Zon Artis |
| Rozita Che Wan & Zain Saidin Akan Bernikah Julai Ini Posted: 25 Feb 2013 06:07 PM PST
Akhirnya! Akan bergelar suami isteri juga pasangan yang melalui kontroversi percintaan ini. Melalui Harian Metro hari ini, Rozita Che Wan memberitahu yang dia dan Zain Saidin sudah memilih hujung bulan Julai ini untuk benikah.
Rozita juga memberi tahu yang mereka tidak akan mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggapnya tidak perlu memandangkan dia dan Zain Saidin sudah mengenali hati budi masing-masing.
Zon Artis: Baguslah dah rancang nak bersatu sebagai suami isteri. Kami doakan semoga apa yang telah dirancang ini akan berjalan dengan lancar kelak dan dipermudahkan. Jangan lupa jemput kami yer. |
| Isu Hendak Bercerai, Rita Rudaini Tuntun Aidil Beri Penjelasan Posted: 25 Feb 2013 04:38 AM PST
Bagi yang belum tahu, Aidil Zafuan sekali lagi telah membuat permohonan cerai terhadap Rita Rudaini yang dibuatnya di Mahkamah Rendah Syariah Seremban. Selain itu, Aidil juga turut membuat permohonan hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban. Kerana itu, pada perbicaraan kes cerai mereka yang berlangsung pada pagi tadi di Mahkahmah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, Rita mahu Aidil memberi alasan kukuh sebab-sebab ingin berpisah sebelum mereka bercerai. Menurut peguam Rita iaitu Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain, pelakon itu tidak bersetuju dengan permohonan cerai yang dibuat oleh Aidil memandangkan mereka tidak pernah berbincang secara bersemuka sejak Aidil keluar dari rumah setahun lalu. Kata peguam Rita:-
Dalam perbicaraan yang dihadiri oleh kedua-dua mereka itu, Aidil telah mengeluarkan kenyataan yang dirinya sudah tidak sayangkan Rita dan seolah-olah pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) ini sudah nekad untuk bercerai dengan pelakon tersebut.
Hasil perbicaraan hari ini, hakim perbicaraan iaitu Hamizan Mohd Nor menunda kes pasangan tersebut dan menetapkan tarikh baru iaitu 8 Mac 2013 bagi membolehkan kedua-dua pihak melantik Jawatankuasa Khas Pendamai di Pejabat Agama Islam, Daerah Seremban. FOTO: ROTIKAYA |
| You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










0 ulasan:
Catat Ulasan