RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Rozita Che Wan dan Zain Saidin Bakal Nikah Julai 2013

Posted: 25 Feb 2013 08:50 PM PST

Di muka hadapan Harian Metro pada hari ini, terpamer dua wajah pasangan sejoli, Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang katanya telah mendapat restu dari ibu untuk bernikah Julai 2013.

Akhirnya pelakon jelita, Rozita Che Wan, 42, berani membuka 'mulut' mengenai perancangan untuk berkahwin dengan buah hatinya, pelakon muda, Zain Saidin, 29, malah mengakui sudah memilih hujung Julai ini untuk bernikah.

Rozita-Che-Wan

Che Tah juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggapnya tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing.

"Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan."

Che Ta mengakui kisah cintanya dengan jejaka wajah Pan Asia itu bukan rahsia lagi, lalu mereka sepakat dan bersedia menamatkan kontroversi cinta yang selama ini hangat diperkatakan menerusi media dan peminat.

"Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya," katanya.

Menurutnya, ibunya tidak menghalang hubungannya dengan jejaka itu walaupun jarak usia mereka 13 tahun.

Keputusan Che Ta mahu menamatkan zaman bujang meleraikan segala spekulasi dan gosip yang tak baik  tentang cinta pasangan ini yang selama ini banyak menerima komen-komen yang tak begitu memberangsangkan atau komen yang negatf di media sosial. Ternyata, ramai sekali yang mencemuh mereka nak kahwin. Bagi Budiey, itu tak kisah la sebab itu hak masing-masing. Hidup mereka, biarla mereka tentukan hala tuju. Bukan kita yang patut komen. Tapi biasalah orang ramai pasti akan bercakap kat belakang.

Sebelum ini, pasangan ini mahu berkahwin pada hujung tahun ini tapi sekarang dah lain, bermakna mereka akan bernikah lebih awal iaitu bulan Julai. Jangan lupa jemput Budiey ya, Tak sabar nak ambik video korang berdua bersanding. Sama cantik sama padan.

Bagi Che Ta, Zain Saidin ni memang seorang yang berani sebab ramai-ramai yang dikenalinya, dia seorang sahaja yang ajak nak kawin. Yang lain, semuanya mahu berkawan rapat dan bercinta je.

"Zain seorang yang romantik dan paling penting sekali berani untuk melamar saya."

Che Ta akan menyambut hari jadinya yang ke 42 pada Mac bulan depan. Dengarnya, Che Ta dan Zain bukan sahaja rapat masa pengambaran Oh My English! malah mereka turut meluangkan masa untuk bercuti bersam pada Tahun Baru Cina yang lepas di Singapura.

Che Ta senang dengan silap Zain yang rileks dan cool, tenang dan pendiam. Pasangan ini juga akan muncul dalam pengambaran program masakan Masterchef Selebriti musim kedua yang akan bermula pada 7 Mac ini.

Zain Terkejut

Sementara itu, dalam akhbar sama Zain Saidin pula berkata dia terkejut dengan keputusan kekasihnya itu untuk mengakhiri kisah cinta mereka lebih awal.

Dia mengakui belum berbincang mengenai tarikh perkahwinan mereka kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

"Memang sebelum ini saya tak terfikir langsung untuk berkahwin dalam jangka masa terdekat tapi apa pun kami akan berbincang lebih lanjut tentang tarikh yang sesuai."

Semua ini melibatkan persiapan yang rapi dari sekarang untuk menjadikan majlis itu nanti lebih lancar. Malahan membabitkan dua belah keluarga.

"Macam-macam benda kena buat dan dirancang sebelum bernikah. Lagi pun masing-masing tengah sibuk dengan berlakon. Nak tak nak, kena rancang sebaiknya. Saya harap, perkahwinan nanti berkekalan dan menjadikan majlis kami terbaik untuk dikenang dan dikongsi bersama peminat. Saya pernah beritahu dia, apabila pendapatan menjadi bersama, dia tak perlu lagi bekerja keras. Tapi pastinya lepas kahwin nanti mesti ada cabaran. Mungkin dia lebih fokus kepada bidang pengacaraan berbanding lakonan yang memerlukan masa yang banyak. Apa yang penting, fokus kepada keluarga dan suami tu lebih penting."

Bagaimanapun adik kepada penyanyi Sasha Saidin itu berharap perkahwinannya nanti berkekalan dan menjadi majlis terbaik untuk dikenang dan dikongsi bersama peminat.

Komen via Facebook

Komen

Malam Gala Filem Rock Oo Berlangsung Meriah

Posted: 25 Feb 2013 08:06 PM PST

Malam Gala Filem Rock Oo telah berlangsung dengan meriah dan penuh dengan suasana ROCK semalam. Nama-nama besar dalam industri perfileman juga tak kurang menjadikan suasana begitu hangat. Antaranya, Datin Sofea Jane, Datuk Yusof Haslam, penyanyi otai rock Awie vokalis Wings, pengarah dan pelakon Afdlin Shauki, Awi Rafael, pelakon Aqasha, Zain Hamid, penyampai radio dan juga pengacara Adibah Noor, pelakon Zalif Sidek dan ramai lagi. Mereka antara sebahagian hadirin yang menonton filem Rock Oo yang diadakan di Cathay Cineleisure, eCurve, Mutiara Damansara. Sebenarnya, ramai lagi yang Budiey tak sempat jumpa, tapi hadir semalam.

KLIK VIDEO: Lawak Babak 18SX & Sensored dalam Filem Rock Oo 

Event macam tak sah la kan kalau pelakon utama tak hadir, jadi untuk Malam Gala ini, semua pelakon utama hadir untuk support filem ini. Mamat Khalid pula dengarnya tengah nervous dengan hari tayangan nanti. Begitu juga dengan penerbit dan pelakon lain, semuanya berharap agar filem ini mendapat sambutan.

Malam Gala Rock Oo

Budiey turut hadir dengan berpakaian imej rock dengan baju T eksklusif rekaan dari pereka grafik terkenal KukuBesi yang turut menjual baju T ini di gerai yang dibuka bersebelahan dengan meja pendaftaran semalam. Dari dua pilihan baju T yang dihadiahkan oleh KukuBesi, Budiey telah memilih rekaan baju warna hitam kelabu yang tertera huruf ROCK besar-besar. Bagi Budiey, baju T ni sangat selesa dipakai dengan fabriknya memang betul-betul sesuai dengan bentuk badan kita dan lagi sesuai dipakai oleh orang Malaysia yang bercuaca panas ni. Terima kasih kepada KukuBesi yang sudi menghadiahkan 2 helai baju T untuk Budiey. Kalau anda semua nak beli baju T ni, bolehlah layari facebook milik Empayar KukuBesi Store iaitu www.facebook.com/kukubesistore

budiey

Budiey bersama KukuBesi dan Pyan Habib. Abang Pyan pula turut berlakon dalam Rock Oo, watak sebagai peniaga kedai runcit.

Rata-rata dari mereka apabila ditanya tentang filem Rock Oo, mereka tersenyum sambil menunjukkan ibu jari sambil berkata thumbs up! Pujian banyak didengari dari kejian. Khir Rahman juga bersetuju, ini pertama kali bagi beliau bila semua keluar dari pawagam, dan boleh dikatakan semua terhibur dengan mesej dan penceritaan yang ditampilkan oleh pengarah Mamat Khalid.

Budiey sempat menemubual beberapa orang penonton dan juga beberapa orang selebriti yang hadir. Budiey akan siarkan video temubual ini di saluran milik Budiey Dot Com di Youtube. Kepada yang nak tonton, jangan lupa subscribe Youtube Channel Budiey dengan melayari: www.youtube.com/budiey27. Orait?

KLIK VIDEO: Temubual Bersama Pelakon Utama Rock Oo iaitu Que Haidar Sebagai Amy Mat Piah

Sebelum sesi tontonan filem Rock Oo, hadirin disajikan dengan makan malam dan di pentas pula ada mereka dihiburkan oleh nyanyian lagu tema filem Rock Oo yang berjudul Tika dan Pekin Ibrahim dengan iringan band beliau mendendangkan single berjudul Perjalananku Ke Langit.

Selepas sesi menonton, dalam jam 11.30 malam macam tu, semua tetamu eksklusif dan media berparty pula di House Restoran. Keseluruhan event Malam Gala Rock Oo memang happening. Semua hadirin masih lagi terbayang-bayang beberapa scene yang lawak dan disampaikan dengan mesej sinikal yang 'dalam' maksudnya oleh pengarah Rock Oo, Mamat Khalid.

Filem Rock Oo akan berada di pawagam mulai 28 Februari ini dan ini bermakna tinggal 2 hari je lagi. Budiey rasa, ramai yang excited dan tertunggu-tunggu untuk tonton filem ni, tak gitu?

Malam Gala Rock Oo

Awi Rafael pun hadir. Nas Ahmad pula bertugas sebagai emcee pada malam tadi. Patutlah happening.

Malam Gala Rock Oo

Malam Gala Rock Oo

Zul Kapan

Malam Gala Rock Oo

Amy Mat Piah & Slash

Malam Gala Rock Oo

Malam Gala Rock Oo

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan