RSS

Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Izreen Azminda Jadi Mangsa Aniaya Ibu & Kakak Tiri?

Posted: 16 May 2014 12:03 AM PDT

Drama

Izreen Azminda Jadi Mangsa Aniaya Ibu & Kakak Tiri?Sudahla menjadi mangsa aniaya, khabarnya bakal suami Izreen Azminda juga telah berkahwin dengan orang dengan kakak tirinya sendiri.

Demi mengubat hati yang lara, Izreen dikatakan telah berhijrah ke ke Kuala Lumpur dan berjumpa dengan cinta baru yang jauh lebih baik.

Kasihan bukan? Sebenarnya cerita itu adalah ringkasan sinopsis drama terbaru slot Akasia TV3, Kerana terpaksa Aku Relakan yang akan menemui para penonton bermula pada 21 Mei ini.

Izreen Azminda Jadi Mangsa Aniaya Ibu & Kakak Tiri?

Antara babak menarik dalam drama 'Kerana Terpaksa Aku Relakan'

Kini menyaji penonton dengan drama 'Aku Isterinya', timbul pula persoalan adakah drama 'Kerana Terpaksa Aku Relakan' ini bakal menaikkan lagi rating slot tersebut.

Al-maklumlah, drama-drama sebelum ini seperti 'Playboy Itu Suami Aku' dan 'Jika Itu Takdirnya' dilihat kurang mendapat sambutan penonton.

Izreen Azminda Jadi Mangsa Aniaya Ibu & Kakak Tiri?

Drama 'Kerana Terpaksa Aku Relakan' mempertaruhkan Izreen Azminda sebagai teraju utama

Diterbitkan oleh Primeworks Studios, drama arahan Azma Aizal Yusof ini membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Izreen Azminda (Indah Halina), Amar Baharin (Tajul Razin), Dian P. Ramlee (Datuk Safiyah), dan Syafik Kyle (Tajul Fahin).

Drama bersiri 24 episod ini mengisahkan Indah Harlina yang telah dianiayai oleh ibu tiri dan kakak tirinya sehingga disisihkan oleh ayah kandungnya.

Indah yang pulang ke kampung bersama-sama Zawati dan Yazid untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Shaiful telah ditinggalkan secara sengaja di kawasan rehat.

Izreen Azminda Jadi Mangsa Aniaya Ibu & Kakak Tiri?

Dian P. Ramlee juga beraksi dalam drama 'Kerana Terpaksa Aku Relakan'

Tanpa satu sen dan telefon bimbit di tangannya, Indah buntu dan mujurnya dia telah dibantu oleh Datuk Safiyah. Tibanya di kampung, majlis perkahwinan telah selamat berlangsung dengan Zawati mengambil tempatnya sebagai pengantin.

Indah dianggap sebagai anak derhaka dan telah memalukan keluarganya. Pak Halim langsung tidak mahu mendengar penjelasan Indah malah menghalaunya keluar dari rumah tersebut. Shaiful juga berasa tawar hati dengan Indah selepas dihasut oleh Zawati.

Apa agaknya kesudahan kisah Indah dalam drama ini ya? Pastikan ada tidak melepaskan peluang untuk mononton drama ini setiap Isnin sehingga Khamis jam 7.00 malam!

Angkat Karya Prof Hamka, Teater Di Bawah Lindungan Kaabah Penuh Emosi

Posted: 15 May 2014 09:21 PM PDT

Kini Trending

Angkat Karya Prof Hamka, Teater Di Bawah Lindungan Kaabah Penuh Emosi

Bagaikan isi dengan kuku, kepentingan adat dan orang Melayu seakan-akan tidak dapat dipisahkan. Namun, di manakah rasionalnya jika adat tersebut diagungkan melebihi kesucian agama itu sendiri?

Naskhah asal yang ditulis oleh Prof Hamka ini dilihat telah memberi visual realiti bahawa rakyat Malaysia sering dimomokkan dengan kepentingan adat dan kasta dalam kehidupan seharian.

Menampilkan teraju utama seperti Nasha Aziz dan Adi Putra, teater Di Bawah Lindungan Kaabah (DBLK) ini memaparkan kisah percintaan yang tidak kesampaian antara watak Zainab dan Hamid.

Angkat Karya Prof Hamka, Teater Di Bawah Lindungan Kaabah Penuh Emosi

Saleh dan Rosnah merupakan sahabat baik kepada Hamid dan Zainab

Berkisarkan kisah sekitar zaman 1930an, teater ini digarap menerusi peredaran masa yang dipaparkan melalui kisah Zainab dan Hamid daripada kecil sehingga dewasa.

Kisah bermula apabila keluarga Zainab (lakonan Nasha Aziz) telah menanggung segala kos pembelajaran Hamid (lakonan Adi putra) daripada sekolah pondok sehinggalah dihantar untuk menyambung pengajian di Padang Panjang bersama sahabat baiknya Saleh (lakonan Fizo Omar).

Bagaimanapun, dek kerana perbezaan status, Hamid dan Zainab masing-masing hanya memendam perasaan cinta mereka sehinggalah mereka diuji dengan kematian ibu Hamid dan juga ayah Zainab.

Angkat Karya Prof Hamka, Teater Di Bawah Lindungan Kaabah Penuh Emosi

Teater DLBK berlatarkan masyarakat kampung Minangkabau

Masa terus berlalu, ibu Zainab telah bertemu dengan Hamid bertujuan untuk meminta Hamid memujuk anaknya mengahwini lelaki lain yang juga sepupu Zainab.

Kerana terhutang budi dan amat menghormati ibu Zainab, Hamid mengutarakan hajat tersebut kepada Zainab, namun ditolak mentah-mentah oleh Zainab.

Enggan meluahkan perasaan sebenarnya kepada Zainab, Hamid telah membawa diri ke Mekah untuk mencari ilmu agama dan sekaligus mengubati hatinya yang bersedih.

Angkat Karya Prof Hamka, Teater Di Bawah Lindungan Kaabah Penuh Emosi

Elemen jenaka turut disuntik ke dalam beberapa babak

Pada pendapat penulis, beberapa pelakon seperti Adi Putra dan Elfira Loy dilihat kurang beremosi ketika membawa watak mereka.

Malah, kadang-kala watak pembantu seperti Fizo Omar, Dafi, Zahid dan Yasmin Hani lebih menonjol daripada watak utama.

Namun, pujian harus diberikan kepada Nasha Aziz kerana berjaya mendalami emosi Zainab dengan begitu baik sehinggakan ada babak yang berjaya membuatkan penonton berlinangan air mata.

Bagaimanapun, ada juga kelopongan dalam beberapa babak sehinggakan penulis tertanya-tanya adakah babak seperti itu perlu dalam teater tersebut kerana ianya seperti tidak memberi apa-apa input kepada jalan cerita yang ingin disampaikan.

Malah, busana yang dipakai oleh para pelakon juga dilihat tidak seiring dengan zaman tersebut, lebih-lebih lagi apabila mereka mengenakan tudung rekaan moden.

Angkat Karya Prof Hamka, Teater Di Bawah Lindungan Kaabah Penuh Emosi

Antara babak yang menyayat hati dalam teater DBLK

Namun, penulis tidak dapat menafikan bahawa ianya memerlukan ketelitian yang tinggi daripada pihak produksi untuk mengangkat karya daripada Prof Hamka ini ke dalam bentuk teater.

Oleh itu, pujian harus diberikan kepada pengarah teater, Rosminah Tahir kerana berani mengambil risiko untuk memaparkan kisah yang mempunyai jalan cerita yang berat ini.

Secara keseluruhannya, teater DBLK ini adalah sebuah teater yang berbaloi untuk ditonton buat individu yang gemarkan permainan emosi dan jalan cerita yang unik.

Pada mereka yang berminat, teater ini masih lagi ditayangkan Panggung Sari Istana Budaya sehingga 18 Mei ini dan tiket boleh didapati bermula dengan harga RM35.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan