RSS

Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Anak-Anak Tak Malu Saya Tampil Dengan Gaya Pelik – Didie Alias

Posted: 28 Feb 2013 09:28 PM PST

Didie Alias

Didie Alias merupakan seorang pelakon, pelawak serta pengacara yang gemar tampil dengan pakain pelik sehingga dirinya dilabelkan sebagai Lady Gaga Malaysia.

Namun begitu, menurut Didia Alias, dia tidak kisah sekiranya orang ramai mengkritik pakaiannya asalkan anak-anak suka dan sering menyokong kerjayanya dalam industri hiburan tempatan.

Keempat-empat anak saya memakai tudung. Saya tak paksa anak-anak saya memakai tudung. Tapi itulah didikan yang saya berikan pada mereka. Mereka pun tak pernah larang saya nak tampil dengan imej yang bagaimana. Sebab mereka tahu itu adalah kerja mummy mereka.

Malah mereka sering memberi idea dari segi pemakaian saya. Mereka tak pernah marah atau berasa malu bila saya tampil dengan gaya yang pelik-pelik. Mereka sokong saya. Cukup anak-anak saya bersama saya ketika senang dah susah. Saya tak perlu peduli apa kata orang lain.

Bercerita lebih lanjut mengenai cara pemakainnya yang sering mendapat perhatian umum dan dikatakan agak seksi, Didie Alia menyifatkan ia sebagai perkara biasa serta tidak kisah dengan pandangan masyarakat sekeliling.

Mana seksinya? Saya ni, kalau pakai apa pun nampak seksi. Lantak lah orang nak kata apa pun.

InsyaAllah bila Tuhan kata sudah tiba masanya untuk saya, saya akan perlahankan aktiviti seni saya. Saya tak akan terus bersara tetapi saya akan jadi penerbit – ulas Didie menerusi laporan MD

Tags: , ,

Video : Single Terbaru T-Ara, “Bunny Style” Memang ‘Umph’!

Posted: 28 Feb 2013 09:28 PM PST

Bunny Style T-Ara

Kumpulan T-Ara baru sahaja melancarkan video klip single terbaru kumpulan mereka yang berjudul 'Bunny Style.'

Secara umumnya lagu ini merupakan single lagu Jepun ke-enam buat kumpulan T-Ara dan menerusi video klip yang dipaparkan, kumpulan ini lebih selesa membawakan konsep comel ala-ala arnab, bersesuian dengan judul lagu itu sendiri.

Setakat ini video 'Bunny Style' baru sahaja mencecah 303 penonton dan untuk makluman anda, single ini bakal dilancarkan secara rasmi pada 20 Mac nanti.

Jom layan video 'Bunny Style' selepas ini!

Tags: , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan