OHBULAN! |
| 9 Foto Majlis Pertunangan Pengarah Muda, Syafiq Yusof & Aiesyah Zainal Posted: 23 Dec 2012 09:11 PM PST
Baru berumur 19 tahun bukanlah faktor penghalang bagi pengarah muda yang juga anak kepada Yusof Haslam ini untuk mendirikan rumah tangga. Bakal menjejak umur 20 tahun pada tahun hadapan, Syafiq Yusof semalam (23 Disember) telah melangsungkan majlis pertunangannya bersama wanita pilihan, Aiesyah Zainal. Menurut sebuah tabloid tempatan sebelum ini, Syafiq pernah mengumumkan bahawa dia mahu bertunang pada tahun 2013 bersama kekasihnya yang sama-sama belajar di Kuala Lumpur Metropolitan University (KLMU). Mungkin sudah sampai rezeki dulu, Syafiq turut memetik dialog dari filem arahannya, S.A.M, iaitu, "Bukti yang paling kukuh bagi lelaki yang betul-betul mencintai wanitanya adalah dengan perkahwinan." Romantik juga Syafiq ini kan? Apa pun, mari kita lihat beberapa keping foto sekitar majlis pertunangan Syafiq Yusof & Aiesyah Zainal. Kredit Foto : Effindi Kamaruddin, Siti Fatimah Az-zahra Zainal |
| Eksklusif : Kami Bukan Kahwin Lari!- Fazurina Posted: 23 Dec 2012 04:00 PM PST
Minggu lalu sebuah akhbar melaporkan kisah seorang pelakon yang pernah popular dengan drama 'Dunia Anita' iaitu Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, secara senyap-senyap telah melangsungkan perkahwinan bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Hykal Zulkifli, 30 dengan berwalikan bapa saudaranya di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang. Fazurina dikatakan menghilangkan diri selama sebulan tanpa sebarang khabar berita dan berita perkahwinan hanya diketahui apabila keluarga Fazurina menerima kiriman SMS daripada seorang saksi. Difahamkan, keputusan pelakon berusia 30 tahun ini yang membelakangi keluarganya untuk berkahwin jelas mengecewakan ahli keluarga termasuk ibu kandungnya. Lewat petang semalam, satu sumber yang rapat dengan pelakon ini telah menghubungi pihak editorial OHBULAN! bagi menjelaskan beberapa intipati yang kurang tepat terutamanya akan identiti si suami, Hykal yang kononnya tak pernah dikenali oleh keluarga Fazurina. "Sebenarnya keluarga Fazurina dan keluarga Hykal menetap di bangunan kondominium yang sama, cuma tingkat saja berlainan," jelas sumber itu. Sumber memaklumkan bahawa adik perempuan Fazurina iaitu Siti Fazurita Mohd Famir sebelum ini pernah terlibat sebagai pelakon drama terbitan produksi Tripix Studio, sebuah syarikat yang dimiliki Fazurina dan Hykal sebagai rakan kongsi. "Hykal ada buat drama untuk Tripix Studio dan Fazurita (adik Fazurina) adalah salah seorang yang terlibat sebagai pelakon. Ini jelas membuktikan ahli keluarga Fazurina memang mengenali identiti Hykal secara peribadi," tambah sumber. Pada hari yang sama, Fazurina yang berjaya dihubungi OHBULAN! mengesahkan bahawa keluarga mereka pernah berjumpa dan amat mengenali satu sama lain.
Jelasnya lagi, keluarga Hykal pernah datang merisik, namun telah ditolak oleh ibunya atas sebab yang tak diketahui. Pada masa yang sama, dia turut meluahkan rasa terkilan akan sikap adiknya yang sengaja membesar-besarkan cerita tanpa mengetahui perkara sebenar.
"Sebelum bernikah pun, Nina sudah pergi merujuk pada ustaz-ustaz untuk bertanya serta mendapatkan kepastian tentang situasi kami. Nina juga ada buat solat Istikharah," tambahnya lagi. Kekal tabah,Fazurina tetap berharap agar pintu hati ibunya akan terbuka untuk menerima kehadiran Hykal sebagai menantu yang sah. "Walaupun ibu tak bagi, tapi Nina tahu satu hari nanti pasti pintu hatinya akan terbuka. Nina percaya, hubungan antara ibu dan anak takkan terpisah," luah pelakon drama Trilogi Cinta ini. Dilanda konflik dalaman keluarga, Fazurina tetap meraikan hubungannya bersama Hykal sebagai suami isteri yang sah dalam sebuah majlis resepsi yang akan diadakan pada 9 Februari 2013, di Pulau Pinang. Dalam pada itu, sebuah sidang akhbar akan diadakan Fazurina pada hari ini (24 Disember), jam 2 petang bertempat di Hotel Seri Malaysia, Pulau Pinang. |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan