Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Zul Ariffin Mengaku Cintakan Gayatri Su-Lin Pillai
- 'Muzikal Ali Baba' Papar Set Pentas Ala Disney
- Masalah Bahasa Ganggu Penggambaran 'Bikers Kental' Di Thailand
- Maia Estianty Cari Jodoh Tahun Depan
- Maia Estianty Cari Jodoh Tahun Depan
- Reza & Marsha serasi
- Wajib pakai bikini
- Mangsa kedua buaya
- Jaga tulang dari muda
- Doa Rasulullah buat Muslimin
- Waspada harta haram
- Usia lanjut serta baik amalan
- Semai kecintaan bakal pendidik
- Buta di akhirat
- Siapa Tok Ku Tuan Besar?
- Martabatkan generasi al-Quran
- Antara madu dan racun
- Semarak keintiman
- Guru terima anugerah Pendidik Global Microsoft
- Kit kesan spesies kerawit
- Penyelidikan UPM
- Bangunkan mini estet rumpai laut
- Hasilan rumpai laut
- Penyakit hubungan kelamin
- Kanser payu dara lelaki
| Zul Ariffin Mengaku Cintakan Gayatri Su-Lin Pillai Posted: 23 Dec 2012 05:02 PM PST Zul Ariffin Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 26, berkata, perhubungan cinta itu sudah tujuh bulan dijalinkan dan ia masih lagi di peringkat awal dalam mengenali antara satu sama lain. "Benar saya dan dia (Gayatri) bercinta. Kami mula rapat sejak penggambaran filem Penanggal sekitar bulan Mei lalu. "Seperti semua tahu, dia seorang yang sangat disenangi ramai dan antara tarikan lain membuatkan saya jatuh hati kepadanya ialah perseonalitinya yang lemah lembut. Zul tertarik dengan sifat lemah lembut Gayatri.Beberapa bulan lalu, gosip Zul yang dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan Gayatri tersebar namun Zul mahupun penerbit filem itu enggan memberikan sebarang komen tentang hubungan tersebut. Walaupun tiada sebarang pengesahan daripada kedua-dua mereka, hUbungan cinta yang dijalinkan itu tetap dipersoalkan. Zul dikatakan mempunyai citarasa ke arah wanita yang lebih matang memandangkan sebelum ini dia juga pernah bercinta dengan Abby Abadi lebih kurang selama dua tahun. Sementara itu, Zul berharap agar tiada yang cuba membangkitkan isu tentang jarak umur antara mereka yang jauh berbeza kerana keputusannya untuk menjalinkan hubungan dengan Gayatri tidak ada kena mengena dengan status atau usia wanita itu. "Sejak dahulu lagi, saya tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau had umur dalam menjalinkan sesebuah hubungan. "Begitu juga sekarang, cinta saya terhadap Gayatri ikhlas. Apa-apa pun hubungan ini masih lagi baru dan kami belum lagi memikirkan ke arah perkahwinan," ujarnya. |
| 'Muzikal Ali Baba' Papar Set Pentas Ala Disney Posted: 23 Dec 2012 05:01 PM PST Ali Baba diterjemahkan dengan nafas baru yang 'lari' daripada acuan asal filem klasik itu. Naskhah yang berinspirasikan filem komedi seniman agung Tan Sri P. Ramlee itu diterjemahkan dengan nafas baru yang 'lari' daripada acuan asal filem klasik itu. Keberkesanan teater Ali Baba terbukti dengan hilai tawa penonton khususnya remaja dan kanak-kanak pada malam pembukaan pementasannya pada Jumaat lalu. Malah, eksperimen Lokman juga melangkaui jangkaan apabila pengarah itu berani menyelitkan elemen lagu fenomena Gangnam Style nyanyian dan ciptaan Psy dalam pementasan itu. Elemen itu diselitkan ketika babak Ketua Penyamun lakonan Aznil Hj Nawawi sedang meraikan hasil rompakan mereka di luar kawasan gua persembunyiannya dan 40 penyamun. ![]() Bagaimanapun, jika dilihat pada sudut berbeza, pemilihan lagu yang sudah berpuluh kali kita lihat sebagai parodi dalam sketsa atau persembahan pentas sebelum ini membuatkan ia sesuatu yang klise dan 'basi' dalam Ali Baba. Nilai komedi yang digarap Lokman dilihat berjaya menerusi lakonan yang baik daripada Aznil Hj Nawawi sebagai Ketua Penyamun, Ebby Yus (Kassim Baba), Danish Zakwan (Sarjan) dan Najua P. Ramlee (Aloyah). ![]() Namun, itu tidak bermakna persembahan Fizo Omar (Ali Baba) dan Elfira Loy (Marjinah) tidak menyerlah. Mungkin nilai komedi mereka tidak segah Ebby atau Aznil tetapi penterjemahan dua pelakon ini terhadap watak masing-masing menjadi dalam gaya sendiri. Dalam menyaksikan Ali Baba, kita perlu berlaku adil dengan tidak membandingkan teater ini dengan filem asalnya. Jika versi 2006 muzikal ini disasarkan pada golongan kanak-kanak, pementasan pada kali ini pula lebih besar dan matang untuk penonton remaja. Terima dan nikmatilah karya ini dengan 'rasa' yang baru, nescaya anda akan terhibur. Nilai tambahan yang ditawarkan produksi Istana Budaya ini menerusi set dan peralatan pentas (props) yang berskala besar dan ekstravaganza memang memukau. Muzikal ini bukan sahaja menghiburkan melalui plot dan skripnya, malah set dan peralatan ala-ala filem animasi dan fantasi Disney serta Dreamworks itu membuai tumpuan penonton. Ali Baba kini ditayangkan bermula malam Jumaat lalu hingga 29 Disember ini di Panggung Sari, Istana Budaya. |
| Masalah Bahasa Ganggu Penggambaran 'Bikers Kental' Di Thailand Posted: 23 Dec 2012 04:59 PM PST Helmi (atas, tengah) bersama barisan pelakon filem 'Bikers Kental'. Foto Low Boon TatMenurut pengarahnya, Helmi Yusof, kesukaran itu membuatkan dia bersama krew penggambaran sering dimarahi lebih-lebih lagi ketika ingin berurusan meminta kebenaran membuat penggambaran. "Seksa juga nak berurusan dengan mereka. Asyik kena marah sahaja daripada mereka. Mungkin ini kerana masalah bahasa sehingga ia menimbulkan salah faham dan kemarahan "Sepanjang pengambaran kembara bermotosikal ini, masalah kerosakan motorsikal dan kesesakan lalu lintas turut menjadi faktor kesukaran kami bekerja. "Malah pihak produksi dimarahi oleh pengguna jalan raya akibat kesesakan yang berlaku semasa berlangsungnya pengambaran," katanya. Tambah Helmi, bagaimanapun dia bersyukur cabaran yang dihadapi mereka dapat diatasi dengan baik. Filem terbitan Astro Shaw Sdn Bhd yang bakal ditayangkan pada pertengahan 2013 itu telah menjalani penggambarannya di sekitar Krabi, Hatyai dan Sadao, Thailand. Dalam pada itu, sebanyak sembilan buah motosikal berkuasa tinggi seperti Aprilia RSV4, Aprilia tuono, Aprolia Mana, Harley-Davidson Dyna, Sportster XR1200x dan Naza Blade di bawa ke negara tersebut. Sementara itu, pengurus besar Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai berkata, pihaknya telah mendapatkan kerjasama daripada pihak Naza Motor untuk menaja motor-motor itu sepanjang penggambaran dijalankan. "Ini merupakan filem pertama terbitan Astro Shaw yang menggunakan motosikal berkuasa tinggi sebagai subjek penceritaan dan pihak kami harap ia dapat memberikan kelainan dalam filem ini," katanya. Bikers Kental melibatkan sebanyak sembilan pelakon utama iaitu Zizan razak, Awie, Harun Salim Bachik, Bront Palarae, Amerul Affandi, Sufian Mohamed serta dua pelakon wanita Thailand iaitu Pornwipa Watcharakaroon dan Julangtip Sukkasem. Filem berkonsepkan pengembaraan konvoi ke Thailand itu merupakan cetusan idea pengarahnya sendiri yang sangat meminati motosikal berkuasa tinggi. Kisahnya bermula apabila seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa (Zizan), mempunyai minat yang mendalam dengan motor berkuasa tinggi. Impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar itu dari Kuala Lumpur sehingga ke Thailand. Walaupun merupakan seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi ramai, dan telah ditawarkan untuk berkonvoi bersama–sama dengan kumpulan motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil. |
| Maia Estianty Cari Jodoh Tahun Depan Posted: 23 Dec 2012 04:58 PM PST Maia Estianty Menurut laporan portal Kapanlagi, bekas ahli kumpulan Ratu itu turut ingin sukses dalan kerjayanya sebagai seorang penyanyi sertai kehidupan peribadi. "Saya mahu cari jodoh pada tahun depan. Selain itu saya ingin memajukan perniagaan pusat karaoke saya serta menaik tarafkannya agar pengguna lebih selesa apabila mereka berhibur," katanya. Selain itu, bersempena dengan sambutan Tahun baru nanti, Maia bersyukur kerana dia masih lagi ditawarkan untuk membuat persembahan di Jakarta. "Saya akan menghiburkan para penonton yang hadir dan akan m,emberikan yang terbaik pada malam itu nanti," ujarnya. |
| Maia Estianty Cari Jodoh Tahun Depan Posted: 23 Dec 2012 04:57 PM PST Maia Estianty Menurut laporan portal Kapanlagi, bekas ahli kumpulan Ratu itu turut ingin sukses dalan kerjayanya sebagai seorang penyanyi sertai kehidupan peribadi. "Saya mahu cari jodoh pada tahun depan. Selain itu saya ingin memajukan perniagaan pusat karaoke saya serta menaik tarafkannya agar pengguna lebih selesa apabila mereka berhibur," katanya. Selain itu, bersempena dengan sambutan Tahun baru nanti, Maia bersyukur kerana dia masih lagi ditawarkan untuk membuat persembahan di Jakarta. "Saya akan menghiburkan para penonton yang hadir dan akan m,emberikan yang terbaik pada malam itu nanti," ujarnya. |
| Posted: 23 Dec 2012 04:55 PM PST GILA-GILA...persahabatan lama sejak AF3 membuatkan Reza dan Marsha mudah serasi. Program gosip hiburan yang ke udara setiap Ahad, jam 12 tengah hari di Astro Ria itu nampaknya semakin mengumpul ramai pengikut. Awalnya kata Reza, Marsha bukanlah calon utama kerana calon yang menjadi pilihan produser tidak muncul ketika sesi uji bakat. Lalu Reza terus teringatkan sahabat karibnya itu, Marsha. Meneliti konsep program itu yang sangat santai, Reza merasakan Marsha adalah calon paling layak bergandingan dengannya. "Sebaik saja berakhirnya AF3, saya dan Marsha serta bekas peserta program realiti itu bersama-sama menjayakan program Gempak Astro. Kami berdua juga pernah berlakon bersama. Apabila pihak Astro bertanya kepada saya siapa yang selayaknya untuk berganding dengan saya, kalau ikutkan hati saya mahukan Marsha tetapi saya tidak boleh memandai. "Saya kena merujuk kepada produksi terlebih dulu dan mereka pun bersetuju. Apabila tawaran itu diajukan kepada Marsha dia awalnya menolak kerana dia tak biasa mengacarakan program 'live' di TV. Namun saya beriya-iya memberinya semangat. "Marsha memang sangat takut kerana apabila ke udara secara langsung, segala kesilapan boleh kelihatan di kaca TV. Saya berjanji kepadanya yang saya akan membantunya jika berlakunya kesilapan. Walaupun Marsha kelihatan seperti gila-gila orangnya, kalau tiba soal kerja dia fokus dan bersungguh-sungguh. "Perkara yang paling ditakutinya adalah terlupa skrip. Ketika minggu pertama dan kedua ke udara, dia nampak macam gugup namun selepas itu semuanya sudah OK," katanya Reza. Propaganza kini sudah pun masuk musim kedua dan mereka berdua terus kekal sebagai pengacara. Satu musim sebanyak 26 episod. Reza seronok bekerja dengan pasukan Propaganza daripada penerbitnya, Yusry Abdul Halim sehinggalah kepada kru produksi yang mana mereka sentiasa bekerjasama. "Sejam bersiaran, saya tak rasa seperti bekerja. Sesuatu yang penonton kena tahu juga mengenai rancangan hiburan ini, bukan saja penerbit mementingkan penampilan pengacara tetapi juga Wartawan Penyiaran (BJ) yang mencari bahan di lokasi kerana mereka akan turut kelihatan di TV," katanya. Sebelum ini pernah timbul isu disiplin sehingga Marsha terpaksa mengendalikan rancangan itu seorang diri. "Apabila nak sakit, tiada siapa yang tahu. Bukan sengaja saya tidak hadir tetapi keadaan kesihatan tidak mengizinkan, terpaksalah saya mengambil cuti sakit. Tak perlulah isu itu terus diperkatakan kerana sesiapa pun boleh jatuh sakit. "Mulanya saya bengang juga apabila saya sakit dikatakan sengaja ponteng kerja tetapi apabila difikirkan semula, sama ada isu itu baik atau buruk, itu tandanya media tidak pernah melupakan saya. Mereka sentiasa mengambil tahu hal saya. Selama lapan tahun dalam industri saya terus diingati lalu saya mula menerima segala kritikan dengan tabah. "Sepanjang tempoh itu saya melalui pelbagai fasa dalam kerjaya sehinggalah ia menjadikan saya orang yang matang. Saya banyak belajar dan banyak pengalaman dikutip. Segala terima setiap teguran untuk memperbaiki diri untuk menjadikan saya manusia yang cemerlang dalam kehidupan dan juga kerjaya," katanya. Menyambung cerita mengenai Propaganza, jelas Reza ia bukanlah rancangan yang melagakan orang tetapi ia lebih bersifat memberi penjelasan. "Kami tidak bergosip dalam Proganza tetapi kami memberi maklumat apa yang terjadi dalam dunia hiburan. Mana-mana artis yang dikaitkan dengan berita panas dan sebagainya, kami temubual mereka untuk menjelaskan cerita sebenar. Propaganza adalah rancangan 'info-tainment," katanya. Marsha dapat banyak tawaran baru MARSHA pula berkata, selepas keluar daripada AF3, dia pernah mengacarakan rancangan wanita bertajuk Gaya Ratu yang ke udara di RTM tetapi ia dibuat secara rakaman. "Itulah kali pertama saya kena hafal skrip yang panjang. Sangat susah kerana sukar nak mengingatinya. Apabila dapat tawaran mengacarakan Propaganza, saya tertekan kerana ia adalah disiarkan secara langsung. "Pada mula produksi Progapanza panggil saya datang ke uji bakat rancangan itu kononnya untuk mencukupkan kuota peserta yang datang. Ketika diujibakat saya tak serius pun. Seminggu selepas itu surat tawaran muncul tapi saya tak mahu buat. Reza dan kawan-kawan yang mahu saya mencuba. "Pada episod pertama, kami berlatih sejam sebelum ke udara tetapi sekarang dah OK tetapi Reza mesti kena ada, baru saya lebih yakin. Saya semakin seronok bersama Propaganza. "Selepas muncul dalam Propaganza, saya terus dapat banyak tawaran mengacara tetapi saya tolak. Apatah lagi jika mengacarakan majlis korporat, saya takut tersasul sebut nama, pangkat dan status tetamu yang hadir. Buat masa ini, saya tumpukan pada Propaganza, menyanyi dan berlakon. Menyanyi adalah minat saya dari kecil. Saya tahu kemampuan diri saya di mana dan apa yang saya suka buat. "Seperkara lagi, walaupun sudah lapan tahun menjadi warga kota, pelat Sabah saya masih kuat membuatkan saya bertambah tidak yakin untuk menjadi pengacara majlis, " katanya. Menurut Marsha, hubungan dia dengan Reza dan juga kru lain terus rapat kerana sebaik selesai siaran langsung, jika masing-masing tiada agenda lain, mereka keluar makan bersama-sama di Curve, Damansara dan makanan kegemaran mereka adalah Ayam Penyet. Menyentuh kisah cinta, tegasnya dia kini solo. "Tiada teman pengganti ataupun cinta baru, saya sibuk dengan kerja. Sebelum ini saya pernah beritahu berkenalan dengan seseorang tetapi bukannya bercinta namun ada yang salah erti. "Saya bahagia dan gembira dengan apa yang ada sekarang. Saya mesti bekerja keras untuk memastikan kerjaya saya terus berkembang. Syukur dengan apa yang dilalui sebelum ini, ia bagaikan satu rahmat apabila orang mula memandang bakat saya," katanya yang akan menyambut Krismas di Singapura bersama adiknya. Reza dan Marsha ditemui ketika mereka datang ke Balai Berita untuk sesi fotografi. Marsha terpaksa berkejar dengan masa kerana pada hari itu juga dia ada penggambaran telefilem yang berjudul Antara Mimpi Cinta dan Bintang arahan Michael Ang. Turut sama pada sesi penggambaran itu BJ Propaganza, Mohamed Hefny Sahad yang juga pemenang tempat kedua program realiti On Air, Nurul Elyana Kamalul Arifin dan Ayie Ali mengendalikan segmen Stalista. Cerita Elyana, dia tidak berkenan dengan perangai gedik Marsha ketika menyaksikan gelagat Lufya dalam AF3 tetapi selepas bekerja dengan Marsha dia adalah rakan yang sangat baik dan suka menolong kawan-kawan. Hefny pula menjadikan Propaganza sebagai platform untuk menimba pengalaman dalam dunia penyiaran dan untuk menjadi pemerhati fesyen yang disegani sementara Ayie banyak mengikuti perkembangan fesyen menerusi internet, YouTube serta majalah. |
| Posted: 23 Dec 2012 04:54 PM PST DUDUK...wanita memakai bikini berada di lobi hotel selepas program dihentikan. Pesta itu dikatakan bermula seawal jam 6 petang kelmarin dan sepatutnya berakhir awal pagi, semalam, tetapi kumpulan seramai 30 orang itu bersurai secara berperingkat menjelang tengah malam. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, beliau difahamkan penganjur menyasarkan lebih 100 orang berusia 20 tahun sehingga 25 tahun hadir, namun mereka bersurai sebelum pihaknya mengadakan serbuan. Beliau berkata, pada mulanya penganjur menyatakan mahu mengadakan parti hari jadi, namun pada saat akhir mereka menjual tiket pesta liar itu yang turut menyediakan persembahan muzik raggae dan juruhebah (DJ) popular. "Mereka (penganjur) datang dari ibu kota dan hanya membuka keahlian untuk menyertai pesta ini kepada ahli yang mendaftar saja. Untuk menyertainya, penganjur mengenakan syarat peserta lelaki memakai seluar pendek, manakala perempuan memakai bikini. |
| Posted: 23 Dec 2012 04:52 PM PST MAUT...mayat budak lelaki yang diserang buaya di Sungai Suai dihantar ke Hospital Miri untuk dibedah siasat. Jerry Apat Ansa menjadi mangsa kedua selepas seorang warga Indonesia maut dibaham buaya ketika mandi di sungai itu pada 2010 dan kejadian berlaku di tempat sama. Penduduk Umbang Lang, 37, berkata, kejadian menimpa menyebabkan penduduk takut ke sungai untuk mandi atau mengambil air bagi kegunaan harian. "Kebanyakan kami penghuni rumah panjang di Kampung Iran Suai bergantung sepenuhnya kepada air sungai dan hujan berikutan tiada bekalan air paip bersih di kawasan kami. Setiap hari, kami terpaksa ke sungai sama ada mandi atau membasuh pakaian. "Memang takut kerana sering terserempak buaya timbul di sungai berkenaan, namun kami tiada pilihan dan terpaksa bergantung hidup dengan sumber air sungai itu meneruskan kegiatan harian kami. |
| Posted: 23 Dec 2012 04:50 PM PST Lebih mengejutkan, satu perempat daripada mereka tidak tahu di mana dan bagaimana untuk mendapatkan vitamin D iaitu nutrien penting bagi mendapatkan tulang yang sihat dan kuat. Osteoporosis yang bermaksud tulang poros, ialah masalah jisim tulang makin berkurangan, lemah, rapuh serta mudah patah dan dalam jangka panjang, postur tubuh penghidapnya membongkok dan menjadi lebih rendah. Ia boleh menyerang semua kumpulan umur tetapi lebih banyak dihidapi mereka yang berumur 50 tahun ke atas sama ada lelaki atau wanita. Hampir 75 peratus kejadian patah tulang di bahagian pinggul, belakang dan pergelangan tangan berlaku di kalangan mereka yang berumur melebihi 65 tahun. Namun, wanita lebih mudah mendapat osteoporosis kerana mereka kehilangan kepadatan tulang pada kadar lebih pantas apabila paras hormon estrogen semakin menurun selepas menopaus. Kajian mendapati seorang daripada dua wanita dan seorang daripada lima lelaki yang melebihi umur 50 tahun akan menderita patah tulang akibat osteoporosis dalam tahun selebihnya dalam kehidupan mereka. Secara global, patah tulang disebabkan osteoporosis dianggarkan berlaku setiap tiga saat. Namun insiden berkenaan berbeza antara negara dan kumpulan masyarakat. Masalah osteoporosis selalunya tidak disedari selama bertahun-tahun oleh penghidapnya kerana tidak ada simptom atau kesakitan, sehinggalah kejadian patah tulang berlaku. Tulang pesakit osteoporosis mudah patah walaupun berlaku pelanggaran kecil atau ketika membongkok dalam aktiviti harian. Mana-mana bahagian tulang boleh patah atau retak tetapi bahagian paling mudah tercedera ialah pergelangan tangan, belakang dan pinggul. Apabila patah tulang, pesakit akan mengalami rasa perit yang keterlaluan, ketidakupayaan dan kualiti hidup yang merosot. Patah pinggul juga selalunya akan menyebabkan pesakit terpaksa dimasukkan ke wad, menjalani pembedahan besar atau berhadapan dengan risiko kematian. Berita baiknya, osteoporosis ialah antara penyakit yang boleh dirawat dan dihindari melalui gabungan amalan gaya hidup sihat seperti bersenam dan pengambilan kalsium dan vitamin D secukupnya. Pakar ortopedik dan trauma, Dr Chin Chee Howe, berkata jisim tulang mencapai kemuncaknya pada usia 30 tahun dan sebaik mencecah umur berkenaan, tanpa senaman dan nutrisi yang mencukupi, tulang akan menjadi rapuh, seterusnya menyebabkan osteoporosis. Beliau berkata, semua individu perlu mengambil langkah untuk menjaga kesihatan tulang mereka sejak muda misalnya dengan berhenti merokok serta mengambil diet kaya dengan kalsium, protein, vitamin D selain mengekalkan berat badan ideal dan melakukan senaman mengangkat berat. "Osteoporosis ialah penyakit senyap yang menjejaskan kualiti tulang dan kepadatannya. Apabila anda berasa sakit belakang, ia mungkin disebabkan oleh osteoporosis. "Kira-kira 75 peratus rakyat Malaysia di negara ini tidak bersenam. Oleh itu, mereka perlu melakukan beberapa perubahan dalam gaya hidup supaya tidak berada dalam peratusan penghidap osteoporosis," katanya pada pelancaran Persidangan Osteoporosis Asia Pasifik Yayasan Osteoporosis Antarabangsa (IOF), baru-baru ini. Risiko yang mendedahkan seseorang kepada osteoporosis ialah genetik, jantina wanita, pertambahan umur, sejarah patah tulang, kurang berat badan, merokok, pemakanan tidak seimbang, tidak bersenam dan pengambilan steroid dalam jangka panjang. Selain susu, sumber lain yang boleh membekalkan kalsium dan vitamin D kepada tulang ialah cahaya matahari, sayur-sayuran hijau seperti brokoli, bayam, sawi dan kailan, ikan sardin dan ikan tongkol, keju, yogurt serta telur. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan senaman berterusan dalam tempoh 30 hingga 40 minit sebanyak lima kali seminggu, seperti tai chi, yoga, berlari, berjalan kaki, mengangkat berat dan bermain tenis. Sementara itu, Pensyarah Endokrinologi dan Metabolisma, Institut Sains Perubatan New Delhi, Dr Nikhil Tandon, berkata osteoporosis kini dikelaskan sebagai masalah kesihatan yang serius di empat negara. Beliau berkata, osteoporosis kini menjadi masalah yang besar kerana setiap tahun kejadian patah tulang merekodkan 1.5 juta kes, melebihi serangan penyakit jantung, strok dan barah payudara. "Dijangka masalah patah tulang akibat osteoporosis akan meningkat kepada 50 peratus di Asia menjelang 2050. Apabila terdedah kepada masalah tulang rapuh, ia boleh menyumbang kepada risiko kematian sebanyak 20 peratus, hilang upaya kekal (30 peratus) dan hilang keupayaan bekerja (80 peratus)," katanya. Risiko itu juga boleh berpunca daripada pengambilan kafein yang tinggi seperti pengambilan tiga cawan kopi sehari, kurang kalsium dan vitamin D, pengambilan melebihi tujuh auns alkohol dalam seminggu, mengambil dadah, tembakau dan kurang bersenam. Masalah osteoporosis berlaku di seluruh dunia dan berbeza di setiap negara misalnya di negara empat musim, kira-kira 45 peratus kanak-kanaknya boleh terdedah kepada masalah berkenaan ketika musim sejuk kerana kekurangan pendedahan terhadap cahaya matahari. Di India pula, kira-kira 85 peratus wanita mengandung terdedah kepada osteoporosis kerana kekurangan zat vitamin D dalam tubuh mereka manakala di Mongolia, kira-kira 10 peratus kanak-kanak kecil mengalami masalah riket kerana kurang kalsium. Di Kuala Lumpur, lebih 60 peratus penduduknya didapati kurang mengambil kalsium dan masalah osteoporosis turut berlaku di Timur Tengah seperti di Tehran, lebih 80 peratus orang dewasa yang sihat didapati kurang vitamin D. Namun di Jepun, masalah itu tidak terlalu meruncing dan hanya tiga peratus mengalami masalah kurang kalsium dan vitamin D, kemungkinan besar kerana diet penduduknya menjadikan ikan sebagai makanan utama. Dalam semua keadaan, golongan warga emas, kanak-kanak kecil, wanita dan bayi baru lahir terdedah kepada masalah kekurangan kalsium dan vitamin D. Menurut Dr Tandon, masalah osteoporosis dijangka meningkat di Asia memandangkan penduduk di rantau ini kebanyakannya cuma mengambil 46 miligram kalsium sehari berbanding di negara Barat yang purata pengambilan kalsium ialah 1,000 miligram sehingga 1,300 miligram sehari. Katanya, antara sebab lain berlakunya pertambahan kejadian patah tulang pula adalah populasi yang semakin ramai orang berusia, keadaan sosio ekonomi, kekurangan vitamin D yang meluas dan pengambilan kalsium yang terlalu rendah. "Osteoporosis susah dikesan antara lain kerana kurang minat untuk membuat pemeriksaan walaupun selepas patah tulang berlaku serta tidak mendapat kemudahan untuk membuat pemeriksaan kepadatan tulang menggunakan teknologi mesin DXA," katanya. Sementara itu, pensyarah radiologi, Chan Lai Kuan, 55, yang juga seorang penghidap osteoporosis, berkata ibunya juga menderita masalah osteoporosis dan pernah patah tulang pinggul sebanyak dua kali selepas terjatuh dan kini hanya duduk di kerusi roda. Pada 2003, Chan sendiri didapati mengalami masalah sama selepas melakukan pemeriksaan kepadatan tulang namun doktor tidak melakukan rawatan. Dia hanya dinasihatkan mengambil kalsium dan vitamin D kerana umurnya yang masih muda ketika itu. Namun selepas membuat pemeriksaan sekali lagi pada 2010, keadaannya bertambah teruk dan terpaksa menjalani rawatan serta mengambil ubat untuk melambatkan proses kehilangan jisim tulang dan perlu sentiasa berhati-hati bagi mengelak tulangnya patah. "Saya tidak mahu mengalami nasib yang sama seperti ibu. Jadi sekarang saya sangat berhati-hati supaya tidak jatuh dan mengalami patah tulang, selain melakukan senaman angkat berat," katanya. |
| Posted: 23 Dec 2012 04:46 PM PST Doa adalah senjata ampuh umat Islam. - Gambar hiasan Daripada Abu Musa al-Asyaari ra, Rasulullah berdoa: Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, dan perbuatanku yang berlebihan dalam urusanku, serta ampunilah kesalahanku yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kemalasanku, kesengajaanku, kebodohanku, gelak tawaku yang semua itu ada pada diriku. Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang telah berlalu, dosa yang mendatang, dosa yang aku samarkan dan dosa yang aku perbuat dengan terang-terangan, Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengakhirkan, serta Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. (riwayat Bukhari) Tema di dalam doa itu adalah seorang hamba Allah SWT memohon keampunan-Nya. Sekurang-kurangnya terdapat 13 petunjuk yang diajukan hamba tersebut kepada Allah SWT. Semuanya dengan harapan dan permohonan keampunan-Nya. 1Ya Allah, ampunilah kesalahanku. Kesalahan dapat mencakup perintah Allah yang dilalaikan atau larangan Allah yang dilanggar. 2Ya Allah, ampunilah kebodohanku. Manusia tidak luput daripada kebodohan. Tidak ada manusia yang memiliki pengetahuan sempurna. Kebodohan seseorang sering kali menyebabkan tingkah lakunya yang tidak terpuji, sehingga ia perlu memohon ampunan Allah SWT atas kebodohan dirinya itu. Kebodohan 3Ya Allah, ampunilah perbuatanku yang berlebihan dalam urusanku. Kadang-kala kita mengerjakan suatu perbuatan secara tidak adil atau tidak profesional. Perbuatan berlebihan tersebut mungkin menyakiti hati, bahkan menzalimi orang lain. Maka kita berharap ampunan Allah atas perbuatan berlebihan di dalam berbagai urusan. 4Ya Allah, ampunilah kesalahanku yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Manusia sering mengerjakan kesalahan tanpa ia menyedarinya. Boleh jadi ia lebih mudah dilihat oleh oang lain, tetapi tidak bagi diri sendiri. Maka untuk urusan seperti itu seorang mukmin memohon ampunan Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatunya. Seorang mukmin mengakui bahawa Allah SWT merupakan Zat Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib mahupun nyata, maka ia pun mengembalikan semua dosa yang ia sendiri tidak ketahui kepada Allah SWT. 5Ya Allah, ampunilah kesalahanku. Manusia boleh terlibat di dalam banyak kesalahan. Maka ia memohon kembali ampunan Allah atas kesalahannya pada hal sebelumnya dia telah melakukannya kepada Allah SWT. 6Ya Allah, ampunilah kemalasanku. Kemalasan dapat menjadi musuh utama yang menyebabkan seseorang menunda, bahkan melalaikan suatu kewajipan yang mesti dikerjakan. Pengakuannya di hadapan Allah SWT bahawa dirinya kadang-kadang dilanda kemalasan yang mesti disertai dengan permohonan ampunan Allah atasnya. 7Ya Allah, ampunilah kesengajaanku. Harus diakui bahawa kadang-kadang kita secara sengaja melakukan suatu kesalahan. Entah kerana emosi atau terpengaruh lingkungan atau pelbagai alasan lain. Yang jelas, semua kesengajaan itu mestilah disusuli dengan istighfar dan permohonan keampunan-Nya. 8Ya Allah, ampunilah kebodohanku. Maha Suci Allah, ternyata Rasulullah SAW sangat mengerti akan kelemahan kita yang satu ini. Manusia memang selalu kekurangan ilmu sehingga mustahil terluput daripada kebodohan. Oleh itu permohonan ampunan Allah atas kebodohan diri perlu diajukan berulang kali. 9Ya Allah, ampunilah gelak tawaku yang semua itu ada pada diriku. Apakah ketawa itu berdosa? Tentunya tidak. Tetapi bila dilakukan secara tidak profesional atau melampaui, ia akan mendatangkan masalah. Firman Allah: Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan daripada apa yang selalu mereka kerjakan. (at-Taubah: 82) Selain sabda Rasulullah SAW: Demi Allah, andai kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu jarang tertawa dan sering menangis. (riwayat Tirmizi) 10Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang telah berlalu. Setiap orang perlu berhati-hati terhadap dosa lampau yang pernah dilakukan dahulu. Berkemungkinan dosa-dosa itu belum sempat kita menyesalinya. Maka tiba masanya untuk kita mengakui dan menginsafi di hadapan Allah SWT seterusnya memohon keampunan-Nya. 11Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang mendatang. Seorang mukmin pasti menyedari bahawa kehidupan ini bukan sekadar masa lalu dan masa kini. Ia juga meliputi perkara mendatang. Begitu juga dengan perlakuan dosa yang dikerjakan. Ia tidak hanya terjadi di masa lalu dan masa kini semata-mata. Tetapi boleh terjadi di masa akan datang. Oleh kerana itu, dengan penuh kejujuran kita mengharapkan keampunan Allah atas dosa yang akan datang dan cuba mengelakkannya daripada terjebak kepadanya. 12Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang aku samarkan. Seorang mukmin sangat khuatir dengan dosa yang dilakukan secara sembunyi atau berselindung. Sabda Rasulullah SAW: Sungguh aku mengetahui bahawa ada suatu kaum daripada umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih, lalu Allah menjadikan kebaikan itu debu yang berterbangan. Thauban berkata: Wahai Rasulullah, sebutkanlah ciri-ciri mereka kepada kami dan jelaskanlah tentang mereka kepada kami, supaya kami tidak menjadi seperti mereka sedangkan kami tidak mengetahuinya. Baginda bersabda: Sesungguhnya mereka adalah saudara-saudara kamu dan daripada golongan kamu, mereka solat malam sebagaimana kamu mengerjakannya tetapi mereka adalah kaum yang melakukan perbuatan yang diharamkan Allah sedang mereka berkhalwat (menyendiri). (riwayat Ibnu Majah) 13Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang aku perbuat dengan terang-terangan. Sedangkan dosa yang dikerjakan secara senyap atau tersembunyi itu kita khuatir, apa lagi dosa yang dilakukan secara terbuka. Oleh itu, keampunan daripada Allah SWT amat diharapkan. Sungguh amat luar biasa, kesemua doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah itu adalah merupakan dosa dan kesalahan yang sering dilakukan oleh setiap daripada kita lelaki atau perempuan, sama ada secara disedari mahupun sebaliknya. Maka itu, betapa bertuah umat Islam sekiranya mereka juga berdoa sebagaimana yang didoakan oleh Baginda SAW ini. |
| Posted: 23 Dec 2012 04:43 PM PST pelaku dosa-dosa besar wajib bagi mereka untuk bersegera bertaubat dengan tidak bertangguh. - Gambar hiasan Sebagai manusia biasa, adakalanya iman yang ada dalam diri menurun. Maka pada ketika itu, kita pasti lemah dalam menepis ujian yang datang kepada diri. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat ketikanya kita terleka dan terlalai dalam kehidupan di dunia. Mungkin ada di antara kita yang pernah terlibat, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja dalam aktiviti atau pekerjaan yang tidak bertepatan dengan Syariah sebelum ini. Penglibatan ini akhirnya menyebabkan kita memperoleh pendapatan, sama ada dalam bentuk gaji, komisen, dividen, keuntungan dan sebagainya secara yang tidak halal. Begitu juga mungkin ada di kalangan kita yang pernah terjebak dalam rasuah, pecah amanah dan penyelewengan. Semua harta yang diperoleh itu bakal mengundang kemurkaan Allah SWT dan balasannya amatlah dahsyat di akhirat nanti. Penglibatan ini bukan sahaja menyebabkan orang yang terlibat melakukannya secara langsung mendapat dosa, bahkan pendapatan serta hartanya pula menjadi haram. Harta haram yang dimaksudkan di sini ialah harta yang diperoleh melalui jalan atau kaedah yang bercanggah dengan syarak. Ini termasuklah faedah yang diperoleh daripada akaun simpanan di bank-bank konvensional. Oleh itu, mereka yang menyedari akan hakikat ini akan segera bertaubat kepada Allah SWT dan kembali ke pangkal jalan. Allah SWT Maha Pengampun dan Dia suka sekiranya hamba yang telah melakukan dosa, cepat-cepat bertaubat dan kembali kepada-Nya. Lantaran itu, wajib bagi mereka untuk bersegera dalam bertaubat dengan tidak bertangguh. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (an-Nisa: 17) Antara syarat untuk bertaubat kepada Allah SWT kerana mendapat harta haram adalah dengan cara melupuskannya. Perkataan 'melupuskan' sengaja digunakan kerana orang yang terlibat tidak boleh memanfaatkan harta tersebut untuk dirinya, sama ada untuk membuat pembelian dan urusniaga-urusniaga yang lain. Bahkan, Allah SWT tidak memberikan pahala sekiranya dia menggunakan harta tersebut untuk menunaikan haji dan umrah, membayar zakat dan menderma kepada golongan fakir miskin. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW: "Barang siapa yang mengumpulkan harta yang haram kemudian mendermakannya, tiadalah baginya sebarang pahala dan tanggungan dosanya tersebut adalah kekal (sehingga dia bertaubat kepada Allah SWT)" (riwayat al-Hakim) Nabi SAW juga bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik. (riwayat Muslim). Demikianlah betapa beratnya bahana daripada pengambilan harta haram sehingga Allah SWT tidak menerima amalan yang berkaitan dengan harta tersebut. |
| Posted: 23 Dec 2012 04:42 PM PST Islam menghendaki umatnya menjadi orang yang paling berguna kepada orang lain. - Gambar hiasan Kejayaan hidup dalam masyarakat banyak bergantung pada individu yang aktif, berdaya saing dan sedia berkhidmat kepada masyarakatnya. Kekuatan dan kesepaduan dalam masyarakat adalah dibentuk oleh individu yang kuat amalannya, kuat imannya dan sentiasa berjasa kepada ahli masyarakatnya. Sehubungan ini, seseorang itu mestilah dididik sejak di bangku sekolah lagi supaya sentiasa memberi sumbangan kepada keluarga dan juga masyarakat. Melalui kerja-kerja seperti amalan gotong-royong, amalan bekerjasama, dalam urusan kehidupan berkeluarga seperti majlis perkahwinan, kematian dan sebagainya. Walaupun sumbangan itu kecil tetapi bermanfaat kepada keluarga dan masyarakatnya, ia adalah sumbangan yang berguna kepada orang lain yang memerlukan. Umat Islam diingatkan supaya melakukan perhitungan atas diri sendiri sebelum dihitung semua amalannya. Semua amal perbuatan seseorang bergantung pada maksud dan apa yang diniatkan. Oleh itu, niatkan selalu amalan yang kita buat hanya kerana Allah SWT. Justeru, ada pendapat mengatakan bahawa amal itu buah, bicara hanya daun. Orang yang beramal kebaikan itu tetap hidup, walaupun dia dipindahkan ke tempat orang mati. Lantaran itu, dalam kehidupan bermasyarakat, kita mestilah mengamalkan kehidupan seperti aur dengan tebing yang saling membantu. Kehidupan seumpama ini sebenarnya telah lama diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Amalan seumpama ini adalah ibadah yang baik dalam kehidupan bermasyarakat dalam kalangan umat Islam. Daripada Jaabar bin Abdullah ra memberitahukan Nabi SAW pernah bersabda maksudnya: "Sebaik-baiknya manusia ialah yang paling banyak memberi sumbangan berguna kepada manusia yang lain." (riwayat At-Thabarani: Hasan: Al-Albanani) Pengajaran daripada hadis ini ialah Islam menghendaki umatnya menjadi orang yang paling berguna kepada orang lain terutama kepada ibu bapa, keluarga terdekat , guru, jiran tetangga, masyarakat dan negara. Sumbangan berguna ini termasuklah memberi nasihat, memberi sumbangan berupa wang dan harta, memberi dan menyampaikan ilmu yang bermanfaat. Oleh itu, untuk menjadi manusia yang paling banyak sumbangan kepada masyarakat, hendaklah mengisi diri dengan ilmu berguna dan menyebarkannya secara luas menerusi buku, media cetak dan elektronik. Juga memberi sumbangan berupa harta dan tenaga ataupun berupa buah fikiran menerusi pertemuan-pertemuan, perbincangan, usrah, forum, seminar dan lain-lain. Ingatlah, sebaik-baik manusia yang akan mendapat ganjaran pahala ialah yang paling berguna kepada masyarakat dan negara; sebaliknya sejahat-jahat mereka ialah yang paling merugikan atau merosakkan masyarakat seperti penghisap dadah, pemakan pil kuda, peminum arak dan lain-lain. Daripada Abdullah bin Bisr ra., memberitakan Rasullulah SAW, pernah bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia ialah orang yang lanjut usianya dan baik amalannya." (riwayat Ahmad). Hadis di atas menjelaskan iman dan amalan soleh adalah dua perkara atau dua set yang akan membahagiakan kehidupan seseorang di dunia yang sementara ini. Dengan keimanan dan amal soleh seseorang itu dapat membantu dirinya dan juga diri orang lain semasa hidup di dunia. |
| Semai kecintaan bakal pendidik Posted: 23 Dec 2012 04:41 PM PST pembinaan perigi dilakukan dengan semangat gotong-royong sukarelawan dan penduduk kampung . Ditubuhkan secara rasminya pada 3 Julai 2011 bersempena perasmian pelancaran program berkenaan oleh mantan pengarah IPG KDRI, Mohamad Ngah. Hadir sama pada majlis itu Pengerusi Akademi Imam Syafie (AIS) Dana Kemboja, Mohd. Zamerey Abd. Razak. Idea penubuhan unit sukarelawan ini adalah cetusan seorang pensyarah di Jabatan Kajian Sosial, Anisah Harun, sekali gus merangkap pensyarah penasihat dan penyelaras program yang bergandingan dengan bekas pensyarah di jabatan yang sama dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu, Nurhijrah Zakaria. Sementara itu, ahli jawatankuasa kerja (AJK) program berkenaan terdiri daripada para guru pelatih iaitu pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dari unit Pengajian Sosial dan Pendidikan Seni Visual dan pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dari unit Sejarah. Matlamat utama program ini diperkenalkan bukan sekadar untuk membantu insan terpinggir di persada dunia dalam aspek ekonomi, sosial dan pendidikan malah bertujuan menyemai rasa kecintaan dan kecenderungan sifat belas ihsan sesama insan di kalangan guru-guru pelatih. Harapannya semoga penglibatan mereka di peringkat antarabangsa sebegini akan membuka luas minda kesedaran mereka untuk bergerak dan menyumbang di peringkat global. Ia juga sekali gus memberi pengalaman berguna kepada para peserta untuk mengurus program dan aktiviti di peringkat antarabangsa. Merealisasikan Kemboja di pilih kerana kelompok masyarakat mereka yang telah lama ditindas oleh rejim Pol Pot diakui telah lama terpinggir dalam aspek pendidikan dan kehidupan. Apatah lagi umat Islam di sana bertebaran di beberapa wilayah yang begitu mundur ketika zaman penindasan. Malah sehingga kini, masih belum mendapat bantuan sepenuhnya daripada pemerintah sedia ada. Kecenderungan anak-anak kecil dan remaja di sana untuk belajar itu ada, sayangnya tiada kemudahan dan kemampuan yang secukupnya daripada segi prasarana seperti asrama dan bilik darjah turut membantutkan usaha merealisasikan impian mereka itu. Kekangan inilah yang telah mendorong AJK Program Kemanusiaan IPG KDRI memilih Kemboja sebagai lokasi tepat untuk menabur bakti. Ilmu dan kemahiran yang ada dalam bidang pendidikan akan diguna pakai dalam tempoh berterusan serta berkolaborasi dengan AIS. Mereka ini bergerak secara sederap dan bersepadu sesuai dengan moto, Kemanusiaan Penyelamat Kesejahteraan Sejagat. Para sukarelawan ini melakukan jualan amal di dalam dan di luar kampus bagi mengumpul dana. Selain memperoleh menerusi sumbangan derma, zakat, pakaian, alat tulis dan bahan-bahan makanan. Sementara itu, sebanyak RM 30,624.37 telah berjaya dikumpulkan dan ini tidak termasuk 60 naskhah al-Quran terjemahan bahasa Khmer sumbangan Yayasan Restu Malaysia. Manakala sumbangan berbentuk alat tulis, pakaian dan bahan makanan diterima adalah hasil sumbangan individu dan syarikat yang begitu bermurah hati. Kesemua sumbangan yang dikumpul ini diagihkan dengan teliti mengikut niat penyumbang. Genap setahun lebih selepas pelancarannya, satu Ziarah Misi Kemanusiaan Dana Kemboja diadakan pada 19 hingga 23 November lalu bertujuan menyampaikan semua hasil jualan dan sumbangan yang dikumpul kepada pihak pengurusan AIS serta kumpulan sasaran iaitu pelajar miskin, anak yatim dan golongan penduduk Islam yang fakir. Rombongan ziarah tersebut diketuai Ketua Jabatan Kajian Sosial, Mohamed Yusoff Mohamed, Anisah Harun selaku pengurus rombongan dan pensyarah penyelaras serta dibantu oleh Ahmad Noor Muhaimi Noor Ley sebagai pengarah program. Seramai 29 ahli rombongan telah melakukan ziarah ke Kemboja yang terdiri daripada 22 guru pelatih beserta empat pensyarah dan tiga pendidik yang turut mengikuti misi ziarah kemanusiaan julung kali itu. |
| Posted: 23 Dec 2012 04:40 PM PST setiap amalan kita di dunia ini akan memberi kesan kepada kehidupan kita di akhirat. - Gambar hiasan Seorang sahabat Nabi yang bernama Samurah bin Jundab pernah berkata: "Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka periksalah kedudukan Allah di sisinya." Siapa yang menghormati aturan-aturan Allah, lalu bersegera melakukan perintah-Nya, dan menjauhkan diri daripada larangan-Nya, juga berusaha menghiasi diri dengan adab-adab Islam, itu pertanda bahawa ia menghormati Allah. Maka, kedudukannya di sisi Allah pun terhormat. Jika ia berdoa, Allah akan bersegera mengkabulkan. Jika ia meminta bantuan, Allah akan bersegera membantu. Allah juga akan memenuhi hidupnya dengan kedamaian dan rahmat Ilahi. Allah SWT berjanji: Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan. (al-Nahl: 97) Dan siapa yang teragak-agak menerima hukum Allah SWT, malu-malu mengamalkan Islam, itu pertanda ia belum sepenuh hati menghormati Allah. Maka kedudukannya di sisi Allah pun sekadar mana kedudukan Allah di dalam hatinya. Apabila ia berdoa, Allah tidak bersegera menjawab doanya. Namun begitu, Allah akan terus mengingatkan dirinya dengan pelbagai cubaan dan musibah agar ia memperbaiki dirinya dan kembali beriman kepada Allah. Allah berfirman yang bermaksud: Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan (maksiat) manusia. Demikianlah Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada akibat perbuatan mereka agar mereka kembali (kepada Allah). (al-Rum: 41) Setiap maksiat yang kita lakukan merupakan pertanda rendahnya kedudukan kita di sisi Allah. Berkata Abu Sulaiman Al-Darani: "Mereka sangat hina di sisi Allah, itu sebabnya mereka dibiarkan bermaksiat. Andai mereka mulia di sisi Allah, nescaya Allah akan menghalangi mereka daripada bermaksiat." Dibangkitkan Manusia yang paling buruk adalah orang yang berpaling daripada Allah. Ia menolak menerima Islam sebagai aturan hidup, bahkan berani menentang ketentuan Allah. Tiada sedikitpun tempat bagi Allah di dalam hatinya dan bermaksiat tanpa malu-malu. Apabila ia tidak menghormati Allah, itu pertanda bahawa ia sangat hina di sisi Allah SWT. Di akhirat nanti akan dibangkitkan dalam keadaan hina dan tiada siapa yang bersimpati kepadanya. Allah SWT mengancam: Dan barang siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan membangkitkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: Wahai tuhanku, mengapa Engkau membangkitkan diriku dalam keadaan buta padahal aku dahulunya boleh melihat? Allah berfirman: Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat kami, maka kamu melupakannya. Begitulah (balasannya) pada hari ini kamupun dilupakan. (Taha: 124-126) Allah lebih cepat Allah sangat mencintai hamba-hamba-Nya. Tangan-Nya selalu terbuka untuk menyambut sesiapa sahaja yang ingin kembali ke jalan-Nya. Bahkan, langkah Allah lebih cepat daripada langkah hamba-Nya. Dalam sebuah hadis kudsi, Allah SWT berfirman: Jika hamba-Ku mendekat kepada-Ku satu jengkal, maka Aku akan mendekat kepada-Nya satu hasta. Dan jika ia mendekat kepada-Ku satu hasta, maka aku akan mendekat kepada-Nya satu depa. Dan jika ia mendatangi-Ku dengan berjalan, maka Aku akan mendatanginya dengan berlari. (riwayat al-Bukhari dan Muslim). Wallahu a'lam |
| Posted: 23 Dec 2012 04:39 PM PST MASJID Tok Ku Tuan Besar yang terletak di Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Tok Makam Lama telah menetap dan mengajar agama Islam di negeri Terengganu dan meninggal dunia pada 1209 Hijrah. Kedatangan Tok Makam Lama ke Terengganu ketika masih bujang dan kemudian berkahwin dengan wanita tempatan, Wan Selamah yang merupakan cicit kepada Wan Ismail, seorang berpangkat datuk di Terengganu (Dato' Bukit Datu) ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin 1 (1725M-1733M). Salah seorang anak Tok Makam Lama yang bernama Sharifah Aishah (Tuan Hitam) telah berkahwin dengan Syed Zainal Abidin bin Syed Hussein al-Idrus. Daripada zuriat Syed Zainal Abidin inilah lahirnya seorang tokoh agama yang terkenal di Terengganu iaitu Syed Muhammad yang turut terkenal dengan gelaran Tok Ku Tuan Besar, sekali gus merupakan keturunan Syed al-Idrus yang mula-mula sekali muncul sebagai guru agama yang masyhur di Terengganu. Ketika berumur sembilan bulan dalam kandungan, bapanya telah berangkat ke Jawa. Syed Zainal Abidin tidak pernah melihat wajah anaknya (Tok Ku Tuan Besar). Khabarnya, Syed Zainal Abidin telah meninggal dunia di Kendal iaitu suatu wilayah yang terletak di Semarang, Jawa, Indonesia. Tok Ku Tuan Besar dilahirkan sehari selepas kematian bapanya iaitu pada 1211H/1794M. Semenjak itu, ibunya memberi didikan agama kepada Tok Ku Tuan Besar dan dibantu bapa saudaranya, Tok Ku Tuan Pahang, Syed Ahmad (Tok Ku Melaka), Tok Ku Tuan Darat serta turut diambil sebagai anak angkat oleh seorang pembesar daerah di Cabang Tiga bernama Raja Tepok. Pada usianya tujuh tahun, Raja Tepok telah menghantar Tok Ku Tuan Besar ke Mekah dan pulang ke tanah air ketika berusia antara 18-20 tahun. Raja Tepok mentadbir dari Cabang Tiga hingga ke Ulu Telemong dan Tanjung Aur. Ketika Raja Tepok meninggal dunia, beliau telah mewakafkan semua tanah miliknya di Kampung Cabang Tiga kepada Tok Ku Tuan Besar dan istana Raja Tepok dihadiahkan untuk dijadikan surau (sekarang dikenali, Masjid Tok Ku Tuan Besar). Beliau bersama sahabatnya, Wan Abdullah (Tok Sheikh Duyung) telah belajar dengan seorang guru agama terkenal bernama, Wan Abdul Kadir (Tok Sheikh Abdul Kadir) di Bukit Bayas. Beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan sanggup berulang alik dari Cabang Tiga ke Bukit Bayas dengan berjalan kaki melalui bendang padi dan hutan belukar. Beliau selalu menggunakan daun keladi betawi untuk melindungi dirinya ketika hujan dan panas. Di samping mempunyai ingatan yang baik, beliau juga mampu membaca al-Quran dengan beberapa qiraat dengan lagu yang merdu. Ketika berumur 20 tahun, Tok Ku Tuan Besar telah melanjutkan pelajaran agama di Mekah dan berguru dengan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Sheikh Abdul Hamid Syurwani dan Imam al-Sheikh Nawawi. Sekembalinya dari Mekah pada 1263H/1846M, beliau telah mengajar di suraunya yang terletak di Cabang Tiga (sekarang dikenali sebagai Masjid Tok Ku Tuan Besar). Murid-muridnya bukan sahaja dari Terengganu tetapi juga dari luar negeri. Masjid ini masih wujud hingga ke hari ini. Di masjid inilah beliau menerapkan semangat kasihkan agama, mengajar syariat dan hukum agama sehingga mampu diterjemahkan dalam kehidupan masyarakat di situ. Inilah yang menyebabkan beliau menjadi terkenal dan ulama yang termasyhur di seluruh pelosok negeri serta mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan hal ehwal Islam Terengganu. Beliau disemadikan di belakang masjid ini serta beberapa tokoh lain. Tok Ku Tuan Besar amat disegani, sama ada kawan dan lawan kerana jasanya kepada agama, keidealan perwatakan serta percakapannya. Beliau dianggap oleh masyarakat setempat sebagai pemimpin yang ikhlas dan bijak dalam menangani masalah yang diajukan kepadanya, bahkan sultan juga memohon buah fikirannya jika mempunyai masalah dalam hal ehwal pentadbiran negeri. Beliau juga mendapat gelaran Tok Ku Hadis kerana berjaya membentuk kepercayaan dalam kalangan masyarakat melalui pengajaran dan tingkah laku mulia. Beliau juga hidup sezaman dengan beberapa orang Sultan Terengganu tetapi sangat rapat dengan Sultan Umar. Selain menjadi ulama pada zaman pemerintahan Sultan Umar (1839M-1875M), Tok Ku Tuan Besar turut menjadi ulama pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881M-1918M). Sebagai seorang ulama yang sangat dihormati dan salah seorang pembesar negeri, beliau telah dianugerahkan gelaran "Tuan Besar Paduka Indera" (Paduka Raja Indera) daripada Sultan Umar. Di samping menjadi Sheikhul Ulama, beliau juga dianggap sebagai ketua kepada ulama-ulama dan masyarakat Arab di Terengganu. Pada masa hayatnya, hukum Islam telah diamalkan secara meluas dalam sistem pentadbiran negeri Terengganu dan disebabkan keadilan pemerintahan Baginda Umar berlandaskan Undang-Undang Islam maka negeri i ini terkenal dengan keamanannya. Sultan Umar telah menubuhkan beberapa jabatan penting antaranya Dewan Ulama yang diketuai oleh Tok Ku Tuan Besar. Ia merupakan badan tertinggi dalam kerajaan dan berfungsi sebagai tempat rujukan dalam semua bidang serta menyelesaikan masalah negeri. Mufti Tok Ku Tuan Besar pernah menjadi Mufti Terengganu ke-2 dari 1860 hingga 1878. Malah beliau telah diberi kuasa autonomi untuk menguruskan daerah Cabang Tiga oleh Sultan Umar. Beliau telah menjadikan masjid sebagai pejabatnya, membina sebuah rumah pasung bagi menahan pesalah dan sebatang tiang untuk mengikat orang-orang yang dikenakan ta'zir kerana tidak berpuasa dan solat Jumaat. Penyerahan daerah Cabang Tiga dan kawasan sekitarnya merupakan satu pengiktirafan serta kepercayaan kepada seorang ulama untuk mentadbir sebahagian daripada negeri Terengganu. Tok Ku Tuan Besar meninggal dunia pada 17 Muharam 1295H bersamaan 21 Januari 1878 ketika berusia 84 tahun akibat daripada demam yang berlarutan hingga mukanya pucat, matanya cengkung dan lemah badan. |
| Posted: 23 Dec 2012 04:38 PM PST sebahagian peserta yang menyertai Kem Bina Generasi al-Quran 2012 di Masjid Jamek Ittihad Sungai Kob, Karangan, Kulim, Kedah, baru-baru ini. Mereka termasuk 36 perempuan berumur antara 10 hingga 15 tahun dari Kulim, Baling dan Sungai Petani menyertai kem itu yang bertema, 'Bersama Memartabatkan Generasi Al-Quran.' Pengerusi MANAR, Abdul Rahim Omar berkata, sambutan pelajar untuk mengikuti kem itu semasa musim cuti sekolah, amat menggalakkan. "Seramai 10 orang tenaga pengajar sanggup mengendalikan kem itu dan pengisiannya banyak menyentuh hal-hal berkaitan solat, tazkirah, tilawah, ibadah dan akhlak," katanya baru-baru ini. Katanya lagi, program itu dianggap terbaik kerana ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, terutama pihak pengurusan masjid bagi mengelak pelajar sekolah rendah dan menengah daripada melakukan pelbagai aktiviti tidak manfaat sepanjang musim cuti sekolah. "Kami juga mengajar mereka mempelajari bidang pidato dan Bahasa Arab, kerjasama penduduk tempatan, terutama ibu bapa bagi menjayakan kem ini, amat dihargai," katanya. Abdul Rahim mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Jamek Al-Mujahiddin Batu Putih kerana turut memberi kerjasama menjayakan kem tersebut. Sebelum mengikuti kem itu, peserta diberi taklimat khas daripada Mohamad Nazir Othman selaku Bilal Masjid Jamek Al-Mujahiddin Batu Putih. Sementara itu, Ketua Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim, Azmi Abdul Rejab ketika merasmikan kem itu berkata, banyak ganjaran bakal dinikmati oleh mereka yang menghafal al-Quran. "Adalah menjadi satu kehebatan jika dalam usia muda boleh menghafal 20 juzuk al-Quran dan hanya mereka bersungguh-sungguh sahaja mampu berbuat demikian," katanya. Menurutnya, gejala sosial sering melanda generasi muda dan jika telah dibekal dengan ilmu-ilmu agama, mereka akan lebih berhati-hati dalam membuat perkara yang tidak baik. "Saya yakin dan percaya, pelajar pasti mempunyai ilmu agama secukupnya selepas ini dalam menghadapi cabaran akan datang. |
| Posted: 23 Dec 2012 04:35 PM PST KALAU bercinta dengan suami orang kita perlu hati-hati, mengkaji selain sabar. Pada peringkat awal, ketika di alam percintaan kitalah putri, kitalah permaisuri, tetapi setelah berkahwin, baru kita tahu siapa diri kita, sama ada kita bahagia ataupun sentiasa makan hati kerana dimadu.'' Itu cerita NorEllyna dalam emelnya. ''Sebelum pembaca tertawakan saya, biar saya mengaku, memang saya bodoh, cepat makan 'gula-gula' yang diberikah lelaki, kini setelah enam tahun berkahwin dah dapat seorang anak, saya rasa macam sudah10 tahun. Bukan madu yang saya dapat, tetapi racun berbisa. ''Banyak orang kata suami selalu memanjakan atau menyayangi isteri kedua, tetapi bagi saya isteri kedua banyak dianiaya dan jadi mangsa fizikal dan emosional, bukan sahaja oleh suami, lebih lebih lagi isteri pertama. ''Tidak dinafikan ketika bercinta dan awal perkahwinan memang saya disayangi, tetapi setelah setahun berkahwin dan isteri pertama tahu, hidup saya kucar-kacir dan tidak aman. ''Tambah menyakitkan hati suami bukan jenis lelaki sejati, tahu tanggungjawab apa bila berpoligami, sebaliknya jenis lelaki lemah lutut, kena tengking terus kecut, bila rahsia terbongkar terus kalut tak berani buka mulut. Sudah pasti orang yang jadi mangsa maki hamun dan serang hendap tentulah saya. Macamlah saya yang gilakan suaminya. ''Sebenarnya bukan saya hendak sangat berkahwin dengan Shah, tetapi dia memujuk dan berjanji menjaga dan membesarkan dua orang anak saya. Kini bukan dia jaga anak saya, tetapi saya yang terpaksa uruskan hidupnya. ''Selepas rahsia kami terbongkar, Shah beritahu, isterinya kawal semua duit gaji, dia hanya diberi RM500 untuk kegunaan peribadi. Tidak dibenarkan guna kad kredit. Dia dilarang ke rumah saya, tetapi Shah tetap berdegil sebagai protes. ''Tiga tahun saya bersabar dengan kerenah isteri pertamanya. Waktu itu hidup saya sempit, tanggungjawab bertambah kerana terpaksa tanggung Shah, di samping menanggung dua orang anak yang sedang membesar kerana bekas suami tak beri nafkah. ''Bukan tujuan saya berkahwin dengan Shah supaya dia tanggung saya anak beranak, kerana saya mampu walaupun saya tak minta nafkah dari bekas suami. Bukan sombong, tetapi saya tak mahu buang masa turun naik mahkamah, habiskan duit bayar peguam, akhirnya sakit hati sebab bekas suami tak mahu beri nafkah. Itu pengakuannya ketika bercerai. ''Katanya dia akan berhenti kerja kalau saya tuntut nafkah di mahkamah. Dia biasa bertukar kerja semasa kami hidup bersama. Selama berkahwin, saya yang tanggung makan minum kami anak beranak sebab dia sibuk dengan urusan peribadi. ''Namun saya bersyukur berkat kesabaran, Allah memberi saya lebih rezeki berbanding dia yang sentiasa berhenti kerja kerana tak puas hati dengan majikan. Pada saya bukan salah majikan, tetapi dirinya yang tidak boleh menyesuaikan diri dan memilih kerja. Lebih teruk dia berlagak jadi bos, sedangkan dia kuli. ''Bukan saya sahaja ibu tunggal yang teraniaya tidak dapat nafkah anak dari bekas suami, di luar sana lebih ramai. Ada yang habis ribuan ringgit bayar peguam dan turun naik mahkamah tapi nafkah tidak dapat. ''Masalah ini perlu mendapat perhatian mahkamah syariah dengan mengambil tindakan tegas kepada bekas suami yang tegar dengan memotong terus nafkah anak sebaik perceraian diluluskan, jangan tunggu isteri tuntut di mahkamah. ''Mahkamah Syariah juga jangan terlalu mudah nak nikahkan suami yang ingin berpoligami tanpa melihat latar belakang sama ada mampu atau tidak. Nak sekat mereka buat maksiat bukan dengan mudahkan poligami, tetapi dengan bimbingan dan nasihat tentang tanggungjawab berkeluarga. ''Sebab itu bila nak kahwin dengan Shah saya ingatkan dia tentang nafkah anak-anak dan isterinya. Saya tak mahu Shah tanggung dosa di dunia dan akhirat kerana tak bagi nafkah dan tak bertanggungjawab. ''Kerana itu empat tahun saya jadi ibu tunggal sebelum ambil keputusan berkahwin dengan Shah. Saya tak paksa Shah sara hidup anak-anak saya, kerana dia ada tanggungjawab sendiri. Saya cuma mahu seorang lelaki dalam hidup yang boleh jadi tempat bersandar apabila dilanda masalah. ''Malangnya keadaan sebaliknya, saya jadi tempat Shah sandar harapan. Sebelum ini memang ada lelaki bujang ingin berkahwin dengan saya, tapi saya tolak, saya tak mahu bergaduh dengan keluarganya, mana ada ibu suka anak terunanya kahwin janda anak dua. Jadi saya pilih Shah tapi ini pula jadinya. ''Saya sedar masalah wanita bermadu. Saya sudah jangka, tetapi langsung tak terfikir Shah pengecut. Saya tak kisah kalau isterinya kawal gajinya untuk tanggung anak-anak kerana itu memang tanggungjawabnya, tapi bukan bermakna saya kena tanggung Shah. Ini tidak adil. ''Memang zaman ini payah nak cari lelaki yang betul-betul faham hukum hakam poligami. Mereka cuma pandai cakap dan sibuk mempertahankan hak berpoligami. Memang poligami halal. Tetapi masalahnya apakah mereka tahu tanggungjawab kepada isteri pertama dan kedua? ''Saya tahu tanggungjawab Shah kepada keluarga, tetapi Shah dan isteri pertama tak tahu tugas mereka mengikut Islam. Biasanya bila ada poligami, maka akan ada isteri teraniaya. ''Pada kesempatan ini saya suka mengingatkan isteri pertama jangan salahkan orang kedua jika berlaku poligami, yang bersalah adalah suami anda sendiri? Saya tak paksa Shah kahwin dengan saya? Malah saya hidup aman ketika jadi ibu tunggal, saya mampu sara hidup anak-anak saya. ''Kini setelah berkahwin hati saya tidak tenang, bukan kerana bertambah beban untuk sara anak-anak, tetapi menanggung suami yang sering kesempitan wang. Sedangkan dia bukan tanggungan saya. ''Saya tak salahkan isteri pertama yang sekat pendapatannya, tetapi saya tetap menyalahkan Shah yang tak tahu tanggungjawab. Sebagai isteri pertama anda wajib kaji diri anda apakah tindakan anda betul? Apa hak anda sekat pendapatan suami? Adakah untuk membalas dendam? ''Kepada Shah, berpoligami bukan setakat memuaskan nafsu, tetapi mesti tahu tanggungjawab, malangnya setelah enam tahun berkahwin anda gagal dan tak layak jadi ketua kepada dua buah keluarga.'' Itu cerita NorEllyna mengakhiri rasa kecewa berpoligami. |
| Posted: 23 Dec 2012 04:34 PM PST Mengekalkan kemesraan dan keintiman memerlukan kefahaman kedua pihak suami dan isteri. - Gambar hiasan Ia nampak seperti satu hubungan yang sempurna, hangat dengan perbualan tanpa perlu bersusah-payah mencari topik yang serupa, berkongsi rahsia dan penuh kepastian bahawa anda berdua akan terus bersama untuk jangka masa yang panjang. Bagaimanapun tidak semua perhubungan bermula dengan ikatan sekukuh itu dan tidak semua hubungan mesra serta intim mampu dikekalkan untuk jangka masa panjang. Perhubungan memerlukan usaha dan ada perkara-perkara yang anda perlu lakukan untuk meningkat kemesraan dan keintiman. Berikut beberapa tip yang mungkin boleh diberi perhatian. Cari minat yang serupa dan lakukannya bersama-sama Mengikut kajian, kebanyakan perkahwinan berakhir dengan perceraian pada tempoh lapan tahun pertama. Kajian juga mendapati bahawa selepas tempoh tujuh tahun pasangan akan mula bosan dengan perhubungan mereka. Ketika itu hubungan menjadi renggang dan masing-masing mula kurang berpuas hati terhadap perkahwinan mereka. Bunuh perasaan bosan itu sebelum ia menjadi 'barah' dengan cara berkongsi pengalaman antara satu sama lain. Apa persamaan minat yang anda berdua miliki? Kongsi minat tersebut dengan melakukan aktiviti bersama. Ia bukan saja untuk merapatkan lagi hubungan bahkan anda akan berkongsi pengalaman dan gurau-senda bersama. Ketawa bersama Ketawa sebenarnya berjangkit. Ini kerana apabila kita mendengar orang ketawa, otak kita secara automatik mahu turut terbabit dalam situasi tersebut. Berdasarkan beberapa kajian, termasuk kajian di Institute of Cognitive Neuroscience, University College London, kita secara semula jadi akan meniru gerak dan ekspresi wajah orang yang bercakap dengan kita, termasuk ketawa. Kita akan ketawa apabila mendengar jenaka yang kelakar, ketika sedang bermain, ketika digeletek dan sebagainya. Bagaimanapun ketawa bukan saja tanda kita memikirkan sesuatu yang kelakar, ia juga salah satu cara kita mengukuh ikatan dengan orang lain. Ketawa merupakan sesuatu yang universal dan pengubat duka, jadi pergilah menyaksikan filem-filem komedi ketika bertemu janji bukan saja ketawa anda akan membuatkan mood anda bertambah baik bahkan ia mungkin meningkatkan lagi ikatan perhubungan anda. Jadilah seorang yang sentiasa menyokong Dalam satu kajian selama lima tahun oleh penyelidik dari Universiti Iowa Amerika Syarikat, mendapati pasangan yang baru berkahwin memberi empat jenis sokongan yang mereka labelkan sebagai: 1.Sokongan fizikal dan emosional - berkongsi dan mendengar selain berpegang tangan dan berpelukan. 2.Hormat - Menawarkan sokongan sebagai penghormatan dan keyakinan diri. 3. Informational - memberi nasihat secara umum 4.Tangible - membantu dengan tanggungjawab tambahan atau menyelesaikan masalah Rahsianya ialah memberi bentuk dan tahap sokongan yang betul sebagaimana diperlukan. Tiada siapa yang suka jika mereka berasa seolah sentiasa diarah atau diperintah oleh pasangannya. Setiap orang mempunyai idea berbeza mengenai bentuk dan jumlah sokongan yang diperlukan. Jadi pastikan pasangan anda tahu anda sentiasa berada di sisinya untuk menyokong dalam apa juga keadaan termasuk kewangan. Menerima seadanya tanpa syarat Memang mudah untuk terbabit dalam perhubungan dengan idea bahawa anda mampu mendorong pasangan untuk berubah - walaupun kecil - untuk menjadi seperti yang anda ingini. Bagaimanapun idea tersebut tidak selalunya realistik atau adil untuk pasangan anda. Biarpun apa yang anda ingin ubah itu perkara kecil seperti meminta pasangan memotong rambut atau meminta pasangan meminati kumpulan muzik yang anda minati atau meminta pasangan berhenti memakai baju yang anda tidak sukai, semua itu mampu menjadi halangan kepada keintiman hubungan anda. Terimalah pasangan seadanya. Penerimaan datang seiring dengan dorongan untuk pasangan berkongsi perkara-perkara yang peribadi dan intim seperti impian, perasan dan sejarah hidupnya. Memanglah ada masa apabila perubahan itu perlu dan penting seperti meminta pasangan berhenti merokok kerana tabiat tersebut menjejaskan kesihatan, tetapi permintaan itu mestilah berasaskan kepada percaya dan menerima bukannya mengkritik dan menilai. Beri perhatian Keintiman secara mental, emosional dan fizikal dengan pasangan anda bermula dengan anda mendengar apa yang dia perkatakan dan beri perhatian kepada segala tindakannya. Bunyinya seperti mudah, tetapi sebenarnya tidak. Untuk beri perhatian sepenuhnya anda perlu menolak perkara lain ke tepi daripada keributan kerja hingga kepada senarai apa yang hendak dimasak untuk makan malam. Ketepikan semua hal peribadi anda dulu dan dengarlah apa yang ingin disampaikan oleh pasangan anda. Ketika mendengar luahannya, pandang mata pasangan anda, senyap ketika dia sedang berkata-kata dan apabila anda menyuarakan pandangan nadanya biar nampak anda benar-benar prihatin dan mengambil berat. Kekalkan pandangan mata Mata adalah jendela hati atau mungkin juga mata jendela keintiman. Ketika anda memandang mata pasangan anda dari seberang meja, anda bukan sekadar memberi perhatian tetapi sebenarnya anda meluahkan keintiman anda. Pandangan mata adalah komponen penting tentang bagaimana kita bersosial dengan orang dan ia adalah salah satu perkara penting dalam mencetuskan hubungan intim dan romantik atau sebaliknya. Komunikasi dari mata ke mata bersifat lembut, dan penegasan secara senyap (non-verbal) bahawa anda amat penting bagi pasangan. Pandangan mata memperlihatkan rasa percaya dan terbuka. Pastikan anda 'ada' ketika bersama pasangan Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh membahayakan, tetapi ia juga boleh membuatkan hubungan kekeluargaan anda berisiko. Ini sebabnya. Menggunakan telefon bimbit nampak seperti perkara sangat penting, tetapi sebenarnya ia mengurangkan 'keberadaan' anda bersama pasangan. Apabila anda membuat pelbagai kerja pada satu masa - contohnya memandu dan bercakap di telefon - anda tidak menumpukan kepada perbualan dan tidak dapat menangkap isu-isu penting yang dibualkan yang boleh membawa kepada salah faham serta membuatkan pasangan terasa seperti disisihkan dan terluka. Anda membahagi masa antara telefon, jalan raya dan perbualan. Untuk membina dan mengekalkan keintiman, pilih salah satu pada satu-satu masa. Jadi cuba fikirkan, adakah iPhone lebih mendapat perhatian berbanding pasangan anda? Adakah anda bekerja apabila telefon berbunyai sedangkan ketika itu anda sedang makan dengan pasanga? Adakah anda membawa BlackBerry ke bilik tidur? Jika semua jawapannya ya, anda mungkin perlu mematikannya untuk memberi lebih perhatian kepada perhubungan anda. |
| Guru terima anugerah Pendidik Global Microsoft Posted: 23 Dec 2012 04:28 PM PST Zamimah Azaman bersama sijil kejayaan sebagai naib johan anugerah Pendidik Global dalam Microsoft Partners In Learning Global Forum 2012 di Istana Prague, Republik Czech baru-baru ini. Pendidik daripada sekolah di Miri, Sarawak itu dipilih sebagai naib johan kategori Pembinaan Pengetahuan dan Pemikiran Kritikal (Knowledge Construction and Critical Thinking) melalui projek inovatif 'The Journalist' yang dihasilkan berasaskan projek serta simulasi bagi meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis para pelajarnya. "Projek ini menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek melalui empat elemen utama iaitu instrumen pementasan, pembelajaran secara bersendirian, pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara usaha sama, serta bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk memaksimumkan pembelajaran pelajar serta meningkatkan pemikiran kreatif dan kritikal mereka. "Menerusi aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh makna, 'The Journalist' juga bertujuan memperkaya nilai-nilai kemanusiaan di kalangan pelajar sebagai pemimpin masa depan dunia," katanya ceria. Kejayaan Zamimah di peringkat dunia menewaskan lebih daripada 250,000 guru merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan negara. ''Keutamaan projek ini adalah untuk memastikan bahawa kerja yang dibuat mempunyai impak di luar kelas dan menyediakan pelajar untuk peringkat pengajian yang seterusnya dalam hidup mereka," ujarnya. Microsoft Partners In Learning Global Forum mengiktiraf 21 pendidik dari seluruh dunia yang berjaya mengadaptasi kegunaan teknologi secara inovatif di dalam bilik darjah. Forum itu dihadiri lebih 500 orang guru, pemimpin sekolah dan pemimpin pendidik serta pegawai kerajaan mewakili 80 negara. Penubuhannya sejak 15 tahun lalu itu bertujuan membantu sistem pendidikan seluruh dunia melalui komunikasi dua hala antara pendidik dan pemimpin sekolah, mengenal pasti potensi pelajar merangkumi penglibatan lebih 210 juta guru dan pelajar di 119 negara. Sementara itu, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Carlos Lacerda berkata, generasi pemimpin negara pada masa depan tidak boleh dididik dengan peralatan teknologi lama atau amalan pendidikan yang 'usang'. ''Kita harus terus membangunkan persekitaran pembelajaran yang canggih dan maju untuk menghasilkan pemimpin-pemimpin Malaysia pada masa depan yang lebih baik," katanya. Semua pemenang Anugerah Pendidik Forum Global secara automatik dimasukkan ke dalam program baharu Microsoft Innovative Educator Expert. Program itu diwujudkan untuk mengiktiraf golongan pendidik seluruh dunia menggunakan teknologi bagi meningkatkan tahap pendidikan mereka. Hal ini bermakna Zamimah layak sebagai seorang Microsoft Innovative Educator Expert dan rakan kongsi Microsoft dalam pelbagai aktiviti pendidikan sepanjang tahun. Kemudahan ini akan membolehkan Zamimah mengakses kepada perisian produk terkini daripada Microsoft. Pada masa yang sama, Microsoft akan memastikan bahawa kumpulan tersebut mendapat peluang pembangunan profesional dan kerjaya untuk membantu mereka mempertingkat impak kepada pelajar masing-masing. |
| Posted: 23 Dec 2012 04:24 PM PST Biasanya kawasan bandar dengan taraf kesihatan dan kebersihan yang tinggi, penyakit berkaitan dengan cacing amat rendah. Pensyarah di Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Chua Kek Heng berkata, penyakit berkaitan cacing boleh dikatakan penyakit yang terabai tetapi penting. Ini kerana penyakit berkenaan berupaya menyerang lebih kurang 600 juta manusia setahun di seluruh dunia dan menyebabkan kematian. Malah jumlah kematian disebabkan cacing kerawit juga mencapai 135,000 kematian di seluruh dunia dalam masa setahun. "Di negara ini biasanya penyakit berkaitan cacing kerawit sering berlaku di kawasan luar bandar dan pinggir bandar yang miskin," katanya semasa ditemui di pejabatnya. Cacing kerawit bukan sahaja menyerang kanak-kanak tetapi turut menyerang orang dewasa terutama dalam kalangan mereka yang tinggal di kawasan setinggan dan perkampungan Orang Asli yang mempunyai masalah pembentungan dan saliran serta air bersih. Masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat. Bagaimanapun penyakit ini tiada simptom spesifik tetapi biasanya pesakit mengalami gatal seperti gigitan serangga dan luka-luka kecil pada tapak kaki. Dr. Chua menambah, biasanya mereka yang berkaki ayam mudah dijangkiti akibat terpijak larva atau cacing kerawit yang berupaya menembusi tapak kaki manusia. Cacing ini kemudian akan tinggal dalam usus manusia dan menyerap zat besi dan darah melalui dinding usus. Simptom berkenaan dinamakan ancylostomiasis. Selain itu kehilangan darah ke dalam najis yang sukar dikesan juga akan berlaku. Bagi mengesan lima jenis cacing kerawit yang biasa menyerang manusia, kaedah manual digunakan dengan melihat melalui mikroskop bagi mengecam spesies cacing. "Kaedah ini biasanya kurang tepat kerana morfologi telur cacing kelihatan sama di bawah medan mikroskop," katanya. Tambahan pula, biasanya sampel yang tidak mempunyai cacing dewasa perlu dikultur sehingga seminggu bagi mengenalpasti spesies dewasa. Bagi memudahkan proses pengecaman spesies cacing kerawit, Dr. Chua dan kumpulan penyelidiknya telah menghasilkan kit yang boleh mengecam lima jenis spesies cacing yang menjangkiti manusia pada satu masa yang sama. "Kit yang mempunyai dua reagen ini telah digunakan bagi menguji 634 sampel di seluruh Malaysia," katanya. Kit yang dihasilkan dapat mengecam lima spesies cacing kerawit iaitu Necator americanus, Ancylostoma duodenale, A. ceylanicum, A. caninum dan A. brazillense. Dr. Chua berkata, sampel DNA cacing kerawit tadi akan dicampurkan dengan dua reagen dan diletakkan di dalam mesin bagi mengesan DNA cacing sebelum menghasilkan graf. "Graf yang telah dipastikan dengan corak dan warna tertentu bagi mewakili spesies cacing kerawit dengan tepat sementara ketinggian puncak pula mewakili bilangan cacing. "Lebih tinggi puncak lebih banyak cacing di dalam sampel berkenaan," katanya. Apa yang lebih menarik berkenaan dengan kit ini adalah sampel yang didapati boleh terdiri daripada mana-mana peringkat kehidupan cacing sama ada telur, larva atau dewasa kerana sasaran kit hanya kepada DNA. Biasanya pemberian ubatan bergantung kepada spesies cacing kerawit yang terdapat dalam badan pesakit. Ini akan memudahkan pemberian ubat yang spesifik bagi cacing kerawit tertentu. Kit berkenaan menawarkan pendekatan diagnostik satu langkah, sensitif, spesifik dan kos rendah bagi pengesanan efektif bagi spesies cacing kerawit. Ia boleh digunakan untuk penyelidikan, lebih-lebih lagi ia adalah amat penting untuk pengesan spesies cacing kerawit di sesuatu kawasan sebelum program pengurusan pemusnahan cacing kerawit tertentu boleh dijalankan dengan berkesan. Kajian yang dijalankan bersama-sama dengan Prof Madya Dr. Yvonne Lim Ai Lian dan Romano Ngui mengambil masa 18 bulan. Menurut Dr. Chua, kit berkenaan telah dipatenkan dan sedang dalam perbincangan untuk dikomersialkan. Malah kit ini juga berjaya menawan hati juri bagi memenangi Pingat Emas dan Inovasi Paling Berpotensi semasa Pameran BioMalaysia 2012 baru-baru ini. |
| Posted: 23 Dec 2012 04:22 PM PST Dr. Latifah Saiful Yazan bersama produk DS Factor, teh herba antikanser yang dipercayai mampu membantu merawat penyakit kanser. Sejak beberapa bulan kebelakangan, universiti terbabit meneruskan tradisi membentangkan hasil penyelidikan saintis UPM menerusi majlis khas yang jarang diadakan oleh universiti tempatan (IPTS ) atau swasta. Antara penyelidikan-penyelidikan tersebut yang berjaya membuka mata masyarakat dan berpotensi untuk dikomersialkan untuk kegunaan orang ramai disertakan di bawah ini. 1. Sistem mudahkan penjaga Alzheimer Satu lagi penyelidikan yang berjaya dijalankan oleh UPM ialah sistem pengesan spatial pesakit Alzheimer dalam kalangan warga tua yang pertama di negara ini. Alzheimer ialah penyakit nyanyuk yang majoritinya dialami oleh mereka berusia 60 tahun dan ke atas. Penyakit berkenaan akan menyebabkan pesakit kehilangan progresif sel saraf otak yang penting untuk pemikiran normal, daya ingatan serta fungsi otak. Berdasarkan kajian yang dijalankan Institusi Gerontologi Universiti Putra Malaysia (UPM), kira-kira 300,000 rakyat di negara ini menghidap penyakit demensia dan 150,000 daripadanya adalah penghidap Alzheimer. Kejayaan sekumpulan penyelidik UPM menghasilkan ciptaan Sistem Lokasi semasa Alzheimer tersebut diyakini mampu membantu mengesan pesakit berkenaan di peringkat awal selain meringankan beban mereka yang menjaganya. Menurut ketua penyelidik Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff, sistem itu berfungsi dengan menjejaki secara wayarles sekali gus memantau rapat pesakit Alzheimer dari radius 100 hingga 200 meter. Selain itu, sistem berkenaan juga menyediakan penggera bunyi yang akan berbunyi sekiranya pesakit berada di luar radius yang ditetapkan. "Sistem ini menggunakan alat penjejak yang dikenali sebagai tags yang boleh dibawa oleh setiap pesakit tanpa mengganggu aktiviti harian mereka dan mereka dikesan melalui frekuensi radio yang rendah iaitu 5.8 giga herz (GHz) dengan memasang alat pengesan di sesuatu kawasan. "Pemantauan dari jauh ke atas pesakit oleh penjaga mereka juga boleh dilakukan melalui paparan sistem yang disediakan. Dengan ini, penjaga mendapat gambaran keseluruhan pergerakan spatial pesakit di dalam paparan peta pelan lantai pusat jagaan harian dalam bentuk dua dimensi (2D)," katanya. Selain beliau turut bersama dalam penyelidikan tersebut ialah Profesor. Dr. Ahmad Rodzi Mahmud, Dr. Zaiton Ahmad dan Mohd. Fadhil Abuhan. Mengulas lanjut katanya, penghasilan sistem itu bertujuan bagi mengurangkan beban penjaga dalam memantau pesakit di pusat jagaan harian Alzheimer selain meningkatkan kualiti pesakit. Sasaran penggunaan sistem ini adalah mereka yang berada di rumah orang tua kerajaan atau swasta, rumah jagaan Alzheimer, pusat jagaan harian Alzheimer serta penghidap penyakit itu sendiri. "Kami telah melakukan kajian di sebuah pusat jagaan warga tua di Lembah Klang yang dipercayai mempunyai penghuni menghidap penyakit Alzheimer berusia 65 hingga 92 tahun. "Sistem ini terbukti membantu dalam meringankan beban penjaga selain memberi keputusan akhir kepada para pengamal perubatan untuk mengesan seseorang yang menghidap Alzheimer itu," jelasnya. Mengenai kesan sampingan yang kemungkinan bakal dihidapi oleh pesakit apabila menggunakan sistem ini, beliau menjelaskan bahawa penggunaan frekuensi radio yang rendah tidak membahayakan kerana masih mematuhi piawaian penjagaan kesihatan. Sistem penggredan kelapa sawit yang dihasilkan oleh Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff dan kumpulannya. Apa yang membanggakan, Sistem Lokasi Semasa Alzheimer ini juga turut menerima pingat emas di Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi Malaysia 2012. 2. DS Factor, teh herba antikanser Sekumpulan penyelidik dari Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menemui sejenis herba dipercayai mampu merawat penyakit kanser. Menurut ketua penyelidik tersebut, Prof. Madya Dr. Latifah Saiful Yazan, herba tersebut sering digunakan oleh pengamal perubatan alternatif untuk merawat pesakit kanser. "Melalui kajian terhadap penggunaan rawatan tradisional, didapati bahawa produk ini (herba) telah digunakan sebagai amalan rawatan tradisional. "Herba telah terbukti secara fizikalnya berkesan merawat beberapa pengidap penyakit kanser (lebih daripada 100 orang) sebelum dikaji secara saintifik," katanya. DS Factor merupakan produk teh herba yang mempunyai sifat antikanser dan mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai produk herba makanan tambahan untuk menghidap kanser. Dr. Latifah berkata, melalui kajian yang dibuat terhadap penggunaan rawatan tradisional, didapati bahan berkenaa berkesan merawat pesakit kanser lebih daripada 100 orang. DS Factor kini telah berada di peringkat kajian terakhir dan bersedia untuk dikomersialkan. Penyelidikan yang bermula dari tahun 2005 tersebut masih diteruskan sehingga kini dan sedang dalam perancangan untuk menjalankan ujian klinikal ke atas manusia. DS Factor juga telah dipatenkan dan kini dalam proses rundingan dengan beberapa pihak yang berminat untuk mengkomersialkannya. Kajian bagi produk DS Factor telah menerima geran penyelidikan daripada L'OREAL Malaysia dan UPM. Malah Dr. Latifah juga pernah menerima anugerah The L'OREAL Malaysia for Women Sciene Fellowship 2006. 3. Sistem penggredan kelapa sawit UPM juga memperkenalkan kaedah baharu dalam sistem penggredan kelapa sawit bagi menentukan cara terbaik memastikan sama ada buah sawit masa atau sebaliknya. Menurut Ketua Penyelidik, Institut Teknologi Maju (ITMA), Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff, kaedah yang diguna pakai kini adalah dengan memeriksa buah kelapa sawit secara rawak. Kaedah tersebut dijadikan sebagai penanda aras kepada keseluruhan stok yang dihantar kepada kilang. "Kaedah tersebut pastinya tidak tepat secara keseluruhannya, namun pihak berwajib tiada pilihan berikutan tiada kaedah lain yang lebih sesuai. "Kini, pihak UPM hadir dengan ciptaan terbaru kami pengesan dan pengasing buah kelapa sawit yang masak dan muda pada masa yang sama," ujarnya. Ciptaan yang menggunakan mesin pengimbas yang direka khas tersebut mampu mengesan buah kelapa sawit yang benar-benar masak dan yang muda seterusnya kedua-duanya diasingkan. Jelas Abdul Rashid, idea asal ciptaan mesin tersebut diperolehi daripada pelajarnya yang melakukan uji kaji mengesan buah - buahan yang masak menggunakan pengesan imej menerusi kamera CCD (charge couple device). Sistem berkenaan menyerupai konsep mesin pengimbas bagasi yang digunakan di lapangan terbang. Lebih dikenali sebagai Sistem Pengimbas Visual Automatik, teknologi tersebut dilihat amat bermanfaat kepada pihak industri terutamanya kilang pemprosesan agrikultur. Sistem tersebut berfungsi bermula daripada kotak pemunggahan buah kelapa sawit di mana buah akan dilalukan di atas trek untuk melalui ruang pengimbas sebelum buah-buah tersebut diimbas menggunakan kamera CCD. Kemudian data berbentuk imej yang diperolehi akan disalurkan kepada komputer menggunakan kabel khas sebelum ia diproses untuk menentukan kadar kematangan buah. Semasa dalam proses tersebut, buah akan melalui ruang pengimbas khas dimana cahaya yang digunakan akan dikawal bagi mendapatkan kualiti imej yang lebih tepat. Seterunya, data yang diperolehi akan menentukan sama ada masak mahupun separa masak atau muda seterusnya akan diasingkan mengikut kelas masing-masing. Bagaimanapun sistem tersebut hanya sesuai dibina di dalam kawasan persekitaran yang tertutup iaitu di dalam bangunan. 4. Vitamin daripada mangga ranum Kenya merupakan sebuah negara yang sedia maklum mempunyai bilangan penduduk yang begitu ramai dan tidak kurang juga yang mengalami masalah kesihatan. Sekumpulan siswazah dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM bersama Vit-A-Go hasil penyelidikanke atas buah mangga ranum sebagai alternatif kepada vitamin A. Melihat kepada permasalahan tersebut, ia memberi inspirasi kepada sekumpulan siswazah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menghasilkan produk kesihatan daripada buah yang boleh memberi manfaat kepada penduduk di negara tersebut. Oleh itu, sekumpulan siswazah dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM menghasilkan Vit-A-Go yang diperbuat daripada buah mangga ranum bagi memberi alternatif kepada kanak-kanak di Kenya dalam usaha memperoleh vitamin A yang mencukupi. Kumpulan tersebut terdiri daripada Mohd. Asraf Mohd. Zainudin, Tan Tai Boon, Kuan Chee Hao, Najla Gooda Sahib dan Lasekan Adeseye Opeyemi. Menurut ketua kumpulan projek berkenaan, Sew Chang Chew, produk daripada isi buah mangga yang dikeringkan itu mampu membekalkan nutrien vitamin A pada golongan tersebut mengikut tahap keperluan badan masing-masing. "Ia merupakan satu lagi alternatif terbaik bagi kanak-kanak Kenya untuk mendapatkan sumber vitamin A, selain mengambil pil tambahan. "Produk itu juga dapat mengurangkan masalah pembaziran buah mangga yang berlaku di Kenya," katanya. Jelas Chang Chew lagi, kandungan vitamin A di dalam buah mangga itu dipelihara melalui pemprosesan serta keadaan penyimpanan yang betul selain dari pemantauan yang berterusan. Katanya, ramuan utama yang digunakan adalah mangga ranum atau terlalu masak dan ia akan diasingkan mengikut tahap kematangan. Buah tersebut kemudian akan dikisar menjadi puri sebelum beberapa ramuan lain dicampurkan dan dikeringkan. Jelas beliau, produk itu dihasilkan berdasarkan beberapa faktor iaitu kos pengeluaran murah, teknologi yang sedia ada, tempoh pemprosesan singkat iaitu selama dua jam serta kaya dengan vitamin A. "Produk ini merupakan hasil penyelidikan selama tujuh bulan dan kami yakin ia mampu diaplikasikan dalam industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini. "Selain itu, produk kesihtan ini juga boleh disimpan pada suhu bilik dan mampu bertahan sehingga enam hingga sembilan bulan. "Produk Vit-A-Go juga telah meraih pingat emas dalam Pertandingan Developing Solutions for Developing Countries anjuran Persatuan Pelajar Institut Teknologi Makanan (IFTSA) di Las Vegas, Amerika Syarikat bulan lalu," katanya. Bagaimanapun, Vit-A-Go masih belum sedia untuk dikomersialkan kerana formulasinya masih perlu dioptimumkan selain penyelidikan berterusan perlu dilakukan bagi memberi hasil yang lebih baik. |
| Bangunkan mini estet rumpai laut Posted: 23 Dec 2012 04:20 PM PST Penggunaan tali dan sauh merupakan antara kaedah yang diguna pakai kini. Malah, ia juga merupakan negeri utama yang mengeluarkan rumpai laut di negara ini. Justeru, bagi meningkatkan produktiviti serta melonjakkan industri ini di peringkat antarabangsa pengukuhan serta peningkatan teknologi amat diperlukan. Menyedari tanpa perkembangan teknologi yang bersesuaian, kemungkinan besar industri rumpai laut negara yang diterajui oleh negeri Sabah akan semakin merosot tindakan awal telah dirintis oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS). Justeru, baru-baru ini, institusi berkenaan telah menandatangani Perjanjian projek Estet Mini Rumpai Laut antaranya bersama 11 syarikat peneraju didalam industri tersebut. Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Mohd. Johari Baharom, perjanjian tersebut adalah untuk perlaksanaan Projek Permulaan Ke Tiga (EPP 3) di bawah Bidang Ekonomi Utama (NKEA) bagi sektor Agro Makanan. "Perlaksanaan EPP 3 ini adalah berdasarkan kepada model pembangunan yang diterajui oleh syarikat swasta dengan sokongan teknologi yang disediakan oleh UMS. "Pihak UMS telah menyediakan tenaga pakar dalam merumus model estet mini rumpai laut dan memulakan usaha-usaha awal untuk perlaksanaan projek," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Menandatangani Perjanjian Projek Estet Mini Rumpai Laut Bersama Syarikat Peneraju di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Kejayaan pemeteraian perjanjian tersebut juga merupakan hasil usaha oleh beberapa peringkat Jawatankuasa bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah dan Jabatan Perikanan Negeri Sabah. Melalui projek tersebut juga, pihaknya menyasarkan pembangunan hampir 20 buah estet mini meliputi kawasan seluas 3,000 hektar sehingga akhir tahun ini. Tambah beliau, pihak kementerian juga telah bersetuju untuk memperluaskan skop perlaksanaan projek EPP 3 dengan mengambil kira skop bantuan kepada pengusaha sedia ada. Rumpai laut akan dikumpulkan dan dikeringkan sebelum dijual kepada peraih mengikuti harga pasaran. Buat masa kini, lebih daripada 95 peratus pengeluaran dunia bagi komoditi rumpai laut disumbang oleh negara Kawasan Pembangunan ASEAN Timur (BIMP-EAGA) yang melibatkan Indonesia, Filipina dan Malaysia khususnya negeri Sabah. Di Malaysia, hampir 97 peratus pengeluaran rumpai laut dikeluarkan dari daerah Semporna, manakala selebihnya dari Lahad, Datu, Kunak, Banggi dan Tawau. Pencapaian pengeluaran 100 peratus rumpai laut negara telah dihasilkan oleh negeri Sabah yang mencatatkan pengeluaran komoditi rumpai laut kering sebanyak 20.78 ribu tan metrik yang bernilai RM62.35 juta. Jumlah pengeluaran komoditi tersebut telah meningkat sebanyak hampir 50 peratus pada tahun 2010 berbanding tahun 2009 dan terus menunjukkan peningkatan dari segi nilai pengeluaran. Bagi tahun 2011, pengeluaran rumpai laut kering negara terus meningkat sebanyak 15 peratus kepada 23.94 ribu tan metrik dengan nilai RM66.2 juta. Sememangnya pembangunan industri rumpai laut juga tergolong sebagai industri hiliran yang dinamik serta mampu memberikan sumbangan yang besar kepada Pendapatan Negara Kasar (KDNK). Bagi menyokong pembangunan industri rumpai laut agar lebih dinamik, pendekatan dan konsep perlaksanaan estet mini rumpai laut yang diterajui syarikat swasta sangat disokong oleh kerajaan negeri. Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Husin, terdapat dua lagi program pembangunan rumapi laut akan diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan dengan kerjasama Jabatan Perikanan Sabah. "Dua program tersebut adalah Projek Pengkulturan Skala Komersial dan juga Program Menaiktaraf infrastruktur para penternak sedia ada melalui perlaksanaan pembangunan kluster," katanya. Namun, di sebalik segala usaha yang dilaksanakan kerajaan, adalah diharapkan agar para pengusaha, pelabur, penyelidik dan individu yang berminat dapat memanfaat dan merebut peluang tersebut. Ia bertujuan agar dapat melonjakkan lagi potensi industri rumpai laut negara. |
| Posted: 23 Dec 2012 04:19 PM PST Penduduk luar bandar antara yang mendapat manfaat daripada projek pengkulturan rumpai laut. Sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) projek rumpai laut merupakan sebahagian daripada pembangunan industri akuakultur selain udang laut sebanyak 21 peratus, ikan laut (tujuh peratus), kerang-kerangan (50 peratus), lain-lain sebanyak satu peratus. Industri rumpai laut disasarkan nilai pengeluaran 30,957 tan metrik atau peratusan sumbangan sebanyak 21 peratus. Memandangkan industri rumpai laut dilihat sebagai satu sumber ekonomi yang boleh membantu nelayan meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka, agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani giat menjalankan aktiviti pengkulturan rumpai laut. Spesies utama yang dikultur ialah Eucheuma, iaitu sejenis spesies rumpai laut liar yang banyak terdapat di negeri Sabah. Dua spesies utama ialah Eucheuma cottonii dan Eucheuma spinosum. Spesies ini tumbuh dalam air tenang atau dalam air yang bergerak perlahan. Eucheuma dipilih kerana berdasarkan kajian saintifik menunjukkan ia mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses asas biokimia dan bioteknologi. Penyelidikan DR. Patricia Matanjun yang menghasilkan mi daripada rumpai laut. Sebab itu LKIM pesat menjalankan projek pembangunan di Sabah bagi membantu nelayan di negeri tersebut dan tujuan akhirnya ialah mengeluarkan produk-produk berasaskan rumpai laut. Berdasarkan laporan yang diterbitkan oleh Jabatan Perikanan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berjudul Transformasi Industri Rumpai laut Negara, satu Jawatankuasa Pembangunan Industri Rumpai Laut Negara telah dibentuk pada 2008 dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha kementerian. Pada tahun yang sama, Jawatankuasa Teknikal Rumpai Laut dibentuk yang dipengerusikan oleh Jabatan Perikanan. Kedua-dua jawatankuasa tersebut masing-masing bertanggungjawab untuk menentukan hala tuju serta memantau dan menilai kemajuan program di peringkat nasional dan menilai cadangan program dan projek penyelidikan dan pembangunan termasuk industri hiliran dan huluan. Jawatankuasa tersebut melibatkan beberapa institusi penyelidikan dan institusi pengajian tinggi (IPTA) antaranya, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia serta Universiti Putra Malaysia (UPM). UMS mengetuai bidang industri huluan yang turut dianggotai oleh Jabatan Perikanan Sabah USM, Universiti Malaya (UM) dan UKM. Bidang hiliran pula diketuai oleh oleh UKM dan dianggotai oleh Jabatan Perikanan Sabah, UMS, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Sirim Berhad, UPM dan USM. Pembangunan industri huluan antaranya melibatkan pewujudan mini estet, pengkuluturan spesies Glacilaria sp dalam kolam dan pengkulturan Gelidium sp secara on line manakala kumpulan hiliran membangunkan sektor pemprosesan rumpai laut. |
| Posted: 23 Dec 2012 04:17 PM PST SAYA berumur 38 tahun, kini hamil sembilan minggu anak ketiga. Masalahnya, saya baru menyedari terdapat ketuat kelamin pada alat sulit. Apabila saya ke klinik berhampiran doktor melakukan pap smear dan kini saya masih menunggu keputusannya. Kini saya menyedari terdapat tiga ketuat di sekitar alat sulit. Saya amat risau dan murung memikirkannya. Saya khuatir berlaku jangkitan kuman terhadap bayi di dalam kandungan. Apa sebenarnya ketuat kelamin, bagaimana saya mendapatnya, adakah berpunca daripada suami, apakah rawatan yang harus saya jalani supaya saya dan bayi selamat. Jika benar suami menjadi pembawa, apakah suami juga harus mendapat rawatan? Adakah saya berisiko mendapat kanser servik? *Lin, Melaka. JAWAPAN: Terima kasih Puan Lin. Ketuat kelamin merupakan sejenis penyakit kelamin. Ketuat yang tumbuh pada alat kelamin disebut ketuat kelamin. Dalam terma perubatan yang dikenali sebagai genital wart (condyloma, condylomata acuminata, venereal wart). Ini adalah ketumbuhan kecil dan benigna kulit (sering kali keras), pada dubur dan alat kelamin. Ketumbuhan ini berbatu kecil, ada kelihatan sedikit menonjol (seperti bengkak atau benjol) dan ada juga rata, seakan warna kulit, tidak ketara hingga tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesetengahnya tidak menunjukkan gejala dan mungkin berukuran garis pusat (diameter) sekecil-kecil satu hingga dua millimeter. Biasa Ketuat kelamin adalah salah satu daripada penyakit yang ditularkan melalui hubungan kelamin (sexually transmitted disease-STD). Ketuat kelamin menjangkiti tisu lembap pada bahagian alat sulit, baik lelaki, wanita atau kanak-kanak. Penyakit ini disebarkan oleh virus Human Papillomavirus (HPV) yang sangat mudah berjangkit di permukaan atas kulit. Penyakit ketuat kelamin tersebar melalui sentuhan langsung kulit ke kulit ketika hubungan seks melalui faraj, dubur atau secara oral dengan seseorang yang telah dijangkiti. Gejalanya mula kelihatan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga minggu selepas hubungan seks dengan seseorang yang telah dijangkiti. Oleh kerana tempoh pengeraman agak panjang, kadangkala gejala hanya kelihatan dalam tempoh beberapa bulan atau tahun dan ada kalanya tidak kelihatan langsung. HPV boleh merebak melalui hubungan seks dan boleh menjangkiti bayi semasa proses kelahiran atau sentuhan jari yang dijangkiti. Kebanyakan jangkitan adalah benigna (bukan kanser), disebabkan oleh HPV jenis sub-type 6 dan 11. Namun, ada jenis onkogenik dan boleh menyebabkan kanser dalam jangka masa panjang. Pada wanita, jangkitan boleh bersembunyi di dalam faraj, vulva (bibir faraj), antara alat kelamin dengan dubur atau pangkal rahim. Pada lelaki, ketuat kelamin bertempat di lubang zakar, skrotum (buah zakar) atau dubur. Ketuat boleh menyerang mulut atau tekak jika seseorang melakukan seks oral dengan mereka dijangkiti. Walaupun ketuat kelamin boleh dirawat dengan ubatan atau pembedahan, tetapi keadaan ini menjadi masalah kesihatan serius. Kanser serviks Faktor utama yang menyebabkan keadaan pra-kanser dan kanser serviks untuk kaum wanita adalah virus HPV. HPV tertentu berkaitan dengan kanser vulva, dubur dan penis. Ini lebih penting berbanding faktor lain yang berisiko bagi kanser serviks seperti sosioekonomi rendah, seks rambang, ramai anak, merokok dan usia muda semasa hubungan seks yang pertama. Untuk makluman, virus HPV didapati dalam 99.7 peratus kes kanser serviks. Virus HPV dikenal pasti antara 90 jenis virus yang menyebabkan kanser serviks manakala HPV 16 dan HPV 18 lebih kerap ditemui. Wanita telah berkahwin atau pernah melakukan hubungan seks perlu menjalani ujian pap smear. Tujuannya sebagai saringan sesuatu populasi wanita untuk kanser atau prakanser serviks, agar wanita yang terlibat mendapat rawatan awal dan berkesan. Gejala ketuat Terdapat beberapa gejala ketuat kelamin termasuk berbentuk bengkakan halus, berwarna kelabu, merah jambu, kemerah-merahan, hitam atau gelap. Ketuat boleh membesar dengan pantas dan tumbuh bersendirian atau banyak. Beberapa ketuat yang tumbuh berhampiran satu sama lain boleh membentuk bunga kubis. Ini boleh menyebabkan rasa gatal, panas di sekitar alat kelamin, rasa tidak selesa, sakit atau berlaku pendarahan semasa hubungan seks. Kesan ketika hamil Penyakit ini boleh mendatangkan masalah semasa hamil jika ketuat membesar, mendorong kepada kesukaran membuang air kecil. Ketuat pada dinding faraj mungkin mengurangkan keupayaan tisu faraj meregang semasa bersalin. Walaupun jarang berlaku tetapi bayi yang dilahirkan oleh ibu menghidap ketuat kelamin mungkin mendapat bonjol daging lembut di dalam tekak dan memerlukan pembedahan bagi menghalang saluran pernafasan tersumbat. Ubat sapu tidak sesuai digunakan semasa hamil, mungkin memberi kesan sampingan terhadap bayi di dalam kandungan. Tujuan rawatan semasa hamil adalah mengurangkan kesan jangkitan kepada bayi. Pembedahan untuk melahirkan anak secara caesarean mungkin dipertimbangkan. Jangan gusar dan khuatir kerana doktor yang merawat akan memantau keadaan puan dan anak dalam kandungan. Dapatkan pemeriksaan berkala dan nasihat doktor. Pujuk suami untuk mendapat rawatan dan penjelasan doktor! |
| Posted: 23 Dec 2012 04:15 PM PST Lelaki jangan ambil mudah apabila berlaku kelainan pada payu dara mereka. "Namun begitu tidak bermakna lelaki harus mengabaikan segala perubahan yang terjadi di bahagian payu dara mereka kerana sikap tersebut boleh menyebabkan mereka yang sendiri menanggung penderitaannya," ujar pakar onkologi dari Hospital Pantai Bangsar, Kuala Lumpur, Dr. John Low. Walaupun peratusan kes kanser payu dara lelaki amat sedikit berbanding wanita tetapi menurut Dr. John, jumlah penghidapnya meningkat dari tahun ke tahun. "Kalau wanita kanser payu dara menjadi pembunuh nombor satu tetapi bagi lelaki tahapnya belum sampai begitu jadi kesedaran di kalangan mereka amat rendah. "Lelaki selalunya kalau ada bengkak atau kelainan pada payu dara memang tidak akan terfikir tentang kanser. Tapi mereka tidak tahu jika kelainan tersebut tidak dikesan lebih awal maka ia boleh merebak dengan lebih cepat. "Kerap berlaku apabila kanser dikesan ia sudah berada di tahap yang agak lewat dan sukar untuk dirawat menyebabkan peratus untuk sembuh menurun," katanya. Menurut Dr. Low, penyakit ini juga ada kaitan dengan gen atau keturunan iaitu jika lelaki tersebut mempunyai ibu atau saudara mara wanita yang menghidap kanser payu dara maka risiko untuk dia menghidap kanser yang sama tetap ada. "Ia juga berkaitan dengan apa yang dipanggil sebagai sindrom Klinfelter yang mana lelaki normal mempunyai kromosom XY tapi bagi lelaki yang mempunyai sindrom ini mereka mempunyai kromosom XXY dan mendedahkan mereka dengan penyakit kanser payu dara. "Salah satu ciri yang ada pada penghidap sindrom ini adalah testisnya kecil dan banyak hormon wanita di dalam tubuhnya. "Namun perlu saya ingat di sini bahawa kes sebegini sangat jarang berlaku," katanya. Tambah Dr. Low, lelaki yang mengalami sirosis hati juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap kanser payu dara. Dalam pada itu, kanser payu dara lelaki ini boleh merebak ke organ-organ lain seperti ke kelenjar limfa, ketiak atau sehingga ke paru-paru dan tulang. Dr. John berkata antara faktor risiko lain ialah pengambilan makanan yang berlemak tinggi, kerap makan daging merah dan makanan segera serta berminyak. Dari segi prosedur diagnosis dan rawatan pula, ia tidak jauh berbeza dengan kanser payu dara wanita. "Lelaki yang ada bengkak di payu dara juga akan dikehendaki menjalani ujian mamogram, ultra bunyi dan biopsi. "Prosedur tersebut bagi mengesan kehadiran sel-sel kanser kerana mungkin juga kelainan yang dilihat pada payu dara tersebut disebabkan jangkitan kuman dan tidak semestinya kanser. "Bagaimanapun bagi kes di mana kanser payu dara telah merebak ke limfa dan paru-paru, pembedahan segera perlu dijalankan. "Pembedahan tersebut dinamakan mastektomi dan kami akan mengeluarkan nodus (nodes) limfa untuk mengetahui peringkatnya dan kemudian menentukan rawatan yang perlu diambil," katanya. Menurut Dr. Low, ia akan diikuti dengan pengambilan ubat-ubatan hormon untuk mengurangkan hormon wanita yang ada dalam tubuh lelaki tersebut. Bagi rawatan kimoterapi dan radioterapi pula bergantung kepada tahap keseriusan penyakit tersebut. "Biasanya untuk lelaki, kami sarankan radioterapi supaya penyakit tersebut tidak berulang lagi. "Penyakit ini kalau dikesan lebih awal memang boleh diubati malah pesakit mungkin tidak perlu melalui porses kimoterapi sebaliknya hanya ambil pil hormon selama lima tahun. "Kesemua data yang digunakan untuk merawat kanser payu dara lelaki kami ambil daripada data kanser payu dara wanita. "Cara rawatan kedua-duanya memang sangat serupa. Nasihat saya, lelaki patut sedar tentang penyakit ini terutama jika di kalangan ahli keluarga mereka ada yang menghidap kanser payu dara, jadi jika perlu pergilah menjalani ujian secara berkala," ujarnya mengakhiri bicara. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













0 ulasan:
Catat Ulasan