RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Lokasi Konsert Anuar Zain 3 Dekad Bertukar Ke Stadium Melawati Shah Alam

Posted: 04 Feb 2013 09:53 AM PST

Sebelum diadakan Sidang Media terakhir sebelum konsert Anuar Zain 3 Dekad berlangsung di Hotel Concorde Shah Alam semalam, Budiey telah pun mendapat tahu tentang rumors dan khabar angin mengenai pertukaran lokasi. Seakan tak percaya perkara ini boleh berlaku.  Tapi akhirnya terpaksa telan jua.

Semasa Sidang Media yang dihadiri ramai wartawan petang tadi, Anuar Zain telah mengesahkan dan mengumumkan pertukaran lokasi persembahan yang pada mulanya dijadualkan di Stadium Putera Bukit Jalil ditukar ke lokasi baru iaitu Stadium Malawati Shah Alam.

ANUAR ZAIN

Budiey dan peminat Anuar Zain yang lain tak kisah? Kalau tak tanya Budiey, sebenarnya, Budiey kisah juga dan terkejut sebenarnya, mengapa ada pertukaran ini. Memang tak sangka mulanya. Sebabnya, apabila pertukaran lokasi berlaku, ini menjadikan ada banyak perubahan dari segi tempat duduk penonton dan juga bilangan kapasiti penonton. Okay fine, rileks, tarik nafas, tidak mengapa, peminat Anuar Zain semua jangan pulak panik ya. Harap korang bertenang ya.Pasti ada cara untuk pihak pengurusan dan penganjur konsert atas segala masalah yang akan timbul nanti.

Nanti war-warkan tentang pertukaran lokasi ini kepada rakan-rakan yang lain. Bukan apa, takut nanti ada pulak yang masih terpacak kat Stadium Putra Bukit Jalil pada 16 Februari nanti. Nayalah nak harung jem ke Shah Alam pulak, kan?

Namun, apa yang Budiey harapkan sangat-sangat, peminat Anuar Zain tidaklah kecewa dengan pertukaran ini. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Budiey dengar, kalau nak dibezakan dengan Stadium Putra dan Stadium Melawati, Stadium Melawati dikatakan penonton lebih dekat dengan pentas. Juga dari segi belakang pentas juga, ada yang kata, Stadium Melawati lebih baik. Ada pro & kontra jugaklah.

Jadi, pasti ada sebab mengapa lokasi konsert ditukar? Menurut Anuar, perubahan itu disebabkan masalah logistik memandangkan pada hari berikutnya terdapat sebuah majlis di tempat sama yang menuntut pihaknya untuk mengemas peralatan persembahan dalam tempoh singkat.

"Konsert ini akan dibuat dalam skala yang besar jadi adalah satu perkara yang agak mustahil untuk pihak produksi mengemas lokasi secepat mungkin bagi memberi laluan untuk majlis yang berlangsung pada keesokan harinya. Daripada kami menundakan tarikh konsert dan menghampakan semua peminat, pihak kami telah mendapatkan lokasi baru."

Dalam pada itu, Anuar berkata, pemilihan lokasi baru itu dilihat tepat kerana reka bentuk stadium itu membolehkan dia berada rapat dengan peminat selain tempat letak kereta yang disediakan juga luas.

"Peminat tidak perlu panik kerana pihak pengurusan kami akan memastikan semua pihak yang telah membeli tiket lebih awal akan dimaklumkan mengenai perubahan ini. Malah mereka akan membuka kaunter khas pada hari konsert dari pukul 2 petang bagi sebarang urusan pembelian dan pertanyaan tentang penukaran nombor kerusi."

Budiey harap, peminat semua bersabar dan teruskan memberikan sokongan untuk Anuar Zain perform dengan sebaik mungkin pada malam 16 Februari nanti.

Diharap juga mood dan mutu vokal serta bunyi yang mahu ditonjolkan kepada penonton sama walau di mana lokasi konsert diadakan sekalipun. Yang penting, peminat Anuar Zain yang hadir nanti terhibur dan pulang dengan lega dan puas hati. Tak gitu?

Kat bawah ini, beberapa gambar yang sempat dirakam oleh lensa Budiey. Terima kasih juga buat jurufoto HazmilJapilus sebab gambar yang diambil ini memang ohsem!

Komen via Facebook

Komen

Tiket Konsert Anuar Zain 3 Dekad Laris

Posted: 04 Feb 2013 09:36 AM PST

Tiket Laris Jadi Bukti Konsert 'Mahal' Anuar Zain Dapat Sambutan dan ada kelas tersendiri.

Pada jam 3 petang, 4 Februari 2013, hari Isini lalu telah berlangsung Sidang Media Konsert Anuar Zain terakhir sebelum konsert berlangsung pada 16 Februari ini di Hotel Concorde, Shah Alam.

ANUAR ZAIN

Di sebalik dakwaan tiket bagi menyaksikan persembahan Anuar Zain tidak laku kerana harganya terlalu mahal penyanyi tersebut sebenarnya berpuas hati kerana konsert itu mendapat sambutan hangat. Menurut Anuar Zain, konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari yang bakal diadakan pada 16 Februari depan itu memperoleh respons luar jangkaan apabila hampir 80 peratus tiket berkenaan telah dijual.

"Syukur tiket dapat dijual dengan cepat dan masih berbaki 20 peratus sahaja malah ada pembeli tiket dari Brazil, Indonesia, Brunei dan Singapura. Ia sekali gus telah menaikkan lagi semangat saya untuk beraksi di hadapan peminat pada malam itu nanti."

Tiket bagi menyaksikan persembahan tersebut dijual dari RM88 sehingga RM698. Anuar Zain tak lupa mengucapkan jutaan terima kasih buat semua media dan peminat yang banyak membantu mewar-warkan tentang apa sahaja info Konsert Anuar Zain 3 Dekad.

Dalam perkembangan berkaitan, Anuar akan menjalani lima lagi sesi latihan bersama pemuzik yang akan dipimpin oleh pengarah muzik, Mac Chew sebelum konsert berlangsung.

Untuk pembelian tiket dan keterangan lanjut boleh melayari www.ticketcharge.com.my atau www.facebook.com/3Dekad1Destinasi.

Sebelum ini, Anuar Zain telah meluangkan masa untuk buat promosi di beberapa buah program TV dan radio.

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan