OHBULAN! |
| Koleksi Foto : Cahaya Mata Pertama Haiza & Suami Posted: 07 Mar 2013 09:09 PM PST
Agak lama juga kita tidak mendengar cerita mengenai penyanyi Haiza, yang suatu ketika dahulu popular dengan lagu berjudul "Dag Dig Dug." Sebelum ini Haiza dan suaminya, Norhanapfe Omar dikatakan perlah menunggu selama lima tahun untuk mendapatkan cahaya mata sulung mereka dan penantian tersebut akhirnya berakhir apabila Haiza selamat melahirkan putera comel mereka pada 9 September tahun lalu. Berikut kami paparkan beberapa koleksi cahaya mata pertama Haiza dan suami yang diberi nama sebagai Nur Iman Shafi'e, 6 bulan. Untuk makluman, Haiza dan Norhanapfe Omar telah mendirikan rumah tangga sejak 24 Ogos 2007. Kredit Foto : Instagram Haiza |
| Foto Sekitar Ulangtahun Kelahiran Elfira Loy ke-19 Posted: 07 Mar 2013 07:24 PM PST
Sekiranya semalam kami telah berkongsi foto sambutan ulangtahun kelahiran Nora Danish yang ke-31, hari ini kami ingin kongsikan pula foto sekitar sambutan ulangtahun kelahiran pelakon genit, Elfira Loy yang jatuh pada hari ini, 8 Mac 2013. Menerusi laman Instagram milik pelakon 'Dalam Hati Ada Taman' ini, Elfira telah diraikan dengan "surprise birthday party" yang telah dirancang oleh teman-teman rapatnya dan melalui foto-foto yang dipaparkan, terdapat juga beberapa rakan artis yang turut hadir ke majlis tersebut, antaranya adalah Dafi (AF), Hairul Azreen, Sari Yanti, Alam (Wakaka Crew), Iz (OIAM) serta Farish. Untuk makluman, hari ini juga merupakan ulangtahun kelahiran model dan pelakon terkenal Dynas Mokhtar. Jom layan foto-foto Elfira selepas ini : Sumber : Instagram Elfira Loy, Dafi, Iz & Hairul Azreen |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan