Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Uchop & Mar Ke Final 'Vokal Bukan Sekadar Rupa'
- Kamal Adli & Intan Ladyana Letih Asyik Ditanya Fasal Kahwin
- Pelakon Baru Shakilla Koriri Disuruh Pakai Seksi Untuk Popular
- Chef Riz Secara Rasmi Lepaskan Ana Dahlia Talak Satu
- Perah kudrat mayat berat
- Aliff Aziz Sudah Bangkit Selepas Kemusnahan Cinta
- Dewi teruskan legasi KLangit
- Kareena Kapoor Anggap Trofi Kemenangan Dapat Iringnya Ke Kubur
- Bintang 'Twilight' Ditahan Polis Kerana Dadah
- Cuba sorok dalam tandas
- Tubuh lebih bertenaga
- Shah Iskandar suka Rozita Che Wan
- Cabaran Adik Manja versi Dharma
- Tim Hwang belajar bahasa Melayu
- Produk wajib lawat di dunia
- Dua banduan larikan diri dari penjara
- Bantahan ganas di New Delhi
- Tengkorak 'makhluk asing' ditemui di Mexico
- Detik-detik lelaki China tikam 23 kanak-kanak
- Kopiah Waqi dieksport hingga ke Mekah
- Kamera pintar Samsung Galaxy
- Penambahan elemen laman sosial
- Ramalan gajet 2013
- Dulu menghibur kini berdakwah
- PMR: 30,474 dapat A semua subjek
| Uchop & Mar Ke Final 'Vokal Bukan Sekadar Rupa' Posted: 19 Dec 2012 09:56 PM PST Marlleyney Fane J.L Paul (Mar) dan Mohmad Yusof Ahmad (Uchop) berjaya ke peringkat akhir program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa. Kedua-dua peserta itu sekali gus menewaskan dua peserta lain iaitu Farah Nadeera Zaini (Nadeera) dan Yusoff Md Shah (Yus) pada konsert separuh akhir yang berlangsung pada malam Rabu di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral dekat sini. Ia disiarkan secara langsung di TV3. Ucop, 28, berkata, dia tidak sangka akan terpilih untuk bertanding di peringkat akhir apabila ketiga-tiga saingan memiliki kehebatan yang tersendiri ketika beraksi di pentas. "Tak sangka nama saya diumumkan untuk mara ke peringkat akhir. "Untuk persembahan akhir nanti, saya akan memberikan yang terbaik dan tidak akan mengecewakan juri serta penonton yang mengundi," katanya. Mar pula berkata, kehebatan Nadeera membuatkan dia tidak yakin akan meneruskan perjuangannya untuk meraih gelaran juara pada malam itu. "Sejujurnya saya terkejut dipilih ke peringkat akhir namun rezeki menyebelahi saya malam ini," katanya. Tirai konsert berkenaan minggu kesembilan dimulakan dengan persembahan penuh bertenaga Uchop yang menyampaikan lagu Jamal Abdillah berjudul Seroja. Mar pula mengambil alih pentas dengan lagu Karena Ku Sanggup nyanyian Agnes Monica. Manakala Yus membawakan lagu Pak Ngah Balik dan Joget Jambu Merah dan Nadeera mempertaruhkan lagu Dedebu Cinta (Misha Omar). Sebelum penyingkiran diumumkan, kesemua peserta mempersembahkan lagu bonus iaitu Jika, nyanyian Melly Goeslow dan Ari Lasso. Musim kedua Vokal dihoskan oleh FBI selain Datuk Hattan dan Ziana Zain bertindak sebagai juri tetap. Manakala penyanyi Mas Idayu dan komposer terkenal, Azmeer sebagai penasihat vokal dan persembahan sementara Profesor Izzi Ali bertindak untuk memberi motivasi kepada peserta. Musim kedua pertandingan ini masih mengekalkan format pemarkahan kepada dua bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional dan selebihnya undian daripada penonton. Juara Vokal bakal membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 manakala naib juara akan menerima RM30,000. Program itu bersiaran secara langsung setiap hari Rabu bermula pukul 9.30 malam hingga 10.30 malam di TV3. | |||||
| Kamal Adli & Intan Ladyana Letih Asyik Ditanya Fasal Kahwin Posted: 19 Dec 2012 04:13 PM PST Kamal AdliKamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 26, berkata, soalan mengenai perancangan berkahwin yang berulang-kali diajukan kepadanya dan Intan menyebabkan mereka berasa 'letih' untuk memberikan penjelasan. "Soalan ini (kahwin) sudah banyak kali dan tidak henti-henti ditanya baik kepada saya atau pun Intan. Sebagaimana saya, dia juga sudah tidak larat untuk jawab soalan ini. "Tak guna nak sorok kalau memang kami nak berkahwin. Masalahnya, kami belum bersedia dan tiada perancangan lagi buat masa ini," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Rabu. Kamal berkata, keutamaan mereka pada waktu ini adalah mengembangkan kerjaya masing-masing memandangkan keluarga kedua belah pihak tidak mendesak agar mereka segera disatukan. "Saya baru sahaja bergerak sendiri selepas keluar daripada pengurusan MIG. Biarlah saya bina kerjaya semula buat masa ini. Intan LadyanaSementara itu Intan berkata, soal berumahtangga adalah menjadi tanggungjawab pihak lelaki untuk menentukannya. Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahya, 30, berkata, sebagai wanita adalah tidak manis sekiranya dia yang banyak bercakap mengenai perancangan itu. "Saya serahkan kepada Kamal. Biarlah dia yang bercakap mengenai hal itu. Saya tak mahu komen apa-apa kerana tak manis kalau pihak perempuan yang bercerita soal itu (kahwin)," katanya. Jelasnya lagi, walaupun sudah empat tahun menjalinkan cinta namun kata Intan bukan mudah untuknya bergelar isteri orang disebabkan komitmen yang bakal diberi. Ujarnya, komitmen kerja juga antara penyebab mereka tidak terlalu serius untuk memikirkan hal demikian. "Kalau kita dah kahwin, nak kena jaga makan minum suami dan uruskan rumah tangga dengan baik. Ia bukan mudah kalau kita tidak bersedia," jelasnya yang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Mencintaimu untuk siaran RTM. | |||||
| Pelakon Baru Shakilla Koriri Disuruh Pakai Seksi Untuk Popular Posted: 19 Dec 2012 04:12 PM PST Shakilla gembira apabila bakatnya mula dikesan selepas lakonannya menerusi drama Adam dan Hawa. Shakilla, 23, berkata, walaupun percaya cara itu mampu menaikkan namanya yang sudah enam tahun berkecimpung dalam industri lakonan tempatan, dia tetap dengan pendiriannya untuk menapak secara perlahan. "Memang ada yang memberi cadangan untuk mereka-reka kontroversi agar saya lebih mudah diberi perhatian. Tetapi untuk apa? Adakah kedudukan kita itu akan berkekalan selama-lamanya? "Bagi saya biarlah lambat asalkan orang kenal kita daripada hasil kerja kita atau paling tidak, perkara-perkara positif yang ditonjolkan. "Saya percaya, apabila orang dah mula kenal siapa saya, itu tandanya kerja kita semakin berkualiti kerana ia mula dipandang umum serta daripada golongan industri," katanya. Tambah Shakilla, dia gembira apabila bakatnya mula dikesan selepas lakonannya menerusi drama Adam dan Hawa yang turut menampilkan Aaron Aziz dan Nadia Nissa menjadi tumpuan umum. Malah pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini turut mengikut nasihat Nadia untuk tidak terlalu terburu-buru mengejar perhatian ramai. "Diakui saya tidak boleh nak tipu diri sendiri apabila hasil usaha selama enam tahun dalam industri hanya dipandang sebelah mata. "Tetapi apabila orang dah mula kenal, perasaan takut pula muncul. Saya risau sekiranya populariti yang diraih membuatkan saya lupa diri. "Saya sering pesan kepada keluarga dan rakan-rakan rapat supaya mengingatkan diri ini sekiranya saya terlajak daripada landasan sebenar dalam bidang ini," tuturnya. Dalam perkembangan lain, Shakilla bakal muncul menerusi drama Erna Shuraya bergandingan dengan pelakon Tasha Shila dan Amran Ismail yang akan disiarkan pada 1 Januari 2013 di TV2. Ia turut menampilkan pelakon popular Brunei iaitu Shukri Mahari, Sharin Bali dan Norakmalina Iskandar. | |||||
| Chef Riz Secara Rasmi Lepaskan Ana Dahlia Talak Satu Posted: 19 Dec 2012 04:09 PM PST Perkahwinan Ana dan Chef Riz gagal dipertahankan apabila mereka membuat keputusan untuk bercerai.Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 31, mengesahkan perkara itu secara ringkas ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada petang Rabu. "Benar, kemelut perhubungan kami sudah selesai. Kami telah pun bercerai talak satu secara sah," katanya ringkas kerana sibuk berada di gimnasium. Keretakan perkahwinan pasangan tersebut mula dihidu pada Oktober lalu selepas Ana dan Riz dikatakan sedang menghadapi masalah rumah tangga walaupun perkahwinan mereka belum menjangkau setahun lagi. Penceraian itu dikatakan berpunca kerana tiada persefahaman di antara mereka selain perkenalan singkat iaitu selama lapan bulan yang turut menjadi penyebab perpisahan itu. Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar dan Riz telah diijabkabulkan pada 11 Disember 2011. Ia adalah perkahwinan kedua buat Ana. Sementara itu, Ana yang dihubungi pula berkata, dia berasa sedikit sunyi sejak berpisah dengan anak lelaki tukang masak selebriti popular Chef Wan itu. "Saya berasa sunyi sedikit, mungkin kerana saya tinggal bersendirian. Tetapi kesannya tidaklah teruk mana kerana sebelum ini pun saya tinggal sendiri juga. "Inilah ketentuan dan takdir Tuhan. Saya terima seadanya dan berharap agar kami dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik, Insya-Allah," tuturnya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Kerana Lelaki Itu. Tambah Ana, walaupun kedua-dua mereka telah bercerai, namun dia tidak pernah menganggap Riz sebagai musuhnya dan masih lagi berkawan seperti biasa. "Saya tidak pernah memusuhinya, kami kawan seperti biasa. Cuma hubungan kami tidaklah seperti dahulu lagi," ujarnya. | |||||
| Posted: 19 Dec 2012 04:09 PM PST TRAGEDI...mayat bot pancung karam bergelimpangan di pantai, semalam. Walaupun lima orang dewasa berusaha mengangkat satu mayat, usaha mereka tetap gagal dan keadaan hanya berubah selepas seorang ustaz dipanggil untuk membantu. Sumber polis berkata, selain keadaan mayat yang berat, berlaku satu lagi keanehan apabila pacuan empat roda polis secara tiba-tiba tersekat di kawasan berpasir dan tidak boleh bergerak menyebabkan usaha membawa mayat ke hospital bertambah sukar. Menurutnya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan mayat terdampar di kawasan itu kira-kira jam 4.30 petang kelmarin. "Semua mangsa dipercayai penumpang sebuah bot pancung yang membawa lebih 15 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang bertolak dari Bandar Penawar melalui laluan tikus untuk pulang ke negara asal mereka. | |||||
| Aliff Aziz Sudah Bangkit Selepas Kemusnahan Cinta Posted: 19 Dec 2012 04:08 PM PST Aliff AzizPemilik nama sebenar Mohammad Aliff Aziz, 21, ini berkata, dia sudah bangkit daripada kegagalan itu dan mahu lebih fokus pada diri, keluarga dan kerjaya bermula 2013. "Yang lepas biarlah lepas. Kisah saya dengan Anne Ngasri sudah bernoktah dan berakhir. Saya tidak mahu fikirkan lagi. "Saya mahu meningkatkan kekuatan mental dan fizikal agar lebih fokus pada diri sendiri, kerjaya dan keluarga bermula tahun hadapan," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini. Hubungan Aliff dan Anne berakhir pada September lalu selepas hampir lapan bulan menjalin hubungan. Kurang dua bulan selepas itu, Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 28, membuat kejutan apabila dia mengikat tali pertunangan dengan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan, 40, pada 11 November lalu. Bekas kekasih Aliff, Anne dijangka melangsungkan pernikahan dengan tunangnya Mohd Sumali, Sabtu ini."Bohonglah kalau saya tidak kecewa dengan apa yang berlaku tetapi saya dapat kekuatan untuk bangkit daripada Tuhan, rakan-rakan dan keluarga. "Ketika saya berduka dan murung, Adira adalah kawan yang banyak memberikan sokongan dalam segenap aspek. "Saya perlu beri penghargaan setinggi-tingginya kepada Adira kerana dia seorang rakan yang baik dan memahami," jelasnya sambil menegaskan hubungan mereka hanya berlandaskan persahabatan. Ditanya mengenai pengajaran diperoleh daripada keretakan hubungan itu, Aliff berkata, peristiwa itu mengajarnya untuk tidak menyesali setiap kesilapan yang dilakukan kerana ia mengenali realiti kehidupan. "Saya tidak pernah kesal dengan apa juga kesilapan yang berlaku kerana ia membuka mata untuk mengenali kehidupan sebenar. "Pada usia yang muda iaitu 21 tahun saya dapat mengenali pelbagai ragam manusia dan dapat melihat sikap hipokrit manusia. "Mungkin pada keadaan tertentu saya terpaksa bersikap hipokrit tetapi hipokrit terburuk apabila kita menggunakan platform agama untuk nampak baik," ulasnya yang semakin aktif membina otot badan di gimnasium. Aliff kini sedang popular dengan lagu berjudul Keajaiban Cinta duet bersama Adira yang juga lagu tema drama bersiri Tiara. | |||||
| Posted: 19 Dec 2012 04:07 PM PST Terpalit secebis rasa kesal, namun Muhamad Nor Hadre Ayub (Ary) sebagai vokalis, Mohd Haris Muhamad (Haris) sebagai gitaris dan Mohd Izwan (E-One) optimis menganggap pembabitan dalam persembahan AIM19 tempoh hari satu pengalaman bermakna dan berguna buat mereka. "Tiada siapa yang mahu membuat persembahan yang buruk. Ia membabitkan soal kredibiliti dan kepercayaan umum tambahan pula acara itu ditonton ramai. "Sebagai orang baru yang diberi peluang beraksi menerusi acara berprestij itu, tentunya kami menjangkakan persembahan terbaik dan mahu meninggalkan impak yang besar kepada penonton, bagaimanapun ia bertukar sebaliknya. Mungkin bukan rezeki kami. "Apapun persembahan itu masih meninggalkan impak yang besar apabila orang tetap memperkatakan mengenai persembahan kami meskipun komentarnya terarah sudut negatif. Buruk atau baik persembahan kami, kritikan ikhlas yang diberikan peminat juga masyarakat umum kami terima dengan hati yang terbuka. Biar ada kepedihannya namun kami realistik. "Kami tidak mengharapkan selalu dipuji kerana pujian itu boleh buat manusia lupa diri. Yang mengata, mengkritik dan menegur, kami rasa golongan ini lebih ikhlas. Apapun, saya ingin menjelaskan sebenarnya saya tidak berapa sihat malam itu kerana demam, selsema dan sakit tekak. "Tetapi disebabkan kerja, mahu tidak mahu terpaksalah teruskan juga. Tapi biasalah orang tidak mahu tahu apa masalah kita kerana mereka sering jangkakan yang sempurna. Pokoknya kami hadapi dugaan ini dengan senyuman," kata Ary. Tiga sahabat itu mengunjungi Balai Berita pada Isnin lalu, untuk mempromosikan album pertama berjudul Dewi yang mula berada di pasaran November 2012. Merencanakan majlis pelancaran album berkenaan pada 14 Januari 2013 di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, Dewi memuatkan enam lagu, kesemuanya hasil ciptaan Panji Sakti termasuk sebuah lagu hasil nukilan KLangit sendiri berjudul Dewi. Selepas Sesal Mendua, Dia Lydia, kini KLangit dalam rangka promosi single ketiga mereka Dewi yang semakin mendapat sambutan di pihak radio. Ditubuhkan pada 2008, Sesal Mendua yang mulanya disangka lagu dari negara seberang ternyata memberi impak yang cukup besar terhadap karier nyanyian KLangit. "Terbaru kami mendapati lagu Sesal Mendua ditonton lebih 3 juta penonton di YouTube, di mana jumlah itu tidak pernah kami jangkakan langsung memandangkan dulu untuk memperoleh 300 penonton pun susah. "Lebih membanggakan, Sesal Mendua pernah muncul juara carta di hampir semua stesen radio tempatan. Termasuk jumlah muat turun lagu itu mencapai hampir 150,000 unit seawal putarannya. "Kami harapkan maklum balas yang sama untuk lagu Dia Lydia dan semestinya, Dewi. Dewi ini sangat istimewa kerana ia adalah lagu ciptaan kami sendiri. Dewi adalah hasil karya yang kami simpan sejak lapan tahun lalu. Ia menceritakan, lelaki yang berlaku curang terhadap kekasihnya Dewi," kata E-One. Melanjutkan perbualan, KLangit mengakui meskipun meminati muzik rock, mereka sebenarnya mamat jiwang dan sukakan karya-karya rock kapak. Mengerti bahawa cinta bagaikan nutrisi dalam kehidupan manusia, album Dewi mengangkat 'cinta' yang bahagia, cinta yang dikhianati dan cinta yang kecundang sebagai bahan penceritaan menerusi album perdana mereka yang diterbitkan oleh Sony Music Malaysia. Saat Cinta pula satu-satunya lagu duet yang terdapat di dalam album ini. KLangit memilih Zizi kerana vokal Zizi amat sesuai untuk lagu ini. Saat Cinta menceritakan kepada semua betapa indahnya saat ketika bercinta. "Saat Cinta mengisahkan percintaan antara lelaki dan wanita mampu memberi apa saja dan kita harus hadapi saja semua dugaan. Kami memilih Zizi kerana 'tone' suaranya yang unik dan dia menghayati lagu ini dengan baik sekali," katanya. Manakala, Honey Hani sebuah lagi lagu untuk wanita, yang sesuai didengarkan kepada lelaki-lelaki di luar sana yang ingin cepat bernikah sekiranya sudah ketemu yang sesuai untuk dijadikan calon isteri. Sementara itu, Ratu Bohong dicipta ketika mendengar luahan isi hati rakannya yang sering dibohongi oleh kekasih hatinya. Malah KLangit sendiri menganggap lagu ini sesuai untuk para peminat remaja mereka kerana liriknya yang bersahaja. | |||||
| Kareena Kapoor Anggap Trofi Kemenangan Dapat Iringnya Ke Kubur Posted: 19 Dec 2012 04:06 PM PST Kareena Kapoor mahu trofi anugerah yang dimenanginya mengiringi sehingga ke kubur apabila dia meninggal dunia kelak."Trofi-trofi itu umpama anak-anak saya. Keenam-enam anugerah Filmfare yang saya menangi itu akan mengiringi ke kubur apabila saya meninggal dunia nanti," katanya seperti dipetik menerusi portal Newkerala.com. Kareena berkata, dia menyedari persaingan di kalangan pelakon hari ini semakin sengit tetapi dia tetap berharap untuk menambah trofi kemenangan pada anugerah kali ini. "Saya menghadapi persaingan sengit di dalam keluarga sendiri pada hari ini... daripada adik saya (Ranbir Kapoor). "Dia mungkin akan mengatasi saya dan datuk (Raj Kapoor)," katanya yang sering diiktiraf sebagai penyambung legasi seni datuknya. Dalam filem terbaru lakonannya berjudul Talaash, Kareena memainkan peranan sebagai wanita sakti di samping Aamir Khan dan Rani Mukerji. | |||||
| Bintang 'Twilight' Ditahan Polis Kerana Dadah Posted: 19 Dec 2012 04:05 PM PST Bronson PelletierMenurut laporan portal Aceshowbiz, pelakon itu telah ditahan ketika ingin memasuki pesawat di lapangan terbang di West Hollywood, pada Isnin lalu apabila dia berkelakuan mencurigakan. "Polis dapat mengesan Bronson seperti menyembunyikan sesuatu dan dia terus dipanggil untuk membuat pemeriksaan dan terbukti dia berada di bawah pengaruh dadah. "Bronson terus bertindak kasar dengan melawan beberapa polis yang menahannya itu. Malah dia sempat membuang air kecil di pagar kawasan itu sehingga diketahui pengawal di situ," kata sumber. Saat ini Bronson telah meringkuk dalam lokap sehingga dia dibicarakan pada 17 Januari 2013. | |||||
| Posted: 19 Dec 2012 04:04 PM PST BERKAS...suspek ditahan polis selepas cuba larikan peralatan komputer milik sebuah syarikat guaman. Difahamkan, dalam kejadian jam 4.30 pagi, kegiatan suspek berusia 34 tahun itu dihidu polis yang melakukan rondaan di kawasan lot kedai menempatkan pejabat syarikat itu di Plaza Mahkota, di sini. Menurut sumber, anggota peronda yang kebetulan melalui kawasan itu curiga selepas melihat sebuah Honda EX5 diletakkan di belakang premis berkenaan. "Curiga dengan keadaan itu, mereka kemudiannya melakukan pemeriksaan dan mendapati terdapat kesan pecah masuk pada pintu premis. "Malah, pemeriksaan di tingkat bawah premis itu menemui lelaki berkenaan yang bersembunyi di dalam tandas," katanya, semalam. Menurutnya, pemeriksaan menjumpai kain dan tali yang diikat melalui cermin tandas premis itu dipercayai untuk digunakan suspek bagi melarikan diri. "Panik kegiatannya dihidu, lelaki itu mengikat beberapa helai kain dan tali dipercayai digunakan untuk keluar dari premis melalui tingkap tandas namun gagal," katanya. "Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, malah ujian air kencing turut mendapati suspek ketika itu positif mengambil dadah jenis methamphetamin" katanya ketika dihubungi, semalam. | |||||
| Posted: 19 Dec 2012 04:02 PM PST TERAPI...Aida (tiga dari kanan) bersama juru terapi Mentari Hair Beauty & Spa. Sekali-sekala tangan juru terapi bergerak pantas mengulit kemas pada bahagian pinggang mengikut alunan irama. Semakin lama semakin perlahan namun masih keras bagi memberikan keselesaan kepada pelanggan. Kesannya selepas melakukan buat kali pertama tubuh menjadi lebih mantap, darah mengalir lancar sekali gus menjadikan kulit lebih halus dan mulus sekiranya dilakukan secara berterusan. Selain urutan tradisional Melayu dan Bali, gaya Korea semakin mendapat tempat kerana masyarakat di negara berkenaan amat mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Lihat saja kepelbagaian jenis rawatan kecantikan ditawarkan daripada hujung rambut hingga kaki serta kaedah tradisi yang memberi kepuasan kepada mereka. Jelas Aida, urutan gaya K-Pop ini dibawa khas dari Korea selepas menjalani latihan dengan pakar terapi terlatih dari negara terbabit. Selepas merasai sendiri dan melihat keberkesanannya, dia menghantar empat terapi di bawah pengawasannya menjalani latihan yang sama. "Saya teruja selepas menyedari di Malaysia tidak banyak pusat kecantikan menyediakan urut gaya Korea kerana lebih cenderung dengan urut Bali dan Thailand. Selepas mencuba ia bukan saja mampu menurunkan berat badan malah tubuh menjadi lebih ringan dan bertenaga," jelasnya. Sebelum diurut, sejenis minyak disapu ke seluruh badan pelanggan bagi memudahkan proses urutan dan melembutkan kulit. Urutan dilakukan menggunakan sejenis garam bagi memberikan kesan lebih menyerlah ke setiap bahagian bermasalah. Diakui urut gaya Korea ini sedikit menyakitkan terutama apabila diberikan tekanan bagi pemecahan lemak pada pinggul, perut, paha dan lengan manakala pada otot lain hanya sapuan lembut dan ringan. Tumpuan utama diberikan pada bahagian mengandungi lemak kerana proses pemecahan perlu dilakukan berulang kali. "Pada peringkat permulaan, ia agak menyakitkan namun selepas 30 minit pelanggan akan merasai keselesaan selepas pemecahan lemak berlaku. Hampir 60 minit mereka yang melakukannya akan merasai kehilangan berat badan dan pada bahagian tertentu lemak berkurangan sehingga dua inci. Malah ramai mengakui kesakitan dialami akan berkurangan selepas beberapa minit diurut dan meninggalkan rasa 'sedap' dan segar," jelasnya yang menggalakkan wanita melakukannya dua kali seminggu dalam masa tiga bulan untuk mendapatkan hasil maksimum. Selepas itu, kebanyakan mereka berpuas hati kerana urutan ini bukan saja baik untuk kesihatan malah mencantikkan badan. Untuk kesan yang lebih memuaskan selepas diurut, pelanggan digalakkan melakukan spa atau mandi herba bagi memulih dan melancarkan peredaran darah. Pusat kecantikan yang terletak di Semenyih ini menyediakan semua keperluan untuk wanita seperti rawatan badan, mandi susu, mandi herba, rawatan sental, rawatan kuku tangan dan kaki, wajah serta rambut. Menyedari kebanyakan wanita mengimpikan kulit yang halus dan gebu serta tubuh menawan, Aida akhirnya membuka pusat kecantikan ini pada Mei 2003 selepas menamatkan perkhidmatan di sebuah syarikat swasta sejurus menerima maklum balas positif pelanggan. Dengan susun atur letak serta rekaan mendamaikan, Aida berpegang kepada prinsip bukan saja ingin memberikan perkhidmatan kecantikan malah jaminan keselesaan ketika mendapatkan rawatan. "Kebanyakan mereka yang datang ke sini biasanya akan melepak dari pagi hingga ke petang. Biasanya mereka meluangkan masa melakukan rawatan badan, wajah dan rambut sekali gus kerana kekangan waktu," katanya yang turut mengeluarkan rangkaian produk penjagaan kulit Eada termasuk sabun, penyegar, krim pelembap, losen, krim pelindung matahari dan set untuk jerawat. Menggunakan rona cerah jingga di segenap ruang serta merah jambu pada perabot dan tirai, Aida yakin warna terang menjanjikan keceriaan kepada pelanggan. Selain itu, dia membahagikan ruang kepada tiga bahagian iaitu bilik rawatan wajah, badan dan rambut. "Biasanya wanita yang melakukan rawatan wajah inginkan suasana sunyi sebab itu saya mengasingkan kepada beberapa bahagian bagi keselesaan mereka," katanya. Pusat yang dikhususkan untuk wanita ini juga menyediakan ruang santai bagi pasangan atau ahli keluarga menunggu. Namun mereka tidak perlu bimbang kerana lokasi di tengah bandar Semenyih dengan deretan kedai makan serta pusat beli-belah, pelanggan tidak akan bosan menunggu. Dibuka setiap hari kecuali Isnin bermula jam 9 pagi hingga 7 malam, pusat terbabit turut menyediakan khidmat rawatan kecantikan untuk pelanggan yang ingin melangsungkan perkahwinan serta urut bersalin. | |||||
| Shah Iskandar suka Rozita Che Wan Posted: 19 Dec 2012 03:53 PM PST
SEPANJANG bergelar artis, pelakon cantik Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, 38, sudah acap kali dikaitkan mempunyai hubungan dengan beberapa orang lelaki, kebanyakannya yang lebih muda berbanding usianya. Terkini, dia dikatakan sedang menjalin hubungan mesra dengan seorang pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar Mahfuz. Menariknya, gara-gara gosip tersebut, timbul pula cerita yang mengatakan timbul perselisihan faham antara Iskandar dengan pelakon Zain Saidin, 28, yang sebelum ini merupakan antara individu yang rapat dengan Che Ta sehingga mereka sering digosip mempunyai hubungan istimewa. Namun begitu, Shah, 29, yang ditemui pada acara Viewing Party perlawanan Piala Suzuki AFF 2012 antara Malaysia dan Thailand anjuran TV3 yang diadakan di Rasta, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini, mempunyai jawapan tersendiri tentang gosip tersebut. Sementelah, dia mengakui pernah mempunyai hubungan dengan wanita yang lebih berusia berbanding dengan dirinya. Kosmo!: Bagaimanakah boleh timbul cerita yang mengatakan Shah bercinta dengan Che Ta? SHAH ISKANDAR: Cerita sebegini boleh timbul kerana kami sering berlakon di bawah produksi yang sama iaitu Zeel Production. Sehingga kini kami sudah berlakon tiga kali berturut-turut bersama iaitu menerusi drama Kiah Spy, Anak Ikan dan Kiah Ke Jepun. Jadi, benarkah dakwaan yang mengatakan kamu berdua bercinta? Sudah tentu ia tidak benar kerana hubungan rapat kami hanya di lokasi penggambaran. Saya rasa cerita ini timbul apabila ada pihak yang salah anggap terhadap kemesraan kami, tetapi pada hakikatnya hubungan kami tidak lebih daripada sekadar rakan sesama pelakon. Lagipun buat masa sekarang saya belum terfikir lagi untuk bercinta dengan sesiapa kerana mahu memberikan tumpuan terhadap karier terlebih dulu. Bagaimanakah pula hubungan Shah dengan Zain Saidin? Setakat ini hubungan saya dan Zain juga tiada masalah dan kami tidak pernah berselisih faham apabila cerita ini timbul. Kami menganggap ia tidak lebih daripada sekadar gosip. Adakah Che Ta memiliki kriteria yang menjadi idaman Shah? Secara jujurnya saya akui Che Ta memang ada memiliki ciri-ciri tersebut, antaranya dia merupakan seorang wanita yang sangat periang, terutamanya apabila dia bercakap dalam loghat Kedah sehingga membuatkan saya terhibur semasa berada di lokasi. Pada masa yang sama, saya juga melihat dia seorang wanita yang sangat tenang. Sebagai contohnya, apabila gosip mengenai dirinya mempunyai hubungan dengan seseorang, saya lihat dia tenang berhadapan dengan situasi tersebut dan tidak cepat melatah. Apabila berbincang tentang gosip yang melanda kami berdua, dia sekadar ketawa dan enggan melayan cerita tersebut. Adakah Shah mengelak untuk menjalinkan hubungan cinta atau bertemu jodoh dengan wanita yang lebih berusia? Apabila bercakap tentang cinta dan jodoh, saya tidak kisah sama ada pasangan saya itu lebih muda atau berusia daripada saya. Sebelum ini saya pernah bercinta dengan wanita yang lebih berusia semasa di Singapura dahulu. Paling penting, dalam sesebuah perhubungan itu perlu ada persefahaman antara satu sama lain dan soal umur sepatutnya tidak perlu timbul. | |||||
| Cabaran Adik Manja versi Dharma Posted: 19 Dec 2012 03:53 PM PST ![]() PELAKON watak penting filem Adik Manja, Noor Kumalasari (dua dari kanan) hadir memberi sokongan moral. Dia sempat bergambar bersama tiga pelakon Adik Manja The Returns iaitu (dari kiri) Ezlynn, Adeline Tsen dan Maria Tunku Sabri. PADA era 1980-an, karya Othman Hafsham, Adik Manja merupakan antara filem yang paling mendapat sambutan. Mempertaruhkan dua bintang popular ketika itu iaitu Noor Kumalasari dan Dharma Harun Al Rashid, Adik Manja yang juga dibantu oleh pelakon Adibah Amin telah memperoleh kutipan sebanyak RM3.5 juta sepanjang tempoh ia ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Melihat kepada sambutan dan impak populariti filem tersebut, pelakon utamanya, Dharma mengambil risiko dengan menerbitkan semula Adik Manja dalam versi moden selepas 29 tahun ia pertama kali diterbitkan. Melalui garapan baharu dengan menampilkan Dharma sendiri sebagai tonggak utama, naskhah yang diberi judul sebagai Adik Manja The Returns ini diperkuatkan oleh barisan pelakon terdiri daripada Rozita Che Wan, Faezah Elai, Juliana Evans, Ezlynn dan Maria Tunku Sabri. Kata Dharma, secara umumnya Adik Manja The Returns masih mengekalkan jalan cerita yang hampir sama dengan Adik Manja. Dharma yang merupakan pengarah dan penerbit filem tersebut turut menjelaskan, walaupun dia telah mengubah sedikit jalan ceritanya agar bersesuaian dengan situasi masa kini, namun dia masih lagi menggunakan acuan atau konsep Adik Manja yang pernah menampilkan dirinya untuk karakter Cikgu Azmi itu. "Sebagai contoh, saya masih lagi mengekalkan konsep tentang pelajar kolej yang saling bergaduh. Selain itu elemen cinta, konflik dan kekeluargaan seperti yang pernah dipaparkan juga masih dikekalkan," jelasnya yang masih melakonkan watak Cikgu Azmi menerusi Adik Manja The Returns. Mengulas tentang harapan terhadap filem bikin semula tersebut, Dharma tidak menyembunyikan perasaan gusarnya. "Secara jujur, saya risau terhadap sambutan yang bakal diterima melalui Adik Manja versi moden ini. "Bagaimanapun, saya yakin kekuatannya terletak pada judul Adik Manja itu sendiri dan para pelakon yang saya tampilkan," ujarnya ketika ditemui pada majlis pratonton filem tersebut di TGV, Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini. Ujarnya lagi, kekuatan label Adik Manja itu sendiri akan menarik peminat yang pernah menonton filem itu suatu ketika dahulu untuk hadir ke panggung, sekali gus mampu mengembalikan nostalgia mereka. Mengenai risiko Adik Manja The Returns gagal meraih sambutan, kata Dharma, dia telah mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku sebaik filem itu ditayangkan. Ujarnya, dia tidak akan kecewa sekiranya filem tersebut tidak mendapat pulangan yang memberangsangkan memandangkan ia merupakan produk pertama di bawah syarikat produksi miliknya sendiri iaitu Adik Manja Sdn. Bhd. "Segala risiko kelak, saya akan tanggung dan tidak kisah jika ia tidak mendapat untung. Memadai jika dapat menanggung semula kos modal pembikinan filem ini," jelasnya. Adik Manja The Returns mula ditayangkan di 45 pawagam seluruh negara pada hari ini, 20 Disember. | |||||
| Tim Hwang belajar bahasa Melayu Posted: 19 Dec 2012 03:52 PM PST
JIKA disebut Tim Hwang pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan orangnya. Namun, buat mereka yang menonton drama Korea seperti Secret Garden, 49 Days, Queen of Reversal dan A Thousand Kisses pasti mereka cukup kenal dengan suara Tim yang menyanyikan lagu runut bunyi kesemua drama tersebut. Figura yang lebih mesra disapa sebagai Tim ini sememangnya cukup terkenal dengan irama balada sehingga dia diberi jolokan Prince of Ballad di Korea Selatan lantaran gemersik vokalnya yang memukau. Kosmo! yang berkesempatan bertemu dengan jejaka kelahiran Philadelphia, Amerika Syarikat itu pada sidang akhbar sempena siri jelajah Asia pertamanya, Into Asia Comes Tim's World, di Kuala Lumpur baru-baru ini cukup terpukau dengan kemesraan serta gaya santainya. Memudahkan lagi komunikasi, tidak seperti penyanyi Korea yang lain, Tim atau nama sebenarnya Hwang Young-min cukup fasih berbahasa Inggeris. Cukup gembira kerana menerima sambutan hangat daripada peminatnya di Malaysia, ujar Tim, ia bukan kunjungan pertamanya kerana sebelum ini Tim pernah bercuti di sini. Menyambung bicara mengenai kerjayanya, terang Tim yang berusia 31 tahun, sebelum ini dia tidak pernah membayangkan kerjaya sebagai penyanyi kerana cita-citanya sebelum ini adalah untuk menjadi ahli farmasi sebelum ditawarkan menjadi penyanyi ketika usianya 20 tahun. "Cita-cita saya waktu itu untuk menjadi ahli farmasi dan tawaran menjadi penyanyi tiba kebetulan pada saat saya baru hendak memulakan pelajaran di kolej. "Hanya sempat tinggal di kolej selama sehari, saya terus membuatkan keputusan untuk terbang ke Korea Selatan," ujarnya. Sudah memiliki lima buah album sepanjang penglibatannya dalam bidang nyanyian, ujar Tim, pernah tercetus di hatinya untuk menolak tawaran nyanyian yang diberikan gara-gara kurang keyakinan diri. "Saya sememangnya seorang yang takut akan perubahan. Apabila terpaksa tinggalkan keluarga, cita-cita dan tinggal seorang diri di Korea membuatkan saya tertanya-tanya betul atau tidak tindakan yang saya ambil. "Jika jalan yang saya pilih ini salah bagaimana harus saya menghadapinya? Nasib baik, saya dikelilingi oleh pihak pengurusan yang amat menyokong dan keluarga saya juga tidak membantah. Jadi, saya teruskan dan akhirnya hari ini saya berada di Malaysia," luahnya. Walaupun mempunyai vokal yang bagus namun, cabaran utama yang dihadapi oleh Tim ketika itu sebenarnya adalah untuk menguasai bahasa Korea dengan lancar sebelum melancarkan album sulungnya yang berjudul First Tim pada tahun 2003. "Masalah terbesar saya sudah tentu bahasa. Saya lahir dan dibesarkan di Amerika Syarikat, jadi saya tidak tahu langsung untuk berkomunikasi dalam bahasa Korea. "Saya mengambil masa selama dua tahun hanya untuk belajar bahasa Korea dan menyiapkan diri sebelum keluar dengan album.
"Selain itu saya juga menghadapi masalah kejutan budaya ketika mula-mula sampai di Korea. Dalam kalangan orang Asia termasuk warga Korea sendiri, pergaulan antara lelaki dan wanita agak terbatas tidak seperti di Barat. "Saya sering disalah anggap gara-gara saya suka memeluk atau mencium orang lain hanya untuk mengekspresikan penghargaan dan kegembiraan saya. Sekarang saya sudah faham yang saya tidak boleh berbuat demikian sewenang-wenangnya," cerita Tim. Indonesia Sebelum hadir memperkenalkan dirinya di Malaysia, Tim sebenarnya sudah sukses membina populariti di Indonesia. Buktinya, dia telah berjaya mengumpul ramai peminat di negara tersebut selepas muncul dalam drama siri berjudul Saranghae, I Love You di samping aktres popular Revalina S. Temat dan duet bersama penyanyi Astrid menerusi lagu Saranghamnida. Bercakap mengenai lakonan, kata Tim, dia cukup bertuah apabila digandingkan dengan aktres popular Indonesia tersebut. Drama itu turut membantu meningkatkan popularitinya di Indonesia sehingga konsert solo pertamanya di sana dihadiri 8,000 penonton. "Saya bersyukur kerana diterima dengan baik di Indonesia. Saya bukanlah pelakon tetapi tawaran berlakon di samping Revalina itu datang tepat pada waktunya. "Saya agak tertekan kerana diberikan watak utama tetapi semuanya berjalan dengan baik dan saya mudah memahami skrip kerana Revalina merupakan seorang 'guru' bahasa Inggeris dan penterjemah yang baik untuk saya," ungkapnya. Selain menyanyi bersama Astrid, Tim juga telah muncul dengan sebuah lagu sepenuhnya dalam bahasa Melayu yang berjudul Pahitnya Asmara. "Memang saya lebih senang berbahasa Inggeris tetapi saya juga boleh memahami dan bercakap sedikit dalam bahasa Melayu. "Bagi saya, bahasa Melayu lebih mudah dipelajari berbanding bahasa Mandarin dan Korea kerana sebutannya sama seperti bahasa Inggeris. "Bagi bahasa Mandarin dan Korea, saya harus menggunakan lidah dalam sebutan dan nada suara yang berbeza akan memberi maksud yang salah," katanya yang hanya mengambil masa selama sehari untuk merakamkan Pahitnya Asmara. Mengenai kemungkinan untuk bekerjasama dengan penyanyi Malaysia pula, ujar Tim, dia bersedia untuk itu andai diberikan peluang. "Saya teringin untuk bekerjasama dengan penyanyi dari Malaysia pada masa hadapan. Buat masa ini, belum ada sebarang perancangan ke arah itu memandangkan ini kunjungan pertama untuk bekerja dan bertemu peminat saya," akuinya. Tidak hanya berlakon di Indonesia, Tim sedang sibuk dengan teater muzikal Legally Blonde sejak 20 November lalu. Dia berlakon di samping Jessica yang merupakan anggota kumpulan Girl's Generation.
"Kalau diberi pilihan antara nyanyian, lakonan dan teater saya pilih teater muzikal kerana saya boleh lakukan semua perkara yang saya minat dalam satu persembahan. "Dalam teater muzikal saya boleh menyanyi dan dalam masa yang sama berlakon. "Jessica juga seorang pelakon yang bagus. Sebelum ini saya tidak begitu mengenalinya, tetapi selepas berlakon bersama saya dapati Jessica seorang yang menarik," ujarnya. Album baharu 2013 Tempoh 10 tahun dalam industri seni bukan satu tempoh yang singkat buat Tim. Pelbagai cabaran pernah dilaluinya. Pernah hilang sebentar dalam industri seni, kata Tim, kini dia bangkit untuk berkongsi muziknya bersama peminat. "Jika saya hendak bercakap soal cabaran memang terlalu banyak. Saya pernah berada di puncak dan pernah juga hilang daripada industri seni dalam tempoh yang agak lama. "Sekarang saya lebih fokus dan tahu apa yang saya inginkan dalam kerjaya dan kehidupan. Cita-cita saya yang belum tercapai adalah merakamkan album penuh dalam bahasa Inggeris dan mengadakan konsert di tempat kelahiran saya iaitu di Philadelphia, Amerika Syarikat. "Mungkin suatu hari nanti saya akan mempromosikan muzik saya di sana, saya hanya perlu bekerja keras untuk laksanakan impian itu," luahnya. Mulai tahun 2013, kata Tim, aktiviti kerjayanya akan difokuskan di peringkat antarabangsa dan melahirkan album dalam bahasa Inggeris selepas teater Legally Blonde yang akan tamat pementasannya pada Mac tahun hadapan. "Pada tahun 2013, fokus akan diberikan kepada aktiviti serta peminat di luar negara. Saya juga akan menghasilkan lagu-lagu bahasa Inggeris. Saya sememangnya tidak sabar untuk menghadapi tahun 2013. "Album baharu itu akan diterbitkan oleh saya sendiri seperti album-album sebelum ini dan dijangka siap pada tahun hadapan," ujarnya. | |||||
| Posted: 19 Dec 2012 03:45 PM PST ![]() LANGKAWI SkyCab menjadi tumpuan pelancong kerana pemandangan sekitarnya yang menakjubkan. LANGKAWI - Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) mahu menjadikan Langkawi SkyCab atau kereta kabel Langkawi sebagai antara kereta kabel terunggul di dunia dan 10 produk wajib dilawati masyarakat dunia menjelang 2015. Dengan sasaran 1.3 juta pelawat, Lada mengunjurkan perolehan RM32.5 juta dengan keuntungan RM4.5 juta pada 2015, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Khalid Ramli . "Hasil itu bukan hanya kutipan jualan tiket, tetapi juga hasil non-fare," katanya selepas melancarkan Pelan Perniagaan SkyCab Langkawi 2013-2015 di sini semalam. Menurutnya, bagi tahun ini, Lada berusaha mencapai sejuta pengunjung selepas sasaran awal 850,000 orang berjaya dicapai. Langkawi SkyCab kini menerima 950,000 pelawat setakat semalam. Khalid berkata, kereta kabel Langkawi dianggap paling unik di dunia kerana kedudukannya dalam kawasan ekosistem hutan berbanding kereta kabel lain yang terletak di bandar. | |||||
| Dua banduan larikan diri dari penjara Posted: 19 Dec 2012 03:44 PM PST
CHICAGO, Amerika Syarikat - Dua banduan berjaya melarikan diri dengan menggunakan cadar katil sebagai tali dari sebuah penjara di sini awal kelmarin. Kedua-dua banduan tersebut yang disabitkan kesalahan merompak bank didapati hilang pada pukul 5 pagi waktu tempatan semasa para pengawal penjara membuat pengiraan bilangan penghuni. Menurut polis, banduan-banduan tersebut didapati bertindak melarikan diri antara pukul 5 dan 8.45 pagi. Seorang pegawai polis, Sarjan Mark Lazarro berkata, kedua-dua banduan tersebut, Joseph 'Jose' Banks, 37, dan Kenneth Conley, 38, memakai baju banduan berwarna oren semasa mereka melarikan diri. Bagaimanapun, katanya, kedua-dua mereka mungkin memakai baju T berwarna putih, seluar panjang berwarna kelabu dan kasut sukan selepas melarikan diri. Menurut Biro Penyiasatan Pusat (FBI), kali terakhir kelibat kedua-dua lelaki itu dilihat adalah di Taman Tinley, 40 kilometer ke barat daya bandar raya ini. Sejumlah anggota pasukan tindakan khas dihantar ke taman tersebut untuk memburu mereka. Namun, kedua-dua banduan tersebut gagal ditemui. Kedua-dua lelaki berkenaan didapati turun dari sebuah tingkap yang kecil di sebuah bangunan penjara. Sejumlah orang mengerumuni kawasan di luar penjara kerana mereka tidak percaya kedua-dua banduan berkenaan boleh melarikan diri. Penjara itu menempatkan kira-kira 700 banduan dan setinggi 27 tingkat. Ia merupakan bangunan penjara tertinggi di dunia. Bangunan tersebut direka oleh seorang arkitek, Harry Weese pada tahun 1970-an. Setiap bilik penjara mempunyai tingkap. Pada tahun 2010, Matthew Nolan yang merupakan adik pengarah filem Hollywood, Christopher Nolan dihukum penjara 14 bulan kerana merancang untuk melarikan diri dari penjara tersebut dengan menyembunyikan tali yang diperbuat dari cadar katil. | |||||
| Posted: 19 Dec 2012 03:43 PM PST
NEW DELHI – Polis rusuhan India melepaskan tembakan meriam air semalam bagi menyuraikan tunjuk perasaan di sini yang diadakan bagi membantah kejadian merogol secara berkumpulan ke atas seorang pelajar wanita berusia 23 tahun di dalam sebuah bas, kata beberapa saksi. Pihak polis melepaskan tembakan air ke arah penunjuk perasaan ketika sebahagian daripada mereka cuba meruntuhkan penghadang besi di luar kediaman rasmi Ketua Menteri Delhi, Sheila Dikshit. Para penunjuk perasaan turut bertempur dengan anggota polis. Siri bantahan itu bermula sejak malam Ahad lalu. Mangsa rogol yang dihumban keluar dari bas kini dilaporkan kritikal dan sedang menerima rawatan di hospital. Teman lelaki wanita itu turut cedera parah selepas diserang kumpulan yang sama. Empat orang suspek termasuk pemandu bas telah ditahan dan misi memburu dilancarkan bagi mencari dua lagi suspek. Pelajar wanita yang dirogol itu belajar dalam jurusan perubatan di sebuah universiti. Ribuan penunjuk perasaan memenuhi jalan raya di depan ibu pejabat polis dan dekat bangunan Parlimen bagi membantah perbuatan tersebut. Sebahagian pelajar universiti yang marah membuat sekatan di beberapa batang jalan raya di sini menyebabkan kesesakan teruk berlaku. | |||||
| Tengkorak 'makhluk asing' ditemui di Mexico Posted: 19 Dec 2012 03:42 PM PST
BANDAR RAYA MEXICO - Sekumpulan ahli arkeologi menemui sebuah tengkorak manusia yang berbentuk lonjong dekat Kampung Onavas di Mexico, menurut akhbar dalam talian, MailOnline kelmarin. Tengkorak itu dipercayai berusia 1,000 tahun dan ia kelihatan seperti gambaran watak makhluk asing dalam filem-filem keluaran Hollywood. Ia ditemui tertanam di sebuah kawasan yang mengandungi 25 rangka tulang manusia. Tengkorak tersebut mempunyai bentuk lonjong disebabkan amalan tradisi penduduk yang tinggal di utara Mexico. Penduduk tersebut mengamalkan tradisi menghasilkan pelbagai bentuk kepala dengan menggunakan pelbagai kaedah. Antara kaedah itu ialah dengan menggunakan dua kepingan kayu yang diikat di bahagian kepala. Ia dilakukan ketika tengkorak tersebut masih di peringkat kanak-kanak. Seorang ahli arkeologi, Cristina Garcia Moreno berkata, tengkorak tersebut mempunyai bentuk sedemikian kerana untuk membezakan status sosial penduduk dan disebabkan upacara keagamaan. Moreno mengetuai projek penyelidikan tersebut bagi pihak Universiti Negeri Arizona, Amerika Syarikat. Projek itu mendapat kelulusan Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico. | |||||
| Detik-detik lelaki China tikam 23 kanak-kanak Posted: 19 Dec 2012 03:42 PM PST ![]() IMEJ dari sebuah kamera keselamatan menunjukkan Yongjun yang memegang sebilah pisau menyerang seorang kanak-kanak di sebuah sekolah rendah di Kampung Chenpeng, daerah Guangshan, China pada Jumaat lalu. BEIJING - Pihak polis kelmarin menyiarkan imej yang dirakamkan dari kamera keselamatan mengenai detik-detik seorang lelaki, Min Yongjun mengamuk dengan menikam 23 kanak-kanak di sebuah sekolah rendah di Kampung Chenpeng, daerah Guangshan, wilayah Henan. Yongjun, 36, menikam seorang wanita di rumahnya dekat sekolah tersebut sebelum dia bertindak mengamuk dengan mencederakan kanak-kanak itumenggunakan pisau. Anggota-anggota polis dan guru kemudian berjaya menangkapnya dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu. Menurut siasatan awal polis, Yongjun melakukan perbuatan tersebut kerana terpengaruh dengan khabar angin bahawa kiamat akan berlaku pada Jumaat ini. Ekoran kejadian itu, agensi berita Xinhua melaporkan pada Selasa lalu, dua guru besar, dua pegawai polis, seorang pegawai keselamatan dan pegawai pelajaran dipecat. Kanak-kanak yang cedera itu berusia enam hingga 12 tahun. Kebanyakan mereka mengalami luka yang serius di kepala dan tangan. | |||||
| Kopiah Waqi dieksport hingga ke Mekah Posted: 19 Dec 2012 03:40 PM PST
DI dalam sebuah bilik, kelihatan enam gadis berusia awal 20-an sedang tekun melakukan tugas masing-masing. Salah seorang daripada mereka berdiri di satu sudut sambil menghadap sebuah mesin sulaman. Sementara, lima yang lain pula duduk di atas kerusi sambil memegang gunting. Mereka begitu berhati-hati memotong 18 lapisan kain kapas yang telah dijahit menjadi satu lapisan tebal. Satu persatu helaian kain tersebut putus, namun kerja-kerja menyiapkan kopiah Waqi masih belum berpenghujung. Mereka perlu memastikan sulaman di atas kain kapas berjalan lancar. Bahkan, mereka cukup berhati-hati dalam melakukan kerja tersebut kerana jika berlaku kesilapan, lapisan kain tebal itu akan rosak. "Jika rosak kualiti kopiah yang dihasilkan akan terjejas. Lapisan tebal itu bakal dijadikan dinding kopiah. "Lebihan kain daripada dinding kopiah itu kemudiannya dipotong, sebelum disambung pada bahagian atas kopiah," kata Pengarah syarikat Plexus Asia Sdn. Bhd. yang menghasilkan kopiah Waqi, Azhar Bahari. Syarikat yang beribu pejabat di Taman Nirwana, Ampang, Selangor itu boleh dikatakan tidak menang tangan menghasilkan kopiah premium untuk pasaran tempatan dan eksport. Menurut Azhar, kopiah Waqi dihasilkan menggunakan teknologi fabrik daripada lapisan kain kapas lembut bagi memudahkan peluh diserap sekali gus memberikan keselesaan kepada kulit kepala. "Bahan kasa tegap mengekalkan bentuk asal kopiah agar sentiasa tampak segak bergaya. Kain kapas pula sifatnya lembut, ringan dan selesa digunakan. "Gabungan bahan-bahan berkualiti itu memudahkan pengaliran udara keluar daripada kopiah membuatkan kepala kekal nyaman. Selain itu, lapisan bahan pemantul haba turut digunakan bagi mengurangkan bahang terik mentari," kata lelaki yang berpengalaman luas dalam industri sulaman dan jahitan selama 16 tahun. Kualiti kopiah ![]() KOPIAH Waqi berkualiti premium disulam menggunakan sulaman komputer. Di pasaran negara, kopiah boleh didapati dalam tiga kualiti iaitu biasa, sederhana dan premium. Harga setiap kopiah ditentukan berdasarkan kualitinya. Bagi kategori biasa, harganya boleh didapati semurah RM5, sederhana sekitar RM50, manakala premium pula lebih RM100 setiap satu. Dalam Islam, kopiah atau ketayap merujuk kepada sejenis penutup kepala. Menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat dan memakai kopiah adalah salah satu cara yang mudah. Selain songkok, pemakaian kopiah dalam kalangan umat Islam di negara ini sesuatu yang biasa. Tidak hairanlah, ada yang memiliki sehingga lebih lima buah kopiah. Setiap kopiah digunakan mengikut kesesuaian pada majlis tertentu seperti menghadiri ceramah agama, perkahwinan atau ke surau. "Tidak banyak kopiah premium berada dalam pasaran negara kita, namun permintaannya adalah tinggi. Justeru, untuk menghasilkan kopiah Waqi, kami telah melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri sejak lima tahun lalu. "Kajian yang dilakukan adalah penggunaan teknik sulaman, jahitan, kerapian dan keselesaan. Sulaman tidak perlu mengikut fesyen terkini, tetapi apabila siap ia nampak simple dan kemas. Sulaman dilakukan menggunakan sulaman berkomputer," kata anak jati Kedah itu. Kilang kopiah Waqi terletak di Pendang, Kedah. Bapa kepada tiga orang anak itu turut mementingkan maklum balas pengguna. Sehubungan itu, selama dua tahun pihaknya menjalankan kajian membabitkan kumpulan 50 peserta yang dijalankan sebanyak tiga kali. Peserta terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid dan pelbagai latar belakang responden. Setiap maklumat yang diperoleh digunakan bagi membaiki kualiti kopiah tersebut. Sejak tahun 2010, kopiah Waqi telah berada di pasaran. Sambutan daripada orang ramai sangat menggalakkan, malah permintaannya jauh lebih tinggi berbanding penawaran yang mampu kami lakukan. ![]() ALAT pengukur digunakan bagi memastikan saiz kopiah yang dipakai sesuai dengan kepala pelanggan. Harga mahal Setiap perniagaan pasti mempunyai cabaran sendiri, begitu juga dalam menjual kopiah berkualiti premium terutamanya berkaitan dengan harga. Hakikatnya, pengguna tertarik dengan kualiti dan kecantikan, namun apabila melihat harga kopiah melebihi RM100, mereka mula berfikir banyak kali. Adakah pembelian tersebut berbaloi? "Tidak dinafikan pelanggan berbelah bahagi untuk membeli kopiah premium, tetapi kami berjaya meyakinkan mereka. Pemakaian kopiah premium membuatkan si pemakainya kelihatan lebih segak. "Tidak cukup dengan itu, kami turut melabur dalam menghasilkan bungkusan yang menarik. Ia nyata berbaloi apabila kami dianugerahkan Malaysia Good Design Award daripada Majlis Rekabentuk Malaysia," katanya yang menubuhkan syarikat berkenaan bersama dua rakan kongsi pada tahun 1994. Pasaran eksport Menurut Azhar, pihaknya juga telah mendapat permintaan daripada pihak tertentu di Mekah dan Madinah untuk memasarkan kopiah Waqi di kedua-dua kota suci umat Islam tersebut. Kopiah Waqi yang akan dipasarkan ke sana berbeza termasuk dari segi corak kerana ia dijual sebagai cenderamata terutama pada musim haji. "Mulai tahun hadapan kami akan mengeksport kopiah Waqi ke kedua-dua kota tersebut dan harganya tentulah lebih mahal berbanding di negara ini," katanya. Pemilik Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Industri, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam itu memberitahu, kilangnya ketika ini mampu mengeluarkan kira-kira 3,000 kopiah setiap hari atau 36,000 setahun. Namun, pada tahun depan, pihaknya menyasarkan untuk mengeluarkan sebanyak 300,000 kopiah setahun. Jualan kopiah paling tinggi pada bulan Ramadan. Ketika ini, syarikat berkenaan turut berdepan masalah kekurangan pekerja berpengalaman sekali gus merencatkan pengeluaran. Mencantumkan kopiah Bagi Nurul Anisah Abd. Rahim, 22, peluang menjalani latihan industri di syarikat yang menghasilkan kopiah premium merupakan satu pengalaman berharga. Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru itu menjalani latihan industri selama lima bulan di syarikat tersebut. Ketika bekerja, Nurul Anisah telah dihantar di beberapa bahagian yang berbeza. ![]() KETELITIAN amat penting ketika proses memotong 18 lapisankain kapas yang telah dijahit untuk dijadikan dinding kopiah. sebelum ia disambung menjadi dinding kopiah "Mula-mula dahulu, saya bertugas di bahagian jualan sebelum dipindahkan ke bahagian pengawalan kualiti produk. Sejak dua minggu lalu, saya bertugas di bahagian R&D yang menghasilkan kopiah Waqi. "Pembuatan kopiah Waqi dilakukan secara teliti dan saya mengambil masa satu hari untuk menghasilkan sebuah kopiah. Itupun kualitinya tidak berapa bagus. "Bahagian yang paling susah ialah ketika mencantumkan dinding dan atas kopiah. Jahitan perlu dilakukan secara manual, ketekunan dan ketelitian amat dituntut atau kopiah akan senget," katanya yang berasal dari Pahang. Sudah dua tahun Seorang pelanggan, Mohammad Mydin, 31, berkata, dia memakai kopiah Waqi sejak dua tahun lalu. Dia mengakui memilih untuk mengenakan kopiah Waqi selepas berpuas hati dengan fabrik yang memberi keselesaan. Katanya, ketebalan kain menjadikan kopiah tersebut keras dan jika memakai serban, tidak perlu lilitan yang banyak. "Syarikat berkenaan melakukan R&D sebelum menjual kepada para pelanggan. Ia bukan sahaja berkualiti, malah selesa dan cantik. Kainnya tebal, tetapi saya tidak pernah mengalami sakit kepala. "Saya sering memakainya ketika majlis-majlis tertentu dan penyimpanannya juga agak senang," katanya yang merupakan seorang penceramah bebas. | |||||
| Posted: 19 Dec 2012 03:38 PM PST
PELANCARAN kamera pintar Samsung Galaxy baru-baru ini membuktikan bahawa Samsung, jenama global terkemuka dalam media digital dan teknologi penumpuan digital sentiasa komited dalam menawarkan gajet idaman pengguna. Revolusi komunikasi visual dapat dilihat melalui rekaan peranti istimewa yang diyakini mampu mencuri tumpuan penggemarnya. Dikenali sebagai Connected Camera, ia menggabungkan ciri-ciri fotografi berprestasi tinggi dengan kebebasan sambungan internet 3G dan WiFi yang dikuasakan oleh platform Android 4.1 (Jelly Bean). Kini, sebaik lensa kamera merakam sesuatu imej, ia boleh terus dimuat naik ke laman sosial kegemaran masing-masing seperti Facebook, Twitter atau Instagram. Selain menyediakan aktiviti merakam imej, kamera Samsung Galaxy turut membolehkan pengguna menyunting gambar atau video sebelum dikongsi bersama keluarga tersayang atau rakan-rakan dengan satu langkah mudah. Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon berkata, pengenalan terhadap kamera Samsung Galaxy menunjukkan betapa teknologi kamera kini telah berubah dengan pantas. ![]() "Kami telah berjaya menembusi tembok kebiasaan bagi penggunaan teknologi kamera konvensional. Menerusi gabungan Unit Telefon dan Perniagaan Imej Digital, Samsung berjaya menghasilkan sebuah kamera yang menepati cita rasa semua," katanya. Bagi mengelakkan aktiviti pelayaran internet menerusi kamera itu menjadi perlahan ketika waktu puncak, ia turut dilengkapi bersama teknologi Dual Band dan Channel Bonding. Justeru, jangan ketinggalan untuk meneroka keseronokan menggunakan peranti serba canggih ini yang dijual pada harga yang amat berpatutan. | |||||
| Penambahan elemen laman sosial Posted: 19 Dec 2012 03:38 PM PST
ANALISIS yang dijalankan oleh Ericsson ConsumerLab di Asia Tenggara dan Oceania menunjukkan pengguna telefon pintar dalam kalangan pengguna internet di Malaysia dijangka meningkat secara mendadak daripada 47 kepada 73 peratus pada tahun 2013. Ericsson ConsumerLab menjalankan kaji selidik secara dalam talian melibatkan 500 pengguna Malaysia berumur antara 16 hingga 60 tahun. Menurut ketuanya, Afrizal Abdul Rahim, telefon mudah alih masih lagi popular dalam kalangan pengguna tetapi telefon pintar dijangka menguasai pasaran negara dalam masa terdekat. "Perkembangan telefon pintar di Malaysia diramal mencapai tahap matang kerana peranti itu menawarkan kepelbagaian penggunaan yang dapat memenuhi semua keperluan komunikasi pengguna," katanya. Faktor pendorong kepada penggunaan telefon pintar pada masa hadapan ialah penggunaan internet yang meliputi 39 peratus, peningkatan peranti (34 peratus) dan penggunaan aplikasi (29 peratus). Selain telefon pintar, tablet turut mula mengorak langkah dengan pengenalan variasi terbaharu yang mampu milik. Penembusan tablet di Malaysia dijangka meningkat tiga kali ganda daripada 14 ke 48 peratus. Aplikasi komunikasi Penggunaan aplikasi yang memacu pertumbuhan data mudah alih dan paling popular digunakan rakyat Malaysia berkaitan komunikasi, permainan serta televisyen atau video. Rata-rata pengguna telefon pintar pasti mempunyai sekurang-kurangnya dua jenis aplikasi komunikasi seperti BlackBerry Messengger (BBM), WhatsApp, Viber ataupun Skype. Pengguna telefon pintar, Nahzatul Shima Abu Bakar, 27, mempunyai lebih 25 aplikasi dan tiga daripadanya adalah untuk komunikasi iaitu Viber, WhatsApp dan LINE. Selain untuk komunikasi, Nahzatul Shima menggunakan sepenuhnya kebolehan telefon pintar untuk perbankan, e-mel, menonton YouTube dan menempah tiket wayang. LINE merupakan aplikasi pesanan mesej telefon mudah alih yang membolehkan penggunanya menikmati panggilan dan mesej percuma sama ada tempatan atau antarabangsa. Lebih penting, LINE lebih stabil terutamanya ketika membuat panggilan. Pengurus Besar Line Business Office, Cho Simeon ketika ditemui di Kuala Lumpur pada akhir Oktober lalu, sempat membuktikannya dengan membuat panggilan telefon kepada isterinya di Korea Selatan. "Saya menggunakan kad sim tempatan untuk membuat panggilan dan suaranya jelas diterima di sini," katanya sambil menambah, LINE juga boleh didaftarkan dengan alamat e-mel. ![]() MELALUI LINE, Khong Ming mahu mengukuhkan pangkalan data pengguna di Malaysia. LINE dilancarkan pada 23 Jun 2011 oleh enjin carian dari Korea Selatan , NHN Corp. yang mempunyai 70 juta pengguna dari 231 buah negara seluruh dunia. LINE yang comel Mengulas lanjut mengenai aplikasi komunikasi di telefon pintar Nahzatul Shima berpendapat, setiap satu mempunyai kelebihan masing-masing. "WhatsApp lebih mudah digunakan terutamanya apabila mahu berbual dengan penggunaan banyak perkataan. "LINE pula lebih banyak grafik dan kelihatan comel sesuai apabila chatting," ungkap wanita yang bekerja sebagai jurulatih peribadi di Mont Kiara, Kuala Lumpur itu. Dia yang berasal dari Johor tetapi menetap di Klang, Selangor itu turut memberi senarai kedudukan bagi aplikasi yang digunakannya iaitu bermula dengan WhatsApp kerana sistem operasi yang mudah. Diikuti dengan LINE kerana grafik yang pelbagai jenis dan terakhir ialah Viber. Bagaimanapun, sistem pesanan pendek (SMS) masih lagi diperlukan untuk menghubungi individu yang tidak menggunakan telefon pintar atau penerima tiada liputan internet. "Orang ramai pasti membandingkan LINE dengan aplikasi komunikasi lain dan menyifatkan ia sebagai pesaing kami, tetapi LINE menawarkan lebih daripada itu. "Aplikasi LINE merupakan sebuah ekosistem komunikasi yang menawarkan pelbagai ciri lain seperti Line Camera, elemen laman sosial dan Line Coin," terang Simeon. Tambahnya, LINE mempunyai pelekat (sticker) pada ruangan berborak (chat) seperti yang dimaksudkan oleh Nahzatul Shima. Ia berfungsi sama seperti emotikon yang terdapat pada aplikasi komunikasi lain dan SMS. "Chatting menggunakan sticker adalah yang paling menarik pada LINE berbanding penggunaan perkataan sahaja," terang Simeon ringkas. Emotikon selalunya sangat ringkas sehinggakan kadangkala maksud sebenar sukar disampaikan dan mungkin disalah tafsir. Pelekat pula lebih jelas dan realistik dengan menonjolkan aksi karakter sama ada perbuatan atau perasaan yang dapat meningkatkan lagi penyampaian mesej. Malah, ketika berbual dalam ruangan chat LINE, pengguna sudah cukup menghantar pelekat sahaja tanpa perlu menaip perkataan. Menariknya, pelekat digambarkan dengan karakter iaitu Cony, Brown, Moon dan James dengan aksi serta perasaan berjumlah lebih 1,400 keping. Sebanyak 344 keping daripada jumlah tersebut percuma. Kini, dengan menggunakan LINE, perasaan suka, marah, gembira mahupun sayu dapat diluahkan dengan lebih berekspresi dan nyata. "Kami juga memberikan identiti tempatan sesebuah negara pada LINE seperti memperkenalkan pelekat menggunakan karakter selebriti tempatan," kata Penolong Pengurus Pejabat Perniagaan LINE, Leong Khong Ming. Penyanyi Gangnam Style dengan tarian ikonik, menunggang kuda, Psy turut menjadi karakter yang pelekat selain selebriti K-pop lain, 2NE1. LINE turut mengadakan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi tempatan seperti Advanced Info Service (AIS) di Thailand, Telkomsel (Indonesia) dan Vibo Telecom Inc. (Taiwan). ![]() JUMLAH pengguna telefon pintar dijangka akan terus meningkat pada tahun 2013 di Malaysia. Kata Khong Ming, pihaknya sedang dalam perbincangan dengan beberapa selebriti tempatan yang terkenal untuk bekerjasama. Elemen media rangkaian sosial juga terdapat pada LINE pada bahagian Home dan Timeline sama seperti laman sosial lain. Pengguna dapat mengemaskini status, gambar, lokasi serta video untuk dikongsi bersama-sama senarai rakan-rakan. LINE boleh digunakan pada semua versi peranti pintar seperti Apple (iOS), Android, Windows dan BlackBerry. Aplikasi komunikasi itu juga mempunyai versi komputer peribadi yang dilancarkan pada awal Mac 2012 lalu. Selain itu, LINE juga mempunyai permainan, LINE Birzzle dan LINE Card yang membolehkan kad ucapan dihantar. Ciri unik LINE yang lain ialah akaun rasmi yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan selebriti, jenama, penyanyi dan apa-apa sahaja pada waktu On Air Mode. Pada waktu itu, pemilik akaun rasmi boleh membaca dan membalas pesanan daripada pengguna. "Sebagai contoh, Thai Airline di Thailand mempunyai akaun rasmi LINE dan pihaknya menggunakan aplikasi tersebut untuk berinteraksi secara terus kepada pengguna," cerita Simeon lagi. Tambah Khong Ming: "Sambutan amat menggalakkan di Malaysia dan buat masa sekarang kami menyasarkan untuk mengukuhkan pangkalan data pengguna di sini." | |||||
| Posted: 19 Dec 2012 03:37 PM PST ![]() Telefon pintar Samsung Galaxy S4 turut berada dalam senarai produk terbaharu untuk dipasarkan tahun hadapan. TAHUN 2012 bakal melabuhkan tirainya kurang dari dua minggu sahaja lagi. Bagi peminat tegar gajet, kehadiran tahun baharu tentunya sesuatu yang dinanti kerana seperti biasa, pelbagai gajet terkini bakal menemui mereka. Berikut disenaraikan gajet yang diramal bakal memasuki pasaran pada tahun 2013, atau paling lewat pada tahun berikutnya. 1. Fujitsu Lifebook 2013 Sungguhpun memiliki nombor 2013 pada penghujung namanya, Fujitsu Lifebook 2013 ini sebenarnya peranti konsep yang menggabungkan komputer riba, telefon pintar, tablet dan kamera. Kombinasi ini bukanlah gabungan ciri yang disatukan di dalam satu peranti tetapi lebih tepat, gabungan peranti fizikal yang boleh dicantum dan dileraikan daripada peranti induknya. Sebagai contoh, komputer riba ini tidak mempunyai papan kekunci biasa seperti komputer riba biasa, sebaliknya terdapat satu slot kosong di tengahnya dengan penyambung 16-pin untuk disambung dengan tablet yang kemudiannya berfungsi sebagai papan kekunci. Sama seperti tablet, kamera dan telefon juga boleh ditanggalkan dari badan komputer apabila hendak digunakan dan dipasangkan semula untuk mengecas bekalan bateri atau untuk memuat naik gambar, video dan fail ke komputer. Walaupun ramai yang menganggarkan ia tidak mungkin akan menjadi realiti seawal tahun hadapan, tetapi sekurang-kurangnya ia akan menemui pengguna dalam tempoh satu hingga dua tahun lagi. 2. Telefon dengan skrin boleh lentur Penganalisis teknologi meramalkan telefon pintar dengan skrin boleh lentur bakal menjadi realiti pada tahun 2013. Desas-desus mengatakan bahawa Samsung dijangka melancarkan telefon itu pada tahun hadapan sekali gus menjadi peneraju dalam teknologi skrin. Paparan yang fleksibel tersebut membolehkan skrin telefon digulung, dibengkok atau dilipat tanpa merosakkannya. Samsung telah memperkenalkan teknologi kepada umum ketika pameran konsumer elektronik atau CES pada tahun 2011 di Las Vegas, Amerika Syarikat. Menggunakan teknologi OLED boleh lentur, Samsung dijangka dapat menghasilkan telefon yang lebih nipis, ringan dan fleksibel berbanding teknologi LCD konvesional. 3. Pencetak 3D untuk konsumer Pencetakan 3D merupakan satu proses menghasilkan objek tiga dimensi, dari model digital. Dengan erti kata lain, pencetak 3D membuat salinan model digital dan menghasilkan objek fizikal dan bukannya hasil cetakan di atas kertas seperti pencetak biasa. Sungguhpun pencetak 3D telah wujud pada awal abad ke-21, aplikasinya terhad digunakan di dalam pembuatan kasut, reka bentuk industri, automotif, aero angkasa dan industri lain bagi menghasilkan prototaip kepada sesuatu produk. Hanya sejak kebelakangan ini, pencetak 3D untuk pengguna rumah mula dipasarkan, akan tetapi pasarannya masih kecil. Pasaran pencetak 3D dijangka akan berkembang pada tahun hadapan dan tahun-tahun mendatang dengan bertambahnya pengimport yang membawanya masuk ke Malaysia. ![]() TEKNOLOGI skrin telefon boleh lentur bakal menemui pengguna di negara ini. 4. Apple TV Terkenal dengan reka bentuk yang agak luar biasa, Apple dikhabarkan bakal memperkenalkan televisyen (TV) keluaran mereka. Walaupun berita ini, tidak dapat disahihkan lagi, para penganalisis teknologi mengandaikan produk ini bakal muncul pada 2013. Ini disokong oleh kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook awal tahun ini yang telah memberi bayangan 'sesuatu yang lebih besar dan lebih baik dari Apple TV bakal diperkenalkan'. Andainya ia menjadi kenyataan, ia dilaporkan bakal dikuasakan unit pemproses A5 dengan video berdefinisi tinggi dan dijangkan akan ditawarkan di dalam beberapa saiz termasuk 32 dan 55 inci. 5. Samsung Galaxy S4 Samsung Galaxy S3 baru sahaja dilancarkan pada Mei yang lalu, tetapi Samsung dikhabarkan telahpun menyusun strategi untuk mengeluarkan penggantinya - Samsung Galaxy S4. Diramalkan akan menggunakan pemproses quad-core 1.8GHz dengan kamera berkuasa 13-megapiksel. Jika dibandingkan antara Samsung Galaxy S2 dengan Samsung Galaxy S3, yang memperlihatkan penambahan saiz skrin dari 4.3-inci kepada 4.8-inci, tidak mustahil jika S4 dibekalkan dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan berdefinisi tinggi (HD). Telefon pintar ini juga dijangka bakal menggunakan sistem operasi Android 5.0 dengan kod nama Key Lime yang dikatakan akan menggantikan versi Android 4.2 Jelly Bean. | |||||
| Posted: 19 Dec 2012 03:36 PM PST
PENGHIJRAHAN artis-artis tanah air ke jalan dakwah kebelakangan ini tanpa disedari membantu perkembangan syiar Islam di Malaysia. Walaupun bukan tergolong dalam kelompok ustaz atau ustazah tetapi mereka masih boleh berdakwah. Antara artis yang melalui transformasi penghijrahan itu ialah kumpulan Al-Mawlid, pelakon Irma Hasmie Ibrahim, penyanyi Nur Shahila Amir Hamzah (Shila Amzah) serta pelakon dan pengacara Haryati Hamzah (Yatt). Penceramah bebas, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood menyifatkan penghijrahan artis-artis itu patut diberi pujian dan sokongan agar mereka dapat memainkan peranan dalam menyampaikan dakwah kepada setiap lapisan masyarakat. Perkembangan sihat "Transformasi ini merupakan perkembangan sihat dan satu langkah yang tepat pada masanya demi kebaikan semua pihak. "Sudah menjadi fitrah, apabila seseorang mendapat hidayah, kita mahu berkongsi ilmu yang diperoleh dengan orang lain sebagai langkah mengajak orang ramai ke arah kebaikan," katanya ketika ditemui pada Karnival Mini Maal Hijrah Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) baru-baru ini. Siti Nor Bahyah turut mengingatkan para artis supaya berhijrah seikhlas hati tanpa mengharapkan gelaran, pujian atau mencari publisiti semata-mata. Katanya, setiap penghijrahan ke arah kebaikan dijanjikan keampunan oleh Allah atas dosa-dosa lampau asalkan niat kita ikhlas dan sentiasa istiqamah. Beliau berharap mereka akan menjadi contoh kepada artis lain dan golongan muda kerana mereka adalah ikon yang sentiasa menjadi ikutan. Suami kepada Siti Nor Bahyah, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, dalam Islam tiada halangan atau batasan untuk berdakwah kerana manusia adalah khalifah Allah. "Setiap daripada kita berperanan dalam usaha berdakwah untuk memperbaiki ummah dan seseorang itu tidak perlu betul-betul sempurna jika mahu menyampaikan dakwah kerana Rasulullah SAW bersabda, "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat." "Jika kita tunggu betul-betul sempurna baru hendak berdakwah, maka Islam akan lambat berkembang. Cuma apa yang perlu ialah ilmu yang disampaikan mestilah berlandaskan al-Quran dan Sunah," katanya. Wan Akashah berkata, kaji selidik yang dijalankan di sebuah universiti di negara ini mendapati hampir 60 peratus golongan muda khususnya generasi Y menjadikan artis sebagai ikon. Ia merupakan pendekatan yang paling efektif untuk para artis itu menyampaikan dakwah mereka. Menurut beliau, usaha berdakwah harus diteruskan kerana ilmu yang dikongsi tidak akan luak malah ia akan terus berkembang serta mendapat keberkatan daripada Allah. "Menyampaikan ilmu kepada orang lain bukanlah satu perkara yang sia-sia kerana ilmu itu akan bertambah jika kita amalkan serta sebarkan malah ilmu ini tiada had seumpama tujuh lautan luasnya," tambah Wan Akashah. Siti Nor Bahyah berkata, lima prinsip utama yang boleh dijadikan pegangan oleh artis yang berhijrah semasa berdakwah ialah ikhlas, istiqamah, ikutan, indah dan ilmu. "Apabila hendak berhijrah, hati mesti ikhlas agar timbul istiqamah yang akan mengukuhkan lagi penghijrahan itu dan ia akan memudahkan mereka menarik peminat untuk turut sama melangkah ke arah yang lebih baik. "Setelah hijrah itu menjadi ikutan, maka akan timbul pula keindahan dalam berdakwah apabila ajaran agama yang diamal dan disampaikan itu memberi kesan pada diri sendiri dan dipraktik masyarakat," katanya. Beliau berpesan kepada golongan artis yang baru berhijrah agar memilih mursyid iaitu guru yang mengamalkan ajaran Islam dan tidak melanggar batas syariat serta berlandaskan al-Quran dan sunah. Ilmu tasawuf Katanya, ilmu dalam Islam terbahagi kepada beberapa peringkat dan perlu dipelajari bermula dengan ilmu asas iaitu akidah, diikuti hukum dan ilmu tertinggi iaitu tasawuf agar tidak terpesong ketika berdakwah. Sementara itu, kumpulan Al-Mawlid yang suatu masa dahulu menyemarakkan dunia muzik dengan genre hip hop dan R&B kini melakukan tranformasi kepada kumpulan nasyid selaras dengan hasrat untuk berdakwah. Begitu juga dengan bekas anggota Ruffedge, Ve dan Innuendo yang terdiri daripada enam orang ahli iaitu Amer, Adib, Lah, Pot, Azan dan Zaf yang kini selesa menjadi anak seni membawa irama berunsur dakwah. "Dulu kami menyanyi sekadar untuk menghiburkan peminat namun kini kami mahu berdakwah," jelas Azan. Shila Amzah, anak kepaada penyanyi terkenal N.D Lala, pula berkata, sudah beberapa bulan beliau berhijrah. Beliau mengakui rezekinya semakin melimpah ruah. Beliau juga merasakan perubahan yang positif pada dirinya dan terharu kerana dapat berhijrah pada usia muda dan pada masa yang sama menjadi ikutan kepada peminat beliau. | |||||
| PMR: 30,474 dapat A semua subjek Posted: 19 Dec 2012 01:00 AM PST Sebahagian dari pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki yang memperolehi keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan Datuk Dr Amin Senin berkata ini menunjukkan penurunan 0.85 peratus berbanding pencapaian tahun lepas yang merekodkan seramai 34,271 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran. Bagaimanapun jumlah calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran menurun daripada 346 orang (0.08 peratus) pada tahun lepas kepada 241 orang (0.05 peratus) tahun ini," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2012, di Putrajaya hari ini. Amin berkata berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), tujuh mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu, Pendidikan Kesenian, Bahasa Tamil dan Bahasa Punjabi menunjukkan peningkatan prestasi, manakala sepuluh yang lain menunjukkan penurunan prestasi. "Bahasa Melayu menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 0.04 mata, namun prestasi Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik menunjukkan penurunan masing-masing 0.12 mata, 0.02 mata dan 0.01 mata," katanya. Beliau berkata pencapaian secara keseluruhannya dalam 17 mata pelajaran stabil dengan indeks Gred Putara Nasional (GPN) kekal pada 2.1 mata seperti 2011. Begitu juga meskipun pencapaian calon bandar lebih baik daripada calon di luar bandar, namun jurang pencapaiannya berjaya dirapatkan sebanyak 0.03 mata GPN iaitu daripada 0.29 mata pada 2011 kepada 0.26 mata pada 2012. "Pada tahun ini pencapaian calon di bandar kekal pada indeks GPN 2.61 mata seperti tahun lepas, manakala pencapaian calon di luar bandar menunjukkan peningkatan sebanyak 0.03 mata GPN, iaitu daripada GPN 2.90 mata pada 2011 kepada 2.87 mata pada tahun ini," katanya. Menurutnya pencapaian calon berkeperluan khas juga meningkat dengan 14 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran daripada 1,736 pelajar yang menduduki peperiksaan, berbanding 12 calon daripada 1,370 calon tahun lepas. "Bilangan calon berkeperluan khas yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum dalam semua mata pelajaran berjaya dikurangkan sebanyak 1.14 peratus iaitu daripada 2.41 peratus pada 2011 kepada 1.27 peratus pada 2012," katanya. Amin berkata bilangan pelajar yang mendapat gred A dalam Bahasa Melayu meningkat sebanyak 1.2 peratus, daripada 26.3 peratus pada 2011 kepada 27.5 peratus pada tahun ini. Begitu juga, katanya peratusan calon yang melepasi tahap penguasaan minimum iaitu gred A,B,C,D meningkat sebanyak 0.4 peratus, daripada 94.0 peratus pada 2011 kepada 94.4 pada 2012. Namun bagi mata pelajaran Inggeris, peratusan calon yang mendapat gred cemerlang berkurangan sebanyak 1.6 peratus iaitu daripada 18.4 peratus pada 2011 kepada 16.8 peratus pada tahun ini. Di samping itu peratusan calon yang tidak melepasi tahap penguasaan minimum iaitu gred E juga meningkat sebanyak 2.8 peratus daripada 21.3 peratus pada 2011 kepada 24.1 peratus pada 2012. Amin berkata penurunan prestasi mata pelajaran Inggeris sudah dijangka berikutan pertukaran buku teks yang baharu. "Untuk Bahasa Inggeris, kita jangka penurunan sebab mulai tahun lepas diperkenalkan teks baharu dalam komponen sastera Bahasa Inggeris, jadi ia merupakan salah satu sebab penurunan prestasinya. Bagi mata pelajaran lain kita masih kaji lagi," katanya. Menurutnya, prestasi mata pelajaran Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun juga menurun berbanding tahun lepas iaitu masing-masing 0.12 mata, 0.13 mata, 0.11 mata dan 0.29 mata. Begitu juga prestasi dan GPMP Pendidikan Islam menurun di mana peratusan calon yang mendapat gred A menurun 1.5 peratus iaitu daripada 24.4 peratus pada 2011 kepada 22.9 peratus pada 2012. "Dalam kumpulan mata pelajaran elektif bahasa, mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan peratusan calon yang mendapat gred A adalah Bahasa Tamil dan Bahasa Punjabi iaitu masing-masing sebanyak 0.5 peratus dan 6.1 peratus," katanya. Begitu juga prestasi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) yang merangkumi Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga, Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan serta Pendidikan Kesenian yang merangkumi empat bidang kesenian iaitu Tari, Muzik, Teater dan Seni Visual juga menunjukkan prestasi meningkat. Di KUALA LUMPUR, empat sekolah memperoleh kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Menengah (Sains) Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria. Timbalan Pengarah Pelajaran Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar/Pudu Ismail Musa berkata secara keseluruhannya di Wilayah Persekutuan , Gred Purata Negeri (GPN) dalam 17 mata pelajaran adalah lebih baik berbanding Gred Purata Nasional. "GPN calon PMR tahun ini mencatatkan 2.60 berbanding 2.71 dalam Gred Purata Nasional (lebih rendah lebih baik). "Seramai 1,838 dari 23,530 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 2,296 calon pada tahun lepas. Di SEREMBAN, seramai 1,500 calon atau 8.3 peratus daripada sejumlah 18,161 calon berjaya mendapat keputusan penuh 9A, 8A dan 7A dan keputusan itu membolehkan Negeri Sembilan berada dalam kelompok lima negeri yang terbaik dalam prestasi PMR 2012 dari segi calon cemerlang. Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Pkharuddin Ghazali berkata GPN bagi PMR di Negeri Sembilan ialah 2.65 berbanding 2.66 pada tahun lepas. Antara 15 buah sekolah terbaik dalam PMR 2012 di negeri ini ialah Kolej Tunku Kurshiah, Sekolah Menengah (SM) Sains Rembau, Sekolah Datuk Abdul Razak, SM Sains Tuanku Ja'afar, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Sekolah Menengah Kebangsaan King George V dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Haji Mohd Said. Di SABAH, 922 daripada 23,330 calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran dan pencapaian ini menurun berbanding 1,025 orang pada tahun sebelumnya. Pengarah Pelajaran Negeri Datuk Dr Muhiddin Yussin berkata pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR dalam 14 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh dua tahun berdasarkan pencapaian GPN iaitu 3.01 pada tahun ini berbanding 3.03 pada tahun lepas. Katanya 13 sekolah terbaik di seluruh Sabah termasuk Sekolah Menengah Sains Sabah mencatatkan 100 peratus lulus selain Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Shah di Inanam, Sekolah Menengah Islamiah Tawau dan Sekolah Menengah Sains Lahad Datu. Pencapaian bagi lapan mata pelajaran meningkat iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Matematik, Sains, Kemahiran Teknikal dan Ekonomi Rumah Tangga manakala Pendidikan Islam pula kekal. Enam mata pelajaran mencatatkan penurunan iaitu Bahasa Inggeris, Kemahiran Pertanian, Kemahiran Perdagangan dan Keusahawanan, Bahasa Arab, Bahasa Cina dan Bahasa Kadazandusun, katanya. Di PULAU PINANG, jumlah calon yang mendapat A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 2,355 pelajar berbanding 2,348 calon pada tahun lepas. Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Dr Sharifah Bee Aboo Bakar berkata sejumlah 23,788 calon mengambil PMR di 164 buah pusat peperiksaan di negeri itu. Tiga calon berkeperluan khas mendapat keputusan cemerlang iaitu dua pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan St George, Neoh Xin Ee (rabun) yang memperoleh 7A dan Chew Sui Teng (buta) mendapat 6A 1B manakala seorang lagi dari SMJK Jit Sin, Khor Wei Quan (rabun) mendapat 7A 1B. Sembilan sekolah memperoleh kelulusan 100 peratus iaitu SMK Bukit Jambul, Sekolah Menengah (SM) Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, SM Sains Kepala Batas, SMK P) St George, SMK Datuk Onn, SMKA (P) Al-Mashoor, SMK Tinggi Bukit Mertajam, SMJK Chung Ling dan SMK Seri Nibong. Di KEDAH, seramai 2,083 daripada 35,054 calon mendapat semua A dalam peperiksaan PMR di negeri itu, namun keputusan itu menurun berbanding 2,276 calon pada tahun lepas. Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Rooslee Ismail berkata peratusan calon yang mendapat pencapaian tahap minimum bagi semua mata pelajaran juga menurun daripada 66.14 peratus pada tahun lepas kepada 64.26 peratus tahun ini. Di PERAK, pencapaian calon PMR dalam 15 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun berdasarkan GPN iaitu 2.73 mata berbanding 2.74 mata tahun lepas. Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran negeri Abdul Ghani Mohamad Niza berkata pencapaian calon cemerlang yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran menurun sebanyak 337 orang iaitu daripada 3,513 orang pada tahun lepas kepada 3,176 orang tahun ini. Antara sekolah yang mencatatkan keputusan cemerlang ialah Kolej Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Menengah Sains Tun Azlan Shah, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Tapah dan SMK Raja Permaisuri Bainun. Di TERENGGANU, 27 buah sekolah berjaya mendapat Gred Purata Sekolah cemerlang dalam peperiksaan PMR tahun ini berbanding 26 buah sekolah pada tahun lepas. Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu Hashim Mohd Zin berkata pencapaian gemilang semua A dicatatkan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut dari tahun 2009 (7.12 peratus), 2010 (7.81 peratus) dan 2011 (8.95 peratus, namun pada tahun ini berkurangan sebanyak 1.81 peratus kepada 7.15 peratus. Seramai 23,025 calon menduduki peperiksaan PMR tahun ini berbanding 23,157 pada tahun lepas iaitu pengurangan sebanyak 9.29 peratus. Di JOHOR, keputusan PMR tahun ini merupakan pencapaian terbaik untuk kali keempat berturut-turut dengan gred purata negeri 2.69 mata walaupun hanya 3,916 pelajar sahaja daripada 58,324 calon yang mendapat semua A dalam mata pelajaran. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Mohd Nor A. Ghani berkata Johor merekodkan keputusan terbaik dengan 6.29 peratus, melepasi gred purata kebangsaan bagi pelajar yang mendapat semua A dalam mata pelajaran mereka. Beliau berkata 68.89 peratus pelajar di negeri ini mendapat keputusan yang baik dalam mata pelajaran Matematik, Sains, English dan Bahasa Malaysia. Di PAHANG, keputusan PMR tahun ini merupakan pencapaian terbaik negeri ini dalam tempoh tiga tahun berdasarkan GPN dengan mencatatkan 2.64 mata berbanding pada 2011 iaitu 2.65 mata dan 2010 (2.66). Ketua Sektor Perkiraan dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Pahang Hashim Mohd Zayat berkata 1,398 daripada 25,686 calon mendapat semua A, manakala 15,850 pula berjaya menguasai semua mata pelajaran. Hashim berkata GPMP turut mencatatkan peningkatan kecuali Bahasa Inggeris, Sains, Bahasa Tamil dan Pendidikan Islam. Beliau berkata 11 daripada 22 Sekolah Rancangan Khas di Pahang mendapat keputusan 100 peratus dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib muncul sebagai sekolah terbaik. Di MELAKA, seramai 982 daripada 15,015 calon mendapat A bagi semua mata pelajaran, merangkumi 134 calon yang memperoleh 8A, 506 calon mendapat 7A dan 58 calon lagi 6A. Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka Abdul Mutalib Osman berkata GPN Melaka kekal pada 2.64 dan ini lebih baik berbanding 2.77 bagi tahun 2008, 2.67 pada tahun 2009 dan 2.65 pada 2010. Selain itu, tiga buah sekolah iaitu SM Sains Muzaffar Shah, SMK Tinggi Perempuan Melaka dan SMK Iskandar Shah mencatatkan pencapaian membanggakan melibatkan 100 peratus calon menguasai sekurang-kurangnya D semua mata pelajaran). Di SARAWAK, seramai 1,781 calon daripada 38,856 calon PMR mendapat semua A berbanding 1,948 calon pada tahun lepas, kata Pengarah Pelajaran negeri Abdillah Adam. Katanya pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR di Sarawak menunjukkan sedikit penurunan sebanyak 1.8 peratus kepada 67.17 peratus daripada 68.97 peratus tahun lepas. Lapan buah sekolah yang mencapai 100 peratus bagi semua mata pelajaran ialah Sekolah Sains Kuching, Sekolah Menengah Sains Miri, Sekolah Seni Kuching, Maktab Rendah Sains Mara Mukah, Sekolah Menengah Lodge, Kuching dan Sekolah Menengah Tunku Putra Kuching. Di MELAKA, Seramai 982 daripada 15,015 pelajar yang menduduki peperiksaan PMR di Melaka memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran. Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka Abdul Mutalib Osman berkata pencapaian keseluruhan calon PMR di negeri itu adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun berdasarkan nilai GPN iaitu 2.64. Sementara itu, seorang daripada pelajar cemerlang, Muhammad Daniel Idrus dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tinggi Cina Melaka tidak menjadikan bahasa sebagai penghalang untuk memperoleh keputusan 9A dalam PMR. "Saya meminati bahasa Cina dan akan membuat latihan dengan rakan dan guru di sekolah bagi membantu saya menguasai bahasa ini," katanya. Di KANGAR, Perlis mencatat kemerosotan 3.47 peratus kelulusan pada peperiksaan PMR tahun ini kepada 60.23 peratus berbanding tahun 2011 iaitu 63.70 peratus. Pengarah Pelajaran Perlis Dun Kasa berkata kemerosotan turut berlaku pada jumlah calon yang mencapai tahap cemerlang yang memperolehi 7A, 8A dan 9A apabila 244 calon berjaya mencatat kecemerlangan itu berbanding 327 calon pada tahun lalu. Tiga buah sekolah mencapai kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma dan SMK Datuk Sheikh Ahmad. Di KELANTAN, seramai 1,655 calon atau 5.79 peratus mencatat keputusan A dalam PMR tahun ini berbanding 2,140 calon atau 7.37 peratus pada 2011. Pengarah Pelajaran Kelantan Hussin Awang berkata peratusan calon yang mencapai tahap penguasaan minimum iaitu D atau lulus bagi semua mata pelajaran turut menunjukkan penurunan iaitu 65.80 peratus tahun ini berbanding 67.73 tahun lepas membabitkan 18,807 calon. Di SELANGOR, sejumlah 6,739 daripada 78,665 calon mendapat keputusan semua A iaitu berkurangan 832 calon berbanding keputusan pada 2011. Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor Mohd Salleh Mohd Kassim berkata jumlah calon yang mendapat keputusan minimum D (tidak termasuk semua A) di negeri itu mencatatkan peningkatan 1,920 calon pada tahun ini iaitu seramai 51,326 orang berbanding 49,406 orang pada tahun lepas. Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor mencatatkan peratus lulus terbaik iaitu 100 peratus manakala Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor merupakan sekolah yang mencatat gred purata sekolah terbaik iaitu 1.02. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
































0 ulasan:
Catat Ulasan