Zon Artis |
| Pierre Andre Rancang Tamatkan Zaman Bujang Jun Ini Posted: 04 Mar 2013 06:44 AM PST
Pierre Andre yang telah selamat bertunang dengan seorang gadis yang dikenali dengan nama Hidayah atau nama penuhnya Siti Nurhidayah Hashim pada 9 Februari lalu telah mengesahkan akan melangsungkan pernikahan pada Jun ini. Menurut Pierre, dia tidak mahu melambatkan pernikahannya dengan gadis berusia 25 tahun itu kerana ingin mengelakkan fitnah.
Bercakap mengenai majlis pertunangannya yang dibuat tanpa pengetahuan media, Pierre menjelaskan yang dia tidak berniat mahu menyembunyikan perkara tersebut dari media kerana mahu majlis berjalan lancar dengan dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.
Menurut Pierre, dia sudahpun memulakan urusan persiapan perkahwinannya itu. Namun begitu, Pierre memberitahu yang dia hanya akan menjalankan upacara akad nikah sahaja pada Jun ini manakala majlis resepsi pula akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Sumber berita: Media Hiburan | Foto: MIG Online |
| You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









0 ulasan:
Catat Ulasan