RSS

Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Ummi Hafilda Akan Berkahwin Dengan Doktor Dari Pakistan

Posted: 23 Dec 2012 04:44 AM PST

Sudah jodoh! Ummi Hafilda akan menamatkan zaman solonya dengan seorang pakar terapi kecantikan yang berasal dari pakistan iaitu Dr. Zaman Khan. Menurut tuan punya badan, majlis perkahwinan mereka akan diadakan dalam masa terdekat ini dan bakal dihadiri pembesar-pembesar negara. Kelaz!

GAMBAR BAKAL SUAMI UMMI HAFILDA

Pasti anda ingin tahu apakah yang membuatkan Ummi terbuka hati menerima Dr. Zaman Khan untuk bergelar suaminya bukan? Tanpa melengahkan masa, ayuh baca kenyataan Ummi kat bawah ni:-

"Terdapat dua perkara yang membuatkan saya tertarik kepada Zaman iaitu beliau seorang yang amat amanah dalam menjaga keluarganya dengan penuh kasih sayang. Menjadi anak sulung kepada tujuh adik-beradik, beliau tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadap ibu dan adik-adiknya.

"Kedua, beliau sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Beliau amat menjaga solatnya. Sunah Rasulullah SAW juga meminta umat baginda mencari suami yang mempunyai rupa, pegangan agama kukuh, berilmu dan berharta,"

Related Posts with Thumbnails

Liyana Jasmay Enggan Terima Sebarang Tajaan Perkahwinan

Posted: 23 Dec 2012 03:53 AM PST

GAMBAR NIKAH LIYANA JASMAY

Liyana Jasmay yang akan melangsungkan pernikahan tidak lama lagi iaitu pada 2 Februari 2013 (tarikh baru) memberi tahu yang dia berasa lebih selesa menguruskan persiapan majlis perkahwinan'nya sendiri tanpa sebarang tajaan.

Menurut Liyana, dia ada menerima banyak tajaan untuk menaja majlis perkahwinan'nya itu nanti tetapi dia mahu merasai istimewa setelah berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan kelangsungan majlis bahagianya itu tanpa sebarang tajaan.

"Saya bukan tidak mahu ditaja tetapi untuk hari perkahwinan, rasanya ia jadi lebih manis jika memori itu disimpan dan hanya dimiliki oleh saya. Jika saya menerima tajaan contohnya untuk video dan gambar, pihak yang menaja juga berhak ke atasnya. Saya rasa kurang special kalau macam tu,"

Dalam masa yang sama, Liyana juga bersyukur kerana usaha dalam menyiapkan persiapan perkahwinan'nya banyak dibantu oleh ahli keluarganya. Jadi, Liyana mengakui tidak timbul rasa bersalah menolak setiap tajaan yang diterima.

"Perkahwinan saya adalah semua tentang diri saya. Syukurlah saya mempunyai ahli keluarga yang sangat mengambil berat dari semua segi dan tahu semua keinginan saya. Jadi saya tidak perlu risau atau terlalu berfikir mengenai kelancaran hari tersebut,"

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan