RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Sekitar Majlis Akad Nikah Liyana Jasmay

Posted: 01 Feb 2013 05:12 PM PST

Gambar Sekitar Majlis Akad Nikah Pelakon Liyana Jasmay

Pada jam 9 pagi ini, Budiey telah hadir di Majlis Akad Nikah Liyana Jasmay yang diadakan di Hotel Seri Pacific, Jalan Putra, Kuala Lumpur. Berikut ini antara gambar yang sempat Budiey siarkan secara live blogging di lokasi.

Berita: Dengan dua kali lafaz, pasangan Liyana Jasmay, 25, dan Fathuddin Mazlan, 29, selamat diijabkabulkan pada jam 10.20 pagi tadi, hari Sabtu, 2 Februari 2013 bersamaan 21 Rabiulawal 1434H di Pacific Ballroom, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, Jalan Putra, Kuala Lumpur

Akad nikah pernikahan berlangsung kira-kira pukul 10.20 pagi sejurus selepas upacara doa, berbalas pantun dan juga khutbah dari Pendaftar Perkahwinan.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Liyana iaitu Datuk Jasmay Md Shah dengan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahirman Ahmad.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas bernilai RM5500 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran sebanyak RM28,388.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang.

Liyana dan Fathuddin tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rona putih rekaan Jovian Mandagie manakala Fathuddin segak berbaju Melayu dari rona sedondon.

Juruvideo rasmi perkahwinan Liyana Jasmay dibuat oleh The Malaya dan jurugambar pula dibuat oleh www.mukhrizudey.com

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada sebelah malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

liyana jasmay
liyana jasmay

liyana jasmay

20130202_090030

20130202_090424

20130202_090710

20130202_091246

20130202_091706

20130202_091724

20130202_092451

20130202_092501

20130202_092509

20130202_094004

20130202_093924

20130202_093917

20130202_095358

20130202_095403

Liyana Jasmay sedang mengambil tempat dalam dewan #AkadNikahLiyanaJasmay

20130202_101304

20130202_101311

20130202_101320

20130202_101327

20130202_101333

20130202_101345

8436116825_c4acdea657_o

20130202_102258

20130202_102253

20130202_102215

20130202_102155

20130202_105124

20130202_105115

20130202_105103

Komen via Facebook

Komen

Sinopsis Drama Surat Dari Langit Biru Lakonan Johan Asari & Yana Samsudin

Posted: 01 Feb 2013 06:52 AM PST

SURAT DARI LANGIT BIRU

Drama Surat Dari Langit Biru Lakonan Johan Asari, Yana Samsudin, Fizo Omar, Tania Hudson & ramai lagi
Pengorbanan Hingga Akhirnya

"Air dicincang takkan putus". Meskipun Zarul meninggalkan keluarganya namun hubungan dengan kakaknya, Salmi tetap utuh. Akan tetapi apabila hadirnya orang ketiga, hubungan dua saudara itu menjadi renggang. Fitnah yang ditabur menyebabkan segala pengorbanan seorang adik terhadap kakak tersayang hilang sekelip mata. Adakah Zarul akan terus berkorban demi Salmi?

Menyusuli RUBY, nantikan buah tangan terbaru daripada pengarah berkaliber, Rashid Sibir menerusi drama bersiri SURAT DARI LANGIT BIRU di slot Samarinda TV3 yang akan mula bersiaran pada 6 Februari 2013, setiap hari Selasa hingga Khamis pada jam 10.00 malam.

Heykal (Fizo Omar) yang sering menghasut Salmi (Yana Samsudin) untuk membenci Zarul

Drama bersiri 15 episod terbitan Rashbir Media yang mendapat sentuhan skrip daripada Basri Musa menampilkan pelakon berbakat besar Johan As'ari sebagai Zarul bergandingan dengan Yana Samsudin sebagai Salmi. Turut membintangi drama tersebut ialah Fizo Omar (Heykal), Dato' Rahim Razali (Pak Hassan), Fauziah Nawi (Mak Munah), Iqram Dinzly (Zamri), Tania Hudson (Lisa), Nabila Dally (Anis), Ika Nabila (Lydia) dan ramai lagi.

SURAT DARI LANGIT BIRU mengisahkan ikatan persaudaraan di antara Zarul dan Salmi yang amat rapat umpama cubit peha kanan, peha kiri terasa. Walaupun kehidupan mereka tidak dilimpahi dengan kemewahan harta benda, namun kasih sayang yang dicurahkan adalah kunci kebahagiaan buat mereka sekeluarga.

Kasih sayang Zarul terhadap kakaknya, Salmi melebihi segala-galanya. Zarul sentiasa mempertahankan Salmi walau apa jua yang terjadi. Hubungan mesra yang wujud di antara mereka kadangkala membuat Zarul dan Salmi merasakan kasih sayang mereka melebihi sayang saudara kandung dan masing-masing menyimpan rasa antara satu sama lain.

Sejurus keputusan SPM keluar, Salmi telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun, tawaran itu terpaksa ditolak kerana Salmi mengenangkan adiknya Zarul juga memerlukan wang yang banyak untuk bersekolah. Zarul kemudiannya memujuk kakaknya supaya meneruskan pelajaran demi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Demi kasih sayang seorang adik terhadap kakaknya, Zarul sanggup berkorban dengan meninggalkan kampung halaman untuk mencari pekerjaan di bandar.

Ternyata tindakan Zarul mengecewakan ayahnya, Pak Hassan. Pak Hassan yang merupakan seorang ayah yang sangat ego dan garang, tidak lagi mengaku Zarul adalah anaknya. Sejak kejadian itu, Zarul tidak berani pulang ke rumah. Dia akan bertemu dan mengirimkan wang belanja kepada Salmi hanya di universiti.

Masa terus berlalu dan kini Salmi telah berjaya bergelar seorang doktor. Lantas Pak Hassan ingin memenuhi hasrat Penghulu Kampung yang ingin menyatukan anaknya, Heykal dengan Salmi. Meskipun Salmi membenci Heykal seorang yang bongkak, namun dia terpaksa menerima pinangan itu kerana mengenangkan hutang Pak Hassan dengan Penghulu semakin banyak.

Sementara itu, atas desakan Salmi dan ibunya, Mak Munah, Zarul pulang ke rumah dan meminta maaf daripada Pak Hassan. Namun begitu, Pak Hassan kurang senang dengan kepulangan Zarul. Tambahan pula hubungan Zarul dan Salmi semakin mesra dan ini menimbulkan kemarahannya. Mengapa Pak Hassan tidak menyukai Zarul mempunyai hubungan yang rapat dengan Salmi? Apakah rahsia yang disimpan oleh Pak Hassan?

Kehidupan baru Salmi sebagai seorang isteri tidak seindah seperti diharapkan. Salmi sering ditinggalkan dan dipukul oleh Heykal. Zarul yang tinggal bersama Salmi mula menyedari rumahtangga kakaknya tidak bahagia. Namun apakan daya, Zarul tidak mampu berbuat apa-apa kerana sering diugut oleh abang iparnya. Hubungan rapat Salmi dan Zarul juga tidak disukai oleh Heykal. Lantas Heykal merancang untuk menghalau Zarul dari rumahnya dengan membawa adik perempuannya, Lisa tinggal bersama mereka.

Bermula dengan insiden Zarul dituduh mencuri duit Heykal kemudian dituduh menyimpan dadah cukup membuatkan Salmi terhasut dengan kata-kata Heykal untuk membenci Zarul. Apa yang menambahkan lagi kekecewaan Salmi terhadap adik kesayangan tatkala melihat Zarul sedang tidur dengan Lisa. Akhirnya kesabaran Salmi sampai ke penghujungnya apabila mendapati Zarul telah mengandungkan Lisa.

Meskipun Zarul difitnah dengan pelbagai tohmahan, namun tidak seorang pun menyebelahinya. Hanya kata-kata penghinaan yang dilemparkan kepada Zarul. Malah Zarul juga telah dibuang oleh darah dagingnya sendiri. Kini Zarul tiada lagi tempat untuk pergi apatah lagi tempat mengadu. Lantas dia pergi membawa diri dan terus menghilangkan diri. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Segalanya bakal terjawab dalam SURAT DARI LANGIT BIRU yang akan disiarkan mulai 6 Februari 2013, setiap hari Selasa hingga Khamis pada jam 10.00 malam. Penonton yang terlepas menyaksikan SURAT DARI LANGIT BIRU boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook @ Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan