RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Sekitar Pra Pelancaran Konvesnyen Tahunan Hot Perfumes

Posted: 07 Mar 2013 09:11 PM PST

Pada 6 Mac lalu, Budiey sempat hadir di Pra Pelancaran Konvesnyen Tahunan Hot Perfumes dan Pelancaran Produk Terbaru Hot Perfumes Meteorite di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Untuk info pembaca, Hot Perfumes & Air Freshners Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang mengimport, membekal dan mengeluarkan produk-produk berasaskan haruman yang halal bertaraf antarabangsa. Bersempena dengan Pra Pelancaran Konvesnyen Tahunan Hot Perfumes ini juga Hot Perfumes telah mengeluarkan satu lagi produk bermutu iaitu Meteorite yang merupakan produk baru wangian badan yang mengandungi batu meteor asli dari angkasa lepas di mana ia mempunyai khasiat yang tersendiri dan memberikan keyakinan kepada pengguna. Budiey sudah pun mencuba wangian ini, ternyata ianya sangat berbeza dengan produk lain di pasaran.

Menurut Pengarah Urusan HPASB, Encik Ahmad Shazali, selain memperkenalkan duta Hot Perfumes & Air Freshners, majlis ini adalah untuk memperkenalkan kepada media produk yang mengandungi batu meteor asli dari angkasa lepas di mana batu-batu ini turut dipamerkan semasa majlis berlangsung.

Konvesnyen Tahunan Hot Perfumes akan diadakan pada 22 Jun 2013 di Hotel Grand BluwWave, Shah Alam dan akan dijayakan oleh pelawak dan penghibur terkenal Salih Yaacob dan Adibah Noor sebagai pengacara majlis. Selebriti ini juga akan menghiburkan penonton dan pengedar dengan lagu-lagu serta celoteh lucu mereka. Selain mereka berdua, tetamu berpeluang mendengar ceramah motivasi daripada Ustaz Haslim Baharin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Bollywood.

Para media yang hadir juga berpeluang untuk memenangi dua buah telefon pintar Samsung Galaxy S III dan sebuah Mini iPad.

Di bawah ini beberapa gambar yang sempat Budiey ambil dari lensa kamera Budiey.

Komen via Facebook

Komen

Nasha Aziz Akui Kini Dirinya Masih Solo

Posted: 07 Mar 2013 07:18 PM PST

Walaupun sudah beberapa bulan berlalu namun kisah mengenai gambar intim model bertaraf antarabangsa, Nasha Aziz, 42, bersama seorang jejaka sewaktu di sebuah konsert sempena sambutan malam tahun baru yang lalu, masih hangat diperkata ramai. Bertebaran gosip mendakwa jejaka itu adalah Nur Iman Tang (Iman Tang), lelaki yang pernah dikaitkan dengan selebriti jelita ini, satu ketika dulu.

Memetik berita dari wartawan Malaysian Digest yang berkesempatan bertanyakan kepada empunya badan mengenai sejauh mana kebenaran dakwaan cintanya bersama lelaki itu kini kembali bertaut.

"Oh, tentang gambar itu, sudah lama. Kebetulan dia ada terlibat dengan konsert itu. Saya pula suka tengok konsert, jadi kami pergi bersama. Antara kami tidak pernah ada ikatan apa-apa, jadi tidak timbul soal saya kembali semula pada dia dan sebagainya. Perhubungan kami adalah sebagai teman rapat. Kawan adalah kawan. Saya mempunyai ramai kawan dan dia salah seorang teman rapat saya."

Manakala mengulas pula tentang aksi mereka sewaktu di konsert tersebut yang dilihat cukup mesra bagaikan pasangan kekasih, kata pelakon yang pernah membintangi filem Laila Isabella ini,

"Tentang itu? Saya memang suka orang mengambil berat dan menyayangi saya. Saya enjoy dengan orang di sekeliling saya", ujarnya.

Nasha juga mengakui dia kini masih solo dan seorang yang cukup memilih baik soal percintaan mahupun hal-hal yang berkaitan dengan kariernya.

"Saya masih solo. Memang saya seorang yang memilih. Itu memang prinsip saya seajk dari dulu. Kalau nak kata 'mr. right now', memang banyak… tapi kalau 'mr. right forever', setakat ini saya belum jumpa lagi", katanya dengan nada bergurau.

Gambar Nasha Aziz yang sempat Budiey rakam semasa beliau hadir di Fesyen Show Magnum & Jovian Mandagie semalam:

Nasha Aziz

Nasha Aziz

Nasha Aziz

Nasha Aziz

Nasha Aziz

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan