OHBULAN! |
Elak Orang Ramai Bertelagah, Yuna Zarai Tarik Semula Foto Nampak Pusat Posted: 29 May 2014 09:42 PM PDT Isu & Kontroversi Thumbs up buat Yuna Zarai! Bukan sahaja sinarnya bergemerlapan di dalam negara, malah nama Yuna kini sudah mula menjadi perhatian di arena antarabangsa. Namun, tidak sah jika seseorang selebriti itu tidak ditimpa kontroversi bukan? Terkini, foto Yuna mengenakan busana menampakkan pusat telah menerima kecaman orang ramai yang menganggap wanita itu seakan-akan mempermainkan imej berhijab. Mengakui bahawa foto tersebut dimuat naik sendiri olehnya, Yuna menerusi temubual dengan Kosmo! Online memberitahu bahawa dia telah pun menarik semula gambar itu demi mengelakkan orang ramai bertelagah. Yuna dengan isu imej berhijab yang seakan tidak pernah habis!
Yuna juga memberitahu bahawa foto tersebut sebenarnya telah diedit oleh pihak tidak bertanggungjawab dan seterusnya diedarkan menerusi laman sesawang.
Yuna turut menambah bahawa dia menganggap bahawa dugaan yang dihadapinya ini sebagai satu lumrah kehidupan dan terbuka untuk menerima sebarang teguran. P/S: Nasib baik lah foto itu di edit di bahagian pusat sahaja, kalau buatnya orang tidak bertanggungjawab itu mengedit seluruh tubuh bagaimana agaknya ya? Kredit foto: Instagram Yuna Zarai |
Dia Terlalu Muda, Lelaki Lambat Matang – Abby Abadi Dedah Punca Masalah Rumahtangga (Video) Posted: 29 May 2014 08:40 PM PDT Isu & Kontroversi Masalah rumahtangga Abby Abadi yang dibina buat kali kedua dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar akhirnya diketahui umum apabila pasangan itu telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam bagi memfailkan pengesahan cerai. Seperti biasa, ramai masyarakat berlumba-lumba mengeluarkan hujah masing-masing mengenai punca pergolakan rumahtangga mereka, tak kurang juga yang menuding jari kepada Abby. Artikel berkaitan: Tapi kalau anda nak tahu, Abby sendiri mengakui usia Farhan yang terlampau muda merupakan salah satu faktor mengapa hubungan suami isteri mereka tidak berjaya diselamatkan.
Namun apa yang patut dipuji ialah sikap Abby yang tidak melenting atau melatah berkenaan perceraian ini, tak seperti keperibadiannya sebelum ini yang lantang bersuara mengenai sesuatu isu di laman sosial. Malah, bekas anggota kumpulan Elite ini juga mengakui Farhan adalah seorang lelaki yang baik dan menyalahkan dirinya sendiri kerana gagal memperbaiki keadaan.
Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thai dan telah disahkan di Kelantan. Terdahulu, Abby pernah melangsungkan perkahwinan dengan Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan