OHBULAN! |
| Enggan Bayar Suki Low, Mahkamah Keluar Waran Tangkap Posted: 08 Mar 2013 01:23 AM PST
Biarpun telah memenangi tuntutan di mahkamah dengan bekas syarikat pengurusannya Galaxy Music Sdn. Bhd. pada Ogos tahun lalu pemenang rancangan realiti Low Sook Yee, atau lebih dikenali sebagai Suki Low masih belum menerima jumlah wang yang telah dijanjikan sebanyak RM417,575.17. Juara musim pertama rancangan reality TV One in A Million itu terpaksa memohon daripada pihak mahkamah untuk memanggil para pengarah Galaxy Music Sdn. Bhd. iaitu Chan Tak Wai dan Wong Yoke May untuk menjelaskan kegagalan atau keengganan pihak Galaxy Music untuk membayar jumlah wang tersebut. Pada 6 Februari 2013, kedua-dua pengarah, Chan Tak Wai dan Wong Yoke May, sepatutnya hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung permohonan Suki dalam tuntutannya terhadap pihak Galaxy Music. Walaubagaimanapun, kedua-dua Chan Tak Wai serta Wong Yoke May gagal menghadirkan diri di mahkamah. Menurut peguambela mereka, Chan dan Wong terpaksa menghadiri sebuah mesyuarat penting di Singapura. Pihak mahkamah kemudian menetapkan tarikh baru untuk kes tersebut yang telah ditunda ke 8 Mac 2013 pada jam 9 pagi. Namun begitu pada tarikh baru tersebut, kedua-dua , Chan Tak Wai dan Wong Yoke May sekali lagi gagal menghadirkan diri ke mahkamah. Oleh kerana kedegilan mereka, Suki terpaksa meminta pihak mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka berdua. Pihak mahkamah kini telah mengeluarkan arahan tangkap tersebut dan kes akan disebut semula pada 15 Mac 2013. |
| Legenda K-Pop, TVXQ! Bakal Turun Malaysia Mei Ini! Posted: 08 Mar 2013 01:10 AM PST
Ini ada berita gembira untuk semua peminat-peminat K-Pop tempatan, di mana sebuah kumpulan lagenda K-Pop yang dikenali sebagai TVXQ! bakal menggegarkan peminat mereka di Malaysia pada 18 Mei ini di Stadium Malawati, Shah Alam. Pada tahun 2009, kumpulan ini pernah muncul dengan konsert terbesar mereka yang dikenali sebagai "3rd Asia Tour Concert Mirotic di Seoul" dan pada tahun lalu, dua ahli kumpulan mereka telah menghasilakn sebuah album duo berjudul "Catch Me." Untuk makluman, kumpulan ini baru sahaja selesai mengadakan konsert siri jelajah mereka di sekitar Seoul, Korea pada Oktober tahun lalu dan menerusi konsert tersebut, kumpulan ini telah mendapat sambutan hangat dikalanagan peminat mereka sehingga berjaya menjual hampir 20,000 tiket konsert dan habis dijual dalam masa 5 minit. Untuk konsert yang bakal berlangsung di Malaysia pada bulan Mei akan datang, tiket-tiket akan dijual mulai 16 Mac ini di tingkat 6, Sungei Wang Plaza pada jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang. Harga tiket akan dijual dalam lingkungan RM 168 hingga RM 688 dan terhad kepada 900 tiket sahaja. Sekiranya anda ingin membeli tiket VVIP dan Premium Zone, tiket akan dijual pada hari pelancaran konsert, atau anda boleh hubungi terus menerusi alamat email ke ticketing@jpmmusic.com.my. Hanya terhad kepada 5 tiket untuk setiap individu dan mereka yang membeli tiket VVIp akan berpeluang memenangi hadiah istimewa. Sebarang maklumat lanjut, sila layari www.jpmmusic.com.my atau hubungi talian +603-77128690 (Isnin–Jumaat, 10 pagi–6 petang). Jom layan video klip TVXQ! "Catch Me" selepas ini : |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan