RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Suki Mohon Waran Tangkap Terhadap Bekas Syarikat Pengurusan

Posted: 08 Mar 2013 03:07 PM PST

Penyanyi Suki Low melalui peguamnya memohon perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas syarikat pengurusannya Galaxy Music Sdn. Bhd pada Jumaat.

Infi8 Dreams Sdn Bhd dalam kenyataan medianya kepada mStar Online pada Jumaat berkata, Suki bertindak sedemikian apabila pihak syarikat berkenaan tidak menghadirkan diri ke mahkamah sebanyak dua kali bagi menyelesaikan wang tuntutan yang diperolehnya.

Suki 2

"Memandangkan wang tuntutan masih belum dibayar, Suki terpaksa memohon daripada pihak mahkamah untuk memanggil pengarah Galaxy iaitu Chan Tak Wai dan Wong Yoke May untuk menjelaskan kegagalan atau keengganan mereka membayar wang berjumlah RM417,575.17. Namun, Chan dan Wong gagal menghadirkan diri ke mahkamah pada 6 Februari lalu dengan alasan terpaksa menghadiri sebuah mesyuarat di Singapura."

Kegagalan pihak Galaxy menghadirkan diri ke mahkamah membuatkan sebutan kes berkenaan terpaksa ditunda pada Jumaat (semalam) dan buat kali kedua itu, Chan dan Wong masih lagi berdegil tidak hadir ke mahkamah.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap kedua-dua individu terbabit.

Menurut fakta kes, Galaxy telah membuat penyataan salah bahawa ia mampu menerbitkan, memasarkan serta mengedar album antarabangsa Cina penyanyi itu untuk pasaran Taiwan, China dan Hong Kong.

Suki juga mendakwa telah membayar RM367,575,17 iaitu sejumlah wang tunai selepas memenangi One In A Million kepada Galaxy sebagai balasan terhadap melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Selain itu Suki mendakwa Galaxy hanya menghasilkan album tempatan yang tidak pernah diedarkan pada peringkat antarabangsa sehingga mendorong Suki menandatangani perjanjian pengurusan artis yang mengandungi terma-terma yang berat sebelah dan tidak saksama kepadanya.

Sehubungan itu mahkamah memutuskan Suki layak menerima wang ganti rugi sebanyak RM417,575.17 selepas syarikat tersebut didapati tidak mengikuti perjanjian dalam mempromosikan album tempatan yang diterbitkan.

Kes akan disebut semula pada 15 Mac 2013.

Komen via Facebook

Komen

Review Hotel Himalaya Kathmandu Nepal

Posted: 08 Mar 2013 02:34 PM PST

Hotel Himalaya Kathmandu, Nepal Berlatarbelakangkan Pergunungan Himalaya
oleh Shah Shamshiri

Tanggapan sesetengah orang tentang hotel dan tempat penginapan biasanya sama sahaja. Secara amnya, semua beranggapan hotel pasti bilik tidur, bilik mandi dan tempat makan. Itu sahaja. Namun ramai yang lupa bahawa pemandangan yang disediakan oleh beberapa hotel tertentu berbeza mengikut keadaan, tempat dan keperluan.

Begitulah kesnya bagi salah sebuah hotel terkenal di Kathmandu, Nepal yang mempunyai ciri uniknya tersendiri iaitu Hotel Himalaya. Hotel perniagaan ini merupakan satu lokasi penginapan yang sangat sesuai bagi mereka yang ke Nepal untuk tujuan kerja dan perniagaan.

Hotel Himalaya Kathmandu, Nepal

Dari segi lokasi, hotel ini sangat strategik kerana jaraknya ke lapangan terbang antarabangsa Kathmandu (Tribhuvan) hanya sekitar lapan kilometer sahaja. Ini memudahkan mereka yang perlu mengejar waktu untuk menaiki pesawat masing-masing.

Ia juga sangat berdekatan dengan pusat bandar Kathmandu yang memudahkan para pengunjung untuk terus menghala ke tempat-tempat menarik lain di situ. Lebih menarik lagi, kawasan peninggalan sejarah utama iaitu Patan Durbar Square juga tidak jauh dari sini. Malah jika berjalan kaki ia hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja!

Menampilkan 125 buah bilik yang serba moden dan ruangan khas untuk acara-acara tertentu, keajaiban bilik-bilik di hotel ini diperhebatkan lagi dengan pemandangan pergunungan Himalaya di luar jendela. Ini kerana hotel ini terletak di atas kawasan bukit dan lebih tinggi dari kawasan kota utama.

Hotel Himalaya juga dilengkapi dengan sebuah kolam renang, sebuah lapangan tenis, sebuah gimnasium dan spa, restoran, bilik-bilik mesyuarat serta ruangan lounge dan sebuah bar. Hotel ini memang sesuai buat anda yang inginkan kemudahan dan kelainan dalam penginapan anda di kota Kathmandu di Nepal!

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan