Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Gambar Remy Ishak di Cabaran Skor Dashing Grand Final Posted: 23 Dec 2012 09:36 PM PST CABARAN SKOR DASHING GRAND FINAL Sports Planet, Kota Damansara ditelan kegelapan malam, hanya bersuluhkan cahaya yang datang daripada jersi berwarna neon yang disarungkan pasukan-pasukan bagi merebut gelaran juara Cabaran Skor Dashing Futsal Neon. Cabaran akhir bagi juara pasukan merebut hadiah bernilai sehingga RM20, 000.00Pencinta bola sepak serata Malaysia berkumpul untuk pengalaman baharu futsal dan mempamerkan skil serta berkongsi gemuruh sepanjang cabaran berlangsung. Selepas dijalankan di serata negara, pertandingan Futsal Neon yang pertama diwujudkan anjuran dianjurkan oleh Dashing itu bertemu penghujungnya apabila perlawanan Separuh Akhir dan Akhir dijalankan pada hari yang sama. Pertandingan pusingan zon yang bermula November 2012 mempertemukan pula empat juara zon yang terdiri daripada Versus 5 (B) dari Kota Damansara, Equal FC dari Kluang, ABY dari Kuala Terengganu dan Brabus UTD dari Pulau Pinang. Keempat-empat mereka berentap dalam pusingan separuh akhir dan akhir bagi penentuan juara kejohanan – Futsal Neon yang pertama kali dianjurkan di Malaysia.Pengurus Besar Senior, Wipro Unza (Malaysia) Sdn. Bhd. Ms. Christina Yong berkata:
Menurut Mr. Dwaraka, Pengurus Pemasaran Dashing:
Diadakan untuk pertama kali, pertandingan tersebut menawarkan hadiah bernilai sehingga RM20,000.00 kepada para pemenang. Brabus UTD berjaya menyandang gelaran juara Cabaran Skor Dashing Futsal Neon yang pertama di Malaysia. Pasukan hebat itu membawa pulang wang tunai bernilai RM7,000.00, piala Cabaran Skor 'Glow in the Dark', lawatan ke pusat penyiaran sukan ESPN Singapura, tiket-tiket ke Universal Studio Singapura dan produk Dashing bernilai RM2,000.00. Finalis dari zon Selatan, Equal FC dari Kluang memenangi gelaran naib juara dan dihadiahkan wang tunai bernilai RM2,000.00 dan produk Dashing bernilai RM1,500.00. Versus 5 (B) dan ABY, masing-masing dari Kota Damansara dan Kuala Terengganu berkongsi tempat ketiga selepas berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Cabaran Skor Dashing Futsal Neon yang pertama di Malaysia. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000.00 dan produk Dashing bernilai RM1,000.00. Selain hadiah-hadiah yang diterima pada cabaran terakhir itu, kesemua empat pasukan terlebih awal telah menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM1,000.00 ketika menjuarai pertandingan di zon masing-masing. Dua duta Dashing For Men, Remy Ishak dan Henry Golding juga membuat penampilan istimewa sebagai sokongan kepada pasukan yang bertanding dan ia merupakan peluang berharga apabila dapat menyaksikan dua personaliti ikonik itu bersama-sama menunjukkan skil futsal mereka. Menganggotai pasukan All Star Dashing, mereka bermain menentang pasukan media jemputan dan sekali gus merasakan sendiri pengalaman futsal neon. Henry Golding, Duta Dashing For Men kata:
Remy Ishak kemudian menambah:
Komen via Facebook |
| Jack Neo Perlu Kotakan Janji Berenang di Singapore River Posted: 23 Dec 2012 09:22 PM PST Selama 6 minggu selepas tayangan, filem terbaru Jack Neo Ah Boys To Men akhirnya menerima pencapaian terbesar melalui jumlah pungutan tertinggi filem Singapura sebanyak $6.03 juta (RM 15 juta). Ia bukan sahaja boleh dianggap sebagai filem terbaik dalam sejarah Singapura tetapi juga mendapat kutipan box office tertinggi untuk filem berbahasa Mandarin di Singapura.Kejayaan ini bagaikan sebuah mimpi yang bertukar menjadi nyata kerana Jack Neo tidak menyangka kutipan box office filem ini akan menjadi sebegini baik. "Saya tidak dapat menggambarkan dan menjelaskan perasaan saya kerana sebelum ini saya hampir berputus asa atas sebab terpaksa melalui pelbagai rintangan kehidupan. Tetapi, disebabkan minat yang terlalu mendalam terhadap filem, saya teruskan perjuangan saya," kata Jack Neo. Filem Ah Boys To Men akan menemui penonton di Malaysia pada 20 Disember dan sempena promosi filem ini, beliau akan menjalankan sesi road tour di Melaka, Johor Bharu dan Kluang sebagai satu langkah untuk berkongsi berita baik ini dengan rakyat Malaysia.Jack Neo juga berjanji yang dia akan berenang di Singapore River dengan semua pelakon Ah Boys To Men jika filem ini memecah rekod box office di Malaysia pula. Mari kita sama – sama tunaikan janji Jack Neo! Ah Boys to Men diedarkan bersama di Malaysia oleh Grand Brilliance dan MM2 Entertainment Sdn Bhd. Facebook :https://www.facebook.com/AhBoysToMen Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



















0 ulasan:
Catat Ulasan