- Blog Hanz - |
- Kunci Kesihatan Anda
- 10 Aktiviti Rapatkan Hubungan Kekeluargaan
- Cara Wanita Menilai Lelaki
- Obsesi Trend “Thigh Gap”
- Khasiat Rempah dan Herba
- Cara Efektif Hilangkan Bintik Hitam
- Habit Yang Merosakkan Rambut
- Kemana Halatuju Baju Lama?
- Cadangan Bentuk Cincin Pertunangan
- 10 Tertib Ketika Berbual
- 10 Jualan Album Terlaris di Pasaran Antarabangsa Sepanjang Zaman
- 10 Umpan Paling Popular Kaki Pancing
- 10 Fonomena Alam Menakjubkan di Dunia
Posted: 28 May 2014 12:12 PM PDT Tahukah Anda ? Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat. Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula. Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi. Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya. Pencegahan lebih baik dari pengubatan. Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal. Cuba renungkan. Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku. Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik untuk menyedari bahawa tubuh anda memerlukan penjagaan. Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak? Tahukah anda bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit? Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha Pencipta dan dikenali sebagai sistem imun tubuh. Sistem imun tubuh bekerja pada setiap saat tanpa henti bagi melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri. Setiap hari kita berdepan dengan serangan mikro organisma yang terdiri dari berjuta jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130 lebih parasit dan lebih dari dua ribu jenis virus. Selain dari itu terdapat lebih dari dua ratus jenis sel kanser dan setiap dari kita terdedah kepada serangannya. Justeru dalam setiap saat kehidupan kita, yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan berulang atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah. Adakah anda juga tahu bahawa sistem imun kita menjadi semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat? Faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah tidak cukup rihat, stres, makanan berproses, pertanian moden (makanan hilang khasiat), bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput rumpai).Memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dll. Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik, sama ada terlebih atau terkurang tindakbalas, boleh membawa kepada berbagai jenis penyakit. Sebagai contoh, terlebih tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit auto-imun seperti diabetes jenis 1, artritis reumatoid, slerosis berganda dan lupus. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit seperti kanser, HIV, hepatitis dan kayap. Terlebih tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada penyakit di bawah kategori alahan seperti rinitis, lelah, ekzema dan sinusitis. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada infeksi. Memperkasakan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat. Ramai yang percaya bahawa makanan seimbang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan. Apa yang sebenarnya anda faham mengenai makanan seimbang? Renungkan fakta berikut:
Adakah anda masih percaya yang anda boleh mendapatkan makanan seimbang? |
10 Aktiviti Rapatkan Hubungan Kekeluargaan Posted: 28 May 2014 12:10 PM PDT 10 idea aktiviti yang boleh anda sekeluarga lakukan dalam usaha mengekalkan keharmonian keluarga anda. 1- Road Trip Meluangkan masa yang panjang dalam kereta sewaktu menuju ke destinasi kembara pasti menyeronokkan. Waktu inilah anda sekeluarga dapat berbual, dan setiap ahli keluarga dapat memberikan perhatian sepenuhnya. 2- Menonton Wayang Mungkin anda boleh tetapkan sekurang-kurangnya dua kali sebulan anda sekeluarga akan meluangkan masa bersama untuk menonton filem yang sedang hangat ditayangkan. Ia antara aktiviti hiburan yang sesuai untuk semua. Pastikan filem pilihan diklasifikasikan sebagai 'U' ya. 3- Permainan Interaktif Anda tentu pernah melihat adegan satu keluarga bermain Uno di dalam filem? Penuh dengan kegembiraan bukan? Anda pun boleh juga. Boleh juga cuba permainan lain seperti Monopoly, Scrabble dan sebarang permainan kad. 4- Bercuti Tiada apa yang lebih menyeronokkan selain dapat meluangkan masa bercuti bersama keluarga. Berkelah di pantai ada kalanya sudah memadai. 5- Aktiviti Lasak Lakukan aktiviti luar bersama seperti rock climbing, ataupun sukan air bersama. Walaupun tidak semua ahli keluarga punya kemahiran melakukannya, namun sokongan dari ahli keluarga yang lain pasti mengeratkan lagi hubungan. 6- Makan Besar Sebulan sekali apa kata anda makan besar bersama keluarga, juadahnya lebih istimewa dan variety berbanding makan malam biasa. Inilah masa untuk anda kumpulkan semua ahli keluarga, jadikan ia aktiviti wajib sekali dalam sebulan. Lebih seronok jika dapat masak bersama. 7- Kerja Amal Jika ada masa apa kata anda sekeluarga lakukan kerja amal seperti menolong membersihkan rumah orang tua, melawat pesakit kanser di hospital dan sebagainya. Tentu anda pernah melihat gambar-gambar di Instagram milik Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Puan Pahang yang memaparkan gambar beliau sekeluarga giat membantu mangsa banjir dengan menyediakan juadah. 8- Bargain Hunting Hari ini banyak jualan gudang berlangsung, jadikan ia sebagai peluang untuk anda sekeluarga membeli-belah dengan mendapatkan barang seperti buku, pakaian, perkakas rumah dan permainan pada harga luar biasa. 9- Spa Di Rumah Sebagai anak apa kata anda beri urutan kepada kedua-dua ibu bapa anda. Boleh juga pakaian pupur muka, lakukan pedicure dan manicure dan sebagainya. Boleh juga anda solekkan ibu anda yang bercadang menghadiri majlis istimewa. 10- Bersenam Lakukan senaman ringan bersama seperti joging atau berjalan di pusat rekreasi ataupun lakukan aerobik bersama sambil mengikut gerak tari video yang dimainkan. Berkebun juga salah satu option yang boleh dipertimbangkan. |
Posted: 28 May 2014 12:07 PM PDT Pabila seseorang wanita mendekati seseorang lelaki, ada beberapa perkara yang mereka perhatikan. Biasanya ciri-ciri yang mereka perhatikan inilah yang menjadi faktor mengapa mereka tertarik kepada anda. 1- Bau tubuh – wanita suka lelaki yang menjaga kebersihan diri mereka. Bau harum tubuh dengan percikan haruman yang maskulin tentu menjadi markah tambahan buat lelaki. 2- Ketinggian – lelaki yang dilahirkan dengan bentuk tubuh yang tinggi biasanya tampak lebih outstanding. 3- Postur badan – Lelaki yang tegap dan segak sewaktu berjalan memang mudah membuat wanita tertarik. 4- Otot lengan – Tidak hairan mengapa semakin ramai lelaki mendaftarkan diri ke gimnasium, semuanya kerana lengan yang berotot buat mereka mendapat lebih perhatian. 5- Kebolehan berjenaka – tidak semua insan bertuah dilahirkan dengan sense of humor. Gunakannya dengan baik jika anda antara lelaki terpilih dikurniakan kebolehan ini. 6- Rahang – wajah lelaki yang 'sharp' dengan rahang yang tajam menonjolkan bentuk wajah yang lebih maskulin. 7- Senyuman - barisan gigi yang tersusun dan putih menyerlahkan senyuman. Jadi jagalah kebersihan mulut anda kerana dari senyuman mungkin anda bisa menawan hati wanita idaman anda. |
Posted: 28 May 2014 12:05 PM PDT Thigh gap atau lebih dikenali sebagai jurang antara paha di bahagian atas kaki walaupun kaki berdiri bersentuhan antara satu sama lain di bahagian bawah. Bagi wanita, thigh gap seperti satu bentuk badan yang cantik dan feminin. Lebih-lebih lagi apabila memakai skinny jeans. Thigh gap hanya ada pada sesetengah wanita yang mungkin ada pada diri mereka kerana genetik atau bentuk tulang pinggang yang besar. Pernah satu ketika pada tahun lalu, thigh gap kian menjadi trend di kalangan remaja perempuan yang sanggup tidak makan dan minum semata-mata untuk mendapatkan thigh gap yang sebenarnya lagi membahayakan nyawa mereka apabila tiada makanan atau minuman yang di ambil. Trend thigh gap berleluasa sejak sebuah acara pertunjukan fesyen pakaian dalam yang menampilkan model-model dengan thigh gap yang menjadi pujaan remaja wanita di Amerika Syarikat. Menurut pakar Claire Mysko, dari National Eating Disorder Association sebilangan wanita sanggup bertungkus lumus untuk mendapatkan rupa bentuk kaki yang sangat kurus ini dan mereka sanggup mengharungi diet yang sangat bahaya untuk mendapatkannya. Namun, kurus sebenarnya tidak bermaksud orang tersebut sihat dan fit kerana badan kita memerlukan diet yang sihat seimbang dan aktiviti yang baik untuk kesihatan badan dan bukan untuk mendapatkan thigh gap semata-mata untuk kecantikan atau mengikut peredaran trend pelik seperti ini. |
Posted: 28 May 2014 12:01 PM PDT Anda pasti sudah arif dengan khasiat yang terkandung dalam kebanyakan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan juga bahan makanan lain tetapi jarang ambil tahu berkenaan rempah ratus yang menjadi bahan perisa dalam amalan pemakanan seharian kita. Bagi menu orang Asia, tentunya penggunaan rempah dan herba antara satu kemestian dalam hidangan lazim seperti rendang, kari, acar sehinggalah penyediaan kuih muih tradisional. Secara tidak langsung, rempah yang dibawa dan diperkenalkan oleh saudagar India ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melaka dulu, ada kebaikannya dan HANZ senaraikan beberapa jenis yang sering anda gunakan dalam masakan. Serbuk cili – Sumber yang baik untuk vitamin A & C serta kaya dengan potassium dan zat besi. Ia melancarkan aliran darah, melegakan aliran pernafasan yang tersumbat, mengurangkan kolesterol, meningkatkan imuniti, mengelak jangkitan ulser dan mengurangkan risiko kencing manis. Pelaga - Sumber bagus untuk magnesium, serat dan zat besi selain zink, kalsium, vitamin C dan potassium. Ia bagus untuk detoks tubuh, memperbaiki buah pinggang, pundi kencing dan sistem penghadaman. Ia juga dikatakan bahan yang baik untuk hilangkan nafas berbau. Halia - Cukup dikenali sebagai bahan yang mampu mengurangkan motion sickness, pening, sakit perut dan boleh membantu arthritis kerana kaya dengan magnesium, potassium dan vitamin B6. Ia juga dikatakan membantu meningkatkan fungsi antibodi dan menggalakkan perpeluhan. Rosemary - melawan obesiti, penyakit hati, gastrik, penyakit kolesterol, penyakit berkaitan paru-paru seperti asthma dan edema Thyme – daun herba kering adalah sumber terbaik untuk vitamin K dan juga zat besi, kalsium, serat serta magnesium. Daun segar kaya dengan vitamin C. Ia juga dikatakan dapat membantu kesihatan otak sebagai pelindung sel dan antioksidan. Bawang putih – Bahan masakan ini dikatakan mengelakkan jangkitan kulat, mencegah jangkitan bakteria kerana ia kaya dengan magnesium, vitaminB1, B6 dan C selain kalsium, fosforus dan protein. Ia juga bagus untuk mengurangkan kolesterol dalam daran dan menurunkan tekanan darah. Bawang merah/besar - Sumber terbaik chromium, vitamin C, serat serta vitamin B6. Ia juga dikatakan dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular selain kesihatan tulang dan tisu sendi. Kayu manis - Rempah popular ini kaya dengan magnesium selain menjadi sumber zat besi, serat dan kalsium. Dipercayai dapat menurunkan kandungan gula dalam darah, meningkatkan kadar metabolisme, kawal dan memperbaiki kesihatan kardiovaskular. Kunyit - Ia membantu mengelakkan sel barah dari merebak, memperbaiki fungsi hati, mengurangkan kolesterol dan dikatakan mungkin membantu mengelakkan penyakit Alzheimer. Kunyit kaya dengan manganese, zat besi, vitamin B6, serat dan potassium. Paprika - Ia kaya dengan serat, vitamin A, B6, C, K dan E selain zat besi dan potassium. Ia bagus untuk menghalang penyakit berjangkit serta sebagai antioksidan. Parsli - Ia membantu meneutralkan bahan yang dapat mengelakkan ketumbuhan kerana ia kaya dengan vitamin A, K dan C selain zat besi dan folat. Ia juga bagus sebagai antioksidan, memperbaiki kesihatan jantung dan dikatakan baik untuk merawat sesetengah kanser dan arthritis. Oregano - Sebagai sumber terbaik vitamin K, ia adalah antara sumber semulajadi asid lemak Omega-3 selain kalsium, vitamin A dan C. Ia juga bagus sebagai anti bakteria dan antioksidan. |
Cara Efektif Hilangkan Bintik Hitam Posted: 28 May 2014 11:57 AM PDT Tentunya anda segan dan dalam masa yang sama geram dengan bintik-bintik hitam yang ada pada hujung hidung dan beberapa lagi kawasan wajah. Namun menghilangkannya bukan semudah membersihkan wajah dengan pencuci muka atau skrub, malah ramai yang berkunjung ke pusat kecantikan untuk sesi facial yang turut membuat proses extraction untuk mengeluarkan bintik hitam. Kini anda tak perlu bazirkan duit lagi kerana ada lima cara yang jauh lebih murah dan juga berkesan untuk anda lakukan sendiri di rumah. Jom cuba! Cara 1 Ambil telur putih mentah (pastikan tiada telur kuning tercampur), pukul sehingga kembang dan ratakan pada bahagian hidung yang ada bintik hitam. Letakkan lapisan nipis tisu diatasnya. Biarkan ia kering dan buang tisu tersebut. Bersihkan wajah seperti biasa dan sapu pelembap. Cara 2 Pukul 2 biji telur putih dan perah 1 camca teh jus lemon. Sapu pada wajah biarkan selama 15-20 minit dan bersihkan setelah ia kering. Cara 3 Campur satu camca teh baking soda, garam halus bersama pencuci muka gel. Ratakan pada wajah yang telah dibasahkan. Biarkan selama 5 minit dan bersihkan wajah. Cara 4 Perah jus lemon dan campurkan dengan baking soda sehingga ia menjadi pes. Ratakan pada bahagian bintik hitam selama 20 minit dan bersihkan dengan air sejuk. Cara 5 Potong buah lemon kepada separuh, letakkan beberapa titik madu di atas permukaan yang dipotong tadi. Kemudian sapu pada kawasan bintik hitam. |
Posted: 28 May 2014 11:55 AM PDT Rutin pengajaan mahkota anda sama ada berhijab ataupun tidak adalah sama pentingnya. Sama ada terlalu taksub menggunakan aneka produk atau tidak menjaganya langsung antara faktor yang mungkin mensabotaj kesihatan rambut anda. Ketahui jika amalan harian anda adalah penyumbang kepada rambut gugur dan kurang bermaya itu. Tak tahu jenis rambut Mungkin anda tahu rambut anda kerinting atau lurus tetapi ramai yang tidak tahu keperluan rambut pula sama ada perlukan lebih minyak atau lembapan atau sebaliknya. Minum lagi banyak air Tentu anda dah dengar fasal minum air lebih dari yang sepatutnya tetapi minum airlah yang dapat menyuburkan rambut. Secara tidak langsung ia melembapkan akar rambut dan memberikan sinar pada setiap helaian. Menggunakan produk yang salah Apabila tidak memahami jenis rambut, muncul pula masalah menggunakan produk yang tidak sesuai dengan rambut yang dimiliki ini. Ramai juga yang terperangkap dengan periklanan yang mendorong anda untuk mencubanya kerana menjanjikan rambut ikal berkilauan tanpa menghiraukan kesesuaiannya. Cara sikatan kasar Menyikat rambut kusut sebenarnya menyumbang kepada keguguran rambut. Sebaiknya cuba sikat ketika rambut basah terutama bagi rambut yang kerinting. Terlalu banyak produk Bagi yang obses dengan penjagaan rambut akan menggunakan bermacam-macam produk yang kebanyakannya mengandungi bahan kimia yang merosakkan lagi tekstur rambut. Tak jaga langsung Ada juga yang tidak hiraukan penjagaan rambut pula kerana sikap sambil lewa seperti guna saja syampu yang ada depan mata dan tak payah keringkan rambut atau menyisir kemas rambut yang dibiarkan kusut masai antara penyumbang rambut mudah rosak. Risaukan perkara yang remeh Ramai yang merungut dengan rambut yang lambat panjang tetapi sebaliknya anda patut beri tumpuan kepada kesihatan rambut dan membelainya dengan mengetahui cara penjagaan yang sesuai. Dapatkan nasihat dari pendandan yang betul-betul pakar dan ikhlas mengenai pendapatnya dan bukan sekadar menjual produk salun yang boleh mencecah ratusan ringgit! |
Posted: 28 May 2014 11:36 AM PDT Almari baju hampir nak penuh, tapi masih menambah koleksi. Kadang-kadang ada sesetengah baju yang tak buka tag lagi! Terperuk sahaja dalam almari tu. Mana tidaknya, lepas beli, terus campak dalam almari. Tu yang lupa ada baju baru tak pakai lagi! Sampaikan baju itu dah habis zamannya. Jadi apa perlu kamu buat? Ubah Suai (Alter) Untuk pakaian yang lama, mungkin ada lagi yang masih boleh dipakai. Kata orang, koleksi vintage. Mungkin ada beberapa bahagian yang tidak suai, dapatkan nasihat dari orang lain seperti teman-teman, ubah suai baju tersebut. Dari lengan panjang ke lengan pendek, yang labuh boleh kamu singkatkan, bergantung kepada keperluan semasa kamu. Simpan Dengan Elok Jangan dibuang pakaian yang masih elok! Putaran fesyen sekarang, selalunya akan balik semula ke zaman lalu. Fesyen lama akan diberi nafas baharu. Namun jika kamu punya koleksi yang hebat, apabila tiba waktunya, pasti pakaian kamu menjadi paling berharga. Simpan pakaian dalam beg plastik untuk mengelakkan dari berhabuk atau digigit lipas. Habuk mampu merosakkan kain kamu! Selain disimpan untuk dipakai masa akan datang, siapa tahu ia boleh diberikan kepada anak kamu bila mereka besar nanti. Golongan Yang Memerlukan Jika ada pakaian yang kamu tidak perlukan lagi dalam almari, pilih pakaian yang masih elok, basuh dengan bersih dan bungkuskannya. Berikan kepada mereka yang memerlukan. Sekurang-kurangnya kamu melakukan kebajikan untuk orang lain. Tapi ingat, jangan berikan pakaian yang terlalu lusuh dan koyak. Kain Buruk Untuk pakaian yang sudah terlalu lusuh dan buruk, daripada kamu buang begitu sahaja, apakata dibuat sebagai kain buruk. Setidak-tidaknya kamu telah jimat dan tak perlu beli napkin untuk lap tangan atau kain lap meja. Jual Akhir sekali, apa yang boleh kamu buat dengan pakaian lama, pilih mana-mana pakaian yang masih elok dan jual dengan harga yang berpatutan. Setidak-tidaknya kamu akan dapat pulangan sedikit dari hasil jualan itu. |
Cadangan Bentuk Cincin Pertunangan Posted: 28 May 2014 11:33 AM PDT Mungkin ada antara kamu yang sedang merancang untuk mengadakan majlis pertunangan awal tahun ini. Selain dari senarai semak untuk majlis tersebut, mungkin ada yang buntu tidak tahu untuk memilih cincin yang sesuai untuk dijadikan sebagai cincin pertunangan. Kebiasaannya orang memilih cincin belah rotan untuk dijadikan sebagai cincin pertunangan kerana bentuknya yang polos dan tidak sarat dengan batu permata. Terpulang kepada individu samada sukakan emas putih atau emas kuning. Jika kamu gemarkan cincin yang mempunyai batu permata, boleh memilih batu yang ditanam kedalam cincin atau dihias dikelilingnya. Bergantung kepada bajet cincin kamu. Cincin sebegini sesuai dipadankan dengan cincin kahwin yang mempunyai batu permata sebiji. Ada juga yang menggemari cincin yang sedikit sarat dengan batu permata. Ada pelbagai pilihan bentuk yang menarik buat kamu antaranya, princess cut, pear cut, heart shape, dan tentunya round cut. |
Posted: 28 May 2014 11:25 AM PDT Pantang ada masa terluang, mulalah mencari-cari teman untuk berbual. Kerja bertimbun pun belum siap, tapi masih mencari masa untuk bercakap dan bercakap. Kalau si gadis bolehlah diterima, tetapi kalau ada si lelaki Maskulin sebegini, anda dianggap sungguh menjengkelkan. Ramai orang fasih dan petah bercakap, tetapi semakin banyak mereka bercakap, semakin banyak mereka menyakitkan hati orang yang mendengar. Borak-borak, sembang, berbual apa jua istilahnya pasti ia melibatkan hubungan antara 2 hala...kalau dilakukan secara keseorangan ada kemungkinan bakal dilabelkan sebagai gila.. 1 - Bercakap dan berhenti bila perlu Susah juga rasanya kalau sudah mula berbual. Mula-mula angguk ahaja, tetapi lama- kelamaan susah untuk berhenti. Aduh! Lagi-lagi dapat kawan yang memang kaki berbual. udahnya anda juga turut terpengaruh. Seharusnya anda mesti mengingatkan diri sendiri lokasi di pejabat ukanlah tempat untuk meluahkan masalah atau tempat untuk berbual-bual panjang walaupun anda tidak anyak kerja. Mungkin anda diperhatikan oleh orang atasan, jadi jangan lupa berhenti sebelum terbabas jauh. 2 - Tahu Batasan Berbual Dengan Ketua Biarpun jika di luar pejabat dia adalah seorang kawan susah dan senang,mungkin personaliti di pejabat sangat berbeza. Janganlah kerana dia seorang yang lembut dan gemar berbual, mulalah anda mengambil kesempatan untuk bersembang kosong. Biarpun dia kawan karib anda, dia tetap bos di pejabat. Jadi bertindaklah sebagai seorang yang profesional. Hormati dia sebagai rakan dan juga majikan di tempat anda. 3 - Kurangkan 'Volume' Suara Anda Bayangkan tempat yang tertutup dengan keluasan yang tidak seberapa, anda bercakap melebihi had. Belajar menghormati orang sekeliling yang sedang melakukan sesuatu dengan tenang. Mengurangkan nada suara tidak bermaksud kamu harus bercakap seperti berbisik, tetapi cukuplah sekadar bercakap dengan suara yang normal mengikut tempat dan situasi. 4 - Elakkan berbual tentang keburukan orang Cuba untuk bertindak sebagai seorang yang matang. Biasanya kalau berkumpul, tidak sah kalau tidak bercakap tentang hal yang melibatkan keaiban orang. Apa yang perlu anda buat ialah beri tumpuan pada tujuan asal perbincangan agar tidak tersasar. Perlu ngat, kalau anda bercerita tentang keburukan orang, kelak diri anda yang akan menjadi 'mangsa' perbualan. Jika keadaan dan orang sekeliling yang menjadi faktor utama, pastikananda menghindari jauh-jauh orang seperti ini. Buat-buat sibuk ataupun tukar topik yang lebih penting. Bukan apa, kelak diri anda yang dianggap berperangai sama dengan mereka, biarpun niat sekadar ingin bersembang. 5 - Peka dengan bahasa badan Gaya badan memang sangat mempengaruhi seseorang ketika bercakap. Cuba anda bayangkan kalau anda bercakap dengan nada manja, pasti bahasa badan juga berbeza dengan gaya biasa. Mungkin tangan memintal-mintal tali gagang telefon ataupun kaki menguis-nguis sesuatu di lantai. Bukan tidak boleh bercakap ataupun berbual-bual dengan gaya begini, tetapi anda harus bersedia untuk dicop sebagai seorang penggoda. Itu belum lagi apa yang dibualkan. 6 - Lakukan kerja lain dalam satu-satu masa " Sambil menyelam minum air'. Kesibukan bekerja ataupun dan urusan lain tidak menghalang anda untuk berbual-bual atau bersembang. Kekadang ada kawan yang seakan tidak memahami waktu kemuncak pada hari bekerja. Masa itulah diajaknya bersembang tanpa mengira kesibukan orang lain.Hmm..Mungkin anda boleh melayan sekejap karenah mereka tanpa perlu mengecewakan mana-mana pihak, tetapi dengan syarat lakukan kerja anda sebagai ' isyarat' anda benar-benar sibuk! 7 - Elak perbualan yang memaki hamun Pelajari cara terbaik untuk berbual dengan cara yang baik. alaupun anda menghadapi orang yang benar-benar membuatkan anda sakit hati, belajarlah untuk bercakap dengan nada yang sopan tanpa perlu memaki hamun. Biarpun sikap seseorang menjadikan anda tiada 'mood' untuk meneruskan kehidupan seharian. Sentiasalah berfikir positif tentang apa yang bakal berlaku. Buat si lelaki, walaupun pun si gadis buat anda marah, janganlah anda membalas balik dengan memaki hamun. Jadilah si maskulin yang berhemah ya! 8 - Kurangkan bercerita tentang diri sendiri Elak untuk menceritakan apa saja hal berkaitan diri kita kerana boleh membawa pada sikap yang melampau batas dan adakalanya seperti 'mengangkat bakul sendiri'. Mungkin anda boleh bertanya tentang diri orang lain, kehidupan mereka, kerjaya mereka. Bongkarkan kisah pencapaianpencapaian mereka, bagaimana mereka bekerja keras dalam membina kesenangan hidup dan sejarah keluarga mereka. Jangan sesekali menyentuh soal peribadi kecuali mereka sendiri yang memulakan. 9 - Belajarlah untuk memuji dengan ikhlas Memuji seseorang dalam berbual-bual memang harus ada sebagai cara untuk kita mengambil hati dan menarik perhatian orang lain. Tapi, jangan terlalu memuji hingga ia bertukar menjadi seperti satu sindiran. Puji dia seadanya. Mungkin anda boleh memuji dua atau tiga kali sahaja, tetapi jangan terlebih kerana anda akan dilihat sebagai orang yang suka mempermainkan perasaan orang, mengejek-ejek dirinya dan pencapaiannya. |
10 Jualan Album Terlaris di Pasaran Antarabangsa Sepanjang Zaman Posted: 28 May 2014 11:14 AM PDT Jualan album di dunia sememangnya sesuatu yang fonomenal... Namun saban hari industri album cd ini kian menipis kerana dibebani dengan salahlaku pirate dunia cetak rompak.. Jom kitatgk 10 Jualan Album Inggeris Hollywood Paling Laris sepanjang zaman... 10-Fleetwood Mac – Rumors 40 Million 1997 Country / Pop 9-Bee Gees / Various artists - Saturday Night Fever 40 Million 1977 Rock 8-Backstreet Boys - Millennium 40 Million 1999 Pop 7-Various artists – Dirty Dancing 42 Million 1987 Soundtrack 6-Eagles - Their Greatest Hits (1971–1975) 42 Million 1976 Rock 5-Meat Loaf - Bat Out of Hell 43 Million 1977 Rock 4-Whitney Houston / Various artists - The Bodyguard 44 Million 1992 Soundtrack 3-Pink Floyd – Dark In The Moon 45 Million 1973 Progressive rock 2-AC DC – Back In Black 49 Million 1980 Hard rock / Heavy metal 1-Michael Jackson – Thriller 110 Million 1982 Pop / Rock / R&B |
10 Umpan Paling Popular Kaki Pancing Posted: 28 May 2014 10:59 AM PDT Umpan ialah sesuatu yang dilekatkan pada kail (di bubuh pada perangkap dan lain-lain) untuk memikat atau menangkap ikan. Tidak ada masa atau penentu bilakah masanya joran ataupun perangkap yang digunakan oleh pemancing akan mengena ikan yang di umpan. Lain padang lain belalangnya, kesuaian umpan pastinya memainkan peranan penting dalam menjerat jenis ikan yang ingin diburu.. Kalau nak jerat ikan haruan tapi guna gewang macamana la cara nya plak tu kan.. tak gena gaya sungguh..!! Apa yang pasti pelbagai jenis umpan di gunakan untuk memikat ikan supaya sangkut pada kail joran..!! So nak tau Umpan mana yang menjadi feveret dalam pancingan kaki2 pancing, 10 - Belalang Satu lagi umpan semulajadi yang akrab dengan padang pancing di kampung-kampung terutamanya kawasan bendang. Lokasi terbaik ingin mencarinya adalah di kawasan pokok-pokok keladi dan rumput di tepian parit sungai atau kawasan padang ragut. Umpan ini juga dianggap salah satu 'set lengkap' pembelajaran pemancing kanak-kanak sebelum dia menginjak alam dewasa. Ikan target: Semua jenis ikan 'darat' atau ikan sawah. Cara digunakan: Buang kedua belah kaki belalang dan cangkukkan sahaja pada mata kail. Lokasi sesuai: Parit yang ada kiambang, kangkung air, tali air sawah padi. 9 - Biji Kelapa Sawit Umpan yang sinonim untuk pancingan kelah bersaiz besar. Paling terbaik, cari sawit yang betul-betul masak dan berminyak atau sawit yang direndam 4-5 hari sehingga mengeluarkan aroma bau tengik. Tetapi bukan mudah senang untuk menewaskan kelah, kerana ia perlu dirasuah (dipanggil untuk berkumpul pada datu lokasi) terlebih dahulu di satu lokasi, selain memancingnya dalam persekitaran yang senyap dan penuh penyamaran. Ikan target: Kelah. Cara digunakan: Cangkukkan terus mata kail pada sebiji buah sawit. Pastikan mata kail dibenamkan pada bahagian 'buntut' sawit. Lokasi sesuai: Sungai, hulu sungai, tasik yang bersambung dengan sungai. 8 - Gewang Umpan tiruan paling popular masa kini & seluruh dunia dan sangat kompleks kisahnya. Secara amnnya ia boleh di bahagi kepada dua jenis, hard lure & soft lure. Manakala yang lain untuk laut adalah jig. Ia adalah umpan yang hampir menyerupai bentuk ikan dan juga diet ikan yang lain seperti belalang, cacing, cengkerik,lipan dan juga item yang akan memperdayakan ikan seperti spoon, kekipas. Sepasang mata kail atau tunggal yang terletak di sebalik badan gewang atau terlindung adalah senjata untuk mengenakannya. Bentuk yang lain seperti popper pula, digunakan sebagai medium untuk membangkitkan rasa ingin tahu ikan menerusi bunyi, kocakan air yang dihasilkan, mengejutkan dan juga menimbulkan rasa amarah ikan terhadap objek yang menganggunya. Ikan target: Semua ikan jenis pemangsa. Cara digunakan: Berbeza mengikut rupa bentuk, warna, fungsi, dan masa yang sesuai digunakan. Ia juga menggunakan peralatan yang berbeza antara lapangan padang pancing. Lokasi sesuai: Hampir kesemua lapangan pancing di Malaysia dan dunia kaedah ini boleh digunakan. 7 - Katak Umpan terbaik cara tradisional untuk menangkap spesies kepala ular. Ikan target: Haruan, bujuk, toman bunga.Cara digunakan: Cangkukkan mata pada bahagian bawah atau paha katak dan gunakan klip untuk mengepit mulut katak. Gunakan klib tambahan sebagai pemberat untuk melontar katak tersebut. Cara permainan sama ada baling tarik atau mengunjunnya di celahan pokok. Lokasi sesuai: Celah rumpaiar, tali air bendang, paya. 6 - Sotong 5 - Udang Umpan paling famous selain anak ikan belanak jika memancing di kolam air masin. Ia juga dianggap umpan favourite bagi semua jenis ikan. Spesies demersal di laut juga tidak sesekali akan menolak jika terjumpa umpan ini. Udang sungai gantung pula sesuai umpan untuk menaikkan apa sahaja ikan yang yang mendiami lokasi berkenaan, khususnya sungai pergunungan dan juga tasik. Cuma mata kail perlu di cangkuk dengan betul, kerana udang mudah mati dan mudah hancur digetu oleh spesies pengacau seperti ketam atau buntal. Ikan target: Siakap, jenahak, merah, kerapu (laut) tengas, baung, sebarau, kalui, ketutu (air tawar). Cara digunakan: Cangkuk pada bahagian ekor atau cara lain. Bergantung kepada si pemancing . pastikan mata kail yang digunakan sesuai dengan saiz mata kail dan tali perambut yang digunakan. Lokasi sesuai: Kolam air masin, muara, laut, sungai. 4 - Umpun Umpun Umpan ini adalah umpan dominan untuk spesies yang tinggl di habitat berlumpur dan kawasan muara. Di negara ini, terdapat tiga jenis umpunumpun yang dikenalpasti iaitu umpun-umpun pasir, jangkau dan merah. Ikan target: Seperti sembilang, gelama dan juga udang galah. Cara digunakan: Cangkukkan sahaja pada mata kail. Sama seperti menggunakan cacing. Untuk umpun-umpun sarang, ia harus di potong bermula dari bahagian ekor, kerana ia mampu hidup tahan lama, asalkan lumpurnya lembab. Jika pancingan muara atau pantai, bergantung kepada pasang surut air dan tidak ada masa tertentu jika anda berhasrat menggunakannya untu memancing udang galah. Lokasi sesuai: Muara, sungai, kolam udang. 3 - Telur Kerengga Umpan ini adalah terbaik untuk menjerat puyu, tanyalah orang tua di ceruk mana sekalipun, memang telur kerengga adalah umpan legend untuk menjinakkan ikan yang memiliki ridip tajam dan bewarna kuning kehijauan. Ikan target: Puyu, sepat, haruan. Cara digunakan: Telur kerengga yang berwarna putih ada yang di bakar sehingga keluar bau harum terbakar. Ada juga yang merebusnya. Untuk memancing, cangkukkan sahaja mata kail dan boleh terus memancing, pasti pemancing tidak akan menunggu lama untuk menaikkan puyu pertama. Andai mahu lebih feeling, boleh gunakan pelampung kecil (hirisan selipar) dan joran buluh. Sebaik sahaja pelampung tenggelam, sentap dengan perlahan dan pastinya ikan puyu telah berjaya ditewaskan. Lokasi sesuai: Parit yang ada kiambang, kangkung air, tali air sawah padi. 2 - Cengkerik Umpan ini lebih kurang sama sahaja seperti umpan belalang. Bezanya ia begitu mudah diperolehi di kedai-kedai akuarium dan murah sahaja harganya. Ikan target: Cangkukkan pada mata kail. Terpulang sama ada mahu mencangkuknya dengan banyak atau tidak. Cuma untuk memancing baung ia tidak sesuai kerana umpan ini tidak meninggalkan kesan bau. 1 - Cacing Dianggap umpan paling universal bagi semua jenis ikan air tawar. Ikan yang mendiami kawasan sawah padi, sungai seperti puyu, keli, haruan, tengas, lampam, sia, terbul, susur batang tidak akan menolak jika cacing digunakan sebagai umpan. Ikan target: Hampir semua jenis ikan Cara digunakan: Hanya cangkuk pada mata kail. (Seekor atau banyak bergantung kepada saiz mata kail) Tidak ada jangka waktu yang tertentu bila ia akan digunakan. Boleh digunakan bilabila masa. Lokasi sesuai: Parit, sungai, terusan sawah padi. |
10 Fonomena Alam Menakjubkan di Dunia Posted: 28 May 2014 10:38 AM PDT 10 Fenomena Alam Yang Menakjubkan yang sudah seharusnya membuat kita selalu bersyukur masih diberi kesehatan berupa penglihatan sehingga kita dengan enjoy dapat menikmati 10 Fenomena Alam Yang Menakjubkan dibawah ini. Red Tides Sebuah fenomena alam yang terjadi karena berkumpulnya mikroorganisme di pesisir tempat bergabungnya air dari muara, laut atau air sungai dan membuat air menjadi berwarna ungu dan merah. Light Pillars Fenomena visual yang tercipta krn pantulan cahaya. Moeraki Boulders Batu-batu berbentuk bulat yang berada di tepi pantai, terbentuk karena deburan ombak, yang terkenal berada di Pantai Koekohe. Ice Circles Lingkaran es fenomena yang sangat jarang sekali terjadi di air yang bersuhu dingin. lingkaran-lingkaran es besar ini dapat ditemui di skandinavia dan Amerika utara. Columnar Basalt Formasi bebatuan yang terbentuk dikarenakan lava dari letusan gunung yang mendingin. Basalt yang terkenal di dunia terletak di Giant's Causeway di Irlandia Utara. Catatumbo Lightning Orang Venezuela menamakan petir misterius itu Relampago del Catatumbo atau petir Catatumbo. Lokasi terjadinya petir ini di mulut sungai Catatumbo di danau maracaribo, Venezuela. Kilat ini menyambar hebat dengan tinggi 5 km. Terjadi 140 bahkan sampai 160 kali di malam hari dalam 1 tahun. Setiap malamnya terjadi sambaran selama 10 Jam. Tiap jam terjadi sebanyak 280 kali sambaran. Jadi dalam setahun kurang lebih 448.000 kali sambaran. Petir ini terjadi karena tumbukkan angin kencang yang berasal dari Pegunungan Andes. Konon, petir ini adalah pembentuk lapisan ozon yang paling besar di bumi Cave of the Crystals Gua yang berisi crystal terletak di situs pertambangan di Chihuahua, Meksiko. Penitentes Fenomena alam yang hanya terjadi di tempat antara Chili dan Argentina, yaitu salju di permukaan yang tinggi dan runcing karena tiupan angin yang kuat di pegunungan andes. Pink and White Terraces Keajaiban alam yang tinggal kenangan karena dihancurkan oleh letusan gunung berapi tarawera pada tahun 1886, Fenomena alam air hangat ini terbentuk dari semburan geyser yang melintas menuruni lereng bukit meninggalkan ketebalan es. Kolam air hangat terbesar ini tercatat 3 hektar, sebelum kehancuranya fenomena ini masuk kedalam "The Eighth Wonder of the World". Sun Dogs Fenomena dimana matahari terlihat berjumlah 3 buah. Amacam..Salah satunyer semestinya mempunyai keistimewaannyer yang tersendiri kan.!! Semestinya sesuatu yang sangat luar biasa dan jarang dan jauh sekali dalam kehidupan seharian kita..!! So hopefully that beautiful of phenomena can be inspired and mendekatkan kita kepada yang Maha Esa.. :) |
You are subscribed to email updates from - Blog Hanz - To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan