Zamri) atau layari www.vidabeauty.com.my.

Komen via Facebook

Komen

Video Untuk Dia Sleeq & Najwa Latif Antara Yang Popular di Youtube 2012

Posted: 18 Dec 2012 09:44 AM PST

Jika anda selalu melayari laman video Youtube hari ini, pasti anda akan terperasan logo Youtube lain macam je. Di sebelah logonya ada seperti simbol Psy tengah menari Oppa Gangnam Style.

Budiey pun ada klik dan rupa-rupanya, Youtube di bawah syarikat besar Google ada menyiarkan senarai video paling popular dan kerap ditonton di Malaysia sepanjang tahun 2012 melalui Youtube Rewind.

Rasanya ramai yang dah sedia maklum, video yang paling hangat sehingga menjadi trending di Twitter dan Google ialah video muzik Psy – Oppa Gangnam Style. Itu memang tak boleh nak nafikan, kehebatan dan aura Psy sehingga kini diperkatakan. Jadi, Youtube turut menghasilkan satu video parodi untuk Youtube Rewind. Turut menampilkan beberapa Youtubers dan juga artis yang dilahirkan menerusi Youtube. Anda boleh tonton di bawah ini:

Dalam banyak-banyak video yang tersenarai menjadi yang paling trending di Youtube ialah video lagu Sleeq dan Najwa Latif iaitu Untuk Dia. Jadi, tahniah buat Sleeq dan Najwa Latif kerana telah berjaya membuktikan Malaysia boleh. Ini membuktikan Sleeq & Najwa layak bergelar Nova Media Baru di APM… walaupun…

Video yang turut menampilkan pelakon terkenal Aaron Aziz dan Siti Saleha ini juga turut bersaing dengan video dari BigBang dan Psy – Oppa Gangnam Style.

Statistik yang dikeluarkan menunjukkan pengguna Youtube ada menonton sehingga 4 bilion jam untuk sebulan.

Di Malaysia sendiri, YouTube telah melancarkan YouTube Malaysia, memfokuskan kepada kandungan yang dibangunkan oleh pengguna tempatan, di samping turut melancarkan sokongan YouTube Partners di Malaysia.

Berikut di bawah ini adalah senarai video paling popular, terhangat di Malaysia sepanjang tahun 2012:

  1. PSY – Gangnam Style
  2. Sleeq & Najwa Latif – Untuk Dia
  3. Bigbang – Fantastic Baby
  4. PSY (ft Hyuna) – 오빤 딱 내 스타일
  5. Orang Sabah Style
  6. Maher Zain – Number One For Me
  7. Bigbang – Blue
  8. KL Style (Gangnam Style Parody)
  9. Hafiz & Siti Nurhaliza – Muara Hati
  10. Upin & Ipin 2012 – Tangkap Dia

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan