Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Gambar Acong Sweet Child Bernikah Dengan Peminat Bernama Marya Zuraida Posted: 19 Dec 2012 05:52 PM PST Acong dan isterinya Marya selepas majlis pernikahan mereka pada Sabtu lalu di Masjid Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah. Selepas 10 tahun menduda hati penyanyi juga pelakon, Acong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manan, 39, terbuka untuk bernikah semula selepas melihat ramai kenalan rapatnya memiliki keluarga sendiri.Penyanyi kumpulan Sweet Child itu memilih peminatnya sendiri bernama Marya Zuraida sebagai isteri selepas mengenali hati budi wanita berusia 31 tahun kira-kira dua tahun lalu dan mengambil keputusan tersebut kerana keserasian dan sikap memahami di antara satu sama lain.
Sebetulnya Acong dan Marya sudah berkenalan sejak 14 tahun lalu ketika penyanyi itu terlibat dalam sesi promosi album kumpulan Sweet Child di Kuantan, Pahang. Namun mereka terpisah tetapi kembali rapat menerusi laman sosial Facebook pada 2010. Sementara itu Marya berkata dia tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan Acong. Pintu hati janda anak satu itu terbuka untuk berumah tangga semula selepas lima tahun bergelar ibu tunggal. Dia terpikat dengan sikap Acong yang kuat bekerja dan menerima anak perempuannya Qistina Yasmin yang berusia enam tahun. Pasangan itu diijabkabulkan di rumah pengantin perempuan pada Sabtu lalu, kira-kira pukul 11 pagi di Masjid Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah dengan sekali lafaz.Acong menghantar tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan sementara mas kahwin pula sebanyak RM2,000. Bagaimanapun, kedua-dua mempelai enggan mendedahkan jumlah wang hantaran. Majlis pernikahan di kampung halaman Marya yang juga seorang pelakon tambahan dan krew produksi itu mendapat tajaan Azie De' Touch dan dihadiri lebih 400 tetamu. Acong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manan, 39, pula berkata, hatinya terbuka untuk berumah tangga selepas 10 tahun menduda selepas melihat ramai kenalan rapatnya memiliki keluarga sendiri. Ujarnya, selepas mengenali hati budi Marya kira-kira dua tahun lalu, dia mengambil keputusan tersebut kerana keserasian dan sikap memahami di antara satu sama lain.
Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi kedua di sebelah pihak lelaki pada 24 Disember ini di Pusat Komuniti Bukit Damansara dekat sini. Majlis resepsi ketiga bagi meraikan rakan-rakan industri dan media akan diadakan pada 3 Januari 2013 di Shah Alam. Mereka dijangka terbang berbulan madu ke Beijing, China pada 1 hingga 6 Februari 2013. Cantik isteri Acong ni. Macam pelakon je. Selamat pengantin baru untuk Acong dan isteri. Selamat berbulan madu. Komen via Facebook |
| Gossip Rozita Che Wan Bertunang Dengan Shah Iskandar Posted: 19 Dec 2012 04:45 PM PST Pelakon Rozita Che Wan tak putus-putus bikin berita panas dan Budiey akan sentiasa mengikuti perkembangan tentang Cik Ta walau ada yang jemu untuk membacanya. Ini kerana Cik Ta dianggap pelaris untuk majalah dan suratkhabar ketika ini. Jadi, kalau dah nama pelaris tu, menandakan ramai yang nak baca, kan? Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Rozita tak habis-habis dikaitkan dengan gosip bercinta dengan lelaki muda yang kacak. Terkini aktres jelita itu dikatakan menjalin hubungan pula dengan pelakon yang semakin dikenali ramai, Shah Iskandar atau nama sebenarnya, Shah Iskandar Mahfuz sejak mereka digandingkan dalam dua telefilem.Beberapa hari lepas, Budiey ada terbaca dalam akhbar Berita Harian, Cik Ta memberitahu dia dan pelakon kelahiran Singapura itu sebenarnya telah bertunang. Wow! Kerlas… tak kasi tau kita pun Cik Ta dah bertunang. Seronoknya Shah Iskandar kalau berita ini satu kebenaran.Tapi, realiti yang berlaku bukan begitu ya. Jangan salah sangka kerana apa yang diberitahu Cik Ta itu hanya selorohnya sahaja. Sebetulnya, Cik Ta menjadi tunang kepada Is hanya dalam telefilem Anak Ikan arahan Rashid Sibir untuk siaran Astro Prima pada 25 Disember ini. Cik Ta berlakon sebagai Idora dan Shah Iskandar sebagai Syed. Teman rapat Cik Ta iaitu Zain Saidin pun turut berlakon sebagai Kamal yang menjadi 'anak ikan' kepada Idora. Bagaimana pula status hubungan rapat Cik Ta dengan Zain dan Is? Jelas Cik Ta, "Kita orang berkawan baik atas tiket sebagai rakan sesama artis."Pelakon Shah Iskandar mengakui berasa selesa berdampingan dengan aktres Rozita Che Wan kerana sikap wanita itu yang ceria dan berfikiran positif.
Menurut Shah, sikap mesra Rozita yang dikenali selepas mereka berlakon dalam dua telefilem iaitu Kiah Ke Jepun dan Anak Ikan serta drama bersiri Kiah Spy sekitar tiga bulan lalu menyenangkannya.
Terdahulu sebelum ini, Shah menyangkal dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan istimewa dengan Rozita sejak terlibat dalam penggambaran bersama sehingga menimbulkan perasaan cemburu kepada aktor Zain Saidin. Diusik mengenai perkembangan hubungan itu, Shah berkata, keintiman mereka bagaimanapun hanya berlaku di lokasi penggambaran dan tidak berlanjutan sehingga ke luar.
Aktor yang berasal dari Singapura itu berkata, dia menghadapi gosip tersebut dengan tenang biarpun terus dihujani pelbagai persoalan mengenai cerita itu.
Terbaru, Shah sedang terlibat dalam penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Cinta Agra untuk RTM. Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












0 ulasan:
Catat Ulasan