RSS

Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Black Mengaku Sudah Bertunang, Akan Kahwin Tahun Ini

Posted: 01 Feb 2013 11:08 PM PST

GAMBAR TUNANG BLACK TEMAN PENGGANTI

Penyanyi lelaki yang bagi kami mempunyai vokal yang cukup mantap, Black mengakui yang dia kini sudah bergelar tunangan orang. Melalui Kosmo! Online, Black memberitahu yang dia telah bertunang pada 26 Januari lalu. Namun begitu, Black enggan mengulas lebih lanjut mengenai pertunangan tersebut.

"Memang saya telah bertunang tetapi saya tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai siapakah tunang saya, majlis pertunangan dan tarikh perkahwinan kerana menghormati permintaan keluarga saya dan keluarga pihak perempuan,"

Ditanya mengenai bilakah mereka akan melangsungkan perkahwinan, Black memberitahu yang mereka belum ada tarikh tertentu lagi namun menyatakan ia berkemungkinan besar akan berlangsung pada tahun ini. Kata Black:-

"Jika tidak ada aral melintang saya akan berkahwin dalam tahun ini juga. Waktu itu saya akan beritahu semua tentang majlis perkahwinan dan siapa bakal isteri saya. Jadi, saya harap dapat menghormati privasi diri saya,"

GAMBAR TUNANG BLACK TEMAN PENGGANTI

Related Posts with Thumbnails

(Tahniah!) Memey Suhaiza Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Posted: 01 Feb 2013 10:07 PM PST

GAMBAR ANAK MEMEY SUHAIZA DAN NORMAN HAKIM

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza atas kelahiran bayi lelaki mereka semalam – 1 Februari 2013, jam 9.55 malam.

Memey memberitahu bayi pertamanya itu selamat dilahirkan secara normal dan dia bersyukur kerana niatnya untuk melahirkan secara normal termakbul.

Alhamdulillah, semuanya selamat. Doa saya untuk bersalin secara normal dimakbulkan. Abang Norman menemani saya di bilik bersalin dari awal sehinggalah saya selamat melahirkan.

Untuk makluman, bayi lelaki ini diberi nama sebagai Mohamed Darwisz Hakim dan ia dilahirkan dua minggu awal dari tarikh Memey dijangkakan bersalin.

Sumber berita & gambar: Facebook Media Hiburan

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan