RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Rock Oo Rimba Bara Kembali di Pawagam 28 Februari Ini

Posted: 21 Feb 2013 08:45 PM PST

NANTIKAN KEMUNCULAN RIMBA BARA DALAM ROCK OO DI PAWAGAM 28 FEBRUARI 2013 INI!

Grand Brilliance bakal menggegarkan pawagam dengan filem komedi terbarunya iaitu Rock Oo pada 28 Februari 2013 ini dan menjanjikan hiburan yang cukup memuaskan buat peminat filem tanahair. Filem ini juga dijangka dapat mengembalikan semula nostalgia era Rock bagi seluruh rockers tegar di Malaysia.

Di bawah arahan pengarah tersohor Mamat Khalid, filem Rock Oo merupakan kesinambungan filem Rock yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan kini bersatu semula atas semangat mereka yang ingin terus kekal gah di arena muzik tanah air.

Filem Rock yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2005 mengisahkan tentang kumpulan rockers kampung iaitu Rimba Bara yang bercita-cita dan berhasrat untuk jadi terkenal pada lewat dekad 80-an. Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa diharungi oleh mereka demi mengejar cita-cita mereka sebagai rockers terkenal tanah air. Bukan sahaja filem ini menengahkan konsep muzikal tetapi juga mengandungi unsur – unsur positif untuk dihayati segenap lapisan penonton. Filem Rock telah mendapat sambutan hangat di pawagam dan sentiasa mendapat ratings yang tinggi tatkala disiarkan di televisyen.

Sempena dengan itu, Grand Brilliance ingin melancarkan filem Rock di Youtube dan Tonton bagi memberi peluang kepada para peminat untuk sekali lagi menyaksikan filem ini. Bagi mereka yang menantikan filem Rock Oo, anda boleh menonton trailer filem Rock Oo yang tertera di Youtube Grand Brilliance, di www.youtube.com/gbsbteam. Saksikan juga MTV Lagu Tika yang dipetik khas dari filem Rock Oo nyanyian Khir Rahman. Segala informasi dan gambar filem Rock Oo juga boleh didapati di laman Facebook di www.facebook.com/rockoo.rimbabarakembali.

Rock Oo berpegang kepada azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah (Que Haidar) iaitu "Pantang anak petani moden mengundur kalah," rockers kampung ini sanggup berjuang bermati – matian demi mempertahankan minat dan cita – cita mereka. Semangat ahli kumpulan Rimba Bara terpupuk semula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan rock mereka. Grand Brilliance yakin bahawa filem Rock Oo merupakan karya terhebat pengarah Mamat Khalid dan bakal menjadi filem box office pada tahun ini.

Filem Rock Oo yang bakal membuka tirai di pawagam pada 28 Februari 2013 ini dibintangi oleh Que Haidar (Amy), Khir Rahman (Jijo), Norazmi Baharon (Black), Pekin Ibrahim (Slash Haji Tapah) dan Soffi Jikan (Zul Kapan).

Antara barisan filem – filem lain Grand Brilliance yang bakal menemui anda pada 2013 adalah Sembunyi (28 Mac 2013), Bisikan Syaitan (2 May 2013), Pecah, Pengapit, Balada Pencinta, KL Zombi, Mamak Cupcake, Lebuhraya Ke Neraka, Penanggal, KL Gangster 2 dan Anak Jantan yang mana dijangka bakal memecah rekod industri perfileman tanah air. Antara filem – filem yang masih dalam sesi penggambaran adalah Sejoli (arahan Osman Ali) dan Gila Baby (arahan Kabir Bhatia).

Komen via Facebook

Komen

Filem Songlap Meneruskan Tayangan Antarabangsa

Posted: 21 Feb 2013 06:46 PM PST

Songlap Meneruskan Tayangan Antarabangsa

Litar antarabangsa untuk Songlap berterusan, kali ini ke persisiran pantai Normandy di Perancis, di mana filem itu akan menerima status tayangan perdana Perancis di Deauville Asian Film Festival ke-15. Filem ini akan ditayangkan dalam seksyen Pertandingan di festival tersebut. Deauville Asian Film Festival merupakan acara tahunan yang diadakan sejak tahun 1999 untuk meraikan filem-filem terbaik dari Asia dan akan berlangsung dari 6 hingga 10 Mac 2013.

Sementara itu, tayangan di AS bagi Songlap diteruskan lagi apabila Frequency Film Festival, bertempat di San Diego, mengumumkan penyertaan filem ini dalam program Mac/ April 2013 festival tersebut. Songlap akan ditayangkan bersama 13 filem cereka lain dan 9 dokumentari yang dipilih khas dari seluruh dunia.

Festival filem bulanan ini akan berlangsung selama 12 hari, antara tarikh 21 Mac hingga 6 April 2013, dan diadakan di Ocean Beach Playhouse di mana Songlap akan ditayangkan pada hari terakhir festival tersebut. Antara filem menarik yang turut ditayangkan termasuklah Crocodile in the Yangtze; sebuah dokumentari yang menceritakan kisah kejayaan pengusaha Internet yang pertama di negara China, dan juga Andrew Bird: Fever Year; filem penutup festival ini yang menyingkap di sebalik tabir road tour seorang pemuzik berbakat.

Diterbitkan oleh Grand Brilliance dan Red Films, Songlap mula menerima pengiktirafan antarabangsa sejak awal 2012 dengan tayangan di beberapa festival filem berprestij. Ini termasuk Far East Film Festival ke-14 di Itali, Los Angeles Asian Pacific Film Festival, Filmfest Hamburg di Jerman, Abu Dhabi Film Festival dan Fort Lauderdale Film Festival di Amerika Syarikat. Songlap juga telah diberikan penghormatan sebagai Filem Pembukaan di Five Flavours Film Festival di Poland Oktober lepas.

Tengku Iesta Tengku Alaudin, Pengurus Besar Grand Brilliance, berkata, "Kami amat bersyukur atas pengiktirafan dan sokongan yang diterima oleh Songlap. Kejayaan ini menjadi sumber inspirasi bagi kami untuk terus menghasilkan filem-filem berkualiti yang boleh dinikmati bukan sahaja oleh penggemar-penggemar filem dari Malaysia, tetapi juga oleh penonton-penonton di seluruh dunia."

Berdasarkan cerita asal oleh Fariza Azlina Isahak, Songlap mengisahkan kehidupan dua beradik, lakonan Shaheizy Sam dan Syafie Naswip, yang terjebak dalam kancah sindiket penyeludupan manusia.

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan