RSS

Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Review Filem : Oz The Great & Powerful

Posted: 04 Mar 2013 10:44 PM PST

Oz_The_Great_and_Powerful-979251668-large

Siapa pernah tengok filem "Alice in wonderland?" Kalau nak tahu, filem "Oz The Great and Powerful" ini mempunyai persamaan dengan filem Alice sebab kedua-duanya berunsurkan alam fantasi dan dunia magika. Cuma yang membezakan kedua-dua filem ini adalah watak utamanya.

Sekiranya dalam filem "Alice in wonderland", watak utamanya dimainkan oleh pelakon wanita iaitu Mia Wasikowska, akan tetapi untuk filem "Oz The Great and Powerful" ini watak utamanya dimainkan oleh pelakon lelaki yang dikenali sebagai James Franco.

Kalau difikirkan betul-betul, kita sering mengaitkan dunia fantasi ini dengan golongan wanita bukan? Maklumlah kaum hawa ni memang suka berangan berbanding kaum adam, tapi tak bermaksud semuanya begitu ya.

Ok. Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai eleman-eleman menarik yang terkandung dalam filem Oz ni, apa kata sebelum itu biar saya ceritakan sedikit sinopsis filem ini, biar mudah untuk anda semua faham jalan ceritanya nanti.

Kalau anda ingin tahu, Oz ini merupakan seorang ahli silap mata dan dirinya telah banyak menipu orang kampung tambah-tambah lagi sewaktu mengadakan persembahan pentas. Oz ni berlakon konon-kononnya dia mempunya ilmu luar biasa sehinggakan boleh mengangkat seseorang individu itu tanpa pertolongan daripada tali atau sebagainya. Akan tetapi semuanya sudah dirancang daripada awal lagi.

Segala konflik kehidupan Oz bermula apabila dia dikejar oleh dua individu yang tidak berpuas hati dan ingin memukul dirinya. Demi menyelamatkan diri, Oz telah masuk ke dalam sebuah belon udara panas dan diterbangkan ke langit biru.

oz-balloon

Amboi..konon-kononnya bila sudah dapat terbang dan terlepas dari orang jahat, si Oz ini fikir dia boleh selamat la, tapi lain pula yang dihadapi oleh Oz kerana belon udara tersebut telah pergi ke arah angin puting beliung dan membuatkan dirinya berperang dengan angin yang kuat sehingga Oz menganggap dirinya akan mati pada waktu itu.

Setelah reda daripada angin kencang, tiba-tiba Oz telah memasuki alam lain dan inilah dia alam fantasi yang saya sebutkan tadi. Di alam fantasi ini Oz telah berjumpa dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Theodora, lakonan Mila Kunis.

Pada awalnya memang si Oz ni tangkap cintan dengan Theodora, akan tetapi setelah berjumpa dengan seorang lagi wanita jelita yang dikenali sebagai Glinda lakonan Michelle Williams, hati Oz telah beralih arah. Perkara tersebut telah menimbulkan kemarahan Theodora dan tercetuslah perang antara Oz, Glinda dan Theodora.

Siapakah yang akan menang dalam pertarungan ini? Semuanya akan terjawab apabila anda menonton filem "Oz the great and powerful" ini nanti.

Apa yang menarik dalam filem Oz The Great & Powerful :

  • Filem ini menggabungkan dua eleman yang berbeza, iaitu pada awalnya penonton ditayangkan dengan suasana zaman lampau, di mana warna babak lebih kepada filem hitam putih, manakala untuk gambaran alam yang penuh fantasi dan magika pula penonton disajikan dengan warna-warna yang lebih menarik dan watak-watak yang lebih unik seperti porcelain dolls, flying monkey dan orang kerdil yang comel.

Oz-the-great-and-powerful

  • Tarikan kedua yang amat menyentuh perasaan saya adalah ketika Oz menari bersama Theodora. Romantik gila mereka pada waktu itu dan saya pasti sekiranya anda menyaksikan filem ini bersama buah hati, pasti anda akan tersenyum dan layan detik-detik romantik tersebut. Masa itu, mulalah membayangkan diri sendiri yang sedang menari-menari bersama alunan muzik yang idah dari 'music box'..huhu.
  • Elemen menarik yang setusnya adalah sewaktu pertemuan awal antara 'flying monkey' dengan Oz. Pada waktu tersebut, Oz dengan bangganya ingin menyelamatkan monyet tersebut sebab nak tunjuk 'macho' depan Theodora, tiba-tiba ada pula seekor singa dan dalam keadaan takut serta cuak, secara tidak sengaja Oz telah menggunakan helah silap matanya untuk menghalau singa tersebut. Pada waktu itu Theodora dan monyet merasakan Oz seorang yang hebat dan insiden ini telah menguatkan lagi kepercayaan Theodora, lalu menganggap Oz adalah ahli sihir lelaki yang telah dihantar untuk menyelamatkan negaranya.
  • Meskipun dalam filem ini Oz seorang yang penipu, berlagak, 'playboy' dan tamak dengan harta benda, akan tetapi ada satu perkara yang saya kagum dengan diri Si Oz ini, iaitu dia pandai menggunakan tipu helahnya dengan cara yang bijak. Nak tahu bijak macam mana? Anda kena tengok sendiri filem ini dan belajar bagaimana untuk menjadi seorang penipu dan dalam masa yang sama masih digemari oleh masyarakat sekeliling.

Oz The Great & Powerful

  • Babak yang paling menarik adalah sewaktu pertempuran antara Oz dengan dua orang ahli sihir jahat iaitu Theodora dan kakaknya Evanora. Haa, pasti anda rasa hairan kenapa Theodora boleh jadi jahat bukan? Ok kalau nak tahu semuanya salah Oz. Dia telah mempermainkan perasaan Theodora dan Oz telah jatuh cinta dengan seorang ahli sihir baik iaitu Glinda. Oleh kerana terlalu marah, Theodora telah bertukar menjadi ahli sihir jahat dan membantu kakaknya untuk menentang Oz serta Glinda. Cuba anda bayangkan, antara manusia biasa yang tiada kuasa apa-apa berhadapan pula dengan dua ahli sihir jahat yang mempunyai kuasa luar biasa, siapa agaknya yang akan menguasai medan pertempuran tersebut? 

Kalau nak tahu kesudahan cerita ini, jangan lupa untuk saksikan filem 'Oz The Great and Powerful' di pawagam berhampiran anda pada 7 Mac 2013 ini.

Jom layan trailer filem Oz di bawah. Enjoice!

Tags: ,

MC Asia 2013 : “Global Sound System” Bawa Turun 5 DJ Antarabangsa

Posted: 04 Mar 2013 10:21 PM PST

576034_503818596321893_1518933269_nSudah memasuki tahun kelima, nampaknya kali ini "Music Conference Asia 2013″ (MCAsia) kembali semula dengan misi dan juga dj-dj antarabangsa yang lebih mantap.

Jika tahun lepas kita dapat saksikan dj-dj seperti Richard Durand, Dash Berlin, Jerome Isma-Ae dan juga penyanyi Julie Thompson beraksi bersama dj tempatan. Tahun ini, MCAsia bakal kembali dengan nama yang lebih besar dan menarik. Antara dj antarabangsa yang bakal memeriahkan sambutan kali ini termasuklah BT, Judge Jules, Felix Da Housecat, John O' Callaghan dan juga Alex Kenji.

Menarik kan? Tujuan utama MCAsia dianjurkan adalah untuk mengadakan diskusi muzik dan juga perjalanan Electronic Dance Music (EDM) di Malaysia serta seluruh rantau Asia. Disamping itu, ia turut menekankan aspek-aspek lain seperti Keynote Interview, Workshop Session dan juga Masterclass.

Namun apa yang lebih menarik sebenarnya ialah festival muzik yang dianjurkan oleh Global Sound Master dan juga pentas festival mereka sendiri iaitu Global Sound System. Dj-dj antarabangsa bakal bergabung bersama dj tempatan seperti Terence C, Mr Nasty & GuruGuru dan juga Phil. K. Lee. Mereka semua bakal memeriahkan MCAsia 2013 di Sepang pada bulan April ini.

Akan diadakan di Welcome Centre, Sepang International Circuit, Music Conference Asia 2013 bakal mempersembahkan festival muzik, Global Sound System pada 27 April ini.

Anda boleh dapatkan tiket pada harga RM109 (early-bird) dan juga RM129 (pre-sale) di Air Asia Red Tix atau tempah dahulu kemudian bayar di sini. Jadi, apa tunggu lagi? Cepat dapatkan tiket anda sekarang! Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook rasmi MC Asia.

Saksikan sedikit video Music Conference Asia yang telah berlangsung pada tahun 2012.

Tags: , , , , , , , , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan