RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Betulkah Nelydia Senrose Punca Qi Razali & Yuna Putus Cinta?

Posted: 28 Feb 2013 05:21 PM PST

Semasa Majlis Pengumuman Penyampai, Pengacara dan Persembahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian di Holiday Villa, Subang yang lalu, Budiey sempat bertemu buat kali pertama dengan seorang pelakon baru yang meningkat naik. Namanya, Nelydia Senrose… haa sempat tanya apa Twitter dan Instagram dia, time tu jugak Budiey follow. Kalau korang nak follow sila follow ya Twitter: @NelydiaSenrose dan Instagram: NelydiaSenrose. Unik dan cantik betul nama dia, kan? Secantik tuan empunya badan. Nely ni sebenarnya masih lagi bergelar penuntut kolej, ambik jurusan psikologi tapi semakin dikenali kerana lakonan bersahaja dalam drama Setia Hujung Nyawa.

Walaupun masih baru, nama Nely dah disebut-sebut peminat, bukan hanya lakonannya dalam drama Setia Hujung Nyawa, tapi ada gosip yang melanda dirinya apabila dia difitnah menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta pasangan Qi Razali dan Yuna. Sekaligus Nely dikatakan penyebab pasangan ini putus cinta. Sebelum ini, Nelydia Senrose pernah membuat kenyataan mengenai hubungannya dengan Qi Razali tidak lebih sebagai kawan, namun masih ada cakap-cakap yang mendakwa dialah yang menjadi penyebab jejaka itu berpisah dengan teman wanitanya, penyanyi Yuna.

Nelydia Senrose

Spekulasi dikukuhkan lagi dengan gosip yang timbul baru-baru ini ekoran gambar-gambar mesra mereka tersebar di ruang internet. Malah ada rakan media yang pernah terserempak dengan mereka di sebuah pusat membeli belah beberapa bulan lalu. Lantas pelakon muda yang semakin meningkat naik namanya ini dikatakan sedang asyik bercinta dengan aktor tersebut.

"Saya bukan punca Qi dan Yuna berpisah. Saya rapat dengan Qi pun baru jer lagi. Hubungan kami sekadar kawan baik – Nely"

Penuntut Segi College dalam jurusan psikologi ni dan Qi sebelum ini pernah bergandingan dalam drama bersiri terbitan TV9, Friday I'm in Love.

Nelydia berkata dia sudah dapat menjangka akan berdepan dengan tuduhan sebegini. Walau bagaimanapun gadis berusia 19 tahun ini menafikan perhubungan Qi dan Yuna berakhir disebabkan dirinya.

Nely mengakui mula rapat dengan Qi sejak dua bulan lalu tetapi tidak lebih dari seorang teman rapat.

Menyifatkan Qi sebagai seorang lelaki yang bijak, justeru Nelydia mengakui lelaki itu merupakan individu yang sering menjadi bahan rujukan berkenaan pelajaran di kolej.

"Saya bukan punca Qi dan Yuna berpisah. Saya rapat dengan Qi pun baru jer lagi. Hubungan kami sekadar kawan baik. Kalau ada apa-apa tugasan kolej yang saya tak faham, saya banyak minta bantuan dia. Dia pun sentiasa bersedia membantu saya. Dengan usia dia nak masuk 37 tahun, Qi matang dan sentiasa bijak dalam setiap tindakannya."

Tambah Nelydia lagi, walaupun dia berdepan dengan tuduhan sebegitu, dia tidak bimbang kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan. Malah menganggap ianya sebagai lumrah sebagai seorang artis.

"Saya tak takut dituduh penyebab mereka berpisah sebab saya tak buat apa-apa. Saya pun tak pernah jumpa dengan Yuna sejak cerita ni timbul. Perkara ni saya anggap lumrah sebagai seorang artis."

Lagipun saya dan Qi memang hanya sebagai kawan. Saya tak pernah tanya apa-apa pasal kehidupan dia mahupun hubungan cinta dia sebab saya tahu saya tak ada hak nak tanya apa-apa", katanya.

Nely tak menolak seandainya bertemu jodoh dengan lelaki yang jauh lebih tua darinya asalkan lelaki tersebut matang. Semoga Nely terus cemerlang dalam bidang lakonan dan fokus berterusan walaupun dilanda gosip hangat.

Nelydia Senrose

Nelydia Senrose

Komen via Facebook

Komen

Salih Yaacob Umum Mahu Bersara

Posted: 28 Feb 2013 04:52 PM PST

Sekarang ini, Budiey perhatikan semakin ramai artis dan selebriti mahu melibatkan diri dengan dunia politik. Itu hak masing-masing. Tambahan pula, bila tarikh pilihanraya umum semakin dekat, maka kebanyakkan parti mahu mendekati artis sebab artis ni ada banyak pengaruh mereka. Namun, terlibat dengan agenda politik boleh membunuh karier seseorang artis itu jika tersilap langkah. Seperti yang berlaku pada penyampai radio dan pelawak, Salih Yaacob telah nekad untuk terus bersara dari dunia hiburan. Alahai sayangnya… lawak Salih Yaacob memang best la. Selalu duk dengar di Radio Sinar.

Keputusan itu diambil beliau kerana timbulnya sebuah video di Youtube dalam siri Bangkang Dari Longkang yang menampilkan dirinya bersama Nabil Ahmad yang mempersenda hak rakyat untuk memilih kepimpinan mereka.

Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat. Saya mengambil keputusan untuk tidak akan lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan."

Mungkin betul orang kata, terlajak perahu boleh diundur tapi bila terlajak kata, badan binasa. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua. Selamat pagi Jumaat buat semua. Semoga 1 Mac ini mendatangkan kebahagian buat semua.

TIADA TINDAKAN DIKENAKAN TERHADAP SALIH YAAKOB – ASTRO

Pihak Pengurusan Astro Radio tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan terhadap penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob, 52, berhubung penyebaran videonya yang seolah-olah menyindir pihak pembangkang. Menurut wakil daripada Astro, perkara tersebut tiada kaitan dengan syarikat penyiaran itu dan ia merupakan urusan peribadi Salih.

"Kami terkejut tentang perkara itu namun begitu bagi kami video tersebut tidak ada kaitan dengan Astro. Ia adalah perkara peribadi beliau, kita tidak campur tangan."

Isu itu timbul apabila video Salih bersama pelawak Nabil Ahmad berjudul Bangkang Dari Longkang telah tersebar di Internet sehingga mendapat kritikan penyokong parti pembangkang kerana ia dilihat seolah-olah mempersendakan parti berkenaan.

Dalam rakaman itu Salih yang memegang watak ahli politik membuat pelbagai janji untuk memenangi hati rakyat sebaliknya semua itu hanyalah kata-kata kosong sebelum dapat menakluki Putrajaya.

Penyebaran video komedi selama 2.50 minit itu juga telah membuatkan Salih memohon maaf kepada semua pihak menerusi akhbar Utusan Malaysia pada Khamis selain mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia hiburan.

Dalam perkembangan berkaitan Astro Radio berkata, setakat ini pihaknya tidak mendapat apa-apa surat peletakan jawatan daripada Salih dan beliau masih lagi penyampai Sinar FM.

"Dia masih lagi deejay radio kami kerana tiada apa-apa surat peletakan jawatan kami terima. Apa-apa pun kami tidak akan memanggilnya berhubung isu itu," jelas juru cakap berkenaan. – Mstar Online

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan