Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Isu Imej 'Power Rangers' Buat Neelofa Waspada Berfesyen
- Rumah Hantu Atas Treler Strategi 'Suatu Malam Kubur Berasap 2'
- Lagu Ditolak Stesen Radio, Aishah (AF7) Tukar Nama
- Kesan Tapak Kaki Bersaiz Besar Jadi Tanda Tanya
- Keluarga ketakutan diganggu api misteri
- Gitar jadi alat bantu mengajar
- Ia Wujud bukan sekadar gimik!
- Fosil dinasour paling besar ditemui
- Cakra tunai nazar
- Lana bosan jadi penggoda
- Revolusi dunia hiburan Hlive!
- Siti bakal keluar produk lelaki
Isu Imej 'Power Rangers' Buat Neelofa Waspada Berfesyen Posted: 17 May 2014 04:55 AM PDT | ||
Rumah Hantu Atas Treler Strategi 'Suatu Malam Kubur Berasap 2' Posted: 17 May 2014 04:51 AM PDT | ||
Lagu Ditolak Stesen Radio, Aishah (AF7) Tukar Nama Posted: 17 May 2014 04:49 AM PDT | ||
Kesan Tapak Kaki Bersaiz Besar Jadi Tanda Tanya Posted: 17 May 2014 04:47 AM PDT | ||
Keluarga ketakutan diganggu api misteri Posted: 17 May 2014 04:42 AM PDT
SELAMA - Sebuah keluarga di Kampung Sungai Kuning, Rantau Panjang, di sini, mendakwa hidup ketakutan kerana sering mengalami kejadian pelik selepas kematian ketua keluarga itu Mac lalu dan gangguan tersebut dikatakan semakin menjadi-jadi sejak dua minggu lalu. Nor Hafizah Ahmad, 29, berkata, kebelakangan ini kehidupan mereka kerap terganggu dengan kehadiran api misteri yang tiba-tiba muncul dalam rumah mereka. Anak kelima daripada sembilan beradik itu berkata, pada mulanya ahli keluarganya termasuk ibunya sering kehilangan wang. "Pada mulanya saya fikir, wang hilang berpunca daripada kecuaian saya sendiri, namun lama-kelamaan kerap pula duit hilang hinggakan kami sekeluarga berasa pelik," katanya ketika ditemui semalam. Nor Hafizah berkata, untuk mengelak insiden sama berulang, ibunya berikhtiar dengan menaburkan lada hitam dan garam di sekeliling rumah mereka. Katanya, selepas mencuba petua tersebut, kejadian pelik tidak lagi berlaku, namun ia hanya seketika apabila mereka kehilangan duit lagi pada hujung April lalu. "Ibu cuba 'pagar rumah' semula guna kaedah sama tetapi kali ini ia tidak berhasil dan 'makhluk' yang mengganggu kami mula mengamuk," katanya. Barang mula terbakar Nor Hafizah berkata, selepas percubaan terakhir ibunya itu, barang-barang dalam rumahnya termasuk buku, pakaian dan barang plastik terbakar secara tiba-tiba. Katanya, insiden misteri itu sering terjadi pada waktu siang dan berlaku empat hingga lima kali sehari. "Paling banyak adalah 11 kali dan sejak itu, rumah ini tidak boleh ditinggalkan kerana kami bimbang kebakaran lebih besar akan berlaku. "Setakat ini kebakaran masih boleh dikawal tetapi kami sentiasa berjaga-jaga kerana khuatir sesuatu yang lebih buruk berlaku," katanya. Wanita itu berkata, dia kini tinggal bersama ibu, dua adik dan seorang anak saudara di rumah tersebut. Katanya, alatan persekolahan anak saudaranya musnah terbakar dan mereka terpaksa membeli kelengkapan baharu untuk kanak-kanak itu. "Selain kebakaran tercetus secara tiba-tiba tanpa diketahui puncanya, beberapa barangan di dalam rumah ini juga pernah disepahkan," katanya. Nor Hafizah berkata, sejak diganggu api misteri itu, dia dan ahli keluarganya berusaha mendapatkan bantuan daripada pakar perubatan Islam untuk menyelesaikan masalah tersebut. "Walaupun kejadian itu kini berkurangan, namun ia masih berlaku. Kejadian terbaharu adalah semalam (kelmarin). tiga kebakaran berlaku dan sejak kejadian ini kami sekeluarga sentiasa berasa cemas dan fobia apabila terhidu bau hangit," katanya. | ||
Gitar jadi alat bantu mengajar Posted: 17 May 2014 04:40 AM PDT
PONTIAN - Walaupun sudah bersara tujuh tahun lalu, Samsudin Seri, 63 atau lebih dikenali Cikgu Sudin, tetap setia berbakti mengajar anak kampung. Cikgu Sudin bekas guru Sains menggunakan pendekatan pengajaran yang cukup unik apabila formula Sains dan Matematik digubah menjadi lagu hanya dengan menggunakan sebuah gitar. Halaman rumahnya di Kampung Parit Betak, Benut dijadikan lokasi kelas tambahan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berazam mahu membantu pelajar kampung memahami Sains dan Matematik yang sering dianggap susah, Cikgu Sudin mengorak langkah mencari pembaharuan ketika mengajar di Sekolah Menengah Parit Betak sekitar 80-an. Jelasnya, sewaktu menjadi guru di sekolah, dia melihat pelajar suka menyanyi di dalam kelas dan dari situ timbul idea untuk membuat lagu daripada formula Sains juga Matematik. "Lagu pertama yang digubah ialah Hujan nyanyian Sudirman yang liriknya menjadi formula kitaran nitrogen. "Hanya menggunakan gitar berharga RM60, saya nyanyikan lagu yang digubah itu di dalam kelas, ternyata pelajar begitu seronok mendengarnya," katanya yang pernah menerima Anugerah Guru Cemerlang peringkat negeri. Dia kemudian menggubah lebih banyak lagu dengan formula Sains dan Matematik, malah turut melibatkan subjek lain iaitu Biologi dan Matematik Tambahan. Menurutnya, pelajar dapat memahami Sains dan Matematik dalam keadaan yang gembira melalui lagu yang digubah. "Alhamdulillah, lagu tersebut memperlihatkan kesan yang positif apabila pelajar mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan," katanya kepada Sinar Harian. Dia berharap teknik pengajaran yang digunakannya itu dapat dijadikan idea kepada guru baharu agar kreatif ketika mengajar. Baginya, seorang pendidik perlu kreatif kerana pelajar bergantung kepada guru untuk memahami mata pelajaran yang diajar di sekolah. "Fahami minat pelajar agar perhatian mereka dapat ditumpukan sepenuhnya di dalam kelas," katanya. Katanya lagi, selagi kudrat masih terdaya beliau akan terus berbakti mengajar kira-kira 100 pelajar yang mengikuti kelas tambahan diadakannya pada Jumaat dan Sabtu. Malah katanya, ada dalam kalangan ibu bapa pelajar di sini yang tidak mahu dia berhenti daripada mengajar kelas tambahan yang hanya mengenakan bayaran sebanyak RM5. | ||
Posted: 17 May 2014 04:33 AM PDT METROWEALTH International Group (MIG) sekali lagi mempertaruhkan muka-muka baharu bagi menerajui filem terbitan mereka. Menariknya, kali ini pelakon-pelakon tersebut bukanlah diambil secara ujibakat atau yang sedia ada dalam industri hiburan tanah air, sebaliknya sekumpulan anak muda yang menghantar hasil rakaman mereka kepada MIG. Bertajuk 'Ia Wujud', filem tersebut diolah oleh Dharma Aizat berdasarkan visual rakaman yang didapati daripada kamera lima anak muda iaitu Your, Amad, Arif, Anam dan Tommy. Pada awalnya, niat untuk merakamkan visual tersebut sekadar suka-suka, apatah lagi apabila mendengar banyak cerita seram dan misteri berkisar taman tema pertama di Malaysia yang telah menjadi tempat terbiar. Bagaimanapun, mereka berasa terpanggil untuk berkongsi hasil rakaman tersebut untuk dijadikan filem setelah menonton filem Highland Tower. Kelima-lima pemuda ini telah berkunjung ke bekas taman tema Mimaland yang ditutup sepenuhnya untuk orang ramai sejak tahun 1994 akibat kes kematian yang pernah berlaku dan ciri-ciri keselamatan yang longgar. Mereka tiba di situ sejak petang lagi, dan merancang untuk bermalam di samping melakukan beberapa upacara memanggil hantu bagi membuktikan kewujudan makhluk halus yang tidak terzahir pada penglihatan mata kasar. Berbekalkan beberapa kamera, mereka membuat rakaman di beberapa kawasan terbiar dalam taman tema itu seperti ruang pejabat dan kawasan hutan. Walaupun telah diberi amaran oleh seorang lelaki yang merupakan penjaga kawasan tersebut, mereka tidak menghiraukannya dan meneruskan rancangan untuk menjejaki makhluk halus di situ. Menjelang malam, mereka mula bermain tiga permainan untuk menyeru hantu atau makhluk halus iaitu Spirit of The Coin, pemujaan pocong dan pemujaan pontianak. Bahayanya, permainan perlu dihabiskan atau ancaman lain akan menyusuli mereka jika permainan tersebut 'tergantung' tanpa pengakhiran. Ada yang menyifatkan filem ini mempunyai persamaan dengan filem seram Amerika, The Blair Witch Project kerana menampilkan sekumpulan anak muda yang ingin menjejaki makhluk halus secara rakaman, namun Ia Wujud boleh dipuji kerana tidak menggunakan pelakon popular dan cerita rekaan semata-mata dalam menghasilkan sesebuah karya. Natural dan 'hidup'! Kelima-lima watak dalam filem ini boleh dikatakan menyerlah kerana mempunyai karakter masing-masing yang tersendiri. Your sebagai ketua yang tegas, Arif yang panas baran dan cepat bosan, Amad jurukamera yang neutral, Anam si lelaki lembut dan Tommy yang lurus tetapi penuh semangat dalam usaha mencari jalan untuk meneruskan aktiviti mereka walaupun mendapat tentangan penjaga taman tema tersebut. Mungkin kerana rakaman tersebut adalah benar telah memberi kelebihan kepada filem ini kerana tiada lakonan yang tampak dibuat-dibuat oleh mereka. Antara karakter yang pasti akan mencuit hati penonton adalah Anam, lelaki berperwatakan lembut yang menyertai misi rakan-rakannya untuk membuktikan keberanian dan kelelakiannya. Walaupun Anam merupakan watak yang paling banyak kerenah, namun Ia Wujud pasti hambar tanpa penampilannya yang menambah 'warna' dalam filem ini. Watak lain yang pasti membuatkan penonton ketawa adalah Tommy, seorang pemuda Sabah yang pekat berbicara dalam dialek negerinya. Perwatakan Tommy yang selamba dan seakan-akan lurus tanpa disengajakan menimbulkan elemen lucu yang natural sehingga penonton boleh ketawa tanpa dipaksa. Walaupun cepat hilang sabar dan panas baran, keberanian Arif wajar dipuji apabila dia sanggup ditinggalkan bersendirian dalam permainan pemujaan pocong. Babak tersebut boleh dikatakan antara babak paling seram selain Your dan Amad yang turut perlu menghabiskan permainan dalam keadaan 'diganggu' selepas rakan mereka ditimpa tragedi akibat permainan itu. Tidak rugi menontonnya bagi anda yang gemarkan filem seram atau paranomal dan ingin menyokong industri perfileman tempatan! IA WUJUD PENGARAH: Dharma Aizat PELAKON: Zakaria Zahid, Ahmad Syafiq, Muhd Arif Adam, Anam Azizan, & Tommy. GENRE: Seram DURASI: 71 minit KLASIFIKASI: P13 TAYANGAN: 15 MEI 2014 KESELURUHAN: *** OKEYLAH! | ||
Fosil dinasour paling besar ditemui Posted: 17 May 2014 04:30 AM PDT ARGENTINA – Sebuah fosil dinasour dipercayai milik dinasour terbesar pernah hidup di muka bumi ditemui oleh sekumpulan paleontologist yang melakukan proses cari gali di kawasan tersebut. Menurut pakar paleontologi, fosil tersebut merupakan spesies dinasour herbivor terbaru yang dinamakan sebagai Titanosaur. Dinasour tersebut seberat 77 tan bersamaan dengan 14 ekor gajah dewasa dan tujuh tan lebih berat daripada pemegang rekod sebelum ini iaitu Argentinosaurus. | ||
Posted: 17 May 2014 04:27 AM PDT "INSYA-ALLAH, saya akan menghantar ibu, kakak dan suaminya ke Mekah untuk menunaikan umrah awal tahun hadapan" tutur tuan empunya nama, Cakra Konta Paryaman atau Cakra Khan sewaktu ditemui pada majlis pelancaran album sulungnya di Kafe Hard Rock, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurut pemuda berusia 22 tahun itu, dia telah bernazar untuk menghantar ibunya ke Tanah Suci ketika namanya masih belum dikenali oleh khalayak umum lagi. "Sebelum bergelar penyanyi, saya pernah memberitahu ibu saya bahawa saya akan menghantarnya menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah suatu hari nanti. Ketika itu, ibu saya hanya membalas dengan menguntumkan senyuman. "Alhamdulillah, atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT, niat saya akhirnya tercapai. Jika diberi kesempatan, saya akan menghantar ibu saya ke Mekah sekali untuk menunaikan fardu haji pada tahun yang berikutnya," ujar anak jati Pangandaran, Indonesia itu. Menangis Pada petang itu, Cakra turut menghiburkan tetamu yang hadir dengan seleksi lagu-lagu yang terdapat dalam albumnya termasuklah sebuah lagu berbahasa Inggeris, A Song For Mama. Ternyata sayu dibuai emosi, Cakra tidak dapat menahan perasaan sebak lalu mengalirkan air mata saat mendendangkan lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan R&B terkenal, Boyz II Men itu. Ditanya apa yang membuatkannya menangis, Cakra berkata, dia berasa sedikit kecewa kerana tidak dapat membawa ibunya bersama ke Kuala Lumpur untuk meraikan hari bersejarahnya di sini. "Ibu saya tidak dapat hadir bersama kerana mempunyai masalah dengan pasportnya. Ya, saya berasa sedih kerana dia tidak ada bersama ketika saya melancarkan album," ujarnya. Melanjutkan perbualan mengenai ibunya, wanita bernama Entik Trisuyatmi itu merupakan tulang belakang terhadap setiap perkembangan kariernya sebagai seorang penyanyi. "Walaupun ibu saya berada di Indonesia, dia tidak pernah lupa mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar," ujarnya lagi. YouTube Perjalanan karier Cakra Khan sebagai seorang penyanyi tidak bermula dengan mudah. Jejaka ini pernah menyanyi di jalanan bersama rakan-rakannya dan diberi bayaran sebanyak 2 ribu rupiah (RM0.80) untuk sebuah lagu. Namun, selepas memuat naik beberapa buah video di laman YouTube, nasibnya sebagai penyanyi berubah sama sekali. "Ketika aktif menyanyi di kelab-kelab malam dan kafe, saya sering diminta untuk menyanyikan lagu-lagu tertentu oleh para pelancong yang melawat Indonesia. "Tidak berkesempatan untuk berbuat demikian secara langsung, saya merakamkan lagu-lagu yang diminta dalam bentuk video dan memuat naik ke akaun YouTube. Sehinggakan, ada seorang peminat dari Amsterdam mengundang saya untuk menyanyi di sana. "Menariknya, dia bukan warga Indonesia dan meminati lagu-lagu saduran saya menerusi rakaman video di YouTube," ujar Cakra yang tidak berkesempatan memenuhi undangan tersebut kerana mahu menghormati bulan Ramadan ketika itu. Bukan bersaing Jika dilihat pada lambakan penyanyi lelaki yang mempertaruhkan vokal sebagai aset utama, nama Cakra dan penyanyi Afgan sering dibanding-bandingkan. Ketika ditebak dengan isu perbandingan itu, Cakra memberitahu, kewujudannya sebagai seorang anak seni bukan untuk bersaing, tetapi lebih memperbaiki mutu dan kualiti industri muzik di negara-negara nusantara. "Saya menyanyi kerana saya mahu menjadi diri sendiri. Saya tidak takut pada persaingan kerana tujuan asal saya menyanyi adalah untuk menyalurkan minat saya pada orang ramai," katanya yang cukup berbangga dengan kelahiran album sulungnya itu. | ||
Posted: 17 May 2014 04:26 AM PDT SEJAK pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada bulan Februari lalu, Sabtu lalu barulah Kosmo! berkesempatan bertemu dengan pelakon sensasi, Lana Nodin. Menariknya, ketika Lana, 35, meluangkan masa untuk hadir ke acara Potret Bersama Selebriti sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2014 yang berlangsung di pusat beli-belah Suria KLCC, Kuala Lumpur pada Sabtu lepas, pelakon filem Chow Kit itu turut ditemani ibu tersayang, Zaimah, 60. Malah, dia juga turut meluangkan masa sekitar 30 minit untuk beramah mesra serta bergambar dengan peminat di studio mini khas Kosmo! yang disediakan. Kosmo! berbicara bersama Lana tentang kehidupannya kini dan perkembangan kariernya. Kosmo!: Boleh ceritakan tentang pengalaman Lana sepanjang mengerjakan ibadah umrah di Mekah pada bulan Februari lalu? LANA: Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan sudah menjadi rezeki saya apabila dapat mencium batu Hajarul Aswad. Cuma, tempoh selama 12 hari mengerjakan umrah dirasakan tidak puas dan seboleh-bolehnya saya mahu berada di sana lebih lama lagi. Apakah doa anda ketika berada di depan Kaabah? Sudah tentu doa saya di depan Kaabah itu adalah rahsia diri saya sendiri. Bagaimanapun, saya akui memang ada berdoa untuk mendapatkan jodoh ketika di Jabal Rahmah. Bagaimanakah dengan perkembangan terbaharu kerjaya lakonan anda sekarang? Setakat ini tawaran berlakon memang banyak yang diterima, tetapi kebanyakannya masih belum muktamad lagi. Selagi tidak menandatangani apa-apa kontrak, saya tidak berani untuk bercerita. Namun begitu, saya mungkin akan terlibat dengan sebuah drama bersiri untuk terbitan RTM dan sebuah lagi super telemovie. Adakah sejak pulang dari menunaikan ibadah umrah, anda menjadi selektif untuk memilih tawaran lakonan? Kalau diikutkan sebelum menunaikan ibadah umrah pun saya sudah selektif memandangkan sering kali ditawarkan watak yang sama iaitu perempuan penggoda, sedangkan saya ingin watak yang lebih mencabar untuk perkembangan karier lakonan saya. Seboleh-bolehnya, saya meminta supaya penerbit atau pengarah dapat menawarkan watak yang belum pernah saya bawakan lagi. Kalau untuk watak penggoda pula, rasanya lebih sesuai diberikan kepada pelakon baharu. Selain lakonan, apakah aktiviti lain yang anda lakukan sekarang? Sebenarnya, saya bakal melancarkan sebuah pusat kecantikan dalam tempoh terdekat ini dan sekarang ia masih lagi dalam proses perbincangan untuk fasa terakhir. Sekiranya semua proses sudah selesai, saya akan membuat satu majlis pelancaran produk terbaharu saya ini. | ||
Posted: 17 May 2014 04:25 AM PDT DALAM usaha mengangkat martabat industri hiburan tanah air ke peringkat yang lebih tinggi, sebuah program rancangan hiburan, Hlive! yang merangkumi pelbagai isu komprehensif mengenai berita hiburan tanah air dan antarabangsa telah dilancarkan di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur baru-baru ini. Menggunakan platform Tonton, Dengar dan Baca, program yang merangkumi pelbagai medium termasuk penyiaran, penerbitan digital dan portal ini memberikan liputan eksklusif mengenai dunia hiburan tanah air. "Sebanyak 60 peratus pengisian Hlive! akan diisi dengan berita mengenai artis hiburan lokal manakala selebihnya akan diisi dengan slot hiburan antarabangsa. "Daripada segi intipati kandungan pula, pihak kami akan menggunakan seluruh jentera dan intipati daripada semua jenama hiburan melayu dibawah naungan Astro termasuk Astro Ria, Astro Awani, Era fm, I Trend, meleTOP dan Studio H. "Hlive! juga turut bekerjasama dengan saluran hiburan antarabangsa E! News untuk membawa liputan antarabangsa secara ekslusif kepada penonton," ujar Naib Pengerusi Bahagian Perniagaan melayu Astro, Khairul Anwar Salleh ketika ditemui pada sidang akhbar pelancaran Hlive! di Stadium Chin Woo, baru-baru ini. Bercakap mengenai perbezaan program Hlive! berbanding program hiburan yang lain, Khairul Anwar berkata, Hlive! merupakan salah satu jenama ekslusif yang mengupas dengan lebih mendalam mengenai dunia hiburan. "Hlive! bukan seperti program hiburan lain yang lebih mengutamakan gosip artis semasa, ia akan dipenuhi dengan temu bual secara eksklusif dan terperinci bersama penggiat seni tanah air terutamannya mengenai perkembangan terbaharu atau mengenai sesuatu isu yang melibatkan peningkat industri hiburan Malaysia. "Justeru, susunan dan rangkaian penyampaian kandungan akan diseragamkan dan diperhebatkan daripada semasa ke semasa agar kandungan yang ditawarkan seiring dengan peredaran masa dan permintaan kelompok sasaran penonton," ujarnya. Dalam pada itu, terdapat dua buah program menarik yang diperkenalkan menerusi platform tonton iaitu Hlive dan Hlive! Apa Kata Malaysia yang akan diterajui oleh pengacara tersohor Malaysia, Datuk Aznil Nawawi. Program tersebut bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, pukul 8.30 malam bermula 25 Mei ini. Sementara itu, program Hlive! pula bakal dikemudikan oleh empat pengacara baharu termasuk Dahlia Shazwan, Nabil Mahir, Shalma Ainaa dan Alif Farhan. Khairul Anwar turut menambah: "Pemilihan keempat-empat muka baharu yang dicungkil bakat mereka melalui program pencarian bakat pengacaraan di bawah kendalian Aznil ini dilihat amat bersesuaian berdasarkan kepada karakter mereka yang menarik dan menepati konsep dan penonton sasaran program ini. "Walaupun boleh dikatakan masih hijau dalam bidang pengacaraan, kami percaya mereka semua mampu mengemudikan program ini dengan sentuhan dan gaya keunikan mereka yang tersendiri, sekali gus memikat hati para penonton untuk terus melekat di kaca televisyen." Antara segmen-segmen menarik yang boleh ditonton menerusi Hlive! termasuk segmen Tweet Nakal, 15 Soalan, Di Sebalik..., Fakta Atau Propa, dan pilihan H. Program Hlive! ini akan bersiaran secara langsung sebanyak dua kali sehari setiap hari isnin Hingga Sabtu pada pukul 1 petang dan 8.30 malam bermula 26 Mei ini secara ekslusif di Astro Ria (104) an siaran serentak di Maya Hd (135). Melalui platform Dengar pula, para penonton boleh mendapatkan berita, liputan terkini, temu bual eksklusif serta banyak lagi mengenai pengisian Hlive! di stesen radio Era FM dan Sinar FM. Selain itu, Platform terakhir yang dieksploitasi oleh Hlive! ialah melalui pembacaan digital. Platform Baca ini telah diperkenalkan melalui aplikasi Studio H yang merupakan majalah dalam bentuk digital. Majalah interaktif tersebut boleh dimuat turun oleh pembaca secara percuma melalui aplikasi Apple Store dan Play Store untuk pengguna Android. Menerusi Studio H juga, orang ramai boleh mengetahui kisah peribadi tentang personaliti dan selebriti popular di Malaysia. Di samping itu, orang ramai juga boleh mendapatkan galeri gambar, sedutan klip video, liputan bertua hiburan serta informasi terkini menerusi akaun rasmi Twitter, Instagram dan facebook di officialive. | ||
Siti bakal keluar produk lelaki Posted: 17 May 2014 04:24 AM PDT FIGURA yang cukup disayangi ramai, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 34, tidak lekas berpuas hati dengan apa yang dimilikinya sekarang. Malah, satu persatu perancangan disusun rapi di kotak fikiran dan bakal terlaksana buat bekalan masa depannya sendiri. Pengalaman selama 15 tahun dalam bidang seni membawa Siti ke fasa baharu apabila mempunyai produk kecantikan sendiri. Selama empat tahun menguruskan produk kecantikan wanita, kini, pelantun lagu Jaga Dia Untukku berhasrat pula untuk mengeluarkan produk untuk kaum lelaki. "Memang ada cadangan buat produk untuk lelaki. Tetapi, perlu satu persatu. Mungkin pada masa akan datang," ungkap Siti ketika ditemui baru-baru ini. Beralih bicara tentang kerjaya nyanyian pula, penyanyi berbintang Capricorn itu bakal melahirkan sebuah album solo sebelum bulan Ramadan ini. Bagaimanapun, penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu masih menunggu sebuah lagi lagu untuk disiapkan. Lagu gandingannya bersama penyanyi seberang, Cakra Khan bakal melengkapi album solonya yang mengandungi sebanyak 10 buah lagu itu. Selain lagu bersama Cakra, album solo Siti itu juga mengandungi tiga lagu terdiri daripada Lebih Indah, Terbaik Bagimu dan Jaga Dia Untukku. "Insya-Allah, album solo saya akan dipasarkan sebelum Ramadan nanti. Buat masa ini tinggal satu sahaja lagu bersama Cakra Khan untuk disiapkan," ujar Siti yang akan ke Indonesia merakamkan lagu di sana sekali gus menyiapkan klip video bersama Cakra di negara itu. Datuk K Siti juga mengakui bersyukur kerana lagu Jaga Dia Untuk Ku yang dicipta khas buat suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K yang kini menduduki tangga satu di iTunes pada minggu lalu. Lagu itu dicipta oleh Aubrey Suwito dan lirik oleh Rozi Sangdewi. Lirik lagu itu telah dicipta semasa Siti dalam keresahan dan kesedihan menuju ke New Zealand untuk berjumpa dengan suaminya yang ditimpa kemalangan suatu ketika duhulu. "Alhamdulillah penjualan lagu Jaga Dia Untukku di iTunes berada di nombor satu. Lagu itu kisah benar yang berlaku kepada saya. Ia memberi saya satu kepuasan apabila peminat turut merasai apa yang saya rasa," luahnya sambil melantunkan senyuman manis. Terlanjur berbicara tentang perasaannya terhadap Datuk K, Siti memberitahu, keadaan suaminya yang sudah pulih sebanyak 80 peratus. Katanya, kini hanya tinggal bekas parut. Selain itu, suaminya juga cepat berasa penat dan lenguh akibat kemalangan yang berlaku sekitar bulan Disember 2012. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan