OHBULAN! |
| Undi : Siapakah Paling Layak Memegang Gelaran Juara “Vokal Bukan Sekadar Rupa 2″? Posted: 19 Dec 2012 09:31 PM PST
Semalam, Vokal 2 telah menyingkirkan dua pesaing hebat iaitu Nadeera dan Yus sekaligus mengekalkan Uchop dan Mar untuk beraksi di pusingan akhir Vokal 2. Kedua-dua penyanyi yang mempunyai suara yang mantap dan unik ini bakal merebut gelaran juara dan wang tunai berjumlah RM100 ribu. Sebagai penonton setia Vokal 2, anda pasti sudah tahu bahawa program ini masih mengekalkan format pemarkahan kepada dua bahagian iaitu 50% daripada juri profesional dan 50% melalui undian SMS. Namun di OHBULAN!, anda adalah juri dan anda juga boleh mengundi! Jawapan ditangan anda, mari mengundi! Mar – Sebelah Jiwaku Uchop – Biasan |
| Video : Anak Lelaki Victoria & David Beckham Jadi Model Burberry Posted: 19 Dec 2012 08:37 PM PST
Jika anda rasa diri anda sudah layak menjadi seorang model, bandingkan dulu diri anda dengan budak lelaki dalam video selepas ini. Baru berusia 10 tahun, Romeo Beckham sudah pun mengorak langkah pertamanya apabila menjadi model iklan bagi jenama pakaian, Burberry. Anak kepada David & Victoria Beckham ini sememangnya mempunyai bakat seperti ibu dan bapanya juga. Melalui video berdurasi 34 saat yang baru dilancarkan 2 hari lepas, dapat kita lihat Romeo tampil memakai 'trench coat' lengkap berkasut kulit berjalan, kemudian menghalakan muncung payungnya kearah model dewasa. Apa pun, Romeo kelihatan kacak bergaya walaupun umurnya baru berusia 10 tahun. |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Selepas mengharungi beberapa minggu yang penuh cabaran, akhirnya, juara untuk rancangan realiti "Vokal Bukan Sekadar Rupa (VBSR) 2″ bakal ditentukan dalam pusingan akhir yang akan berlangsung pada 26 Disember (Rabu) ini secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam, dari jam 9 – 11 malam .





0 ulasan:
Catat Ulasan