OHBULAN! |
| Groupon Malaysia Tawar RM9 Juta Tunggang Unicorn Di Ulu Yam Posted: 04 Feb 2013 11:10 PM PST
Laman Groupon Malaysia hari ini menarik perhatian orang yang gemarkan keunikan apabila menawarkan perkhidmatan menunggang Unicorn di Ulu Yam dengan harga tempahan mencecah RM9 juta. Difahamkan, Unicorn yang diimport daripada negara Uncle Sam ini turut disertakan dengan kenderaan angkut berupa sebuah labu seperti yang anda pernah tonton dalam filem kanak-kanak, Cinderella. Pilihan berada di tangan anda sama ada memerlukan kenderaan angkut, atau menunggang unicorn seperti lazimnya. Dengan diskaun sehingga 57%, anda turut menerima layanan ala raja daripada pari-pari yang sudah mempunyai lebih 500 tahun pengalaman bekerja. Ikuti tawaran mereka di sini. Nota : Berita ini sekadar hiburan semata-mata. |
| Foto Musim Panas Izara Aishah Gadis Penghias GLAM Posted: 04 Feb 2013 11:06 PM PST
Mempunyai wajah yang cantik adalah salah satu aset dan daya penarik yang ada dalam diri selebriti, Izara Aishah. Dikenali menerusi lakonannya dalam drama bersiri, 'Vanilla Coklat', Izara Aishah telah memikat hati ramai penonton dengan telatah dan lakonannya. Bakal mececah umur 21, tahun ini, Izara telah dipilih khas sebagai selebriti penghias majalah Glam yang menyaksikan Maya Karin sebagai muka depan untuk isu Februari yang lepas. Tampak anggun dibaluti dress putih Gucci, Izara sememangnya mempunyai aura tersendiri untuk Glam edisi musim panas, Mac 2013. Jangan lupa dapatkan satu untuk koleksi anda apabila Glam isu Mac sudah di pasaran nanti. Sumber : Facebook Glam |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan